Pas Kawasan Pasir Mas

Pas Kawasan Pasir Mas PEJABAT PAS KAWASAN PASIR MAS beralamat di jalan

Inilah biodata YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Pengerusi Perikatan Nasional yang baharu.Bukan sosok biasa....
23/02/2026

Inilah biodata YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Pengerusi Perikatan Nasional yang baharu.

Bukan sosok biasa. Berbekalkan latar akademik yang tinggi, pengalaman profesional yang luas serta kepimpinan yang tenang dan berprinsip, beliau hadir memikul amanah besar buat negara.

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan YAB, mengurniakan kebijaksanaan dalam setiap pertimbangan, serta memimpin dengan penuh hikmah demi agama, bangsa dan tanah air tercinta.

Rujukan: Teganukita

Sabtu | 21 Februari 2026Alhamdulillah, petang tadi telah berlangsung dengan lancar Program Tadarus al-Quran dan Iftar Ja...
21/02/2026

Sabtu | 21 Februari 2026

Alhamdulillah, petang tadi telah berlangsung dengan lancar Program Tadarus al-Quran dan Iftar Jamaie di Masjid Madrasah Nasrullah Pohon Buloh, anjuran PAS Kawasan Pasir Mas.

Tadarus pada tahun ini mengupas Surah al-Anfal ayat 24–28 yang menekankan kepentingan ketaatan kepada Allah dan Rasul sebagai panduan dalam kehidupan.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Ustaz Tuan Saripudin sebagai wakil Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan. Seterusnya, majlis diakhiri dengan ucapan penutup oleh YAB Dato’ Panglima Perang sebagai pelengkap program Tadarus dan Iftar Jamaie pada kali ini.

Ramadan mengajar satu perkara penting:kesungguhan dalam ibadah.Sabda Rasulullah ﷺ:"Sesiapa berpuasa kerana iman dan meng...
18/02/2026

Ramadan mengajar satu perkara penting:
kesungguhan dalam ibadah.
Sabda Rasulullah ﷺ:
"Sesiapa berpuasa kerana iman dan mengharap pahala, diampunkan dosa-dosanya yang lalu."
(Riwayat al-Bukhari)
Ramadan bukan tentang banyaknya amalan,
tetapi tentang keikhlasan amalan.
Boleh jadi sedikit,
tetapi diterima Allah — itulah kejayaan sebenar.
Mari niat dari sekarang:
Ramadan kali ini aku mahu Allah ampunkan aku.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Kepada semua umat islam

PAS Kawasan Pasir Mas

✨ SAMBUTAN 70 TAHUN PAS KELANTAN ✨📍 Peringkat Kawasan Pasir MasMari bersama mengimbau sejarah perjuangan Islam, menyemar...
01/10/2025

✨ SAMBUTAN 70 TAHUN PAS KELANTAN ✨
📍 Peringkat Kawasan Pasir Mas

Mari bersama mengimbau sejarah perjuangan Islam, menyemarakkan semangat kebersamaan, dan menyaksikan pelbagai acara menarik bersempena 70 Tahun PAS Kelantan & 35 Tahun Membangun Bersama Islam.

📌 Tarikh/Masa : 3 OKTOBER 2025/8.00 PAGI HINGGA 11.59 MALAM
📌 Tempat: PUSAT TARBIAH POHON BULOH PASIR MAS
📌 Anjuran: PAS Kawasan Pasir Mas

02/07/2025

Serangan politik yang paling konsisten terhadap PAS datang daripada DAP. Mereka cuba membentuk persepsi bahawa PAS tidak mesra masyarakat bukan Islam, khususnya masyarakat Cina. Setelah tidak lagi bersama dalam kerjasama politik, DAP menggambarkan PAS sebagai eksklusif, ekstrem, bahkan menakutkan. Sebelum ini, sewaktu kita berada dalam gabungan yang sama, PAS digambarkan sebagai moderat dan terbuka. Tetapi sebaik sahaja DAP menarik diri, nada mereka berubah, dan PAS menjadi sasaran serangan berterusan.

Malangnya, sebahagian masyarakat termakan dengan naratif ini. Khususnya masyarakat Cina, yang secara tradisi meletakkan kepercayaan tinggi kepada DAP, menjadikan segala yang datang daripada mereka dianggap benar. Hakikatnya, apa yang dituduh tidak pernah berpijak pada kebenaran. Tuduhan itu bukan datang dari dalam, tetapi dibentuk oleh pihak yang punya kepentingan politik. Bukan kerana dasar kita berubah, tetapi kerana kita memilih untuk berdiri sendiri, membawa prinsip yang tidak tunduk kepada tekanan politik luar.

PAS kekal dengan dasar asal. Prinsip kita tidak berganjak. Kita tetap berpegang pada perjuangan Islam yang membawa keadilan dan kesejahteraan untuk semua. Sebab itu sejak dahulu kita tekankan bahawa Islam adalah rahmat bagi sekalian alam, dan PAS p**a mendukung gagasan ‘PAS For All’. Ini bukan retorik. Ia lahir daripada kefahaman bahawa Islam tidak datang hanya untuk satu kaum atau satu kelompok, tetapi untuk seluruh manusia.

Jika ingin melihat bukti, lihatlah Kelantan. Negeri yang diperintah PAS selama lebih tiga dekad ini menjadi saksi kepada keadilan dan keterbukaan yang kita praktikkan. Masyarakat Cina di Kelantan hidup dengan aman, berniaga dengan bebas, beragama tanpa gangguan, dan menyambut perayaan mereka tanpa halangan. Tiada kekerasan. Tiada diskriminasi. Tiada penindasan. Inilah wajah sebenar pentadbiran Islam yang dibawa PAS. Tenang, teratur dan mendidik.

Cuma kerana PAS tidak memerintah di peringkat Persekutuan, wajah sebenar ini tidak sampai ke seluruh rakyat. Lalu wujud jurang maklumat, ditambah p**a dengan fitnah yang disebar tanpa tapisan. Jika diberi peluang, insya-Allah, pentadbiran seperti di Kelantan ini akan diperluas ke seluruh negara, dengan pendekatan yang sama, adil, mendidik, dan terbuka.

PAS tidak memilih jalan keras. Kita tidak menghukum. Kita tidak memaksa. Kita mendidik dan membimbing, sesuai dengan jiwa masyarakat. Pendekatan yang kita amalkan di Kelantan terbukti berjaya kerana ia tidak menekan rakyat, tetapi memberi ruang untuk mereka memahami dan menyesuaikan diri. Kita pimpin dengan kasih sayang. Kita dekati masyarakat dengan hikmah.

Teruskan bersama saya dalam siri menjernihkan kekeliruan, menjawab persoalan, dan menyingkap kebenaran. Semoga rakyat akhirnya dapat melihat sendiri, bahawa kebenaran itu tidak terletak pada kata orang, tetapi pada bukti yang nyata.

𝐈𝐍𝐅𝐀𝐐 𝐈𝐒𝐓𝐈𝐐𝐀𝐌𝐀𝐇 ialah inisiatif sumbangan bulanan automatik yang diperkenalkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk ...
30/05/2025

𝐈𝐍𝐅𝐀𝐐 𝐈𝐒𝐓𝐈𝐐𝐀𝐌𝐀𝐇 ialah inisiatif sumbangan bulanan automatik yang diperkenalkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk mengukuhkan sumber kewangan parti secara berterusan dan sistematik. Melalui potongan tetap dari akaun bank, ahli dan penyokong PAS dapat menyumbang serendah RM10 sebulan, bersamaan kira-kira 33 sen sehari. Sumbangan ini diagihkan kepada PAS Pusat, PAS Negeri, dan PAS Kawasan bagi menyokong pelbagai aktiviti dakwah, kebajikan, dan pembangunan masyarakat.  

Sehingga kini, program ini telah mengumpulkan hampir RM1.8 juta setahun daripada lebih 5,600 penyumbang tetap. Namun, jumlah ini masih jauh daripada sasaran 50,000 hingga 100,000 penyumbang yang diidamkan oleh PAS. 

Pendaftaran untuk menyertai Infaq Istiqamah kini dipermudahkan melalui platform dalam talian, membolehkan proses pendaftaran diselesaikan dalam masa kurang daripada 5 minit. Ini memberikan peluang kepada lebih ramai individu untuk turut serta dalam usaha murni ini.

𝐔𝐜𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐆𝐚𝐥𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang Infaq Istiqamah yang telah menunjukkan komitmen dan keikhlasan dalam menyokong perjuangan PAS. Sumbangan anda, walaupun kecil, amat besar ertinya dalam memperkukuh gerak kerja dakwah dan kebajikan parti.  

*Bagi mereka yang belum berpeluang menyumbang, kami mengalu-alukan penyertaan anda dalam program Infaq Istiqamah. Dengan hanya RM10 sebulan, anda dapat menjadi sebahagian daripada usaha membina masyarakat yang lebih sejahtera dan berlandaskan nilai-nilai Islam. Pendaftaran boleh dilakukan secara mudah dan pantas melalui pautan berikut:*

[https://infaqpay.my/go/pas?referrer=PAS0138]

Marilah kita bersama-sama istiqamah dalam berinfaq demi kebaikan ummah dan keredhaan Allah SWT

Ramadan 1994 menjadi saksi permulaan sebuah inisiatif kecil tetapi penuh makna. Di kaki lima dalam kawasan stesen bas Ko...
25/02/2025

Ramadan 1994 menjadi saksi permulaan sebuah inisiatif kecil tetapi penuh makna. Di kaki lima dalam kawasan stesen bas Kota Bharu, sebuah khemah bersaiz 8' x 6' didirikan; cukup untuk menampung 15-20 orang untuk menunaikan solat.

MPKB menyediakan sedikit air minuman dan buah kurma kepada para musafir dan mereka yang tidak sempat p**ang berbuka puasa di rumah. Khemah ini dijadikan tempat berbuka puasa dan solat Maghrib, agar sesiapa sahaja dapat menunaikan ibadah tanpa terlepas keberkatan Ramadan.

Siapa sangka, dari sebuah khemah kecil, inisiatif ini terus berkembang menjadi satu mercu tanda kebersamaan ummah: Madinah Ramadan.

Mari dengar YB Hilmi Abdullah bercerita mengenai sejarah Madinah Ramadan. Dari khemah kecil di Stesen Bas Kota Bharu sehingga khemah berhawa dingin di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV. Khabarnya Madinah Ramadan tahun ini banyak keistimewaan.

Ikuti Bicara Siasah yang kembali bersiaran pada hari Rabu bermula minggu ini.

Saksikan SECARA LANGSUNG di FB Legasi Tok Guru. Sama-sama bantu sebarkan!

29 Januari 2025/Rabu*AHLI USRAH PIMPINAN PAS KAWASAN PASIR MAS BULAN JANUARI 2025* :🗓 *29 Januari 2025 (Rabu)* ⏳ *Bermul...
29/01/2025

29 Januari 2025/Rabu

*AHLI USRAH PIMPINAN PAS KAWASAN PASIR MAS BULAN JANUARI 2025* :

🗓 *29 Januari 2025 (Rabu)*

⏳ *Bermula Solat Maghrib berjemaah*

🏢 *Tempat* :
*Pejabat PAS Kawasan Pasir Mas*

👳 Naqib Usrah Negeri :

*YBhg. Ustaz Adnan B Wazir*

𝗝𝗼𝗺 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗠𝗲𝗻𝘆𝘂𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗜𝗻𝗳𝗮𝗾 𝗜𝘀𝘁𝗶𝗾𝗮𝗺𝗮𝗵 𝗣𝗔𝗦 🌿  Tak perlu banyak, hanya serendah RM10 sebulan, anda dah boleh jadi s...
29/01/2025

𝗝𝗼𝗺 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗠𝗲𝗻𝘆𝘂𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗜𝗻𝗳𝗮𝗾 𝗜𝘀𝘁𝗶𝗾𝗮𝗺𝗮𝗵 𝗣𝗔𝗦 🌿

Tak perlu banyak, hanya serendah RM10 sebulan, anda dah boleh jadi sebahagian daripada perjuangan PAS! Setiap sen yang disumbangkan bakal membantu *Pusat, Negeri, dan Kawasan* untuk melaksanakan program bermanfaat buat ummah.

Melalui Infaq Istiqamah, sumbangan anda disalurkan secara Direct Debit—mudah dan konsisten. Pecahan agihan:
- 50% untuk Kawasan
- 20% untuk Negeri
- 30% untuk Pusat

𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻𝗸𝗮𝗵 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗵 𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶? "𝗦𝗲𝗱𝗲𝗸𝗮𝗵 𝗶𝘁𝘂 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴𝗶 𝗵𝗮𝗿𝘁𝗮" (𝗛.𝗥 𝗠𝘂𝘀𝗹𝗶𝗺). 𝗝𝗮𝗱𝗶, 𝗶𝗻𝗶 𝗽𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗿𝗲𝘇𝗲𝗸𝗶

📲 Klik link ini untuk turut menyumbang :
[https://infaqpay.my/go/pas?referrer=PAS0138]

Ayuh, kita melangkah bersama ke arah kebaikan! 🤲✨

PERKHIDMATAN KAUNTER JPJ MOBILEJPJ NEGERI KELANTANTarikh : 06 Januari 2025  (ISNIN)Masa : 10.00 pagi - 3.00 petang Tempa...
05/01/2025

PERKHIDMATAN KAUNTER JPJ MOBILE
JPJ NEGERI KELANTAN

Tarikh : 06 Januari 2025 (ISNIN)
Masa : 10.00 pagi - 3.00 petang Tempat : PERKARANGAN PEJABAT YB ADUN PENGKALAN PASIR
STADIUM MINI PASIR MAS

Perkhidmatan yang disediakan :
Pembaharuan Lesen Memandu CDL
Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor/ Cukai Jalan (roadtax)
Pendaftaran JPJelD dan applikasi MyJPJ
Pembayaran Saman (Terkini)
Pemeriksaan motosikal (cukai jalan tamat tempoh lebih 3 tahun)
Teruskan ikuti laman sosial rasmi JPJ Negeri Kelantan untuk mendapatkan informasi terkini.

Mohamad Azmi Bin Yusoff
014 836 1234












21/10/2024

Alhamdulillah, hari ini genap 34 tahun Kelantan kekal teguh dengan dasar Membangun Bersama Islam sejak 21 Oktober 1990. Sepanjang tempoh ini, kerajaan negeri sentiasa berpegang teguh kepada prinsip Islam dalam setiap aspek pentadbiran dan pembangunan negeri.

Komitmen pentadbiran hari ini dengan Penghayatan Membangun Bersama Islam (PMBI) adalah untuk terus membina sebuah negeri yang sejahtera dengan menegakkan keadilan dan kemakmuran untuk semua.

Semoga Kelantan terus dirahmati dan diberkati Allah SWT.

Address

Pasir Mas
17000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pas Kawasan Pasir Mas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share