Armada Bersatu Paya Besar- P084

Armada Bersatu Paya Besar- P084 ARMADA adalah sayap belia bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)

Innalillahiwainnailahirojiun. Armada Paya Besar merasa sungguh dukacita apabila mendapat perkhabaran komrad armada cawan...
28/09/2022

Innalillahiwainnailahirojiun.

Armada Paya Besar merasa sungguh dukacita apabila mendapat perkhabaran komrad armada cawangan Bukit Rangin iaitu sdr Abdul Mutalib Bin Mamat telah kembali ke rahmatullah

Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan Allah mengampunkan segala dosa beliau

Al- Fatihah.

22/09/2022
16/09/2022

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟮
_______________ . . .
Mewakili ARMADA BERSATU MALAYSIA,
kami ingin mengucapkan
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 ke-59!

𝗗𝗜𝗥𝗚𝗔𝗛𝗔𝗬𝗨 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗞𝗜𝗧𝗔!

Nyalakan azam membumbung
Padukan tekad dan waja
Songsongi ombak bergulung
Menuju ke pulau cita

Setitis jadikan laut
Sekepal jadikan gunung
Namamu kelak disebut
Jasamu kelak disanjung

Nyalakan tekad di hujung cita
Sama muafakat ke puncak jaya
Sembah setia sepenuh jiwa
Untuk nusa dan negara

Kan megah langit dijunjung
Rela bumi nan dipijak
Kan megah ibu mengandung
Putera puterinya berjasa

𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔, 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨!

-𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔-
𝙋𝙚𝙣𝙚𝙧𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝘼𝙍𝙈𝘼𝘿𝘼 𝙉𝙖𝙨𝙞𝙤𝙣𝙖𝙡
Parti Pribumi BERSATU Malaysia





16/09/2022

Assalamualaikum wrth.

Tanggal 16 September merupakan satu lagi tarikh bersejarah bagi negara kerana pada tarikh ini terbentuknya persekutuan Malaysia yang menggabungkan semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Kejayaan ini adalah hasil perjuangan para pemimpin terdahulu yang mahu melihat kewujudan sebuah negara yang berdaulat, merdeka, harmoni, maju, makmur dan sejahtera.

Marilah kita hargai segala pengorbanan mereka dengan berusaha bersungguh-sungguh mempertahankan perpaduan dan keharmonian yang telah kita kecapi selama ini.

Hal ini dapat kita capai jika kita terus berpegang pada prinsip saling menghormati, bantu membantu, bertoleransi dan bertimbang rasa antara satu sama lain.

Nilai-nilai murni seperti inilah yang membawa kejayaan kepada kita sewaktu berhadapan dengan cabaran pandemik COVID-19 sedikit masa dahulu.

Sambutan Hari Malaysia merupakan simbol penyatuan rakyat Malaysia daripada pelbagai pelbagai kaum, latar belakang dan keturunan yang sekali gus menjadi tonggak kekuatan Malaysia selama ini.

Marilah kita perkukuhkan kesepaduan Malaysia dengan sentiasa menghormati semangat Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan.

Sama-samalah kita jaga dan pelihara Malaysia yang kita cintai ini.

Selamat Hari Malaysia

TAHNIAH kepada Che Wan Abdul Hafiz di atas pelantikan sebagai Ketua Penerangan Armada Bersatu Negeri Pahang
15/09/2022

TAHNIAH kepada Che Wan Abdul Hafiz di atas pelantikan sebagai Ketua Penerangan Armada Bersatu Negeri Pahang

Bersatu Negeri Pahang Mengucapkan Sekalung Tahniah kepada Ketua Penerangan Armada Rompin saudara Che Wan Abdul Hafiz di atas lantikan sebagai Ketua Penerangan Armada Negeri Pahang berkuatkuasa 7 September 2022.

Semoga Amanah dan Tanggungjawab yang diberi ini dapat dipikul dengan sebaiknya sekaligus membantu memperkuatkan Armada Bersatu Negeri Pahang.

Selamat Maju Jaya..

takziah
15/09/2022

takziah

Takziah kepada ahli keluarga bekas Presiden MIC dan bekas Menteri Kerja Raya mendiang Tun S. Samy Vellu yang meninggal dunia pagi ini.

Saya merasa dukacita mendengar berita ini kerana saya secara peribadi mengenali mendiang dan pernah sama-sama berada dalam Kabinet.

Malah mendiang merupakan Presiden MIC yang paling lama memegang jawatan tersebut iaitu selama 31 tahun dan pernah berkhidmat di bawah tiga Perdana Menteri .

Pemergian Tun Samy merupakan satu kehilangan besar kepada negara dan masyarakat India khususnya.

Tiada ada sesiapa boleh menafikan jasa mendiang yang tidak ada galang ganti terutama dalam membangunkan masyarakat India di luar bandar.

Saya berharap ahli keluarga mendiang tabah dan bersabar menghadapi saat mendukacitakan ini.

10/09/2022
𝗗𝗢𝗔 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛 ___________________________ARMADA BERSATU seluruh Malaysia berduka cita dengan musibah yang menimpa serta...
05/07/2022

𝗗𝗢𝗔 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛
___________________________

ARMADA BERSATU seluruh Malaysia berduka cita dengan musibah yang menimpa serta mendoakan kesejahteraan buat mangsa banjir Baling, Kedah agar terus bersabar serta tabah dalam menghadapi apa jua musibah yang melanda sebegitu dipermudahkan urusan. Semoga terus diberikan kekuatan dan keteguhan iman yang bertambah rentetan musibah ujian Allah.

Sesungguhnya, apa pun yang berlaku, semuanya telah lama berada dalam perancangan Allah. Allah adalah sebaik-baik perancang dan maha mengetahui.

Dalam pada itu ARMADA BERSATU bagi negeri Kedah di bawah pimpinan Sdr. Saffuan Sabari selaku Ketua ARMADA Negeri, telah melakukan koordinasi bagi memulakan misi kemanusiaan bersama pelbagai pelosok kepimpinan BERSATU dan Perikatan Nasional lainnya untuk turun padang membantu bermula hari ini bersama-sama jentera kerajaan negeri Kedah dan agensi-agensi pusat yang terlibat dalam pengurusan bencana.

Tahniah atas ketangkasan ARMADA Kedah untuk menjayakan misi bantuan bencana. Moga terus maju jaya. Biar jasa jadi kenangan.

-𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔-
𝙋𝙚𝙣𝙚𝙧𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝘼𝙍𝙈𝘼𝘿𝘼 𝙉𝙖𝙨𝙞𝙤𝙣𝙖𝙡



Dengan izin Allah,program Rumah Terbuka Armada dan Srikandi Paya Besar pada hari ini telah berjalan dengan lancar dalam ...
22/05/2022

Dengan izin Allah,program Rumah Terbuka Armada dan Srikandi Paya Besar pada hari ini telah berjalan dengan lancar dalam keadaan mood hari raya.. terima kasih kepada semua yang telah hadir memeriahkan lagi majlis pada hari ini.. terima kasih tidak terhingga kepada Pimpinan Pemuda Pas Paya Besar, Ketua Armada Rompin sdr Khairul Fakhrin, Ketua Armada Pekan sdr Iqbal Adzrin, Ketua - ketua cawangan serta Ketua - Ketua Armada cawangan serta pimpinan lain.. Moga dengan majis hari ini dapat lagi mengeratkan hubungan silatulrahim sesama kita.

Selamat menyambut Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di seluruh negara.Tahun ini sambutan sudah pasti berbeza...
15/05/2022

Selamat menyambut Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di seluruh negara.

Tahun ini sambutan sudah pasti berbeza dan lebih meriah berbanding dengan suasana dua tahun lalu ketika negara berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana pandemik COVID-19.

Ini kerana negara sudah berada dalam fasa endemik dan tidak ada lagi sekatan perjalanan atau larangan mengadakan perjumpaan dalam kumpulan walaupun masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) tertentu bagi mengekang penularan virus tersebut.

Gunakanlah peluang ini sebaik-baiknya bagi mengeratkan huhungan antara keluarga, rakan-rakan dan sesama masyarakat tanpa sesekali lalai serta sentiasa berhati-hati bahawa virus ini masih berada di sekeliling kita.

Semoga kita rakyat Malaysia dapat terus hidup dalam suasana aman dan harmoni dengan cara menghayati serta menghormati prinsip beragama masing-masing.

Selamat Menyambut Hari Wesak.

𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗨𝗟𝗔𝗡𝗚𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗛𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗔𝗕𝗔𝗛, 𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗥𝗜 𝗠𝗨𝗛𝗬𝗜𝗗𝗗𝗜𝗡 𝗬𝗔𝗦𝗦𝗜𝗡 |𝟭𝟱 𝗠𝗘𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟮"𝙎𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙪𝙡𝙖𝙣𝙜𝙩𝙖𝙝𝙪𝙣 𝙠𝙚𝙡𝙖𝙝𝙞𝙧𝙖𝙣 𝙗𝙪𝙖𝙩 𝙖𝙮𝙖𝙝𝙖𝙣𝙙𝙖 𝙋𝙧𝙚...
15/05/2022

𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗨𝗟𝗔𝗡𝗚𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗛𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗔𝗕𝗔𝗛, 𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗥𝗜 𝗠𝗨𝗛𝗬𝗜𝗗𝗗𝗜𝗡 𝗬𝗔𝗦𝗦𝗜𝗡 |
𝟭𝟱 𝗠𝗘𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟮

"𝙎𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙪𝙡𝙖𝙣𝙜𝙩𝙖𝙝𝙪𝙣 𝙠𝙚𝙡𝙖𝙝𝙞𝙧𝙖𝙣 𝙗𝙪𝙖𝙩 𝙖𝙮𝙖𝙝𝙖𝙣𝙙𝙖 𝙋𝙧𝙚𝙨𝙞𝙙𝙚𝙣 𝙋𝙖𝙧𝙩𝙞 𝙋𝙧𝙞𝙗𝙪𝙢𝙞 𝘽𝙀𝙍𝙎𝘼𝙏𝙐 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖, 𝙏𝙖𝙣 𝙎𝙧𝙞 𝙈𝙪𝙝𝙮𝙞𝙙𝙙𝙞𝙣 𝙔𝙖𝙨𝙨𝙞𝙣, 𝙎𝙖𝙣𝙣𝙖𝙝 𝙃𝙚𝙡𝙬𝙖𝙝."

𝗔𝗥𝗠𝗔𝗗𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨 seluruh Malaysia mendoakan kesihatan yang baik, sebegitu doa kami moga urusan Abah Presiden yang juga Pengerusi Perikatan Nasional dipermudahkan dan beroleh kejayaan dalam jiwa perjuangan dan pengorbanan yang Tan Sri hadirkan untuk membawa Perikatan Nasional ke mercu, atas izin ALLAH SWT yang Maha Esa, moga segala langkah membangun negara diizinkan dan berhasil jaya.

Pengorbanan dan perjuangan demi negara dan bangsa atas segenap tekad usaha yang berterusan, suatu yang menjadi penyuluh zaman kisah kecintaan buat nusa dan watan!

𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗔𝗬𝗔𝗛𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗧𝗦𝗠𝗬.

ALLAH PELIHARA DAN RAHMATI AYAHANDA TS PRESIDEN... S E L A M A N Y A . . .










Address

Paya Besar

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Armada Bersatu Paya Besar- P084 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share