Save Tasik Chini & Tasik Bera, Pahang

Save Tasik Chini & Tasik Bera, Pahang Protecting Tasik Chini & Tasik Bera for our future generations

29/11/2021
SAVE TASIK CHINI Bagi yang berkelapangan, berikut adalah butiran majlis:Tarikh: Selasa, 28 September 2021Masa: 09:00 pag...
27/09/2021

SAVE TASIK CHINI
Bagi yang berkelapangan, berikut adalah butiran majlis:
Tarikh: Selasa, 28 September 2021
Masa: 09:00 pagi – 12:00 tengahari
Platfom: Zoom Meeting
Pautan: https://bit.ly/ZoomGumumism

Jangan lupa temujanji kita pagi nanti!

Bagi yang berkelapangan, berikut adalah butiran majlis:
Tarikh: Selasa, 28 September 2021
Masa: 09:00 pagi – 12:00 tengahari
Platfom: Zoom Meeting
Pautan: https://bit.ly/ZoomGumumism

26/09/2021

Marilah bersama-sama menghayati hasil seni berkaitan Tasik Chini daripada penggiat-penggiat seni dengan berkonsepkan alam semulajadi. Jangan lupa janjitemu kita di alam maya. Kita jumpa dalam masa 2 hari lagi.

Bagi yang berkelapangan, berikut adalah butiran majlis:
Tarikh: Selasa, 28 September 2021
Masa: 09:00 pagi – 12:00 tengahari
Platfom: Zoom Meeting
Pautan: https://bit.ly/ZoomGumumism

AMAL PRINSIP ENVIRONMENTAL, SOCIAL DAN GOVERNANCE (ESG) – KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANGKUANTAN, 23 OGOS 2021 : Kebawah Duli...
23/08/2021

AMAL PRINSIP ENVIRONMENTAL, SOCIAL DAN GOVERNANCE (ESG) – KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG

KUANTAN, 23 OGOS 2021 : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang,Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar semua pihak mengamalkan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus atau Environmental, Social and Governance (ESG) di negeri ini.

Baginda menyeru kepada semua pihak termasuk Kerajaan Negeri, syarikat korporat dan swasta serta orang perseorangan mengambil serius tentang pelaksanaan ESG.

“Janganlah ianya menjadi retorik semata-mata, sebaliknya prinsip ESG ini perlu menjadi amalan dan panduan kita dalam menjadi khalifah di muka bumi ini. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat-60, ‘dan janganlah kamu melakukan kejahatan di bumi dengan membuat kerosakan’.

“Sesungguhnya, apa jua peranan dan pekerjaan kita dalam segala lapis masyarakat, kita haruslah memimpin dan menguruskan segala nikmat alam yang dipinjamkan oleh Allah SWT,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Sidang Dewan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang, hari ini.

Turut hadir, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail,
YB Yang DiPertua Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Haji Ishak Haji Muhamad dan barisan Exco Kerajaan Pahang.

Baginda mengingatkan kepada Kerajaan Negeri agar menyemak dan meneliti semula peraturan serta SOP sedia ada agar kekurangan yang ada dapat diperbaiki selari dengan prinsip ESG.

“Saya mengalukan-alukan pembangunan yang maju dan serba moden namun ianya bukanlah alasan untuk kita mengabaikan alam sekitar, dan melakukan kemusnahan sesuka hati.

“Matlamat tidak sesekali menghalalkan cara. jadi pembangunan dan kemajuan yang kita harapkan mestilah mengekalkan kelestarian alam sekitar, flora dan fauna dan kerajaan saya sendiri mestilah ditadbir dan menjadi contoh dalam mengamalkan prinsip ESG,” titahnya.

Baginda turut menyeru kepada kerajaan agar melihat potensi pelaburan yang bersesuaian dan paling penting ianya mestilah selari dengan konsep ESG yang ditekankan.

“Segala pelaburan tersebut haruslah dilaksanakan dengan penuh berintegriti dan tidak mengabaikan kelestarian alam sekitar, flora dan fauna.

“Kemungkinan keperluan projek pembangunan tersebut menyebabkan suatu kawasan baharu dibuka, maka ianya mestilah dilaksanakan dengan impak yang paling minima kepada alam sekitar,” titahnya.

Titah baginda lagi, kawasan-kawasan perlindungan flora dan fauna serta hutan simpan kekal, Taman Negara, Taman Negara Endau Rompin, hutan lipur dan hutan rimba, Tasik Chini dan Tasik Bera, Bukit Fraser, gunung-ganang, kawasan gua, kawasan tadahan air dan sungai, kawasan pantai dan pulau-pulau serta kawasan penempatan orang asli hendaklah terus kekal dipelihara. – PAHANGMEDIA

Photo credit PahangMedia.

Address

Tasik Chini
Pekan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Save Tasik Chini & Tasik Bera, Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share