08/06/2026
08.06.2026 ( Isnin )
βBanyak anginβ bukan sekadar ayat biasa bila perut rasa tak selesa.
Kuala Lumpur: Ramai orang mengadu badan rasa βpenuh anginβ, kerap sendawa, perut kembung, rasa senak selepas makan atau asyik kentut sampai mengganggu rutin harian.
Sebenarnya, punca angin kadang-kadang datang daripada tabiat kecil yang kita buat setiap hari tanpa sedar.
Makan terlalu laju boleh buat kita tertelan lebih banyak udara. Minum air bergas, kerap kunyah gula-gula getah, makan lewat malam, sembelit, stres, kurang tidur, produk sugar-free, kopi susu atau teh tarik pun boleh jadi pencetus kepada perut kembung.
Ada juga orang yang sebenarnya tidak sesuai dengan susu atau produk tenusu. Lepas minum susu, latte, teh tarik atau makan ais krim, perut mula rasa penuh, memulas, berbunyi dan banyak angin.
Sembelit p**a antara punca yang selalu orang terlepas pandang. Bila najis lambat keluar, gas mudah terperangkap. Sebab itu ada orang rasa perut keras, berat dan tidak selesa walaupun makan tidak banyak.
Stres juga boleh mengganggu perut. Bila fikiran tegang, usus pun boleh jadi lebih sensitif. Ada orang bila banyak tekanan, terus rasa senak, mual, kembung atau asid naik.
Apa yang boleh dibuat?
Cuba perhatikan badan selama seminggu. Makan perlahan-lahan, kurangkan air bergas, elakkan terus baring selepas makan, minum air secukupnya, bergerak sedikit selepas makan dan catat makanan yang selalu mencetuskan kembung.
Kalau setiap kali minum susu perut mula meragam, cuba berhenti sementara dan lihat perubahan.
Kalau selalu sembelit, baiki dulu rutin air, serat dan pergerakan harian. Kadang-kadang bukan perlu ubat kuat pun, cuma perlu faham apa yang badan tidak s**a.
Namun jangan anggap semua kembung sebagai βangin biasaβ.
Jika perut kembung datang bersama sakit perut kuat, muntah berulang, berat badan turun tanpa sebab, najis hitam atau berdarah, susah menelan, demam, perut membesar dengan ketara atau perubahan buang air besar yang berpanjangan, dapatkan pemeriksaan di klinik.
Sumber : Public Health Malaysia
-nj-