05/08/2026
๐ถ๐ก๐๐๐จ๐ฆ๐๐ฉ๐ ๐จ๐ ๐ฃ๐ฆ๐ ๐ฆ๐๐บ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฝ๐ฒ๐ธ๐๐ถ๐ณ ๐๐ธ๐ผ๐๐ถ๐๐๐ฒ๐บ ๐๐ป๐ธ๐น๐๐๐ถ๐ณ ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐๐น๐ถ๐ป๐ถ๐ธ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ฐ๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป "๐๐ฎ๐๐ฒ ๐๐ผ๐ถ๐ป๐ด ๐๐๐๐ถ๐ป๐ฒ๐๐" ๐ฏ.๐ฌ
4 Ogos 2026 | Geo Hotel & Resort, Genting Highland
Pusat Teknologi dan Ekosistem Inklusif (iNCLUSIVE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah dijemput menyertai Klinik Perancangan "๐๐ข๐ด๐ฆ ๐๐ฐ๐ช๐ฏ๐จ ๐๐ถ๐ด๐ช๐ฏ๐ฆ๐ด๐ด" 3.0 anjuran PLANMalaysia Pahang, yang menghimpunkan pelbagai agensi, PBT, IPT, pemaju dan industri bagi memperkukuh kefahaman serta amalan terbaik dalam perancangan bandar dan desa. Program ini juga menjadi platform perkongsian ilmu, konsultasi pakar dan penerokaan penyelesaian inovatif ke arah pembangunan yang cekap, mampan dan inklusif.
Majlis disempurnakan oleh YB Dato' Sri Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang mewakili YAB Menteri Besar Pahang. Beliau menekankan keperluan meningkatkan kefahaman pemaju, pelabur dan perunding terhadap prosedur perancangan bagi mempercepat penyampaian perkhidmatan serta meningkatkan keyakinan terhadap ekosistem pembangunan negeri.
Mewakili iNCLUSIVE UMPSA, Dr. Munira Binti Abdul Razak telah berkongsi pandangan mengenai kepentingan mengarusperdanakan aksesibiliti, reka bentuk sejagat (๐๐ฏ๐ช๐ท๐ฆ๐ณ๐ด๐ข๐ญ ๐๐ฆ๐ด๐ช๐จ๐ฏ) teknologi dan ekosistem inklusif dalam perancangan pembangunan. Pendekatan ini menyokong agenda ๐๐ข๐ด๐ฆ ๐๐ฐ๐ช๐ฏ๐จ ๐๐ถ๐ด๐ช๐ฏ๐ฆ๐ด๐ด dengan memastikan pembangunan lebih cekap, inklusif dan memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat.
Penyertaan ini merupakan kesinambungan hubungan strategik hasil siri libat urus bersama PLANMalaysia sebelum ini, yang membuka ruang kerjasama dalam bidang komuniti inklusif, aksesibiliti, perancangan fizikal, pengurusan risiko bencana dan teknologi bagi pembangunan mampan.
iNCLUSIVE UMPSA turut melihat potensi besar sinergi universitiโagensi dalam memperkukuh perancangan bandar melalui integrasi aksesibiliti, mobiliti, keselamatan, digitalisasi dan reka bentuk sejagat bagi mewujudkan persekitaran yang lebih inklusif dan mesra pengguna.
Selaras dengan aspirasi "Teknologi Untuk Masyarakat", iNCLUSIVE UMPSA komited memperkukuh kerjasama dengan PLANMalaysia Pahang dan rakan strategik dalam membangunkan penyelesaian inovatif ke arah bandar pintar, komuniti inklusif dan pembangunan mampan negara.
iNCLUSIVE UMPSA merakamkan penghargaan kepada PLANMalaysia Pahang atas jemputan ini dan berharap kerjasama strategik ini terus diperkukuh demi impak positif kepada pembangunan Negeri Pahang dan ekosistem inklusif negara.
Kredit foto : PLANMalaysia Pahang