Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas

Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PASIR MAS
Jalan Hospital
17000 Pasir Mas
Kelantan

17/07/2026

Sayembara Puisi dan Lagu Sekolah Menengah

Pasukan PPD Pasir Mas : Suri Kirana telah dinobatkan sebagai Johan Sayembara Puisi & Lagu Peringkat Negeri Kelantan 2026, sekali gus membawa pulang:

1. Johan Puisi & Lagu
2. Anugerah Puisi Terbaik
3. Anugerah Susunan Muzik Terbaik

Dengan kejayaan ini, Suri Kirana telah mewakili negeri Kelantan ke Sayembara Puisi & Lagu Peringkat Kebangsaan yang berlangsung pada 22–25 Jun 2026 di Pulau Langkawi.

Mereka juga telah memperoleh tempat ke-empat peringkat kebangsaan serta menerima anugerah puisi terbaik.

Suri Kirana
1. Aisy Aisyah – Vokal | SMK Kubang Bemban
2. Wan Fatihi – Gitaris | SMK Kubang Bemban
3. Yash – Pemain Bes | SMK Kubang Bemban
4. Fara – Gitaris | SMK Tanjong Bunga
5. Mu’izz – Keyboard | SMK Tanjong Bunga
6 Hanani – Deklamator | SMKA Lati
7. Qaisara – Vokal Latar / Perkusi | SMKA Lati
8. Afra – Perkusi | SMKA Lati

Jurulatih Utama
1. Nasir Hassan – SMKA Lati
2. Wan Hassuat Wan Hassan – SMK Tanjong Bunga
3. Wafi Jalaludin – SK Sri Rantau Panjang 1

Lebih membanggakan, majoriti peserta terdiri daripada pelajar muda (Tingkatan 1 dan 2), menunjukkan bakat seni puisi dan muzik.

+ve

Tahniah kepada sekolah-sekolah Pasir Mas yang akan ke pusingan akhir Kelantan Scrabble CompetitionSMK BAROH PIAL SMK Kub...
17/07/2026

Tahniah kepada sekolah-sekolah Pasir Mas yang akan ke pusingan akhir Kelantan Scrabble Competition

SMK BAROH PIAL
SMK Kubang Bemban
SMK Kangkong
SK Dato Abdul Hamid 1
SK Kangkong
SK Kubang Kuau.

Moga beroleh kejayaan di peringkat seterusnya.

+ve

Hoki Bawah 12 Perempuan MSSKTahniah kepada Pasukan Hoki Bawah 12 Tahun Perempuan atas kejayaan merangkul tempat ke 3! Se...
17/07/2026

Hoki Bawah 12 Perempuan MSSK

Tahniah kepada Pasukan Hoki Bawah 12 Tahun Perempuan atas kejayaan merangkul tempat ke 3! Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan. Syabas kepada semua pemain, jurulatih dan pihak yang terlibat!

+ve

Bola Sepak Bawah 12 MSSKTahniah kepada Pasukan Bola Sepak Bawah 12 Tahun atas kejayaan meraih gelaran johan! Semoga keja...
17/07/2026

Bola Sepak Bawah 12 MSSK

Tahniah kepada Pasukan Bola Sepak Bawah 12 Tahun atas kejayaan meraih gelaran johan! Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan. Syabas kepada semua pemain, jurulatih dan pihak yang terlibat!

+ve

🎉 TAHNIAH & SYABAS KEPADA WIRA-WIRA STEM PPD PASIR MAS! 🎉Berdasarkan keputusan rasmi, PPD Pasir Mas telah berjaya mendud...
15/07/2026

🎉 TAHNIAH & SYABAS KEPADA WIRA-WIRA STEM PPD PASIR MAS! 🎉

Berdasarkan keputusan rasmi, PPD Pasir Mas telah berjaya menduduki tempat ke-2 keseluruhan di Negeri Kelantan dengan pencapaian yang amat membanggakan!

Ini membuktikan bakat dan potensi besar anak-anak Pasir Mas dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik.
Berikut adalah senarai sekolah-sekolah yang telah mengharumkan nama daerah kita:
🥇 JOHAN (EMAS) 🥇
Pasir Mas mendominasi kategori berprestij Innovators of Tomorrow!
SMKA Lati – Johan Innovators of Tomorrow (SM)
SK Pangkal Kala – Johan Innovators of Tomorrow (SR)

🥈 NAIB JOHAN (PERAK) 🥈
SK Meranti – Naib Johan Pertandingan Animasi Digital (SR)
SK Kubang Kuau – Naib Johan Innovators of Tomorrow (SR)

🥉 TEMPAT KE-3 (GANGSA) 🥉
SMK Kubang Bemban – Tempat Ke-3 Innovators of Tomorrow (SM)
SK Gual Tinggi – Tempat Ke-3 Innovators of Tomorrow (SR)
SK Gual Tinggi – Tempat Ke-3 Bridge Building Competition (SR)

Turut dihargai pencapaian sekolah lain yang turut menyumbang mata berharga untuk Pasir Mas:
SMK Pasir Mas – Tempat Ke-4 Innovators of Tomorrow (SM)

SK Banggol Chicha – Tempat Ke-4 Innovators of Tomorrow (SR)

SK Gual Periok – Tempat Ke-4 STEM Talent Show (SR)

SK Othman Talib (1) – Tempat Ke-5 Water Rocket Challenge (SR)

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru pembimbing, ibu bapa, dan pihak pentadbiran sekolah atas sokongan tidak berbelah bahagi. Kejayaan ini adalah hasil kerja keras dan semangat juang yang tinggi daripada semua pihak.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai murid di Pasir Mas untuk terus menerokai dunia STEM yang penuh inovasi!
PASIR MAS BOLEH! 💪💡


13/07/2026

VIDEO PROMOSI RASMI
KEM SMART IBADAH PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI KELANTAN KALI PERTAMA TAHUN 2026

Tarikh: 14–16 Julai 2026
Tempat: Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (Masjid Beijing), Rantau Panjang, Kelantan
Anjuran: Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
Pengelola: Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas

Hitung detik bermula! Esok bermulanya Kem Smart Ibadah Pendidikan Khas Negeri Kelantan 2026.

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan, memberkati setiap perjalanan program serta mengurniakan manfaat kepada semua peserta, guru pengiring dan urus setia.

Jumpa esok.

11/07/2026
APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG MATRIKS PEMBELAJARAN TAHUN 4? 📚Matriks Pembelajaran Tahun 4 dilaksanakan bagi membantu ...
10/07/2026

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG MATRIKS PEMBELAJARAN TAHUN 4? 📚

Matriks Pembelajaran Tahun 4 dilaksanakan bagi membantu guru mengenal pasti tahap penguasaan murid bagi merancang intervensi yang lebih berkesan.

Tahun Ini, Tahun Kita
“Guru Bitara Nadi Negara”







Karnival Semarak Perpaduan Bahasa PPD Pasir MasPada 29 dan 30 Jun 2026 telah berlangsungnya Karnival Semarak Perpaduan B...
09/07/2026

Karnival Semarak Perpaduan Bahasa PPD Pasir Mas

Pada 29 dan 30 Jun 2026 telah berlangsungnya Karnival Semarak Perpaduan Bahasa peringkat daerah.

Karnival diadakan dengan tujuan untuk mencungkil dan menggilap bakat murid dalam bidang Ko-Akademik Bahasa.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Semoga beroleh kejayaan di peringkat seterusnya

+ve

Kemaskini Maklumat Murid untuk PKSK
05/07/2026

Kemaskini Maklumat Murid untuk PKSK

Ibu bapa dan penjaga disarankan untuk memastikan maklumat murid dikemas kini bagi melancarkan urusan permohonan ke sekolah khusus.

✅ Murid Sekolah KPM
Kemaskini maklumat melalui MOEIS dan pastikan pengesahan serta penghantaran dibuat. https://idme.moe.gov.my/login

✅ Murid Sekolah Swasta Berdaftar dengan KPM
Kemaskini maklumat melalui SPATKPM dan lakukan pengesahan bersama guru kelas. https://public.moe.gov.my

Maklumat yang lengkap dan tepat akan memudahkan proses permohonan PKSK yang akan mula dibuka pada 10 Julai 2026.

Address

Jalan Hospital
Pasir Mas
17000

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 16:00

Telephone

+6097922400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share