MARDI Negeri Kelantan

Directions Contact the organization

MARDI Negeri Kelantan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MARDI Negeri Kelantan, Government Official, KM 10, Jalan Pasir Puteh, Pasir Tumboh.

21–22 OKTOBER 2026 | PENGLIBATAN MARDI KELANTAN DI UMK RDICES SUMMIT (URS) 2026MARDI Negeri Kelantan telah turut serta d...
22/10/2026

21–22 OKTOBER 2026 | PENGLIBATAN MARDI KELANTAN DI UMK RDICES SUMMIT (URS) 2026

MARDI Negeri Kelantan telah turut serta di UMK RDICES Summit (URS) 2026 bersempena sambutan World Food Day 2026 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Pengkalan Chepa.

Penglibatan MARDI Kelantan turut menyerlah melalui Pn. Erny Sabrina binti Mohd Noor, Pengarah MARDI Negeri Kelantan, yang telah dijemput sebagai panel forum bertemakan β€œMasa Depan Makanan – Memanfaatkan Sains, Teknologi dan Kreativiti untuk Pertanian Mampan”. Sesi forum ini menjadi platform perkongsian pandangan dan kepakaran berkaitan peranan sains, teknologi serta kreativiti dalam meningkatkan produktiviti pertanian, memperkukuh sistem pengeluaran makanan dan memastikan keterjaminan makanan negara secara mampan.

MARDI Kelantan turut menyertai pameran teknologi pertanian bagi mengetengahkan hasil penyelidikan dan inovasi yang berpotensi dimanfaatkan oleh petani, usahawan agro dan pemain industri. Kehadiran lima orang pegawai daripada MARDI Bachok turut menyokong pelaksanaan program ini.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen MARDI dalam memperkasa penyelidikan dan pembangunan (R&D), memperluas pemindahan teknologi serta memperkukuh kerjasama strategik demi membangunkan sektor agromakanan yang produktif, berdaya tahan dan mampan, seterusnya menyokong keterjaminan makanan negara.

SELASA, 20 OKTOBER 2026 | PENGARAH MARDI NEGERI KELANTAN HADIR KE MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-36 MEMBANGUN BERSAMA IS...
20/10/2026

SELASA, 20 OKTOBER 2026 | PENGARAH MARDI NEGERI KELANTAN HADIR KE MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-36 MEMBANGUN BERSAMA ISLAM TAHUN 2026

Puan Erny Sabrina binti Mohd Noor, Pengarah MARDI Negeri Kelantan, telah menghadiri Majlis Perasmian dan Amanat YAB Menteri Besar Kelantan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-36 Membangun Bersama Islam Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Tok Guru, Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu.

Majlis turut menyaksikan pelancaran dua buah buku serta penyampaian Anugerah Pusat Khidmat DUN (PKD) Terbaik.

Semoga sambutan ini terus menyemarakkan penghayatan prinsip Membangun Bersama Islam dalam usaha memacu pembangunan negeri dan meningkatkan kesejahteraan rakyat ke arah merealisasikan Kelantan Sejahtera 2033.

ISNIN, 19 OKT 2026 | PENYERTAAN MARDI NEGERI KELANTAN DALAM PROGRAM ADVOKASI ANTIGANGGUAN SEKSUAL (AGS) TAHUN 2026MARDI ...
19/10/2026

ISNIN, 19 OKT 2026 | PENYERTAAN MARDI NEGERI KELANTAN DALAM PROGRAM ADVOKASI ANTIGANGGUAN SEKSUAL (AGS) TAHUN 2026

MARDI Negeri Kelantan telah menghantar seramai sembilan (9) orang staf bagi menyokong Program Advokasi Antigangguan Seksual (AGS) Tahun 2026 Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung pada 19 Oktober 2026 bertempat di Dewan Wira Merah, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kelantan.

Program anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Kelantan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pencegahan gangguan seksual, di samping memberi pendedahan berkaitan hak, perlindungan dan saluran tindakan yang tersedia kepada mangsa.

Melalui perkongsian ilmu dan pengisian program, para peserta turut didedahkan kepada kepentingan membudayakan sikap saling menghormati serta mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, harmoni, inklusif dan bebas daripada gangguan seksual.

Semoga penyertaan ini dapat memperkukuh kesedaran dan komitmen warga MARDI dalam membina budaya kerja yang berintegriti, profesional serta sentiasa menghormati hak dan maruah setiap individu. πŸ’š







🌸 SELAMAT MENJALANKAN TUGAS, KETUA PENGARAH BAHARU MARDI 🌸Seluruh warga MARDI Negeri Kelantan mengucapkan selamat menjal...
15/10/2026

🌸 SELAMAT MENJALANKAN TUGAS, KETUA PENGARAH BAHARU MARDI 🌸

Seluruh warga MARDI Negeri Kelantan mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada YBrs. Dr. Sanimah binti Simoh atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah MARDI, berkuat kuasa pada 15 Oktober 2026.

Semoga amanah dan tanggungjawab yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, integriti dan kecemerlangan demi memperkukuh peranan MARDI sebagai peneraju penyelidikan, inovasi dan pembangunan teknologi pertanian negara.

Semoga kepimpinan YBrs. Dr. Sanimah terus membawa MARDI ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang serta menyumbang kepada kemajuan sektor agromakanan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Selamat maju jaya dalam menerajui MARDI ke arah kecemerlangan yang berterusan.

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga MARDI Negeri Kelantan





LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK PPAN DI NEGERI KELANTAN Lawatan Pemantauan Pengurusan MARDI, Dr. Mohd Syaifudin bin Abd Rahman...
14/10/2026

LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK PPAN DI NEGERI KELANTAN

Lawatan Pemantauan Pengurusan MARDI, Dr. Mohd Syaifudin bin Abd Rahman, Pengarah Pusat Perancangan Strategik dan Pengurusan Inovasi ke lima (5) Projek Pemerkasaan Agromakanan Negara (PPAN) di Negeri Kelantan telah selesai dilaksanakan pada 13 hingga 14 Oktober 2026.

Lawatan ini bertujuan meninjau kemajuan pelaksanaan projek serta mengenal pasti potensi penambahbaikan bagi memperkukuh pembangunan sektor agromakanan negara.

Semoga usaha ini terus menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan pembangunan agromakanan yang mampan.






SETINGGI-TINGGI TAHNIAHSeluruh warga MARDI merakamkan ucapan tahniah kepada YBrs.  Dr. Sanimah binti Simoh atas pelantik...
14/10/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

Seluruh warga MARDI merakamkan ucapan tahniah kepada YBrs. Dr. Sanimah binti Simoh atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah MARDI, berkuat kuasa 15 Oktober 2026.

Semoga terus cemerlang dalam menerajui MARDI ke arah kecemerlangan penyelidikan dan inovasi agroteknologi demi kemajuan sektor agromakanan negara.

Tahniah dan selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi & amanah.

πŸ“’ MAKLUMAN: PENDAFTARAN TELAH DITUTUP KERANA PENYERTAAN TELAH PENUH! πŸ“’Assalamualaikum dan salam sejahtera.Terima kasih a...
14/10/2026

πŸ“’ MAKLUMAN: PENDAFTARAN TELAH DITUTUP KERANA PENYERTAAN TELAH PENUH! πŸ“’

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih atas sambutan yang amat menggalakkan terhadap program AGORA-X: Teknologi Pemprosesan Kicap & Sos anjuran Program Agropreneur Muda MARDI, Pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawan.

Sukacita dimaklumkan bahawa kuota penyertaan seramai 30 orang peserta telah dipenuhi. Oleh itu, pendaftaran bagi program ini adalah DITUTUP.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menunjukkan minat dan mendaftar untuk menyertai program ini.

Jumpa anda pada 26 dan 27 Oktober 2026 di MARDI Pasir Puteh, Kelantan! 🌱

Terima kasih atas sokongan anda terhadap program dan aktiviti MARDI. πŸ’š

πŸ“’ JOM SERTAI KURSUS AGORA-X TEKNOLOGI PEMPROSESAN KICAP DAN SOS! πŸŒ±πŸ§‘β€πŸ³πŸ”₯ MINAT NAK BELAJAR HASILKAN KICAP & SOS SENDIRI? πŸ”₯...
13/10/2026

πŸ“’ JOM SERTAI KURSUS AGORA-X TEKNOLOGI PEMPROSESAN KICAP DAN SOS! πŸŒ±πŸ§‘β€πŸ³

πŸ”₯ MINAT NAK BELAJAR HASILKAN KICAP & SOS SENDIRI? πŸ”₯

Inilah peluang anda untuk menimba ilmu dan mempelajari teknologi pemprosesan kicap dan sos melalui latihan secara HANDS ON bersama MARDI!

🌟 APA YANG MENARIK?
βœ… Mempelajari teknologi pemprosesan kicap dan sos
βœ… Pengalaman latihan secara praktikal (hands on)
βœ… Menambah ilmu dan kemahiran dalam bidang pemprosesan makanan
βœ… Peluang meneroka potensi keusahawanan dalam industri makanan

πŸ“… TARIKH: 26 – 27 Oktober 2026 (Isnin – Selasa)
πŸ“ TEMPAT: MARDI Pasir Puteh, Kelantan
πŸ‘₯ SASARAN: 30 orang peserta
🎯 KELAYAKAN UMUR: 18 – 43 tahun

⚠️ KUOTA TERHAD! HANYA 30 PESERTA SAHAJA!

πŸ“Œ PENTING: Kursus ini KHUSUS untuk peserta yang telah mendaftar dalam Sistem eYouth MARDI.

Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu, mengasah kemahiran dan meneroka potensi perniagaan dalam industri pemprosesan makanan! πŸš€

🌿 AGORA-X MARDI β€” ILMU, KEMAHIRAN & PELUANG KEUSAHAWANAN!

πŸ“² Berminat? Pastikan anda telah berdaftar dalam Sistem eYouth MARDI dan rebut peluang menyertai kursus ini!







πŸƒβ€β™€οΈπŸƒβ€β™‚οΈ PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT MARDI KOTA BHARU TAHUN 2026Alhamdulillah, Program Hari Sukan Negara Peringk...
11/10/2026

πŸƒβ€β™€οΈπŸƒβ€β™‚οΈ PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT MARDI KOTA BHARU TAHUN 2026

Alhamdulillah, Program Hari Sukan Negara Peringkat MARDI Kota Bharu Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 11 Oktober 2026 (Ahad).

Program ini bertujuan menggalakkan warga kerja mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal di samping mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kesukanan serta memperkukuh semangat kekitaan dalam kalangan warga MARDI Kota Bharu.

Terima kasih kepada semua warga kerja yang telah memberikan kerjasama dan menyertai program ini dengan penuh semangat. Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada pembudayaan gaya hidup aktif, sihat dan sejahtera dalam kehidupan seharian. πŸ’ͺ🏻✨

Badan Sihat, Minda Cergas, Kerja Berkualiti!







Address

KM 10, Jalan Pasir Puteh
Pasir Tumboh
16150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MARDI Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MARDI Negeri Kelantan:

Shortcuts

Share