VISI : Menerajui Wanita Muda Malaysia Membudayakan Politik Matang Dan Sejahtera
MISI : Kepimpinan . Informatif . Politik Islam
KEPIMPINAN
* Menyediakan latihan kepimpinan dan kemahiran insaniah yang mampu bertindak sebagai ahli masyarakat yang berkesan dan berpengaruh.
* Mewujudkan jaringan strategik (networking) bagi mengembangkan potensi dalam diri wanita muda. INFORMATIF
* Membantu kebolehcap
aian wanita muda Malaysia mengakses maklumat-maklumat berkaitan politik Malaysia dan antarabangsa yang tepat - objektif dan matang.
* Mewujudkan sistem kajian maklumat yang benar dan sahih. POLITIK ISLAM
* Mempromosi mesej budaya politik matang dan sejahtera kepada kumpulan sasar wanita muda Malaysia. AMEERAH adalah sebuah entiti dalam Dewan Muslimat, Parti Islam Semalaysia (PAS) yang bertapak di Negara Malaysia, Asia Tenggara, Asia. Ditubuhkan pada 1 Oktober 2011, AMEERAH merupakan sayap baru khusus untuk wanita muda yang berminat pada politik. Fokus utama AMEERAH adalah menggiatkan kesedaran politik dalam kalangan generasi muda wanita, menanamkan semangat patriotisme kepada negara dan akhirnya meningkatkan penyertaan wanita muda dalam masyarakat. Ayuh sertai AMEERAH! Kami ingin bersahabat dan berkolaborasi dengan semua wanita muda di seluruh Malaysia, khususnya di Kelantan. Like AMEERAH PASIR MAS:
http://www.facebook.com/pages/Ameerah-Pasir-Mas/1447673678786859
Like AMEERAH MALAYSIA: http://www.facebook.com/ameerahmalaysia
Youtube: http://www.youtube.com/user/ameerahmalaysia
Hubungi: [email protected]
Alamat:
AMEERAH Malaysia,
Tingkat 3, 318-A,
Lot 1636, Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur, Malaysia.