07/04/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐-๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐/๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
PEKAN, 5 April 2026 - Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja, Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama isteri, Yang Hormat Mulia Che Puan Panglima Puteri Hajjah Suraiya Afzan binti Dato' Indera Haji Mohamed Moiz telah berkenan bagi menghadiri Perbarisan Hari Ulang Tahun (HUT) Rejimen 505 Askar Wataniah Ke-46 yang jatuh pada tanggal 7 Februari 2026, Pembukaan Latihan Askar Wataniah (AW) Tahun 2026 dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Rejimen 505 Askar Wataniah pada 5 April 2026 bertempat di Padang Kawad Kem Force 136, Pekan, Pahang Darul Makmur.
Perbarisan telah diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Keempat, Leftenan Kolonel Rizal bin Rohim yang melibatkan seramai 15 pegawai dan 158 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP). Acara dimulakan dengan Yang Amat Mulia (YAM) Komander menerima tabik hormat, diikuti dengan pemeriksaan perbarisan.
Majlis diteruskan dengan upacara pemakaian pangkat yang melibatkan tiga pegawai dan 13 anggota LLP. Setelah selesai perbarisan, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Rejimen 505 Askar Wataniah telah diadakan di Kompleks Sajian, Kem Force 136, Pekan.
YAM Komander bersama YHM Che Puan Panglima seterusnya diiringi oleh Leftenan Kolonel Ahmad Zakhuan bin Yahya, Timbalan Komander Rejimen 505 Askar Wataniah, bersama isteri, Puan Salbarina binti Basiron ke Kompleks Sajian pasukan. YAM Komander dan isteri kemudian melawat gerai-gerai yang disediakan oleh Markas Rejimen dan batalion-batalion. Setiap gerai tampil meriah dengan hiasan bertemakan kampung serta menyajikan pelbagai juadah Hari Raya sempena pertandingan gerai terbaik. Batalion Keempat telah berjaya merangkul gelaran gerai terbaik.
Majlis diteruskan dengan jamuan Hari Raya Aidilfitri bersama YAM Komander dan isteri serta seluruh warga dan keluarga di Kompleks Sajian, Kem Force 136. Sambutan Hari Raya pada kali ini berlangsung dengan meriah dan penuh bermakna, dihadiri kira-kira 600 warga rejimen. Pelbagai juadah disediakan, selain kurniaan duit raya oleh YAM Komander dan isteri kepada kanak-kanak yang hadir.
Turut hadir sama bagi memeriah majlis ini iaitu Lt Kol Dato' Prof Ir Ts Dr Ahmad Ziad bin Sulaiman - Pegawai Memerintah Batalion 1, Lt Kol Mohd Zamri bin Wahab - Pegawai Memerintah Batalion 2, Lt Kol Dato' Tan Kee Fatt - Pegawai Memerintah Batalion 3 dan Lt Kol Rizal bin Rohim - Pegawai Memerintah Batalion 4. Seterusnya, Ahli-Ahli Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Pahang iaitu Mej (K) Dato' Khairun Nissa binti Aris - Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan, Mej (K) Datoโ Zaliza bin Zulkipli - Datuk Bandar Kuantan, Mej (K) Dato' Mohammad Shahid bin Ismail - Pegawai Daerah Bentong, YH. Dato' Khuzaidi bin Harun - Pegawai Daerah Raub, Pengarah-Pengarah Agensi Awam dan Swasta. Majlis turut diserikan dengan kehadiran daripada Ahli BAKAT Rejimen 505 Askar Wataniah serta keluarga.
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐