Tutup Semeta

Tutup Semeta Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tutup Semeta, Political organisation, Pasir Puteh.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Puteh (DPPKPP) adalah sebuah pertubuhan yang dirangkumi dengan aktiviti tarbiah, politik, dakwah, keagamaan, pendidikan, kemasyarakatan, ekonomi & juga kebajikan.

28/04/2025
28/04/2025
1 Rejab 1445 HAhlan wasahlan Ya Rajab.Selamat datang bulan RejabSalah satu keutamaan bulan Rejab bahawa malam satu Rejab...
12/01/2024

1 Rejab 1445 H

Ahlan wasahlan Ya Rajab.

Selamat datang bulan Rejab

Salah satu keutamaan bulan Rejab bahawa malam satu Rejab adalah salah satu malam yang mustajab untuk berdoa.

Imam Syafi'i berkata di dalam kitab Al-Umm sebagai berikut:

بَلَغَنَا أَنَّهُ كَانَ يُقَالُ: إِنَّ الدُّعَاءَ يُسْتَجَابُ فِي خَمْسِ لَيَالٍ: فِي لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ، وَلَيْلَةِ الْأَضْحَى، وَلَيْلَةِ الْفِطْرِ، وَأَوَّلِ لَيْلَةٍ مِنْ رَجَبٍ، وَلَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ

Maksudnya: Telah sampai berita kepada kami bahawa: Sesunguhnya doa dikabulkan pada 5 malam: malam Jumat, malam hari raya Aidul Adha, malam hari raya Aidul Fitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Sya'ban.

Ayuh perbanyakkan doa di bulan Rejab.

Jangan kita lupa doakan saudara kita di Yaman dan Falestin.

29/12/2023

Dalam makalah yang baru terbit dalam jurnal AFKAR, API UM ini saya menyanggah secara ilmiah dakwaan ramai orientalis seperti Goldziher, modenis seperti Fazlur Rahman, perennialis seperti S.H. Nasr, dan Liberalis seperti Ahmet Kuru, bahawa setelah Imam al-Ghazali menulis Tahafut al-Falasifah, falsafah telah mengalami kemunduran di dunia Islam dan oleh kerananya Imam al-Ghazali dan Asha’irah umummya dituduh sebagai punca kemunduran umat Islam dalam bidang sains.

Sebaliknya banyak bukti menunjukkan bahawa karya-karya Imam al-Ghazali telah menyuntik semangat baru dalam ilmu-ilmu ‘aqliyyah (falsafah Islam), dan oleh kerananya beliau telah berhasil mengislamisasikan falsafah serta melindungi umat Islam daripada pengaruh falsafah Yunani (Hellenisasi).

Jemput baca… https://ejournal.um.edu.my/index.php/afkar/article/view/48963/16512

29/12/2023

Jaringan liberal di Malaysia telah membawa masuk hampir semua tokoh-tokoh liberal, modenis dan sekular seperti Irshad Manji, Abdullahi an-Naim, Amina Wadud, Tariq Ramadan, Mustafa Akyol, Ulil Absar, Mun'im Sirri dan ramai lagi.

Pada Januari akan datang mereka akan membawa masuk seorang lagi tokoh liberal-sekular-modenis dari Amerika Syarikat berasal dari Turki, iaitu Ahmet T. Kuru, penulis buku Islam, Authoritarianism and Underdevelopment. Buku ini telah diterjemahkan oleh IRF dan akan dilancarkan oleh IAIS tidak lama lagi.

Seperti kebanyakan penulis liberal dan modenis, Ahmet T. Kuru memandang serong terhadap ulama' Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah dan menganggap mereka anti akal, anti kebebasan dan penyebab kemunduran umat Islam. Ia mengikut dengan membuta tuli penulisan dan tuduhan tanpa asas ramai orientalis.

Ahmet T. Kuru hanyalah seorang saintis politik, ia tidak memahami dan mengkaji sejarah Islam, falsafah Islam, teologi dan epistemolgi Islam. Pengetahuan dia tentang agama Islam sangatlah sedikit, namun telah diangkat oleh golongan liberal melebihi para ilmuwan Islam.

Kita tertanya-tanya, mengapakah IAIS yang merupakan sebuah think tank kerajaan, yang mendapat dana awam, melancarkan buku berfahaman liberal seperti ini? Pelancaran buku ini bahkan melibatkan menteri dan mantan menteri kerajaan. Apakah agenda dan hala tuju yang ingin dibawa kepada masyarakat Islam di Malaysia yang berfahaman ASWJ dan akrab dengan Tasawwuf? Apakah fahaman ASWJ ingin diganti dengan fahaman liberalisme dari Barat?

Merujuk kepada ajaran Imam al-Shafi'i, Imam al-Ghazali, dan Tasawwuf, Ahmet T. Kuru mengatakan: "This epistemology has been the source of the antiintellectualism among the ulema, Islamists, and Sufi syaikhs. (hlm. 8 ).

Ahmet T. Kuru juga mengatakan: Part I of this book will examine how the ulema, the authoritarian state, and various alliance between them have substantially contributed to problems of violence, authroritarianism, and underdevelopment in many Muslim countries today".

Pemikiran seperti ini jelas berbahaya kepada kesejahteraan beragama di Malaysia. Ia telah menuduh para ulama' ASWJ penyebab kepada berlakunya keganasan, pemerintahan kuku besi dan kemunduran umat Islam sehingga hari ini.

16/07/2023
07/10/2022

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟒𝐇

Tarikh: 8 Oktober 2022, ( 11 Rabiul Awal 1444H ) Hari: Sabtu
Masa: Mulai Jam 6.00 Petang
Tempat: Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir beramai-ramai.



05/10/2022

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) siap siaga hadapi banjir & kemungkinan diadakan PRU15 pada tahun ini.



Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

28/08/2022

Address

Pasir Puteh
16800

Telephone

+60137630094

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tutup Semeta posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share