Unit Pendidikan Kesihatan Pasir Puteh

Unit Pendidikan Kesihatan Pasir Puteh PEJABAT KESIHATAN DAERAH PASIR PUTEH

16/08/2026

Denggi di Kota Bharu: Risiko Meningkat, Tindakan Kita Bersama!

Ketahui langkah kawalan dan pencegahan demam denggi secara mendalam bersama pakar dalam sesi Podcast Khas Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.

E-Sijil Disediakan ๐Ÿ‘

Panel Jemputan:

Dr. Ahmad Syaarani bin Yasin (Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Vektor), JKN Kelantan)

Moderator:

Encik Mohd Azuan bin Mustapa (Penolong Pengarah Kanan (Pendidikan Kesihatan), JKN Kelantan)

Tarikh: 17 Ogos 2026 (Isnin)

Masa: 11.00 Pagi

Saluran: YouTube HE KELATE

Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu demi keselamatan dan kesihatan keluarga kita.

16/08/2026
JAGA KEBERSIHAN, CEGAH AEDES!Kebersihan persekitaran adalah tanggungjawab kita bersama. Jangan biarkan kawasan rumah dan...
16/08/2026

JAGA KEBERSIHAN, CEGAH AEDES!

Kebersihan persekitaran adalah tanggungjawab kita bersama. Jangan biarkan kawasan rumah dan persekitaran menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.
๐Ÿชฃ Luangkan masa 10 minit seminggu untuk: โœ… Buang air bertakung
โœ… Bersihkan longkang dan kawasan persekitaran
โœ… Terbalikkan bekas yang boleh menakung air
โœ… Pastikan bekas simpanan air ditutup rapat
โœ… Buang barangan terpakai yang boleh menjadi tempat pembiakan Aedes
๐Ÿšซ Tiada air bertakung, tiada tempat Aedes membiak!
Ayuh bersama-sama menjaga kebersihan demi mewujudkan persekitaran yang bersih, sihat dan bebas denggi.
Hapuskan tempat pembiakan Aedes. Cegah denggi sebelum terlambat! ๐ŸฆŸโŒ









15/08/2026

PROGRAM PENUBUHAN KOMUNITI MINDA SEJAHTERA (K-MINDSET) DI KAMPUNG AIR TAWAR, PASIR PUTEH

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Penubuhan Komuniti Minda Sejahtera (K-MINDSET) pada 15 Ogos 2026 (Sabtu) bertempat di Masjid Assyakirin, Kampung Air Tawar, Pasir Puteh.

Program ini telah dirasmikan oleh Dr Zawiyah binti Dollah, Pegawai Kesihatan Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Puteh, sebagai satu usaha memperkukuhkan kesedaran serta sokongan komuniti terhadap kepentingan kesihatan dan kesejahteraan mental.

Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan bagi menggalakkan penglibatan komuniti, antaranya senamrobik, pertandingan mewarna, pertandingan azan, sukaneka, ceramah kesihatan mental, kuiz kesihatan mental serta saringan dan pameran kesihatan yang berlangsung sepanjang program.

Program turut diserikan dengan majlis perasmian, penyampaian hadiah, lawatan ke reruai dan cabutan bertuah yang memeriahkan suasana serta menggalakkan penyertaan masyarakat setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini, khususnya komuniti Kampung Air Tawar, Masjid Assyakirin, KOSPEN Kg. Air Tawar serta semua rakan strategik dan warga kerja yang terlibat.

Semoga penubuhan K-MINDSET ini menjadi platform berterusan dalam membentuk komuniti yang lebih prihatin, saling menyokong dan mengambil berat terhadap kesejahteraan mental.

Minda Sejahtera, Komuniti Bahagia!

๏ปฟET





๐๐„๐‘๐ˆ๐’๐ˆ๐Š๐Ž ๐ƒ๐ˆ๐‰๐€๐๐†๐Š๐ˆ๐“๐ˆ ๐ƒ๐„๐๐†๐†๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐”๐‹๐€?Pernah kena denggi bukan bermakna anda kebal.Denggi boleh berlaku lebih daripada sekal...
15/08/2026

๐๐„๐‘๐ˆ๐’๐ˆ๐Š๐Ž ๐ƒ๐ˆ๐‰๐€๐๐†๐Š๐ˆ๐“๐ˆ ๐ƒ๐„๐๐†๐†๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐”๐‹๐€?

Pernah kena denggi bukan bermakna anda kebal.

Denggi boleh berlaku lebih daripada sekali. Pastikan kawasan rumah bebas air bertakung, sental bekas simpanan air dan lindungi diri daripada gigitan nyamuk Aedes.

Jangan tunggu sampai dijangkiti semula.

AMBIL PEDULI, CEGAH DENGGI.

14/08/2026
14/08/2026

๐Œ๐„๐“ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐ž๐ฆ๐š๐ง๐ญ๐š๐ฎ ๐Š๐ž๐š๐ฆ๐š๐š๐ญ๐š๐ง ๐’๐ข๐ง๐š๐ซ๐š๐ง ๐”๐ฅ๐ญ๐ซ๐š๐ฎ๐ง๐ ๐ฎ (๐”๐•) ๐’๐ฎ๐ซ๐ข๐š ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐ˆ๐ง๐๐ž๐ค๐ฌ ๐”๐ฅ๐ญ๐ซ๐š ๐”๐ง๐ ๐ฎ (๐”๐•๐ˆ)

โ™จ๏ธ Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) berperanan memantau keamatan sinaran ultraungu (UV) suria melalui pengukuran Indeks Ultra Ungu (UVI) setiap jam dari 11 pagi hingga 4 petang.

โ™จ๏ธ Lapisan ozon memainkan peranan penting sebagai pelindung semula jadi Bumi daripada sinaran ultraungu (UV) Matahari, khususnya di stratosfera pada kira-kira 15โ€“35 km dari permukaan Bumi.

11 pagi ke 4 petang bukan masa nak buat ๐‘ก๐‘Ž๐‘›๐‘›๐‘–๐‘›๐‘” percuma ๐Ÿซฃ

โœ๏ธ Jom semak tips perlindungan UV dulu!

โ˜€๏ธ Mengurangkan aktiviti luar, khususnya antara 11.00 pagi hingga 4.00 petang apabila sinaran UV lazimnya mencapai tahap maksimum.

โ˜€๏ธ Menggunakan pelindung matahari (sunscreen) dengan SPF 30 atau lebih, serta mengulang sapuan mengikut saranan pengeluar.

โ˜€๏ธMemakai pakaian berlengan panjang, seluar panjang, topi bertepi lebar dan cermin mata hitam yang mempunyai perlindungan UV.

โ˜€๏ธMendapatkan perlindungan di kawasan berbumbung atau teduh sekiranya berada di luar.

โ˜€๏ธMemastikan pengambilan air yang mencukupi bagi mengelakkan dehidrasi, terutama ketika cuaca panas.

โ˜€๏ธGolongan yang lebih berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan individu yang bekerja di luar bangunan disaran mengambil langkah perlindungan yang lebih rapi.




14/08/2026

๐Ÿ€ ๐‹๐„๐๐“๐Ž๐’๐๐ˆ๐‘๐Ž๐’๐ˆ๐’: ๐๐„๐๐˜๐€๐Š๐ˆ๐“ ๐˜๐€๐๐† ๐ƒ๐ˆ๐Š๐„๐๐€๐‹๐ˆ ๐’๐„๐‰๐€๐Š ๐‹๐„๐๐ˆ๐‡ ๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ ๐“๐€๐‡๐”๐

๐Ÿ’กAPA ITU LEPTOSPIROSIS?

Leptospirosis ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria daripada genus Leptospira. Ia merupakan penyakit zoonotik, iaitu penyakit yang boleh berpindah daripada haiwan kepada manusia.

Haiwan seperti tikus boleh membawa bakteria ini dan mengeluarkannya melalui air kencing.

๐Ÿ“œ SEJARAH PENEMUAN LEPTOSPIROSIS

๐Ÿ”น 1886 โ€“ Doktor Jerman Adolf Weil menghuraikan satu sindrom penyakit yang mempunyai ciri seperti demam, jaundis, pendarahan dan keradangan buah pinggang. Keadaan yang teruk ini kemudiannya dikenali sebagai Weilโ€™s disease.

๐Ÿ”น 1915 โ€“ Hampir tiga dekad selepas gambaran klinikal Weil, penyelidik di Jepun, khususnya Inada dan Ido, berjaya mengenal pasti dan mengasingkan organisma yang menyebabkan penyakit tersebut melalui kajian terhadap pesakit dan haiwan eksperimen. Pada tahun yang sama, penemuan berkaitan turut dilaporkan oleh penyelidik di Jerman.

๐Ÿ”ฌ Penemuan ini akhirnya membawa kepada pemahaman bahawa penyakit yang dahulu dikenali sebagai Weilโ€™s disease merupakan sebahagian daripada jangkitan yang disebabkan oleh bakteria Leptospira.

Hari ini, lebih 100 tahun selepas bakteria penyebabnya dikenal pasti, Leptospirosis masih menjadi penyakit berjangkit yang penting untuk diberi perhatian.

๐Ÿ€ Daripada 'penyakit misteri' pada abad ke-19 kepada penyakit yang bakterianya dapat dikenal pasti .

Sejarah Leptospirosis mengingatkan kita bahawa pemahaman terhadap sesuatu penyakit bermula dengan mengenali puncanya.



14/08/2026

Program Saringan Kesihatan Kanak-Kanak Di Pasaraya Econsave, Pasir Puteh.

โœ… Pengenalan: Program ini merupakan program Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dengan kerjasama Pembangunan Kesihatan Keluarga, Pemakanan, Pergigian & Optometri sempena Hari Kesihatan Kanak-Kanak.

โœ… Lokasi: Pasaraya Econsave, Pasir Puteh

โœ… Tempoh: 15/8/2026-15/9/2026
Shif:
Rabu (2.00 pm - 6.00 pm)
Khamis (2.00 pm - 6.00 pm)
Jumaat (2.00 pm - 6.30 pm)
Sabtu (9.00 am - 6.30 pm)

โœ… Sasaran: Kanak-kanak berumur 3 tahun - 3 tahun 11 bulan yang menetap di daerah Pasir Puteh.

โœ… Pengisian Program

๐Ÿ”นKAUNTER MCH
โ€ข Saringan berat, tinggi
โ€ข โ Saringan keciciran imunisasi
โ€ข โ Saringan M Chat
โ€ข โ Sejarah penyusuan susu ibu
(Borang, alat anthropometri, graph akan disediakan, hanya ikut list)

๐Ÿ”นPEGAWAI PERUBATAN
โ€ข Nasihat/kaunseling berkaitan

๐Ÿ”น PEMAKANAN
โ€ข Advokasi pemakanan-kaunseling/pameran

๐Ÿ”น OPTOMETRI
โ€ข Saringan penglihatan

๐Ÿ”น PERGIGIAN
โ€ข Pemeriksaan gigi dan sapuan florida





Address

Pasir Puteh
16800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 03:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Pendidikan Kesihatan Pasir Puteh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Unit Pendidikan Kesihatan Pasir Puteh:

Shortcuts

Share