Keadilan Rantau Panjang

Keadilan Rantau Panjang • Keadilan Parlimen Rantau Panjang

09/04/2026

Program Jabatan Penerangan Pasir Mas bersama komuniti madani Sungai Keladi Dun Chetok & Komuniti madani Cabang 4Salam Dun Gual Periuk 🫶

KHAMIS | 29 JANUARI 2026 | BERSAMAAN 10 SYAABAN 1447HKg Bakat, DUN Gual Periuk Parlimen Rantau PanjangKetua Cabang Keadi...
29/01/2026

KHAMIS | 29 JANUARI 2026 | BERSAMAAN 10 SYAABAN 1447H
Kg Bakat, DUN Gual Periuk Parlimen Rantau Panjang
Ketua Cabang Keadilan Rantau Panjang Nik Ghazali terus komited menyokong pembangunan belia dan aktiviti sihat di peringkat akar umbi apabila menyampaikan sumbangan tiang gol kepada pemain bola sepak di Kampung Bakat Rantau Panjang
Sukan bukan sekadar hiburan, tetapi medium menyatukan anak muda, membentuk disiplin, semangat berpasukan dan menjauhkan mereka daripada gejala tidak sihat. Inilah pendekatan kepimpinan yang dekat dengan rakyat bermula dari keperluan kecil, memberi kesan besar kepada komuniti
Semoga sumbangan ini dapat menyemarakkan lagi aktiviti sukan di kampung, mencungkil bakat baharu dan melahirkan generasi belia yang sihat tubuh badan serta kuat jati diri
Insya-Allah, kita teruskan usaha membina DUN Gual Periuk yang aktif, berdaya saing dan sejahtera bersama rakyat

SELASA  | 28 JANUARI 2026 | BERSAMAAN 8 SYAABAN 1447HSumbangan batu kuari (das) oleh KC kepada pasukan panteq Gual Tingg...
27/01/2026

SELASA | 28 JANUARI 2026 | BERSAMAAN 8 SYAABAN 1447H
Sumbangan batu kuari (das) oleh KC kepada pasukan panteq Gual Tinggi, DUN Gual Periok, Rantau Panjang adalah bukti komitmen kepimpinan yang sentiasa turun padang dan mendengar keperluan rakyat.

Bagi Ketua Cabang Keadialan Rantau Panjang Nik Ghazali politik bukan sekadar ucapan dan janji,
tetapi kerja berterusan, kebajikan yang menyentuh rakyat dan tindakan yang memberi kesan langsung di lapangan
Melalui sumbangan ini, kerja-kerja PANTEQ dan gotong-royong dapat dilaksanakan dengan lebih lancar demi keselesaan dan keselamatan penduduk setempat
Sumbangan ini telah diwakilkan oleh Bendahari Cabang Hj Zain bagi pihak KC, melambangkan gerak kerja berpasukan yang tersusun dan amanah.

Inilah politik khidmat politik yang membela, bukan sekadar berbicara.
Insya-Allah, kepimpinan bersama rakyat akan terus diperkukuh demi masa depan Rantau Panjang dan DUN Gual Periok. ✊🤲

27/01/2026
Kadang-kadang hidup datang dengan ujian yang tak disangka.En. Azizi dari Kg Kelar sedang diuji apabila anaknya yang baru...
27/01/2026

Kadang-kadang hidup datang dengan ujian yang tak disangka.
En. Azizi dari Kg Kelar sedang diuji apabila anaknya yang baru lahir perlu menjalani pembedahan di Hospital USM Kubang Kerian
Sedikit sumbangan wang tunai daripada Ketua Cabang Nik Ghazali disampaikan bagi meringankan beban yang ditanggung.
Sumbangan ini diwakilkan kepada Ketua Wanita Cabang Rantau Panjang Pn.Rozianti Mat Deris
Tak besar nilainya, tapi besar harapannya.
Moga dipermudahkan segala urusan dan diberi kekuatan buat keluarga ini.

SABTU | 17/1/2026 | BERSAMAAN 27 Rejab 1447HProgram Pendaftaran Ahli Baharu telah berlangsung di Kg Kedap, PDM Pekan Lam...
18/01/2026

SABTU | 17/1/2026 | BERSAMAAN 27 Rejab 1447H
Program Pendaftaran Ahli Baharu telah berlangsung di Kg Kedap, PDM Pekan Lama Rantau Panjang, DUN Gual Periok dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat
Program ini mencerminkan kesedaran rakyat yang semakin tinggi terhadap keperluan kepada sebuah perjuangan politik yang bersih, berprinsip dan benar-benar membela nasib rakyat. Kehadiran ahli-ahli baharu membuktikan keyakinan masyarakat terhadap pimpinan yang sentiasa turun padang, mendengar masalah rakyat dan bekerja bersama rakyat, bukan hanya muncul ketika pilihan raya
Insya-Allah, semangat kebersamaan ini akan terus diperkukuhkan demi membina kekuatan parti dan memastikan suara rakyat terus dibela. Kerana perjuangan ini bukan milik individu, tetapi amanah bersama untuk masa depan yang lebih adil dan sejahtera

JUMAAT | 16/1/26 | BERSAMAAN 26 REJAB 1447HPengagihan beras di DUN Chetok telah berlangsung dengan jayanya bertempat di ...
18/01/2026

JUMAAT | 16/1/26 | BERSAMAAN 26 REJAB 1447H
Pengagihan beras di DUN Chetok telah berlangsung dengan jayanya bertempat di rumah En Abenomie Sumie Sumie Sarmizi, Penyelaras DUN Chetok dan disampaikan oleh Ketua Cabang Keadilan Rantau Panjang Nik Ghazali .
Program kebajikan ini dilaksanakan sebagai tanda keprihatinan dan tanggungjawab pimpinan terhadap rakyat, khususnya golongan yang terkesan dengan tekanan kos sara hidup yang semakin mencabar
Usaha kecil ini membawa mesej besar bahawa perjuangan kita bukan sekadar di pentas politik, tetapi turun terus ke lapangan, menyantuni rakyat dan memahami denyut nadi sebenar masyarakat. Inilah pendekatan pimpinan yang bekerja, bukan hanya berbicara, pimpinan yang mendengar, bukan sekadar menjanjikan
Insya-Allah, dengan semangat kebersamaan dan khidmat bakti, kita akan terus komited memperjuangkan kebajikan rakyat tanpa mengira latar belakang. Kerana bagi kita, politik bukan alat untuk berkuasa semata-mata, tetapi amanah untuk membela dan menjaga kesejahteraan rakyat

RABU | 7 JANUARI 2026Dengan penuh cakna Cg Nik Li Nik Ghazali Ketua Cabang Keadilan Rantau Panjang telah turun padang ba...
13/01/2026

RABU | 7 JANUARI 2026

Dengan penuh cakna Cg Nik Li Nik Ghazali Ketua Cabang Keadilan Rantau Panjang telah turun padang bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk Taman Raudah, Gual Tinggi, Rantau Panjang melibatkan aliran air kotor dan berbau busuk yang melintasi laluan keluar masuk taman ke jalan utama.

Masalah ini berpunca daripada saluran air buangan sebuah sekolah tahfiz di Taman Raudah yang telah tersumbat, sekali gus menjejaskan keselesaan dan kebersihan penduduk setempat.

Sebagai langkah penyelesaian, pemasangan box culvert (box kalbok) telah dilaksanakan bagi melancarkan aliran air serta mengelakkan limpahan air kotor ke atas jalan awam.

Usaha ini diharap dapat memberi kelegaan kepada penduduk dan memastikan persekitaran yang lebih bersih, selamat dan teratur. Terima kasih kepada semua pihak yang turut bekerjasama. 🤝

Penyampaian beg sekolah kepada anak-anak Kg Teresek, DUN Apam Putra setelah selesai program penyampaian di KEMAS pada Ju...
13/01/2026

Penyampaian beg sekolah kepada anak-anak Kg Teresek, DUN Apam Putra setelah selesai program penyampaian di KEMAS pada Jumaat lepas telah berjaya disempurnakan oleh Ketua Cabang keadilan Rantau Panjang Nik Ghazali

Walaupun program utama telah berlalu, keperluan anak-anak ini tetap diberi perhatian supaya tiada yang tercicir. Sedikit sumbangan ini diharap dapat membantu meringankan beban keluarga serta memberi semangat kepada anak-anak untuk terus belajar dengan lebih yakin.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan prihatin. Semoga usaha kecil ini membawa manfaat besar kepada mereka yang memerlukan. 🤲


Address

NO. 7454, TINGKAT 2, TAMAN MEGAH LAGENDA, LATI
Pasir Mas
17000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Keadilan Rantau Panjang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share