Asam Pedas

Directions

Asam Pedas Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Asam Pedas, Pasir Mas.

03/10/2026

RM7.9 JUTA UBAH WAJAH MELAKA SENTRAL — JEJANTAS TUN TEJA KINI IKON BAHARU!

Daripada sekadar laluan pejalan kaki, Jejantas Tun Teja di Melaka Sentral kini tampil sebagai mercu tanda baharu yang menggabungkan warisan Melayu, teknologi moden dan peluang ekonomi.

Projek naik taraf bernilai hampir RM7.9 juta ini menampilkan seni bina berinspirasikan Istana Melayu lama, dihiasi lebih 4,000 lampu LED serta teknologi sensor pergerakan.

Keunikannya diperkukuh dengan empat laluan, Langkah Laksamana, Langkah Srikandi, Langkah Bendahara dan Langkah Permaisuri, yang membawa identiti sejarah Melaka dalam sentuhan kontemporari.

Turut disediakan enam kiosk perniagaan bagi membuka ruang kepada peniaga tempatan dan merancakkan aktiviti ekonomi sekitar Melaka Sentral.

Jejantas Tun Teja bukan lagi sekadar tempat melintas, ia wajah baharu Melaka yang menyatukan warisan, teknologi dan ekonomi rakyat.

Video Melaka Naww

RM123 JUTA DEMI WIRA NEGARA! MINDEF PASTIKAN VETERAN ATM TERUS TERBELAKementerian Pertahanan (MINDEF) telah membelanjaka...
02/10/2026

RM123 JUTA DEMI WIRA NEGARA! MINDEF PASTIKAN VETERAN ATM TERUS TERBELA

Kementerian Pertahanan (MINDEF) telah membelanjakan lebih RM123.9 juta menerusi program Bantuan Sara Hidup (BSH), memberi manfaat kepada lebih 33,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang memerlukan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata bantuan merangkumi aspek kebajikan, kesihatan, perumahan, pendidikan serta pengupayaan ekonomi, dengan pendekatan turun padang bagi memastikan bantuan benar-benar sampai kepada golongan sasaran.

Menerusi Program Peduli Veteran MADANI (PVM) Bukit Katil Siri 2, sebanyak 14 kediaman dikunjungi melibatkan veteran uzur dan sakit, balu serta anak OKU. Bantuan seperti katil pesakit, kerusi roda, walking frame dan keperluan harian turut disampaikan.

Inisiatif ini selaras dengan Pelan Strategik Pertahanan Negara 2026–2030, yang memberi penekanan kepada kesejahteraan veteran secara menyeluruh.

Jasa mereka mempertahankan negara tidak dilupakan. Kebajikan wira negara terus diberi perhatian.

02/10/2026

MELAKA MAKIN JADI PILIHAN DUNIA, PELABURAN GLOBAL TERUS MASUK!

Potensi Melaka semakin mendapat perhatian apabila pelaburan global terus bertambah dan lebih banyak syarikat antarabangsa mula melihat negeri ini sebagai destinasi strategik untuk mengembangkan perniagaan.

Kemasukan pelaburan bukan sekadar merancakkan ekonomi negeri, malah membuka lebih banyak peluang pekerjaan, pemindahan teknologi serta ruang perniagaan baharu kepada rakyat dan usahawan tempatan.

Dengan keyakinan pelabur yang semakin kukuh, Melaka terus melangkah sebagai negeri berdaya saing dan terbuka kepada peluang ekonomi global.

Pelaburan masuk, peluang rakyat bertambah. Mana lagi? Melaka ler!

02/10/2026

WANITA MELAKA BANGKIT, USAHAWAN DIPERKASA!

MELAKA SAYANG RAKYAT terus memperluas peluang kepada wanita untuk melangkah lebih jauh dalam dunia keusahawanan.

Menerusi pelbagai program pemantapan diri, peningkatan kemahiran dan pembangunan potensi, wanita diberi ruang membina keyakinan, menjana pendapatan serta mengembangkan perniagaan.

Usaha ini bukan sekadar melahirkan lebih ramai usahawan wanita, malah memperkukuh ekonomi keluarga dan komuniti.

Ikuti Mesra Check – 1 Inisiatif, 1 Cerita, menyelami kisah di sebalik inisiatif yang membawa manfaat kepada rakyat Melaka.

Video Melaka Hari Ini

01/10/2026

‘TANAH MELAYU’ DIBONGKAR! MUSYAWARAH NASIONAL 3.0 KUPAS POLEMIK SEJARAH

Musyawarah Nasional 3.0 tampil dengan wacana “Membongkar Polemik Tanah Melayu”, mengetengahkan perbincangan mengenai sejarah, identiti dan persoalan yang berkait dengan Tanah Melayu.

Wacana dikendalikan Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar bersama barisan panelis akademik, iaitu Prof Datuk Dr Ahmad Murad Mohd Noor Merican, Prof Datuk Dr Shamrahayu A. Aziz, Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong dan Dr Ku Boon Dar.

Pertemuan ini membuka ruang untuk polemik Tanah Melayu diteliti melalui perspektif sejarah, perundangan dan pembinaan identiti negara, sekali gus menggalakkan masyarakat memahami isu berasaskan ilmu serta fakta.

Video BBC Portal

AI, IoT & TENAGA SOLAR! MBMB PACU MELAKA KE ARAH BANDARAYA PINTAR RENDAH KARBONAgenda bandar pintar Melaka terus diperka...
01/10/2026

AI, IoT & TENAGA SOLAR! MBMB PACU MELAKA KE ARAH BANDARAYA PINTAR RENDAH KARBON

Agenda bandar pintar Melaka terus diperkasa apabila Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) memperkenalkan Dump Reverse Vending Machine (DRVM) di beberapa lokasi terpilih.

Menerusi kerjasama Penta Recycling Sdn. Bhd. dan SWCorp, tong kitar semula pintar ini menggabungkan Kecerdasan Buatan (AI), Internet Benda (IoT) serta analisis data raya bagi menjadikan proses kitar semula lebih mudah, cekap dan menarik kepada masyarakat.

Lebih menarik, DRVM menggunakan tenaga solar dengan penggunaan tenaga kurang daripada 1 kWh sehari, sekali gus menyokong pengurusan sisa yang lebih mampan.

Inisiatif ini menjadi satu lagi langkah MBMB menuju Bandaraya Pintar dan Rendah Karbon, dengan teknologi hijau menjadi sebahagian daripada kehidupan bandar masa depan.

30/09/2026

BARANG KEPERLUAN HARIAN HARGA BERPATUTAN? INI TEMPATNYA!

Nak berjimat ketika membeli barang keperluan harian? Jualan anjuran FAMA Melaka menawarkan pilihan barangan pada harga berpatutan untuk membantu meringankan perbelanjaan isi rumah.

📍 Nak tahu lokasi dan tarikh jualan seterusnya?
Pastikan anda mengikuti laman sosial rasmi FAMA Melaka untuk mendapatkan maklumat terkini.

Jangan terlepas peluang membeli sambil berjimat!

Video Melaka Hari Ini

30/09/2026

MELAKA JADI PERINTIS! TABIKA TUNAS ISTIMEWA KEMAS BUKA SINAR BUAT ANAK AUTISME

Lebih 30 kanak-kanak autisme kini mendapat manfaat menerusi tiga Tabika Tunas Istimewa KEMAS yang diwujudkan di Melaka sebagai negeri perintis.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kejayaan pelaksanaan program berkenaan membuktikan kepentingan menyediakan akses pendidikan awal yang lebih inklusif dan bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak istimewa.

Lebih membanggakan, kejayaan model yang dimulakan di Melaka itu turut membuka jalan kepada perluasan Tabika Tunas Istimewa KEMAS ke seluruh negara.

Langkah ini bukan sekadar menyediakan ruang pembelajaran, malah membuka lebih banyak peluang kepada anak-anak autisme untuk mengembangkan potensi mereka sejak usia awal.

Video Melaka Hari Ini

MELAKA–UK BUKA LEMBARAN BAHARU, PELUANG PELABURAN JADI TUMPUANHubungan Melaka dan United Kingdom terus diperkukuh apabil...
30/09/2026

MELAKA–UK BUKA LEMBARAN BAHARU, PELUANG PELABURAN JADI TUMPUAN

Hubungan Melaka dan United Kingdom terus diperkukuh apabila Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Ajay Sharma, di Seri Negeri.

Pertemuan itu membuka ruang pertukaran pandangan serta penerokaan kerjasama strategik baharu, khususnya dalam sektor pelaburan, pelancongan dan pendidikan.

Kerajaan Negeri Melaka menegaskan komitmen untuk terus membuka pintu kepada jaringan antarabangsa yang mampu membawa manfaat ekonomi dan peluang baharu kepada negeri serta rakyat.

Hubungan yang semakin erat ini diharap menjadi jambatan memperluas kerjasama Melaka–United Kingdom, sekali gus memperkukuh kedudukan Melaka sebagai negeri progresif, terbuka dan mesra pelaburan di persada antarabangsa.

Address

Pasir Mas

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Asam Pedas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share