Pejabat Pertanian Jajahan Pasir Mas

Pejabat Pertanian Jajahan Pasir Mas Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Pertanian Jajahan Pasir Mas, Government Organization, pejabat pertanian jajahan pasir mas, Pasir Mas.

LAWATAN PENGEMBANGAN DAN PEMERIKSAAN SERANGAN KUMBANG TANDUK TANAMAN KELAPAlawatan pengembangan dan pemeriksaan bersama ...
16/08/2026

LAWATAN PENGEMBANGAN DAN PEMERIKSAAN SERANGAN KUMBANG TANDUK TANAMAN KELAPA

lawatan pengembangan dan pemeriksaan bersama Bahagian Biosekuriti Tumbuhan (BBT) telah dijalankan di kebun tanaman kelapa milik En. Ibrahim bin Hamat di Kg. Lumpur, melibatkan kawasan seluas 1.5 ekar.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat serangan kumbang tanduk pada tanaman kelapa varieti SGG. Pemeriksaan turut disusuli dengan khidmat nasihat berkaitan langkah kawalan dan pengurusan serangan perosak bagi membantu pengusaha menangani masalah tersebut.

Dalam lawatan ini, turut disumbangkan alat perangkap kumbang tanduk sebagai salah satu langkah kawalan bagi membantu mengurangkan serangan serta melindungi tanaman kelapa pengusaha.

Terima kasih kepada pihak BBT atas kerjasama dan khidmat teknikal yang diberikan dalam usaha membantu pengusaha meningkatkan pengurusan tanaman serta menangani masalah serangan perosak.

๐‰๐€๐๐†๐€๐ ๐‹๐”๐๐€ ๐“๐„๐Œ๐” ๐‰๐€๐๐‰๐ˆ ๐Š๐ˆ๐“๐€ !!!!๐…๐€๐‘๐Œ๐„๐‘โ€™๐’ ๐…๐ˆ๐„๐‹๐ƒ ๐ƒ๐€๐˜ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ง๐ข๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ญ๐š๐ง๐Ÿ“… Tarikh : ๐Ÿ๐Ÿ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฌ๐š)...
06/08/2026

๐‰๐€๐๐†๐€๐ ๐‹๐”๐๐€ ๐“๐„๐Œ๐” ๐‰๐€๐๐‰๐ˆ ๐Š๐ˆ๐“๐€ !!!!

๐…๐€๐‘๐Œ๐„๐‘โ€™๐’ ๐…๐ˆ๐„๐‹๐ƒ ๐ƒ๐€๐˜ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ง๐ข๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ญ๐š๐ง
๐Ÿ“… Tarikh : ๐Ÿ๐Ÿ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฌ๐š)
๐Ÿ“ Tempat : ๐Š๐จ๐ฆ๐ฉ๐ฅ๐ž๐ค๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ง๐ข๐š๐ง ๐‹๐ฎ๐ง๐๐š๐ง๐ 
๐Ÿ•ฃ Masa : ๐Ÿ–.๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐ฉ๐š๐ ๐ข โ€“ ๐Ÿ“.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฉ๐ž๐ญ๐š๐ง๐ 

Sertai kami untuk mengenali peranan Jabatan Pertanian dan menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti:

โœ… Kursus PERCUMA
โœ… Pameran teknologi & inovasi pertanian
โœ… Jualan usahawan tani & Industri Asas Tani (IAT)
โœ… Jualan anak pokok Durian Musang King (D197), Kelapa Pandan, buah durian segar & jagung manis

Luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menyertai Farm Field Day 2026. Pelbagai aktiviti menarik, perkongsian ilmu serta jualan produk pertanian berkualiti menanti anda.

๐Ÿ“ ๐‰๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐š ๐š๐ง๐๐š ๐๐ข ๐Š๐จ๐ฆ๐ฉ๐ฅ๐ž๐ค๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ง๐ข๐š๐ง ๐‹๐ฎ๐ง๐๐š๐ง๐  ๐ฉ๐š๐๐š ๐Ÿ๐Ÿ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”!

06/08/2026

๐‰๐€๐๐†๐€๐ ๐‹๐”๐๐€ ๐“๐„๐Œ๐” ๐‰๐€๐๐‰๐ˆ ๐Š๐ˆ๐“๐€ !!!!
๐…๐€๐‘๐Œ๐„๐‘โ€™๐’ ๐…๐ˆ๐„๐‹๐ƒ ๐ƒ๐€๐˜ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ง๐ข๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ญ๐š๐ง
Tarikh : ๐Ÿ๐Ÿ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฌ๐š)
Tempat : ๐Š๐จ๐ฆ๐ฉ๐ฅ๐ž๐ค๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ง๐ข๐š๐ง ๐‹๐ฎ๐ง๐๐š๐ง๐ 
Masa : ๐Ÿ–.๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐ฉ๐š๐ ๐ข โ€“ ๐Ÿ“.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฉ๐ž๐ญ๐š๐ง๐ 
Pelbagai Jualan hasil pertanian, Aktiviti Menarik dan juga Kursus percuma akan diadakan!!!

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐€๐†๐ˆ๐‡๐€๐ ๐€๐๐€๐Š ๐๐Ž๐Š๐Ž๐Š ๐‚๐„๐Œ๐๐„๐ƒ๐€๐Š ๐ƒ๐”๐‘๐ˆ๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐€๐‰๐€ ๐Ž๐‘๐†๐€๐๐ˆ๐Š ๐ƒ๐ˆ ๐ƒ๐”๐ ๐€๐๐€๐Œ ๐๐”๐“๐‘๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”05 Ogos 2026Seramai 100 orang penduduk ...
06/08/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐€๐†๐ˆ๐‡๐€๐ ๐€๐๐€๐Š ๐๐Ž๐Š๐Ž๐Š ๐‚๐„๐Œ๐๐„๐ƒ๐€๐Š ๐ƒ๐”๐‘๐ˆ๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐€๐‰๐€ ๐Ž๐‘๐†๐€๐๐ˆ๐Š ๐ƒ๐ˆ ๐ƒ๐”๐ ๐€๐๐€๐Œ ๐๐”๐“๐‘๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

05 Ogos 2026

Seramai 100 orang penduduk di DUN Apam Putra telah menerima agihan 100 anak pokok cempedak durian berserta baja organik daripada Kerajaan Negeri Kelantan menerusi Program Apo Koba Pok Tani Agro Al Falah (KAPOK). Inisiatif ini bertujuan menggalakkan masyarakat mengusahakan tanaman bernilai tinggi bagi menjana pendapatan serta meningkatkan sekuriti makanan negeri.

Mewakili Pejabat Pertanian Jajahan Pasir Mas, En. Aziem Aliemi Bin Sepian telah hadir memberikan penerangan dan tunjuk ajar mengenai penyediaan kawasan, kaedah penanaman serta pembajaan yang betul bagi memastikan pertumbuhan pokok yang sihat dan berkualiti.

Turut hadir ialah YB Dato' Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Negeri Kelantan, yang menyampaikan ucapan serta menyeru masyarakat memanfaatkan tanah atau ruang yang ada untuk aktiviti pertanian demi meningkatkan pengeluaran makanan dan kesejahteraan rakyat.


28/07/2026

๐ŸŒฑ JUALAN TERUS DARI LADANG KEMBALI LAGI! ๐ŸŒฑ

Nak rasa pengalaman sebenar ladang moden?
Inilah masanya! Datang sendiri, lihat sendiri dan petik sendiri hasil segar terus dari ladang ๐ŸŒพ๐Ÿˆ

Ayam segar - Rm7/kilogram (TERHAD 300 EKOR SAHAJA)
Ikan tilapia segar - Rm8/kilogram
Benih ikan tilapia - Rm0.35 per ekor
Daging rusa - Rm70.00/kilogram
Cili kulai - Rm 3.00/250g
Sawi - Rm2.00/500g
Buah Tin - Rm20.00/5biji
MMK - Rm10.00/kilogram
MMK Premium saiz (2kg keatas) - Rm13.00/kilogram
Benih Buah Tin - Rm20/5batang

๐Ÿ“Lokasi: Ladang Agrovalley Rong Chenok, Pasir Mas ( https://maps.app.goo.gl/ioPgFErKKzGNnbKF8 )
๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 1 Ogos 2026 (Sabtu)
โฐ Masa: 8.30 pagi โ€“ 3.00 petang

โœจ Datang bukan sekadar membeli, tetapi merasai denyut sebenar keterjaminan makanan Kelantan.

๐Ÿ“ข Pakat maghi ramai-ramai

Untuk keterangan lebih lanjut boleh hubungi no yang tertera๐Ÿ‘‡
๐Ÿ“ฑ 019-729 4284 (Cik Atieqah)
๐Ÿ“ฑ 013-2974189 (En.Azri)
๐Ÿ“ฑ 013-3361918 (En.Zuhairi)

LAWATAN TEKNIKAL KE PROJEK TANAMAN JAGUNG26 Julai 2026 (Ahad)Lawatan Teknikal ke Projek Tanaman Jagung di bawah Program ...
26/07/2026

LAWATAN TEKNIKAL KE PROJEK TANAMAN JAGUNG

26 Julai 2026 (Ahad)

Lawatan Teknikal ke Projek Tanaman Jagung di bawah Program AgroTani Komuniti Mampan yang diusahakan melalui Usaha Libatsama Persatuan Veteran TUDM di Jajahan Pasir Mas, bertempat di kg Chabang 4 Tok Uban, Pasir Mas.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau perkembangan projek tanaman jagung serta memberikan khidmat nasihat dan bimbingan teknikal berkaitan pengurusan tanaman bagi memastikan projek dapat dilaksanakan dengan baik dan mampan.

Semoga usaha ini dapat terus diperkasakan dalam meningkatkan penglibatan komuniti dalam sektor pertanian serta menyumbang kepada pengeluaran hasil pertanian yang berdaya maju dan berterusan.

PROGRAM PEMBASMIAN MUSUH TANAMAN DI SEKITAR MUKIM GABUS JAJAHAN PASIR MAS22 Julai 2026 (Rabu)Pejabat Pertanian Jajahan P...
23/07/2026

PROGRAM PEMBASMIAN MUSUH TANAMAN DI SEKITAR MUKIM GABUS JAJAHAN PASIR MAS

22 Julai 2026 (Rabu)

Pejabat Pertanian Jajahan Pasir Mas telah menganjurkan Program Pembasmian Musuh Tanaman yang berlangsung dari jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, bertempat di Kampung Gabus, Kampung Chasi, Kampung Kolam, Kampung Bujuk serta sekitar Mukim Gabus.

Program ini melibatkan kerjasama strategik antara Jabatan Pertanian, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Kelantan dalam menangani isu musuh tanaman yang mengganggu tanaman dan hasil pertanian penduduk setempat.

Turut terlibat dalam program ini ialah penduduk kampung serta sukarelawan yang mempunyai lesen dan permit menembak yang sah dan masih aktif, yang bersama-sama membantu dalam usaha pembasmian musuh tanaman di kawasan terlibat.

Semoga usaha bersepadu dan kerjasama antara agensi, penduduk kampung serta para sukarelawan ini dapat membantu melindungi tanaman, mengurangkan gangguan musuh tanaman, meningkatkan hasil pertanian serta memberi manfaat kepada para petani dan masyarakat setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengerusi JPKKP Mukim Bujuk, penduduk kampung, para sukarelawan, Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Kelantan serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama, komitmen dan sokongan sepanjang pelaksanaan program ini.

Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan semua pihak dalam bersama-sama melindungi tanaman dan hasil pertanian masyarakat setempat.

23/07/2026
23/07/2026

Address

Pejabat Pertanian Jajahan Pasir Mas
Pasir Mas
17000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097909137

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pertanian Jajahan Pasir Mas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share