BALAI POLIS PASIR MAS

BALAI POLIS PASIR MAS BALAI POLIS PASIR MAS

01/05/2026

KEGEMILANGAN KONTINJEN KELANTAN JOHAN & TEMPAT KETIGA KEJOHANAN LUMBA BASIKAL PIALA KETUA POLIS NEGARA 2026

Kontinjen Kelantan mempamerkan prestasi cemerlang pada hari pertama Kejohanan Lumba Basikal Piala Ketua Polis Negara Tahun 2026 bagi acara lebuhraya dengan merangkul kejayaan membanggakan di peringkat individu dan berpasukan.

Dalam kategori Individu Lelaki (Veteran), Konstabel 235710 Mohd Nuhairi bin Md Nawi telah mengungguli saingan dan berjaya dinobatkan sebagai JOHAN, sekali gus mengharumkan nama Kontinjen Kelantan di pentas kejohanan.

Bagi kategori Berpasukan Lelaki (Veteran) p**a, pasukan Kelantan berjaya meraih tempat KETIGA, dibarisi oleh SM/D 121974 Ahmad bin Talib, SJN 153914 Mohd Yusairi bin M. Yusof, KPL 163586 Mohd Fairus bin Mohd Ali serta Konstabel 235710 Mohd Nuhairi bin Md Nawi.

Sementara itu, pasukan Berpasukan Wanita turut menunjukkan semangat juang tinggi apabila menamatkan saingan di kedudukan KELAPAN.

Kejayaan ini mencerminkan komitmen, disiplin serta semangat kesukanan tinggi dalam kalangan warga Polis Diraja Malaysia, khususnya Kontinjen Kelantan dalam mengangkat kecemerlangan di arena sukan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih gemilang pada hari-hari seterusnya kejohanan.

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA ATLET!






SEMPENA PERINGATAN HARI POLIS KE-219Ketua Polis Balai Pasir Mas INSP Mohd Yahfizaril Yahya merakamkan setinggi-tinggi pe...
24/03/2026

SEMPENA PERINGATAN HARI POLIS KE-219

Ketua Polis Balai Pasir Mas INSP Mohd Yahfizaril Yahya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selamat Hari Polis ke-219 kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia, khususnya anggota dan pegawai di Balai Polis Pasir Mas.

Sesungguhnya, sambutan ini adalah sebagai tanda penghormatan terhadap jasa dan pengorbanan semua anggota polis yang sentiasa komited dalam menjaga keamanan, ketenteraman awam serta kedaulatan undang-undang negara.

Tahniah dan syabas dengan dedikasi, disiplin dan semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh seluruh warga balai ini dalam melaksanakan amanah yang diberikan. Teruskan berkhidmat dengan penuh integriti, profesionalisme dan keikhlasan demi masyarakat dan negara tercinta.

Akhir kata, semoga kita semua terus diberi kekuatan dan perlindungan dalam menjalankan tugas yang mencabar ini.

“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”

24/03/2026
21/03/2026
19/03/2026

⚠️ 7 KES KEMALANGAN DIREKODKAN PADA HARI PERTAMA OP SELAMAT 26 DAERAH PASIR MAS.

Walaupun berlaku pertambahan jumlah kenderaan di daerah Pasir Mas sejak semalam, kes kemalangan yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 7 kes berbanding 8 kes pada semalam. Kita mampu turunkan jumlah kes kemalangan sekiranya semua pemandu dan penunggang berhati-hati dan mematuhi peraturan jalanraya.





Address

Balai Polis Pasir Mas
Pasir Mas
17000

Telephone

+6097932222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BALAI POLIS PASIR MAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share