Majlis Daerah Pasir Mas

Majlis Daerah Pasir Mas Page Facebook Rasmi Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM)
Twitter

LAWATAN TURUN PADANG PANEL PENILAI SISTEM PENARAFAN BINTANG PBT TAHUN 2026 KE MAJLIS DAERAH PASIR MAS16 Ogos 2026 pihak ...
16/08/2026

LAWATAN TURUN PADANG PANEL PENILAI SISTEM PENARAFAN BINTANG PBT TAHUN 2026 KE MAJLIS DAERAH PASIR MAS

16 Ogos 2026 pihak Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) telah menerima Lawatan Turun Padang Pasukan Panel Penilai Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Tahun 2026.

Lawatan ini bertujuan untuk menilai serta melihat secara langsung pelaksanaan aspek pentadbiran, penyampaian perkhidmatan, pengurusan, pengurusan persekitaran serta inisiatif dan inovasi yang dilaksanakan oleh MDPM dalam memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada masyarakat.

Pasukan panel penilai turut berkesempatan meninjau beberapa lokasi dan fasiliti di bawah seliaan MDPM sebagai sebahagian daripada proses penilaian yang ditetapkan.

MDPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pasukan Panel Penilai Sistem Penarafan Bintang PBT Tahun 2026 atas kunjungan serta komitmen dalam melaksanakan penilaian ini.

Semoga penilaian ini menjadi pemangkin kepada MDPM untuk terus memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan memberikan perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan serta mesra rakyat.

“Bersama Memacu Pasir Mas Ke Arah Lebih Cemerlang”

"Membangun Demi Perpaduan Masyarakat"

Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan







KURSUS UNDANG-UNDANG UNIT PENGUATKUASAAN MAJLIS DAERAH PASIR MAS 2026.Khamis,13 Ogos 2026 - Kursus Undang-Undang secara ...
16/08/2026

KURSUS UNDANG-UNDANG UNIT PENGUATKUASAAN MAJLIS DAERAH PASIR MAS 2026.

Khamis,13 Ogos 2026 - Kursus Undang-Undang secara "in-house" yang dianjurkan oleh Unit Undang-Undang MDPM dan Unit Penguatkuasaan MDPM bertempat di Bilik Mesyuarat Utama MDPM bermula pada jam 8.30 pagi sehingga jam 1 petang telah dihadiri oleh semua anggota Penguatkuasa MDPM. Kursus yang diadakan ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan kompetensi anggota penguatkuasa MDPM dalam penguatkuasaan undang-undang berkaitan disamping menjadi platform perbincangan bersama berkaitan isu-isu perundangan dan penguatkuasaan dalam kawasan MDPM.

Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan


06/08/2026

5 Ogos 2026 - Pihak Majlis Daerah Pasir Mas telah menjalankan Sesi Cabutan Undi bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di Daerah Pasir Mas.Cabutan Undi telah disempurnakan oleh Ketua Whip dan Timbalan Ketua Whip Majlis Daerah Pasir Mas dan disaksikan oleh YABrs.Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Mas.

Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
Hilmi Abdullah

Penyelarasan Tempat Perpindahan Sementara Stesen Bas Exprass RP bagi Kerja kerja Menaiktaraf Di Tapak Stesen Bas Express...
04/08/2026

Penyelarasan Tempat Perpindahan Sementara Stesen Bas Exprass RP bagi Kerja kerja Menaiktaraf Di Tapak Stesen Bas Express Rantau Panjang.

Edaran Notis Pemakluman Berkenaan Kerja kerja Mengecat Bangunan, Penyeragaman Papan Tanda Perniagaan dan Pembinaan Lalua...
04/08/2026

Edaran Notis Pemakluman Berkenaan Kerja kerja Mengecat Bangunan, Penyeragaman Papan Tanda Perniagaan dan Pembinaan Laluan Penjalan Kaki Berbumbung Dalam kawasan ZBC RP.Bermula dari Lot kedai bernombor 148 - 180.

Edaran Notis Pemakluman Pengosongan Tapak Perniagaan Di Petak Parkir dalam Kawasan ZBC RP bagi kerja kerja naiktaraf Ban...
04/08/2026

Edaran Notis Pemakluman Pengosongan Tapak Perniagaan Di Petak Parkir dalam Kawasan ZBC RP bagi kerja kerja naiktaraf Bandar Rantau Panjang.

Program Ceramah Motivasi Pelajar Peringkat Jajahan Pasir Mas 2026 telah diadakan di SMU (A) Tahiriah Tasek,Rantau Panjan...
03/08/2026

Program Ceramah Motivasi Pelajar Peringkat Jajahan Pasir Mas 2026 telah diadakan di SMU (A) Tahiriah Tasek,Rantau Panjang.Program tersebut turut melibatkan Pegawai daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan,Polis Diraja Malaysia dan Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas.


03/08/2026

Menjadi Satu Kesalahan Membuang Sampah Diluar Tong Sampah.Pihak Kami Sedang Mengesan Pelakunya.



Majlis Daerah Pasir Mas

IKLAN PELAWAAN KERJA SECARA UNDIANRuj.Kami: MDPM.D.582 (07) 002 JLD 6 (   )Tarikh: 30 Julai 2027M bersamaan 15 Safar 144...
30/07/2026

IKLAN PELAWAAN KERJA SECARA UNDIAN
Ruj.Kami: MDPM.D.582 (07) 002 JLD 6 ( )

Tarikh: 30 Julai 2027M bersamaan 15 Safar 1448H.

Majlis Daerah Pasir Mas mempelawa kontraktor Bumiputera yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk menyertai Kerja Secara Undian MDPM Bil. 1/2026.

Sila pastikan semua syarat penyertaan dipenuhi serta membawa dokumen asal yang berkaitan semasa pendaftaran.

Sila rujuk notis rasmi yang dilampirkan untuk maklumat lengkap.

HEBAHAN AWAM!!NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA PINTU KASTAM 2 (ZON BEBAS CUKAI RANTAU PANJANG)    Bahagian Kerajaan Tempatan, P...
29/07/2026

HEBAHAN AWAM!!
NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA PINTU KASTAM 2 (ZON BEBAS CUKAI RANTAU PANJANG)





Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

Address

Majlis Daerah Pasir Mas, Kompleks Apam Putra
Pasir Mas
17070

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Daerah Pasir Mas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Daerah Pasir Mas:

Shortcuts

Share