Kelab Doktor Muda SMK Kamil

Kelab Doktor Muda SMK Kamil SMK Kamil's Official Organization under Ministry of Education Malaysia and Ministry of Health Malaysia

30/03/2018
19/01/2018
16/01/2018

Perkhidmatan Ambulans Udara Pertama di Malaysia

Ibubapa seharusnya lebih peka soal kesihatan anak-anak.
20/11/2017

Ibubapa seharusnya lebih peka soal kesihatan anak-anak.

Penggunaan ubat antibiotik secara rasional dalam kalangan kanak-kanak

Sebilangan besar ibu bapa berpendapat antibiotik adalah rawatan yang diperlukan apabila anak-anak dijangkiti penyakit. Realitinya, antibiotik bukanlah penyelesaian kepada semua masalah kesihatan kanak-kanak kerana kebanyakannya adalah penyakit yang disebabkan oleh virus.

Contohnya batuk, sakit tekak dan selesema tidak memerlukan antibiotik sebagai pilihan rawatan kerana kebiasaannya masalah ini disebabkan oleh jangkitan virus. Antibiotik lazimnya digunakan untuk mengubati penyakit berkaitan jangkitan bakteria, maka sudah tentu ia tidak berkesan untuk penyakit yang melibatkan jangkitan kulat atau virus.

Penggunaan antibiotik secara tidak rasional tanpa penilaian daripada doktor yang bertauliah boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada tahap kesihatan kanak-kanak. Pengambilan antibiotik berspektrum luas misalnya boleh membunuh pelbagai jenis bakteria termasuklah bakteria yang memberi faedah kepada manusia (bakteria baik).

Antara kesan buruk, merangkumi gangguan fisiologi tubuh badan kanak-kanak itu sendiri seperti merencatkan sistem perkumuhan, sistem pertahanan badan dan mengambil masa yang lama untuk menggalakkan pertumbuhan semula bakteria baik di dalam usus.

Penyalahgunaan antibiotik malah boleh menyebabkan masalah lain seperti i) mengalami kesan sampingan tertentu iaitu pening, loya, muntah, cirit-birit atau perut yang tidak selesa, ii) meningkatkan risiko kerintangan antibiotik dan kemunculan bakteria kebal atau dikenali juga sebagai “superbug” dan iii) risiko mendapat penyakit lain akibat kelemahan sistem pertahanan badan.

Namun begitu, sekiranya doktor mengarahkan pengambilan antibiotik, beberapa perkara perlu diingatkan kepada para ibu bapa bagi memastikan rawatan antibiotik diambil dengan betul. Ubat antibiotik perlu diambil mengikut tempoh masa yang diarahkan oleh doktor atau ahli farmasi yang kebiasaannya perlu dihabiskan dalam tempoh 5 atau 7 hari. Teruskan pengambilan antibiotik walaupun keadaan anak semakin baik sehingga tamat tempoh rawatan yang diberikan.

Waktu pengambilan juga merupakan aspek yang penting bagi memastikan antibiotik yang diambil berkesan dengan baik. Patuhi arahan pengambilan sama ada perlu dimakan sebelum atau selepas makan kerana terdapat antibiotik tertentu yang menjadi kurang berkesan apabila berinteraksi dengan makanan.

Antibiotik juga perlu diberikan pada masa yang sama setiap hari bagi memastikan paras antibiotik optimum dalam badan untuk mengatasi jangkitan bakteria. Selain itu, ia juga boleh mengelakkan tertinggal dos akibat terlupa.

Sediaan antibiotik untuk kanak-kanak biasanya boleh didapati dalam bentuk serbuk yang perlu dilarutkan atau dibancuh dengan air kosong terlebih dahulu. Tempoh luput sediaan yang telah dicairkan ini berbeza mengikut jenama ubat dan kebiasaannya perlu disimpan di dalam peti sejuk. Sila dapatkan maklumat lanjut tentang penyediaan dan penyimpanan ubat ini daripada doktor atau ahli farmasi anda semasa menerima bekalan ubat.

Sekiranya terdapat tanda-tanda alergi seperti ruam, gatal atau reaksi alahan teruk seperti kulit melecur atau sukar bernafas dalam tempoh pengambilan antibiotik, ibu bapa perlu hentikan pengambilan ubat ini kepada anak anda dengan serta-merta dan segera bawa anak berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya.

Sekiranya anak anda disahkan mengalami alahan terhadap antibiotik tertentu, simpan kad alahan yang diberikan atau rekod yang berkaitan alahan tersebut. Kad alahan tersebut hendaklah ditunjukkan kepada doktor yang merawat anak anda setiap kali mendapatkan rawatan supaya kejadian yang sama tidak berulang pada masa akan datang.

Elak menggunakan lebihan antibiotik atau berkongsi antibiotik anak anda dengan kanak-kanak lain walaupun mereka mempunyai simptom penyakit yang sama. Penggunaan antibiotik yang berleluasa akan menyebabkan wujudnya bakteria yang kebal dan kuat seterusnya menjadi rintang kepada antibiotik.

Situasi seperti ini akan menyebabkan antibiotik yang lebih kuat dan mahal diperlukan untuk merawat jangkitan tersebut. Kesannya, kos rawatan akan meningkat dengan mendadak saban tahun.

Kerintangan antibiotik merupakan isu global yang perlu ditangani kerana dikhuatiri kita akan ketandusan antibiotik yang berkesan pada masa hadapan. Sekiranya ia berlaku, banyak penyakit yang disebabkan bakteria tidak dapat dirawat dan risiko kematian juga mungkin meningkat.

Jika terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan berkaitan penggunaan ubat-ubatan, orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre-NPCC) di talian 1800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat jam 8.00 pagi - 5.00 petang) untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Disediakan oleh:

Pn. Nor Samira Binti Talib dan
Pn. Ida Afdzan Binti Awang @ Rozalli
Pegawai Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu

Worldwide there are around 280,000 new cases of pancreatic cancer each year and it is the seventh biggest cancer killer ...
16/11/2017

Worldwide there are around 280,000 new cases of pancreatic cancer each year and it is the seventh biggest cancer killer (fifth in the UK), yet so many people know nothing about it. But they can be forgiven for that because unfortunately, it barely gets attention.

This cancer is chronically underfunded and has languished in the ‘too-hard-to-deal-with’ category for far too long. This is reflected in the dire survival rates between 3 to 6%, which haven’t improved for more than 40 years.

More awareness and understanding about the illness among the public, medical community and government the resulting investment and interest in the disease will allow more people to be diagnosed in time for surgery – currently the only potential for a cure. - UK World Pancreatic Cancer Day

10/11/2017

Daulat Tuanku! KCSPRD mengucapkan Selamat Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad V, Al- Sultan Kelantan, Sultan Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Al Marhum Sultan Ismail Petra. Semoga baginda serta segenap usrah diraja mendapat perlindungan oleh Allah S.W.T , dimurahkan rezeki , diberi kesihatan yang baik serta dipanjangkan umur untuk menegakkan agama Allah serta mentadbir alam Malaysia ke arah kemakmuran dan kesejahteraan. Amin. Allahuakbar! Daulat Tuanku!

World Menopause Day 2017The 2017 World Menopause Day campaign to raise awareness of midlife women's health concentrates ...
18/10/2017

World Menopause Day 2017

The 2017 World Menopause Day campaign to raise awareness of midlife women's health concentrates on perimenopausal bleeding, a common problem which has never been addressed in this campaign before. This is complimentary to the overall theme of the 16th IMS World Congress in 2018, ‘Midlife health in the 21st century’, which focuses on the problems of the perimenopause.

What Is Menopause?

Menopause is a normal condition that all women experience as they age. The term "menopause" can describe any of the changes a woman goes through either just before or after she stops menstruating, marking the end of her reproductive period.

What Causes Menopause?

A woman is born with a finite number of eggs, which are stored in the ovaries. The ovaries also make the hormones estrogen and progesterone, which control menstruation and ovulation. Menopause happens when the ovaries no longer release an egg every month and menstruation stops.

Menopause is considered a normal part of aging when it happens after the age of 40. But some women can go through menopause early, either as a result of surgery, such as hysterectomy, or damage to the ovaries, such as from chemotherapy. Menopause that happens before 40, regardless of the cause, is called premature menopause.

18/10/2017

Noncommunicable diseases kill 40 million people each year.
We must take action!
Let’s !
Say NO to to***co 🚭

GLOBAL HANDWASHING DAY 2017October 15 is Global Handwashing Day, a global advocacy day dedicated to increasing awareness...
14/10/2017

GLOBAL HANDWASHING DAY 2017

October 15 is Global Handwashing Day, a global advocacy day dedicated to increasing awareness and understanding about the importance of handwashing with. Every year, Global Handwashing Day is celebrated with events, campaigns, and handwashing programs around the world.

Before each Global Handwashing Day, the Global Handwashing Partnership selects a theme that will inspire celebrants and encourage handwashing with soap beyond October 15. This year’s theme is ‘Our Hands, Our Future’, reminding us that handwashing protects our own health, but also allows us to build our own futures, as well as those of our communities, and the world.

Thinking of the future, we strive for continued health, well-being, and productivity for ourselves, our families, and our communities. Handwashing is an affordable, effective way to achieve these goals. For example, handwashing with soap could prevent many of the 272 million yearly schooldays lost to diarrheal disease, and 50% of the infections acquired in healthcare settings.

Handwashing with soap has the power to improve access to education for children, protect the health of patients and communities, and reduce inequities. It has an important role in achieving the Sustainable Development Goals—contributing to zero hunger, good health, quality education, reduced inequalities, and more. Efforts on Global Handwashing Day to promote the benefits and practice of handwashing with soap, as well as fostering access to and improving hygiene facilities, will help us work towards a future where that potential is realized. - https://globalhandwashing.org/announcing-the-2017-global-handwashing-day-theme-our-hands-our-future/

UPCOMING EVENT FOR OCTOBER 📅15 October - 🌎 Global Handwashing Day 18 October - 🌍 World Menopause Day20 October - 🌏 World...
13/10/2017

UPCOMING EVENT FOR OCTOBER 📅

15 October - 🌎 Global Handwashing Day
18 October - 🌍 World Menopause Day
20 October - 🌏 World Osteoporosis Day
29 October - 🌎 World Stroke Day

Let's celebrate those together with us!

- Kelab Doktor Muda SMK Kamil

Sempena hari Membasuh Tangan Sedunia, marilah kita bersama-sama belajar cara yang betul untuk membasuh tangan. Segelinti...
13/10/2017

Sempena hari Membasuh Tangan Sedunia, marilah kita bersama-sama belajar cara yang betul untuk membasuh tangan. Segelintir daripada kita tahu tentang caranya, namun sayangnya tidak dipraktikkan. Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati. Banyak penyakit yang didapati hasil daripada sentuhan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyahut seruan ini agar diri sentiasa terpelihara dari pelbagai jenis penyakit.

In conjunction with the World Washing Hand Day, let's all of us together learn the right way to wash hands. Some of us know the way, but unfortunately it is not practiced. Prevention is better than cure. Many diseases are found to be the result of contact. Therefore, let us together respond to this call for self-protection from various diseases.

Teknik mencuci tangan ini ada diajarkan dalam kursus tersebut. Pelajari dengan lebih lanjut di http://kursuspengendalianmakanan.com/7-langkah-membasuh-tangan...

Jom bersama-sama menyahut kerajaan Malaysia! JOM SIHAT!
13/10/2017

Jom bersama-sama menyahut kerajaan Malaysia! JOM SIHAT!

Senarai lokasi Program Hari Sukan Negara 2017 (HSN2017) mengikut negeri:
1. Negeri Perlis: Sek. Men. Sains Tuanku Syed Putra Kangar (Larian 5 km,Eko Challenge, dan Zumbahton)
2. Negeri Kedah: SMK Mergong, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar (Fun Run and Walk)
3. Negeri Pulau Pinang: Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang (Fun Run HSN Pulau Pinang 4.5 km)
4. Negeri Perak: Bulatan Amanjaya, Meru, Ipoh (Kayuhan, Larian, dan Senamrobik)
5. WP Kuala Lumpur: Kuala Lumpur Sports City (Mega Aerobikthon)
6. Negeri Selangor: Kolej Matrikulasi Banting, Selangor (Aerobik Perdana)
7. Negeri Sembilan: Dewan Orang Ramai, Pekan Rantau (Berjalan 10,000 langkah)
8. Negeri Melaka: Kompleks Penjara Sungai Udang (Aerobicthon Melaka 2017, Fun Run HSN Melaka 2017, dan Fun Ride HSN Melaka 2017)
9. Negeri Johor: Taman Botani Sri Medan, Batu Pahat (Fun Run & Fun Ride HSN Johor)
10. Negeri Pahang: Kompleks Belia dan Sukan Pahang (Senamrobik 'Lets Fits')
11. Negeri Kelantan: Sek Keb Machang 2 (Fun Ride,Fun Walk,Fun Robic, dan Fitness Challenge)
12. Negeri Terengganu: Dataran Kuala Berang (Fun Run & Fun Ride HSN Terengganu)
13. Negeri Sarawak: Dewan Suarah, Bintulu (Larian 10 KM HSN, 21 KM HSN Ride, Kids Fun Ride, dan Pertandingan Aerobathon)
14. Negeri Sabah: Padang Bandaran Tawau (HSN Run @ Sabah 2017)
15. WP Labuan: Dataran Labuan (Gegar HSN Labuan, HSN Fun Ride, ECO Challenge, dan Aerobik kids Fun HSN)

Address

SMK Kamil
Pasir Puteh
16800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Doktor Muda SMK Kamil posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelab Doktor Muda SMK Kamil:

Share