PBSD PASIR MAS

PBSD PASIR MAS Page terbaru PBSD PASIR MAS bagi menyampaikan informasi dan segala aktiviti yang dijalankan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas

28/05/2026
PASIR MAS DOMINASI PENTAS ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA 2026​KOTA BHARU, 23 Mei – Perkarangan AEON Mall Kota Bharu menja...
24/05/2026

PASIR MAS DOMINASI PENTAS ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA 2026

​KOTA BHARU, 23 Mei – Perkarangan AEON Mall Kota Bharu menjadi saksi kemeriahan Sambutan Festival Belia Negara (FBN) Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung selama dua hari bermula 22 hingga 23 Mei 2026. Program yang menghimpunkan ribuan anak muda dari seluruh pelosok negeri ini diakhiri dengan penuh gemilang melalui acara kemuncak, Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kelantan 2026.

​Tumpuan utama majlis terarah kepada delegasi dari Daerah Pasir Mas yang berjaya melakar kejayaan membanggakan dengan membawa pulang tiga kemenangan besar dalam kategori utama:
​Johan Kategori Individu Wanita: Saudari Nur Yasmin binti Mohd Nasir.
​Naib Johan Kategori Pertubuhan Belia: Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kawasan Pasir Mas.
​Tempat Ketiga Kategori Pertubuhan Persatuan Belia: Majlis Belia Jajahan (MBJ) Pasir Mas.

​Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia Kaya Perkasa Dato' Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Turut mengiringi beliau di atas pentas ialah Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Kehadiran kepimpinan tertinggi negeri ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam mengiktiraf peranan belia sebagai pemacu transformasi masa depan negeri Kelantan.

​"Pengiktirafan ini bukan sekadar piala, tetapi bukti komitmen belia Pasir Mas dalam menggerakkan aktiviti kesukarelawanan dan kepimpinan di peringkat akar umbi."









Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
PBSD PASIR MAS
MAYC PASIR MAS
Majlis Belia Jajahan Pasir Mas
Yas

Pakat mari belako ter...
18/05/2026

Pakat mari belako ter...


55 likes, 4 comments. “Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan Ya”

makluman kpd semua peserta yang telah berdftar..NEON FUN WALK yang sepatutnya dilaksanakan di Dataran lubuk jong, Pasir ...
14/05/2026

makluman kpd semua peserta yang telah berdftar..

NEON FUN WALK yang sepatutnya dilaksanakan di Dataran lubuk jong, Pasir Mas telah bertukar ke Aeon Mall, Kota Bharu

14/05/2026
LIGA SUKAN KOMUNITI 2026 PERINGKAT DAERAH PASIR MAS KINI KEMBALI🥇🥈🥉🏐🏀⚽️🔥🔥🔥Acara dipertandingkan🔥Futsal🔥Bola Jaring🔥Bola ...
04/05/2026

LIGA SUKAN KOMUNITI 2026 PERINGKAT DAERAH PASIR MAS KINI KEMBALI🥇🥈🥉🏐🏀⚽️🔥🔥🔥

Acara dipertandingkan
🔥Futsal
🔥Bola Jaring
🔥Bola Tampar

HADIAH 🏆🏆🏆
JOHAN RM500 + 🥇+ SIJIL
NAIB JOHAN RM300 + 🥈+ SIJIL
KETIGA BERSAMA RM200 + 🥉+ SIJIL
KETIGA BERSAMA RM200 + 🥉+ SIJIL

Johan dan Naib Johan akan mewakili Daerah Pasir Mas ke LSK Peringkat Negeri Kelantan!!!!

📞 Hubungi urusetia yang tertera di poster untuk penyertaan.

Jange tgu daftar slalu!!!

DUA KELAB BELIA PASIR MAS TERSENARAI 5 TERBAIK ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI KELANTANPasir Mas, 30 Apri...
03/05/2026

DUA KELAB BELIA PASIR MAS TERSENARAI 5 TERBAIK ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI KELANTAN

Pasir Mas, 30 April 2026 – Dua pertubuhan belia dari daerah Pasir Mas telah berjaya disenarai pendek dalam kelompok lima terbaik bagi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kelantan tahun 2026.
Kelab yang terpilih ialah Majlis Belia Jajahan Pasir Mas dan Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) Cawangan Pasir Mas, yang masing-masing menunjukkan prestasi cemerlang dalam pembangunan belia di peringkat akar umbi.
Sesi penilaian telah berlangsung selama dua hari bermula 28 hingga 29 April 2026, bertempat di Bilik Gerakan Kelab. Penilaian ini melibatkan pembentangan aktiviti, pencapaian program, pengurusan organisasi serta impak terhadap komuniti setempat.
Kedua-dua kelab telah mempamerkan komitmen tinggi dalam melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan belia termasuk program kepimpinan, kesukarelawanan, keusahawanan serta aktiviti sosial yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Penyenaraian ini merupakan satu pengiktirafan terhadap usaha berterusan kedua-dua organisasi dalam memperkasa peranan belia di daerah Pasir Mas, sekali gus mengharumkan nama daerah di peringkat negeri.




Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara

JBSNegara
belia.my

WAKIL TUNGGAL PASIR MAS BAGI KATEGORI WANITAPASIR MAS, 27 April 2026 – Sekali lagi, Nur Yasmin binti Mohd Nasir menyahut...
03/05/2026

WAKIL TUNGGAL PASIR MAS BAGI KATEGORI WANITA

PASIR MAS, 27 April 2026 – Sekali lagi, Nur Yasmin binti Mohd Nasir menyahut cabaran dalam Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kelantan 2026.
Untuk rekod, pada tahun 2025, beliau telah berjaya meraih tempat Naib Johan, sekali gus membuktikan komitmen dan dedikasi berterusan dalam bidang pembangunan belia.
Sebagai satu-satunya peserta wanita yang mewakili daerah Pasir Mas pada kali ini, penyertaan beliau dilihat mampu memberikan saingan yang sengit serta mengharumkan nama daerah di peringkat negeri.
Penilaian APBN ini merangkumi pelbagai aspek, termasuk sumbangan kepada komuniti, tahap pengiktirafan, serta sahsiah diri calon. Penilaian tersebut dijalankan oleh tiga (3) orang panel yang berpengalaman dalam pelbagai bidang.



Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara

JBSNegara
belia.my

MEMBAWA CITRA PASIR MAS: NIK MUHAMMAD ARASH & MUHAMAD ADAM IMRA DI PENTAS ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA 2026PASIR MAS, 2...
03/05/2026

MEMBAWA CITRA PASIR MAS: NIK MUHAMMAD ARASH & MUHAMAD ADAM IMRA DI PENTAS ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA 2026

PASIR MAS, 26 April 2026 – Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) telah dilaksanakan bagi menilai individu yang layak menerima pengiktirafan dan penghargaan atas sumbangan mereka terhadap pembangunan belia di peringkat komuniti dan negara.
Penilaian bagi kategori lelaki telah berlangsung pada 26 April 2026 bertempat di Dewan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pasir Mas telah menghantar dua (2) orang peserta bagi kategori lelaki, iaitu Saudara Nik Muhammad Arash bin Mohd Mustaman dan Muhamad Adam Imra bin Muhamad Masuki sebagai wakil daerah Pasir Mas. Mereka masing-masing mewakili Pertubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Daerah Pasir Mas.
Kedua-dua peserta telah membentangkan sumbangan serta program yang telah dilaksanakan di peringkat antarabangsa dan komuniti.
Penilaian APBN ini merangkumi pelbagai aspek, termasuk sumbangan kepada komuniti, tahap pengiktirafan, serta sahsiah diri calon. Penilaian tersebut dijalankan oleh tiga (3) orang panel yang berpengalaman dalam pelbagai bidang.
Semoga kejayaan berpihak kepada wakil daerah Pasir Mas pada tahun ini.



Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara

JBSNegara
belia.my

*MKN TIKTOK CHALLENGE MARI PULOK DOHH!!!*Assalamualaikum dan salam sejahtera,MKN Negeri Kelantan kini membuka penyertaan...
01/05/2026

*MKN TIKTOK CHALLENGE MARI PULOK DOHH!!!*

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

MKN Negeri Kelantan kini membuka penyertaan untuk MKN TikTok Challenge 2.0 *KATEGORI TERBUKA* menjelang sambutan Bulan Keselamatan Negara 2026 🎬

*📌 Tema: Kelantan Bebas Dadah 2030*
*📅 Tarikh: 1 Mei – 31 Mei 2026*
*🎁 Hadiah wang tunai 💰, trofi 🏆dan sijil menanti pemenang*

📲 Imbas QR Code pada poster atau di pautan https://forms.gle/h6BD1P1DFSGbCFhG8 untuk info lanjut dan pendaftaran.

Mari belako pakat masuk tanding! Buat video kkemahhh sek kito deh!

Ppakat ingat blako ❗️❗️❗️
* bersama *

MKN Negeri Kelantan
1 Mei 2026

Sempena sambutan Bulan Keselamatan Negara 2026, MKN Negeri Kelantan membawakan MKN Tiktok Challenge 2.0!!! Mari sertai kami dan serlahkan bakat anda!

Address

Jalan Masjid Lama
Pasir Mas
17000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PBSD PASIR MAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share