Kampung Sri Makmur

Kampung Sri Makmur Kampung Sri Makmur – Kampung harmoni dengan semangat gotong-royong dan perpaduan. Ikuti kami untuk info komuniti, aktiviti, dan pembangunan setempat.

Bersama memajukan kampung untuk kesejahteraan semua! Sekiranya ada penduduk atau pelawat yang ingin mendapatkan maklumbalas atau memberikan cadangan, sila berhubung terus kepada Pengerusi JPKK Sri Makmur yang terkini. Terima kasih

17/08/2026

INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAJI'UN

Dukacita dimaklumkan bahawa Pak Isa, suami kepada Mok Bi, telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

Difahamkan Allahyarham kini berada di HTAA, Kuantan dan jenazah akan dibawa p**ang ke Masjid Sri Makmur untuk urusan selanjutnya.

Marilah kita bersama-sama menghadiahkan bacaan Al-Fatihah dan mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan ini.

Al-Fatihah.

Makluman daripada: Puan Norhaliza

16/08/2026

CINTA PERTAMA DI TADIKA FELCRA SRI MAKMUR

Episod 3 : Pondok Rahsia Di Tepi Ladang

SINOPSIS

Persahabatan Azhar dan Suraya semakin akrab dari hari ke hari.

Mereka bukan sahaja belajar bersama di tadika, malah hampir setiap petang dihabiskan dengan bermain di sekitar FELCRA Sri Makmur.

Namun di sebalik gelak ketawa dan kenakalan zaman kanak-kanak itu, satu berita yang tidak pernah dijangka bakal mengubah segalanya.

Berita yang akan memisahkan dua sahabat kecil ini untuk satu tempoh yang sangat panjang.

---

PENAFIAN

Kisah ini adalah karya fiksyen semata-mata yang diilhamkan daripada suasana kehidupan masyarakat FELCRA pada era 1980-an sehingga kini.

Sebarang persamaan nama, watak, peristiwa atau individu sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia adalah kebetulan semata-mata dan tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana individu sebenar.

Tujuan cerita ini ditulis adalah bagi mengimbau nostalgia kehidupan kampung, persahabatan dan kenangan zaman kanak-kanak yang pernah dilalui oleh ramai warga FELCRA Sri Makmur.

---

✍️ Pena Tok Bunga Manggar

---

Tahun 1981.

Ketika itu FELCRA Sri Makmur masih dipenuhi suara kanak-kanak yang bermain dari petang sampai senja.

Kalau hari ini budak-budak berkumpul kerana WiFi...

Dulu budak-budak berkumpul kerana ada sebiji bola tenis yang masih elok.

Kalau ada bola.

Satu kampung boleh jadi meriah.

Kalau tak ada bola...

Selipar pun boleh dijadikan permainan.

Dan kalau langsung tak ada apa-apa...

Mereka akan cipta permainan sendiri.

Begitulah dunia Azhar dan Suraya.

---

Sejak peristiwa main kahwin-kahwin tempoh hari, satu kampung kecil budak-budak asyik mengusik mereka.

"Oi Azhar!"

Jerit Din suatu petang.

"Apa?"

"Bini kau dah mai."

Terus semua budak ketawa.

Azhar p**a mengejar Din sampai masuk longkang.

"Jangan panggil macam tu!"

"Habis tu?"

"Dia kawan aku!"

"Haah la... kawan yang jadi bini."

Sekali lagi semua pecah ketawa.

Suraya yang baru sampai cuma menggeleng kepala.

"Korang ni takdak kerja lain ka?"

---

Walaupun sering diusik, Azhar dan Suraya tetap berkawan baik.

Mereka ada satu tempat istimewa.

Satu tempat yang tidak diketahui orang dewasa.

Sebuah pondok kecil yang dibina menggunakan pelepah sawit.

Terletak berhampiran kawasan ladang.

Tidak jauh dari sebatang pokok jambu yang selalu menjadi sasaran budak-budak kampung.

Pondok itu dibina bersama-sama oleh mereka dan beberapa orang kawan lain.

Tetapi akhirnya...

Yang paling kerap berada di situ hanyalah Azhar dan Suraya.

Mereka menamakan tempat itu:

"Markas Rahsia."

---

Petang itu.

Azhar sedang membaiki dinding pondok yang hampir roboh.

Suraya p**a menyusun beberapa biji batu yang dijadikan kerusi.

"Kau buat apa tu?"

"Tengah baiki rumah."

"Rumah siapa?"

"Rumah kita la."

Suraya terus ketawa.

"Kita bila p**ak?"

Azhar tersengih.

"Rumah markas kita la."

"Haa... cakap elok-elok."

---

Di situlah mereka selalu berbual.

Tentang perkara-perkara yang hanya difahami oleh budak berusia enam tahun.

"Kau besar nanti nak jadi apa?"

Tanya Suraya.

Azhar terus menjawab.

"Aku nak jadi askar."

"Kenapa?"

"Sebab ayah aku askar."

Suraya mengangguk.

"Kau p**ak?"

"Aku nak jadi cikgu."

"Kenapa?"

"Sebab cikgu boleh tulis atas papan hitam."

Jawapan itu membuatkan Azhar ketawa sampai tergolek.

"Itu je?"

"Haah."

---

Kadang-kadang mereka berkongsi makanan.

Kadang-kadang berkongsi gula-gula.

Kadang-kadang berkongsi rahsia.

Dan kadang-kadang...

Mereka hanya duduk diam sambil melihat burung terbang di langit.

Bagi mereka ketika itu.

Dunia terasa sangat besar.

Dan masa depan terasa sangat jauh.

---

Namun satu petang.

Segalanya mula berubah.

Suraya kelihatan lebih diam daripada biasa.

Dia duduk di atas tunggul kayu berhampiran pondok.

Tidak banyak bercakap.

Azhar mula pelik.

"Weh."

"Hmm?"

"Kau sakit ka?"

"Tak."

"Habis tu apsal diam?"

Suraya menundukkan kepala.

Kemudian perlahan-lahan bersuara.

"Ayah aku kata kami nak pindah."

Azhar berhenti mengunyah jambu.

"Pindah mana?"

"Tak tau."

"Bila?"

"Tak lama lagi kot."

Azhar terdiam.

Walaupun masih kecil...

Dia tahu maksud perkataan itu.

Pindah.

Maksudnya jauh.

Maksudnya tak jumpa selalu.

Maksudnya mungkin tak jumpa langsung.

---

Petang itu buat pertama kali markas rahsia mereka terasa sunyi.

Tiada siapa bergurau.

Tiada siapa ketawa.

Masing-masing diam.

Hanya bunyi cengkerik kedengaran dari ladang berhampiran.

"Kau akan balik lagi tak?"

Tanya Azhar akhirnya.

"Tak tau."

"Hmm."

"Aku pun tak nak pindah sebenarnya."

Azhar mengangguk perlahan.

Dia tidak tahu hendak menjawab apa.

---

Hari-hari selepas itu terasa semakin pantas.

Setiap kali bermain.

Azhar mula sedar.

Masanya bersama Suraya semakin sedikit.

Mereka masih bermain tuju selipar.

Masih bermain pondok-pondok.

Masih bermain perang-perang.

Tetapi setiap kali melihat Suraya...

Dia akan teringat tentang perpindahan itu.

---

Kemudian tibalah hari yang tidak diingini.

Hari terakhir Suraya berada di Sri Makmur.

Sebuah lori kecil sudah berada di hadapan rumah datuknya di Perumahan Peringkat 2.

Beberapa kotak sedang dimuatkan.

Budak-budak kampung berkumpul.

Masing-masing sedih.

Azhar berdiri sedikit jauh.

Tidak banyak bercakap.

Tidak seperti kebiasaannya.

Suraya berjalan menghampirinya.

"Kau marah ka?"

"Tak."

"Habis tu?"

"Aku sedih."

Buat pertama kali...

Suraya melihat mata Azhar mula berkaca.

---

Kemudian Suraya menghulurkan sesuatu.

Sekeping gambar kecil kelas tadika yang diambil beberapa minggu lalu.

"Aku simpan satu."

"Kau ambik satu."

Azhar memandang gambar itu.

Di dalam gambar tersebut.

Mereka berdiri bersebelahan.

Tanpa sengaja.

Seperti selalu.

---

Suraya tersenyum.

"Kalau jumpa lagi nanti..."

Azhar terus menyambung.

"...jangan lupa aku."

Suraya mengangguk.

Kemudian ketawa kecil.

"Nampaknya kau ingat."

"Memang la."

Mereka terdiam seketika.

Kemudian Azhar berkata perlahan.

"Kalau jumpa lagi nanti..."

"Hmm?"

"Aku belanja aiskrim."

Suraya terus ketawa.

"Janji?"

"Janji."

---

Tidak lama kemudian.

Lori mula bergerak perlahan.

Budak-budak kampung melambai.

Suraya melambai dari tingkap.

Azhar turut melambai.

Semakin lama...

Semakin jauh...

Sehingga lori itu hilang dari pandangan.

Dan buat pertama kalinya sejak hari pertama tadika...

Azhar terasa kehilangan.

---

Petang itu.

Dia berjalan seorang diri ke markas rahsia mereka.

Pondok pelepah sawit itu masih berdiri.

Tetapi terasa kosong.

Dia duduk di situ sehingga matahari hampir terbenam.

Melihat tempat yang selama ini dipenuhi gelak ketawa.

Kini hanya tinggal kenangan.

---

Jauh di dalam hatinya...

Azhar percaya suatu hari nanti mereka akan berjumpa semula.

Walaupun dia sendiri tidak tahu bila.

Dan di mana.

Namun takdir mempunyai rancangan yang lebih panjang daripada yang mampu difahami oleh seorang budak berusia enam tahun.

Kerana selepas hari itu...

Mereka tidak akan bertemu lagi.

Bukan seminggu.

Bukan sebulan.

Bukan setahun.

Tetapi selama...

Empat puluh lima tahun.

Bersambung...










15/08/2026

CINTA PERTAMA DI TADIKA FELCRA SRI MAKMUR

Episod 2 : Geng ABC Dan 123

SINOPSIS

Selepas peristiwa gula-gula susu pada hari pertama persekolahan, Azhar dan Suraya mula menjadi sahabat baik yang tidak boleh dipisahkan.

Di dalam kelas mereka belajar ABC dan 123 bersama-sama.

Di luar kelas p**a mereka mula mengenali dunia permainan budak-budak FELCRA yang penuh dengan gelak ketawa, usikan dan kenakalan.

Namun satu permainan yang dianggap biasa oleh budak-budak kampung ketika itu bakal mencipta kenangan yang akan membuat mereka tersenyum apabila dewasa nanti.

---

PENAFIAN

Kisah ini adalah karya fiksyen semata-mata yang diilhamkan daripada suasana kehidupan masyarakat FELCRA pada era 1980-an sehingga kini.

Sebarang persamaan nama, watak, peristiwa atau individu sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia adalah kebetulan semata-mata dan tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana individu sebenar.

Tujuan cerita ini ditulis adalah bagi mengimbau nostalgia kehidupan kampung, persahabatan dan kenangan zaman kanak-kanak yang pernah dilalui oleh ramai warga FELCRA Sri Makmur.

---

✍️ Pena Tok Bunga Manggar

---

Kalau budak-budak zaman sekarang bangun pagi mencari telefon...

Budak-budak FELCRA tahun 1981 p**a bangun pagi mencari selipar.

Kalau lambat bangun, alamatnya kena berjalan berkaki ayam ke rumah kawan.

Waktu itu...

Dunia budak-budak sangat sederhana.

Tiada internet.

Tiada permainan video.

Tiada media sosial.

Yang ada hanyalah kawan-kawan, kebun sawit, jalan tanah merah dan seribu satu permainan yang dicipta menggunakan imaginasi.

Selepas hari pertama tadika...

Azhar dan Suraya semakin rapat.

Malah Cikgu Normah mula menyedari satu perkara.

Kalau Azhar datang awal.

Dia akan bertanya.

"Suraya dah sampai belum cikgu?"

Kalau Suraya datang awal p**a.

Dia akan bertanya.

"Azhar belum datang lagi ke?"

Cikgu Normah cuma tersenyum.

Budak-budak lain tak perasan.

Tapi cikgu sudah mula nampak.

---

Suatu pagi.

Cikgu Normah sedang mengajar huruf.

"Siapa boleh sebut huruf ni?"

Cikgu menunjuk huruf B.

Suraya pantas mengangkat tangan.

"Saya cikgu!"

"Baik Suraya."

"Itu huruf B."

"Pandai."

Azhar yang duduk di sebelah terus mencelah.

"Saya pun tau."

"Kalau tau kenapa tak angkat tangan?"

Azhar diam.

Satu kelas ketawa.

---

Kemudian tiba p**a sesi nombor.

Cikgu Normah menulis nombor lapan di papan hitam.

"Ni nombor berapa?"

"Lapan!" jawab semua murid serentak.

Azhar pun menjawab yakin.

"Enam!"

Satu kelas terus pecah ketawa.

"Azhar oi... tu nombor lapan la."

"Bukan..."

"Haah la."

"Bukan..."

Suraya sudah ketawa sampai tersandar.

"Azhar... nombor enam tu ekor dia bawah."

Barulah Azhar sedar.

Mukanya terus merah.

Sejak hari itu...

Setiap kali nampak nombor lapan.

Suraya akan mengusiknya.

"Laaa... nombor enam terbalik dah mai."

Azhar p**a mula merajuk.

---

Waktu rehat merupakan masa paling seronok.

Budak-budak duduk berkump**an.

Masing-masing membuka bekal.

Hari itu Suraya membawa kuih ketayap.

Azhar p**a membawa mee goreng.

Belum sempat Suraya makan.

Azhar sudah menjenguk.

"Hari ni bawak apa?"

"Kuih ketayap."

"Boleh tukar?"

"Tak."

"Alah..."

"Tak."

"Aku bagi mee goreng."

Suraya berfikir sekejap.

"Tambah satu gula-gula."

"Eh!"

"Kalau tak nak tak pa."

"Baiklah."

Maka berlakulah urusan jual beli paling awal dalam hidup Azhar.

Mee goreng ditukar dengan kuih ketayap dan sebiji gula-gula.

---

Selepas tadika tamat.

Dunia sebenar budak-budak kampung p**a bermula.

Petang itu.

Azhar berlari ke padang kecil berhampiran rumah atuknya di Perumahan Peringkat 1.

Di sana sudah berkumpul beberapa orang kawannya.

Termasuk Suraya yang datang dari Perumahan Peringkat 2.

"Weh! Main apa hari ni?"

"Tuju selipar!"

Jerit seorang budak bernama Din.

Terus semua bersorak.

Permainan kegemaran mereka.

Beberapa pasang selipar Jepun disusun bertingkat-tingkat.

Kemudian mereka mula membaling bola tenis.

Tidak sampai lima minit.

"Adusss!"

Bola tepat mengenai belakang badan Azhar.

Semua ketawa berguling-guling.

"Siapa baling tadi?!"

"Aku!"

Jerit Suraya sambil ketawa.

"Curang!"

"Takdak curang la."

"Kuat sangat!"

"Nama pun main."

Azhar terus mengejar Suraya.

Satu padang riuh dengan gelak ketawa.

---

Seminggu kemudian.

Budak-budak kampung mula bosan bermain tuju selipar.

Lalu muncul cadangan baru.

Main pondok-pondok.

Dalam masa sejam sahaja.

Mereka berjaya membina beberapa buah pondok menggunakan pelepah sawit.

Ada pondok dapur.

Ada pondok bilik.

Ada pondok kedai.

Masing-masing memilih watak.

Tiba-tiba Din bersuara.

"Jom main kahwin-kahwin!"

Semua terus bersorak.

Azhar mula rasa tak sedap hati.

"Aku tak nak."

"Kena nak."

"Tak nak."

"Kena nak."

"Kenapa?"

"Sebab kau pengantin lelaki."

Seluruh kump**an bersetuju.

Azhar hampir menangis kali kedua dalam hidupnya.

"Habis pengantin perempuan siapa?"

Din terus menunjuk.

"Suraya la."

Semua budak ketawa.

Suraya p**a buat muka selamba.

"Tak pa."

"Tak pa kepala bana kau."

Azhar terus membantah.

Tetapi suara majoriti telah menang.

---

Tidak lama kemudian...

Sebuah kerusi plastik buruk dijadikan pelamin.

Daun sawit muda dijadikan bunga manggar.

Kain batik lama dijadikan alas.

Din p**a mengaku dirinya tok kadi.

"Baiklah... semua diam."

Budak-budak terus senyap.

Din memandang Azhar.

"Kau setuju tak?"

"Tak."

Semua ketawa.

Din memandang Suraya p**a.

"Kau?"

"Aku setuju."

Sekali lagi semua ketawa.

Muka Azhar merah macam tomato.

---

Tiba-tiba muncul suara seorang makcik dari jauh.

"Oiiiiii budak-budak! Nak Maghrib dahhh!"

Terus semua bertempiaran lari.

Pelamin daun sawit ditinggalkan.

Bunga manggar jatuh bersepah.

Tok kadi cabut lari.

Pengantin lelaki hilang.

Pengantin perempuan pun hilang.

Tinggallah pondok-pondok kecil yang dibina petang itu.

Sunyi.

Kosong.

Dan tidak diketahui sesiapa...

Bahawa permainan yang dianggap lawak oleh budak-budak itu sebenarnya sedang meninggalkan satu kenangan yang akan mereka ingat sampai tua.

---

Malam itu...

Azhar berbaring di ruang tamu rumah atuknya.

Tiba-tiba atuknya bertanya.

"Hari ni main apa dengan kawan-kawan?"

Azhar terus menutup muka dengan bantal.

"Tak main apa."

"Eh tadi Din kata main kahwin-kahwin."

Terus satu rumah bergema dengan ketawa.

Azhar p**a menjerit malu.

"Atukkkkk!"

Di rumah lain p**a.

Suraya sedang membantu emaknya melipat kain.

"Suraya..."

"Ya mak."

"Dengar cerita hari ni jadi pengantin?"

Suraya tersenyum.

Kemudian ketawa kecil.

Dan buat pertama kalinya...

Nama Azhar disebut dalam perbualan keluarga mereka.

Walaupun sekadar gurauan budak-budak.

---

Namun mereka tidak tahu...

Takdir kadang-kadang s**a bergurau.

Apa yang dimainkan sebagai permainan pada tahun 1981...

Kadang-kadang menjadi kenyataan selepas puluhan tahun.

Bersambung...
https://www.facebook.com/share/r/1C6mi86iW8/










Alhamdulillah, Program Fun Walk Jelajah Institusi FELCRA Berhad di FELCRA Sri Makmur telah pun melabuhkan tirainya pada ...
15/08/2026

Alhamdulillah, Program Fun Walk Jelajah Institusi FELCRA Berhad di FELCRA Sri Makmur telah pun melabuhkan tirainya pada tengah hari semalam. 🎉

Seramai 321 orang peserta telah berdaftar, manakala kehadiran keseluruhan dianggarkan sekitar 350 hingga 400 orang yang turut memeriahkan program ini. 🚶‍♂️🚶‍♀️

Walaupun program berlangsung dalam tempoh yang singkat, sambutan yang diterima amat menggalakkan. Lebih membanggakan, seramai 9 orang usahawan/peniaga turut mengambil peluang membuka gerai jualan dan menjadikan suasana program lebih meriah. 🛍️🍔

Turut hadir ialah Presiden Majlis Belia FELCRA yang membuka kaunter pendaftaran keahlian Belia FELCRA sebagai usaha membantu menambah keahlian Persatuan Belia FELCRA di kawasan ini.

Admin Kampung Sri Makmur ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada penganjur utama, Koperasi Generasi Kedua FELCRA Malaysia Berhad (KOPGEN) atas kejayaan menganjurkan program sebegini.

Sememangnya masih terdapat beberapa kelemahan dan ruang yang boleh diperbaiki pada masa akan datang. Namun, perlu diingat bahawa ini merupakan penganjuran pertama KOPGEN untuk acara berbentuk Fun Walk seperti ini.

Setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama. 👏

Semoga pengalaman daripada penganjuran kali ini menjadi asas untuk KOPGEN menghasilkan program yang lebih baik, lebih tersusun dan lebih besar pada masa akan datang.

Tahniah kepada semua yang terlibat dan terima kasih kepada seluruh warga Sri Makmur serta semua peserta yang telah memberikan sokongan! ❤️






14/08/2026

CINTA PERTAMA DI TADIKA FELCRA SRI MAKMUR

Episod 1 : Hari Pertama Menangis

SINOPSIS

Tahun 1981.

Di sebuah bangunan kayu sederhana yang terletak di belakang kawasan yang kini menjadi tapak dewan orang ramai FELCRA Sri Makmur, seorang budak lelaki menangis tidak mahu ditinggalkan ibunya pada hari pertama persekolahan tadika.

Namun tanpa disedari, tangisannya pada pagi itu bakal menemukan dirinya dengan seorang budak perempuan yang akan menjadi sahabat paling rapat dalam hidupnya.

Sahabat yang suatu hari nanti akan hilang selama puluhan tahun...

Dan kembali semula apabila takdir mengizinkannya.

---

PENAFIAN

Kisah ini adalah karya fiksyen semata-mata yang diilhamkan daripada suasana kehidupan masyarakat FELCRA pada era 1980-an sehingga kini.

Sebarang persamaan nama, watak, peristiwa atau individu sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia adalah kebetulan semata-mata dan tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana individu sebenar.

Tujuan cerita ini ditulis adalah bagi mengimbau nostalgia kehidupan kampung, persahabatan dan kenangan zaman kanak-kanak yang pernah dilalui oleh ramai warga FELCRA Sri Makmur.

---

✍️ Pena Tok Bunga Manggar

---

Sebelum wujud telefon pintar...

Sebelum ada Facebook...

Sebelum ada TikTok...

Sebelum budak-budak mengenal internet...

Anak-anak FELCRA Sri Makmur membesar dengan selipar Jepun, basikal tua, aiskrim Malaysia sepuluh sen, permainan buatan sendiri dan suara emak yang bergema dari hujung jalan memanggil mereka p**ang sebelum Maghrib.

Tahun itu...

Tahun 1981.

Pagi itu matahari baru hendak meninggi.

Embun masih kelihatan pada rumput-rumput kecil di tepi jalan.

Di kiri kanan jalan kampung, kelihatan beberapa orang peserta FELCRA sedang bersiap hendak ke kebun.

Ada yang menunggang motosikal Honda C70.

Ada yang berbasikal.

Ada yang berjalan kaki sambil memikul cangkul.

Di belakang kawasan yang kini menjadi dewan orang ramai FELCRA Sri Makmur, berdiri sebuah bangunan kayu sederhana yang cukup dikenali oleh penduduk ketika itu.

Tadika FELCRA Sri Makmur.

Di situlah bermulanya kisah ini.

Di hadapan tadika, beberapa orang ibu sedang memujuk anak masing-masing.

Ada yang menangis perlahan.

Ada yang menangis kuat.

Ada yang sudah siap berguling atas tanah.

Tetapi semua itu masih belum mampu menandingi seorang budak lelaki yang sedang memeluk kaki ibunya seolah-olah hendak berpisah selama sepuluh tahun.

Namanya...

Azhar.

"Makkkk... jangan balik lagiiii..."

Tangisannya bergema sampai ke halaman tadika.

Puan Salmah cuba melepaskan kaki yang dipeluk erat.

"Azhar oi... mak bukan pi mana pun. Tengah hari nanti mak datang ambik la."

"Taaakkkk nakkkk!"

"Malu la orang tengok."

"Aku tak kisahhhh!"

Beberapa orang ibu yang berada berhampiran mula ketawa.

Seorang pakcik yang menghantar cucunya turut tersenyum.

"Ha... ni kalau besar nanti jadi pegawai besar ni."

"Macam mana pakcik tau?"

"Orang yang kuat buat kecoh ni biasanya besar nanti jadi ketua."

Semua yang mendengar terus ketawa.

Azhar p**a makin kuat menangis.

Malu bercampur geram.

Cikgu Normah yang baru keluar dari kelas menggeleng kepala.

"Ya Allah Azhar... mari masuk kelas."

"Taaakkk!"

Dia terus berlari memeluk salah satu tiang kayu tadika.

Kali ini bukan kaki mak p**a yang dipeluk.

Tetapi tiang bangunan.

Cikgu Normah mengurut dahi.

"Kalau macam ni sampai petang pun tak habis."

Ketika semua orang sedang memujuk Azhar...

Muncul seorang budak perempuan bertocang dua.

Bajunya kemas.

Rambutnya disikat rapi.

Di tangannya ada sebiji gula-gula susu yang dibawa dari rumah.

Dia berjalan perlahan-lahan ke arah Azhar.

Kemudian menghulurkan gula-gula itu.

"Nah."

Azhar yang masih teresak-esak memandangnya.

"Untuk apa?"

"Untuk kau la."

"Aku nangih ni."

"Aku tau."

"Habis tu?"

Budak perempuan itu menjawab selamba.

"Kalau makan gula-gula, orang tak nangih."

Beberapa orang dewasa yang mendengar terus ketawa.

Azhar memandang gula-gula tersebut.

Kemudian memandang semula budak perempuan itu.

"Nama kau siapa?"

"Suraya."

"Kau tak nangih ke?"

Suraya menggeleng.

"Aku dah besar."

Padahal umur mereka sama sahaja.

Enam tahun.

Kali ini semua orang ketawa lebih kuat.

Termasuk Cikgu Normah.

Azhar perlahan-lahan mengambil gula-gula itu.

Tangisannya mula reda.

Cikgu Normah segera mengambil peluang.

"Ha... dah okey dah tu. Jom masuk kelas."

Ajaib.

Budak yang tadi menangis macam hendak pecah dunia kini berjalan masuk ke kelas tanpa sebarang bantahan.

Semata-mata kerana sebiji gula-gula susu.

---

Di dalam kelas.

Meja-meja kecil kayu disusun kemas.

Di dinding tergantung kad huruf ABC.

Di sebelahnya p**a nombor 123.

Kipas siling berputar perlahan.

Sesekali berbunyi "krik... krik... krik..."

Azhar duduk di sebelah Suraya.

Masih diam.

Masih malu.

Masih sesekali menyapu hingus menggunakan lengan baju.

Suraya p**a sibuk membuka bekas penselnya.

"Kau s**a sekolah tak?"

Azhar menggeleng.

"Tak."

"Aku s**a."

"Kenapa?"

"Boleh jumpa ramai kawan."

Azhar memandang sekeliling.

Kemudian perlahan-lahan berkata.

"Aku tak kenal sesiapa."

Suraya tersenyum.

"Kan dah kenal aku."

Entah kenapa.

Ayat itu membuatkan Azhar tersenyum buat pertama kali pagi itu.

---

Waktu rehat tiba.

Masing-masing membuka bekal yang dibawa dari rumah.

Ada nasi goreng.

Ada bihun goreng.

Ada roti sapu kaya.

Ada yang cuma membawa biskut.

Azhar membuka bekalnya.

Nasi goreng ikan bilis.

Suraya menjenguk.

"Nampak sedap."

Azhar terus menolak bekalnya ke depan.

"Nak sikit?"

Suraya mengambil sedikit.

Kemudian dia p**a menghulurkan sepotong kuih bingka yang dibawanya.

"Nah."

Mereka bertukar makanan.

Tanpa perlu dipaksa.

Tanpa perlu disuruh.

Seolah-olah sudah lama berkawan.

Padahal baru beberapa jam berkenalan.

---

Tengah hari itu.

Puan Salmah datang mengambil Azhar.

Belum sempat dia membuka mulut.

Azhar sudah berlari keluar.

Tetapi kali ini bukan kerana hendak p**ang.

Sebaliknya dia berpatah balik semula ke arah Suraya.

"Kejap!"

Suraya yang sedang berdiri di pintu memandangnya hairan.

"Apsal?"

"Esok kau datang lagi tak?"

Suraya tersenyum.

"Datang la."

Azhar mengangguk puas.

"Bagus."

Kemudian dia terus berlari mendapatkan ibunya.

Puan Salmah yang melihat kejadian itu hanya tersenyum.

"Siapa tu?"

"Kawan aku."

"Baru sehari dah ada kawan?"

Azhar menjawab bangga.

"Haah."

Dia berhenti seketika.

Kemudian berkata perlahan.

"Dia bagi aku gula-gula tadi."

Puan Salmah ketawa kecil.

Tidak mengetahui bahawa gula-gula itulah yang akan menjadi permulaan kepada sebuah persahabatan yang bakal merentasi puluhan tahun.

---

Petang itu.

Bangunan kayu Tadika FELCRA Sri Makmur kembali sunyi.

Kanak-kanak sudah p**ang.

Halaman kembali kosong.

Namun di dalam sebuah album takdir yang tidak mampu dilihat oleh sesiapa...

Nama Azhar dan Suraya baru sahaja ditulis pada halaman yang sama.

Dan mereka langsung tidak mengetahui...

Bahawa suatu hari nanti...

Mereka akan terpisah.

Membesar di negeri yang berbeza.

Menempuh kehidupan masing-masing.

Sebelum dipertemukan semula selepas empat puluh lima tahun.

Di kampung yang sama.

Di tanah yang sama.

Dan di bawah langit yang sama.

Bersambung...
https://www.facebook.com/share/r/1BwC29wBmd/










14/08/2026

📢 **JEMPUTAN KHAS KEPADA SEMUA PENDUDUK KAMPUNG** 🚶‍♂️🚶‍♀️

Ada yang belum sempat mendaftar tetapi masih berminat nak sertai **Program Fun Walk Jelajah Institusi FELCRA Berhad** pada **15 Ogos 2026 (Sabtu)?** 😍

Jangan risau! **Peserta walk-in tetap dialu-alukan hadir** dan boleh bersama-sama memeriahkan program bermula **jam 7.00 pagi** di **PPSK FELCRA Sri Makmur**. 🎉

Antara aktiviti yang disediakan:

1️⃣ **Zumba** 💃
2️⃣ **Fun Walk 3KM** 🚶‍♂️🚶‍♀️
3️⃣ **Gerai-gerai jualan usahawan & peniaga tempatan** 🛍️
4️⃣ **Gerai Pendaftaran Ahli Belia FELCRA** 👥

✨ **ISTIMEWA UNTUK PESERTA WALK-IN:**
Anda juga boleh mendapatkan **e-Sijil penyertaan** dengan membuat pendaftaran melalui pautan berikut:

👉 https://mypkd.rurallink.gov.my/register/index.php?data=Mjs2YTdmMzk1OTgyZmI0OzEyMQ==

👕 **Pakaian:**
Boleh memakai pakaian yang sesuai, selesa dan bersesuaian dengan aktiviti berjalan kaki serta Zumba.

⚠️ **PERHATIAN:**
Peserta walk-in yang **tidak membuat pendaftaran awal** tidak akan menerima:
❌ Kit Fun Walk
❌ Pek makanan
❌ Penyertaan cabutan bertuah

Namun begitu, anda tetap boleh menikmati **pengalaman dan kemeriahan program yang sama bersama peserta-peserta lain!** 🥳

Jom ajak keluarga, jiran dan kawan-kawan. **Tak daftar awal pun masih boleh datang memeriahkan program!** ❤️

📅 **15 Ogos 2026 (Sabtu)**
⏰ **Bermula 7.00 pagi**
📍 **PPSK FELCRA Sri Makmur**

**Jumpa anda semua esok pagi! 🚶‍♂️🌅🎉**

13/08/2026

Episod 6 https://www.facebook.com/share/r/193fAgV487/

"Kampung boleh hilang. Rumah boleh roboh. Pokok boleh tumbang. Tetapi selagi ada yang mengingati, sejarah tidak akan pernah mati."

⚠️ PENAFIAN

Kisah ini adalah karya fiksyen yang diinspirasikan daripada suasana, sejarah dan kehidupan masyarakat FELCRA Sri Makmur serta kawasan sekitarnya. Nama watak, dialog dan sebahagian peristiwa adalah rekaan pengarang bagi tujuan penceritaan. Sebarang persamaan dengan individu yang masih hidup atau telah meninggal dunia adalah kebetulan semata-mata. Selamat membaca dan mengimbau kenangan.

📖 PAK MAIL PENOREH TERAKHIR

Episod 7: Penoreh Terakhir

SINOPSIS

Selepas rebah di Dusun Wakaf Rambai Sebunga, Pak Mail dikejarkan ke klinik dan kemudian ke hospital. Ketika seluruh Sri Makmur mula mendoakan kesihatannya, Aiman menyedari bahawa warisan yang ditinggalkan Tok Penghulu Mat Deris dan Pak Mail tidak boleh dibiarkan terkubur begitu sahaja. Sebuah pengakhiran yang menyentuh hati bakal menentukan sama ada Pak Mail benar-benar menjadi penoreh terakhir.

---

"Waberrrr! Cepat sikit!"

Suara Din Janggut memecah kesunyian Dusun Wakaf Rambai Sebunga.

Aiman dan Din memapah Pak Mail keluar dari dusun menuju ke motosikal.

Wajah lelaki tua itu pucat.

Matanya tertutup rapat.

Namun tangannya masih menggenggam buku catatan Tok Penghulu Mat Deris.

Seolah-olah tidak mahu melepaskannya.

---

Berita Pak Mail rebah tersebar pantas di Sri Makmur.

Lebih pantas daripada berita yang biasanya berlegar di Warung Chu Din.

Menjelang petang...

Ramai yang bertanya khabar.

Ngah Awang.

Pak Maun.

Haji Yusop.

Malah ada juga bekas penduduk Rambai Sebunga yang kini tinggal di Kuantan dan Temerloh turut menghubungi saudara-mara mereka.

Pak Mail bukan sekadar seorang penoreh.

Dia adalah antara orang terakhir yang masih menyimpan cerita tentang kampung yang telah hilang itu.

---

Dua hari kemudian.

Pak Mail membuka mata.

Perlahan-lahan.

Lampu putih wad hospital menyambut pandangannya.

Di sebelah katil...

Aiman sedang duduk membaca buku catatan lama.

"Awok dah sedar pakcik..."

kata Aiman sambil tersenyum lega.

Pak Mail memandang sekeliling.

"Kawai kat mane ni?"

"Hospital."

Pak Mail mengeluh kecil.

"Tak pasal-pasal kena bercuti."

Aiman terus ketawa.

---

Beberapa hari kemudian Pak Mail dibenarkan p**ang.

Doktor berpesan supaya dia mengurangkan kerja berat.

Kurangkan berjalan jauh.

Kurangkan menoreh.

Kurangkan semuanya.

Nasihat yang paling s**ar diterima oleh Pak Mail.

---

Seminggu selepas itu.

Pagi yang cerah menyinari Jambatan Sungai Pasir.

Air sungai masih mengalir perlahan.

SK Seri Makmur masih berdiri megah di sebelahnya.

Dan seperti biasa...

Warung Chu Din mula dipenuhi pelanggan.

Namun pagi itu suasananya sedikit berbeza.

---

Sebuah pacuan empat roda berhenti di hadapan warung.

Kemudian sebuah lagi.

Dan sebuah lagi.

Pak Mail yang sedang minum kopi mengerutkan dahi.

"Ngape ramai beno ni?"

Din Janggut tersengih.

"Waberrrr... kawai pun tak tahu."

---

Tidak lama kemudian...

Pak Mail melihat sesuatu yang membuatkan dia terpaku.

Beberapa orang anak muda turun dari kenderaan.

Lelaki.

Perempuan.

Sebahagiannya dari Sri Makmur.

Sebahagiannya dari luar.

Di hadapan mereka berdiri Aiman.

---

Aiman melangkah ke arah Pak Mail.

Kemudian menghulurkan sesuatu.

Pisau toreh.

Baru.

Masih berkilat.

Pak Mail memandang hairan.

"Apo ni?"

Aiman tersenyum.

"Kami nak belajar."

"Belajar mende?"

"Menoreh."

Pak Mail terus terdiam.

---

"Awok gurau ke?"

Aiman menggeleng.

"Kami dah bincang."

Dia menunjuk ke arah kump**an anak muda tersebut.

"Ada yang asal dari Sri Makmur."

"Ada yang cucu penduduk lama Rambai Sebunga."

"Ada yang langsung tak pernah tengok orang menoreh."

"Tapi kami semua nak belajar."

---

Mata Pak Mail mula berkaca.

Dia memandang seorang demi seorang wajah anak-anak muda itu.

Kemudian matanya beralih ke arah Jambatan Sungai Pasir.

Ke arah jalan yang sering dilaluinya selama puluhan tahun.

Ke arah kampung yang semakin berubah.

---

Pagi itu...

Konvoi kecil bergerak menuju ke Rambai Sebunga.

Pak Mail di hadapan.

Diikuti Aiman.

Dan belasan anak muda di belakang.

---

Apabila mereka tiba...

Matahari baru mula memancar di celah-celah pokok durian dan manggis.

Angin dari Sungai Pahang bertiup lembut.

Burung-burung berkicau.

Seolah-olah kampung itu sendiri sedang menyambut kep**angan anak-anaknya.

---

Pak Mail berdiri di hadapan sebatang pokok getah tua.

Pisau toreh di tangan.

Anak-anak muda mengelilinginya.

Mendengar dengan penuh perhatian.

---

"Dengar sini."

kata Pak Mail perlahan.

"Menoreh getah ni bukan susah."

"Tapi yang susah..."

Dia memandang ke arah Dusun Wakaf Rambai Sebunga.

"...nak menghargai apa yang kita ada sebelum hilang."

Semua terdiam.

---

Aiman memandang ke arah Sungai Pahang.

Kemudian ke arah dusun.

Kemudian ke arah Pak Mail.

Dia akhirnya faham.

Warisan bukan sekadar tanah.

Bukan sekadar pokok.

Bukan sekadar kampung.

Warisan adalah cerita.

Dan cerita itu mesti diteruskan.

---

Pak Mail mengangkat pisau torehnya.

Kemudian membuat satu torehan kemas pada batang pokok getah.

Susu getah mula mengalir perlahan.

Titis demi titis.

Seperti masa yang terus berjalan.

---

Pak Mail tersenyum.

Buat pertama kali selepas sekian lama.

Dia sedar sesuatu.

Dia bukan lagi penoreh terakhir.

---

Kerana di belakangnya...

sudah ada generasi yang bersedia menyambung cerita.

---

TAMAT

> "Sesebuah kampung tidak mati apabila rumah-rumahnya kosong. Sesebuah kampung hanya benar-benar mati apabila tiada lagi orang yang mengingati kisahnya."

✍🏻 Nukilan: Pisau Getah Tumpul












---

Terima kasih kerana mengikuti siri "Pak Mail Penoreh Terakhir". 🌴

Address

Pekan

Telephone

0199100169

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kampung Sri Makmur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kampung Sri Makmur:

Shortcuts

Share