Risdaku - RISDA Jajahan Kelantan Utara

Risdaku - RISDA Jajahan Kelantan Utara Ini adalah Laman Facebok Pejabat RISDA Jajahan Kelantan Utara bagi tujuan menyampaikan informasi dan aktiviti yang dijalankan oleh pihak RISDA.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€ ๐๐”๐Š๐€๐ ๐’๐„๐Š๐€๐ƒ๐€๐‘ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐ˆ, ๐“๐€๐๐ˆ ๐ƒ๐ˆ๐‡๐€๐˜๐€๐“๐ˆ!Semangat kemerdekaan hidup dalam setiap usaha, setiap titik peluh dan seti...
31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€ ๐๐”๐Š๐€๐ ๐’๐„๐Š๐€๐ƒ๐€๐‘ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐ˆ, ๐“๐€๐๐ˆ ๐ƒ๐ˆ๐‡๐€๐˜๐€๐“๐ˆ!

Semangat kemerdekaan hidup dalam setiap usaha, setiap titik peluh dan setiap langkah rakyat Malaysia yang terus membina negara.

Buat seluruh pekebun kecil, usahawan dan rakyat Malaysia, teruskan melangkah dengan semangat, keberanian dan tekad untuk masa depan yang lebih sejahtera. ๐ŸŒฑโค๏ธ

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69!
Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.



๐‰๐”๐€๐‹ ๐‹๐€๐“๐„๐Š๐’, ๐‹๐„๐๐ˆ๐‡ ๐”๐๐“๐”๐๐†!Usaha RISDA bersama RISDA Plantation Sdn. Bhd. (RPSB) terus diperkasa bagi membuka peluang pem...
28/08/2026

๐‰๐”๐€๐‹ ๐‹๐€๐“๐„๐Š๐’, ๐‹๐„๐๐ˆ๐‡ ๐”๐๐“๐”๐๐†!

Usaha RISDA bersama RISDA Plantation Sdn. Bhd. (RPSB) terus diperkasa bagi membuka peluang pemasaran yang lebih baik serta membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah.

๐Ÿ“ Pada 25 Ogos 2026, program belian lateks dilaksanakan di Kampung Sungai Keladi dengan harga belian RM11.25/kg, termasuk insentif jualan lateks RISDA & LGM.

Inisiatif ini bukan sekadar membeli hasil, tetapi menggalakkan pekebun kecil beralih kepada pengeluaran lateks yang berpotensi memberikan pulangan lebih tinggi dan pendapatan lebih baik. ๐Ÿ’ช๐ŸŒณ

RISDA terus bersama pekebun kecil โ€” hasil meningkat, pendapatan diperkasa! ๐Ÿš€

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐๐Š๐”๐€๐’๐€ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐‘๐ˆ๐’๐ƒ๐€ (๐‰๐“๐๐‘) ๐๐ˆ๐‹. ๐Ÿ’ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”26 Ogos 2026 (Rabu) - RISDA terus komited memastikan se...
26/08/2026

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐๐Š๐”๐€๐’๐€ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐‘๐ˆ๐’๐ƒ๐€ (๐‰๐“๐๐‘) ๐๐ˆ๐‹. ๐Ÿ’ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

26 Ogos 2026 (Rabu) - RISDA terus komited memastikan setiap perancangan diterjemahkan kepada tindakan yang memberi manfaat kepada pekebun kecil. ๐Ÿค

Mesyuarat ini menjadi platform penting bagi menyelaras pelaksanaan program, menilai kemajuan serta memperkemas tindakan RISDA agar setiap bantuan dan inisiatif dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan serta memberi impak secara langsung kepada kesejahteraan dan peningkatan pendapatan pekebun kecil. ๐ŸŒฑ๐Ÿ“ˆ

25/08/2026

๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐”๐‚๐€๐๐€๐ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐˜๐๐‡๐†. ๐ƒ๐€๐“๐”๐Š ๐™๐€๐ˆ๐๐€๐‹ ๐€๐™๐๐ˆ ๐๐ˆ๐ ๐™๐”๐‹๐Š๐ˆ๐…๐‹๐ˆ, ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐‘๐ˆ๐’๐ƒ๐€

Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga kerja Kumpulan RISDA merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Datuk Zainal Azni bin Zulkifli, Ketua Pengarah RISDA di atas penganugerahan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) sempena Sambutan Hari Jadi ke-77 Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Di-Pertua Negeri Melaka pada hari ini 24 Ogos 2026 bersamaan 11 Rabiulawal 1448H.

Didoakan semoga kehadapan ini, RISDA akan terus cemerlang, maju dan gemilang di bawah pimpinan YBhg. Datuk Ketua Pengarah demi kesejahteraan pekebun kecil dan kemakmuran negara, Insha Allah.

24/08/2026

๐ŸŒ™ ๐‚๐ข๐ง๐ญ๐š ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐ฅ, ๐ˆ๐ง๐ฌ๐ฉ๐ข๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐’๐ž๐ฉ๐š๐ง๐ฃ๐š๐ง๐  ๐™๐š๐ฆ๐š๐ง

Sempena Maulidur Rasul 1448H, marilah kita sama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat, meneladani akhlak Baginda dan menghidupkan nilai kasih sayang, amanah serta ihsan dalam kehidupan seharian. ๐Ÿค

Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW menjadi panduan dalam setiap langkah dan menyatukan kita dalam kebaikan.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H.



๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐๐“๐”๐Š ๐Œ๐€๐’๐€ ๐ƒ๐„๐๐€๐ ๐„๐Š๐Ž๐๐Ž๐Œ๐ˆ ๐ƒ๐„๐’๐€ ๐Š๐„๐‹๐€๐๐“๐€๐20 Ogos 2026 (Khamis) - En. Nik Mohd Hafizi bin Nik Ibrahim, Ketua Unit Pemban...
24/08/2026

๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐๐“๐”๐Š ๐Œ๐€๐’๐€ ๐ƒ๐„๐๐€๐ ๐„๐Š๐Ž๐๐Ž๐Œ๐ˆ ๐ƒ๐„๐’๐€ ๐Š๐„๐‹๐€๐๐“๐€๐

20 Ogos 2026 (Khamis) - En. Nik Mohd Hafizi bin Nik Ibrahim, Ketua Unit Pembangunan Usahawan, Agromakanan & Program Khas Pejabat RISDA Jajahan Kelantan Utara (RISDAKU), turut menyertai Program Roundtable Discussion (RTD) DEKA2030 di UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Kota Bharu.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen RISDA dalam memperkukuh pembangunan ekonomi desa, membuka lebih banyak peluang keusahawanan serta meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan pekebun kecil. ๐Ÿค๐ŸŒพ

๐Œ๐„๐๐˜๐€๐๐“๐”๐๐ˆ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐๐„๐Š๐„๐๐”๐ ๐Š๐„๐‚๐ˆ๐‹9 Ogos 2026 (Ahad) - Kunjungan ini sebagai tanda keprihatinan dan kebersamaan warga RISDA ...
19/08/2026

๐Œ๐„๐๐˜๐€๐๐“๐”๐๐ˆ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐๐„๐Š๐„๐๐”๐ ๐Š๐„๐‚๐ˆ๐‹

9 Ogos 2026 (Ahad) - Kunjungan ini sebagai tanda keprihatinan dan kebersamaan warga RISDA terhadap komuniti pekebun kecil, khususnya mereka yang pernah bersama-sama menyumbang bakti kepada masyarakat dan RISDA.

En. Mohd Sidik, Timbalan Pegawai RISDA Jajahan Kelantan Utara mewakili Pengurusan Pejabat RISDA Jajahan (PRJ) Kelantan Utara telah menyantuni Pakdo, seorang pekebun kecil yang juga mantan Pemaju Masyarakat RISDA (PMR), susulan kemalangan yang dialaminya.

Semoga Pakdo dipermudahkan segala urusan dan kembali pulih seperti sediakala. ๐Ÿคฒ๐Ÿ’š

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐Š๐’๐€๐€๐ ๐’๐“๐Ž๐Š ๐’๐“๐Ž๐‘ ๐๐”๐’๐€๐“ ๐“๐€๐๐†๐†๐”๐๐†๐‰๐€๐–๐€๐ (๐’๐๐“) ๐๐‘๐‰ ๐Š๐„๐‹๐€๐๐“๐€๐ ๐”๐“๐€๐‘๐€ ๐Š๐€๐‹๐ˆ ๐Š๐„-๐Ÿ’ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”19 Ogos 2026 (rabu) - Law...
19/08/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐Š๐’๐€๐€๐ ๐’๐“๐Ž๐Š ๐’๐“๐Ž๐‘ ๐๐”๐’๐€๐“ ๐“๐€๐๐†๐†๐”๐๐†๐‰๐€๐–๐€๐ (๐’๐๐“) ๐๐‘๐‰ ๐Š๐„๐‹๐€๐๐“๐€๐ ๐”๐“๐€๐‘๐€ ๐Š๐€๐‹๐ˆ ๐Š๐„-๐Ÿ’ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

19 Ogos 2026 (rabu) - Lawatan pemeriksaan telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pemeriksaan Stok SPT Pejabat RISDA Jajahan Kelantan Utara bagi memastikan pengurusan, rekod dan penyimpanan stok sentiasa teratur, tepat serta mematuhi tatacara yang ditetapkan.

Pemeriksaan berkala ini mencerminkan komitmen RISDA dalam memperkukuh tadbir urus, akauntabiliti dan kecekapan pengurusan aset, sekali gus menyokong penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap kepada pekebun kecil. ๐Ÿ“‹โœจ

๐’๐„๐Œ๐€๐Š๐€๐ ๐ƒ๐Ž๐Š๐”๐Œ๐„๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐„๐”๐’๐€๐‡๐€๐–๐€๐๐€๐ & ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐€๐†๐‘๐Ž๐Œ๐€๐Š๐€๐๐€๐ ๐’๐„๐‘๐“๐€ ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐€๐†๐‘๐Ž๐Œ๐€๐Š๐€๐๐€๐ ๐“๐„๐‘๐๐€๐Š๐€๐ ๐€๐˜๐€๐Œ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ...
19/08/2026

๐’๐„๐Œ๐€๐Š๐€๐ ๐ƒ๐Ž๐Š๐”๐Œ๐„๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐„๐”๐’๐€๐‡๐€๐–๐€๐๐€๐ & ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐€๐†๐‘๐Ž๐Œ๐€๐Š๐€๐๐€๐ ๐’๐„๐‘๐“๐€ ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐€๐†๐‘๐Ž๐Œ๐€๐Š๐€๐๐€๐ ๐“๐„๐‘๐๐€๐Š๐€๐ ๐€๐˜๐€๐Œ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐‘๐ˆ๐’๐ƒ๐€ ๐‰๐€๐‰๐€๐‡๐€๐ ๐Š๐„๐‹๐€๐๐“๐€๐ ๐”๐“๐€๐‘๐€

19 Ogos 2026 (Rabu) - RISDA terus membimbing, memantau dan memperkasa pekebun kecil ke arah pendapatan yang lebih mampan. ๐Ÿ’ช

Semakan dokumen Program Keusahawanan & Program Agromakanan serta lawatan ke Projek Agromakanan Ternakan Ayam Tahun 2026 Pejabat RISDA Jajahan Kelantan Utara telah dilaksanakan oleh Ketua Unit Pembangunan Usahawan, Agromakanan, Program Khas dan Perancangan, Pejabat RISDA Negeri Kelantan.

Usaha ini penting bagi memastikan setiap program dilaksanakan dengan baik, teratur dan mencapai matlamat โ€” sekali gus membantu pekebun kecil mengembangkan sumber pendapatan melalui aktiviti keusahawanan dan agromakanan. ๐ŸŒฑ๐Ÿ”๐Ÿ“ˆ

๐Š๐„๐๐€๐‹๐ˆ ๐ƒ๐‘๐‚ ๐†๐„๐“๐€๐‡ ๐’๐Š๐‘๐€๐ (๐‚๐”๐๐‹๐”๐Œ๐)Tahukah anda, Dry Rubber Content (DRC) / Kandungan Getah Kering (KGK) merupakan antara f...
14/08/2026

๐Š๐„๐๐€๐‹๐ˆ ๐ƒ๐‘๐‚ ๐†๐„๐“๐€๐‡ ๐’๐Š๐‘๐€๐ (๐‚๐”๐๐‹๐”๐Œ๐)

Tahukah anda, Dry Rubber Content (DRC) / Kandungan Getah Kering (KGK) merupakan antara faktor utama yang mempengaruhi nilai dan harga belian getah skrap pekebun kecil?

Dalam urusan pembelian di lapangan, anggaran DRC dibuat berdasarkan keadaan fizikal dan kualiti skrap seperti umur, kandungan air/kelembapan, warna, keadaan potongan dalaman, kekotoran, cara penyimpanan serta tahap ketumpatan atau kematangan skrap.

Secara asasnya, skrap yang lebih lama, padat dan kurang kandungan air lazimnya mempunyai DRC lebih tinggi berbanding skrap yang masih baharu dan banyak mengandungi air.

๐Ÿ“Œ Gambar menunjukkan contoh perbezaan keadaan getah skrap dan anggaran DRC sebagai panduan serta pendedahan kepada pekebun kecil. Lain-lain gambar boleh dirujuk di ruang komen.

Melalui perkongsian maklumat ini, RISDA terus membantu meningkatkan kefahaman pekebun kecil mengenai kualiti getah, kaedah penilaian dan kepentingan menghasilkan skrap yang berkualiti, sekali gus menyokong pemasaran getah yang lebih telus dan memberi nilai lebih baik kepada pekebun kecil.

Address

Lot 241, Seksyen 2 Jalan Pasir Pekan
Pasir Mas
17000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097901061

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Risdaku - RISDA Jajahan Kelantan Utara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Risdaku - RISDA Jajahan Kelantan Utara:

Shortcuts

Share