Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja

Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja, Jalan Mahkota, 26600 Pekan, Pahang
(1)

14/05/2026

AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Terengganu (Dungun dan Kemaman) • Pahang (Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin) • Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) • Johor (Segamat, Mersing dan Kota Tinggi) • Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan (Samarahan), Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song dan Belaga), Bintulu (Tatau), Miri (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang • Sabah: Pedalaman (Beaufort, Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Tongod dan Telupid) dan Kudat (Kota Marudu) sehingga 7:00 malam; Khamis, 14 Mei 2026.

⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Dikeluarkan pada: 4:30 petang, 14 Mei 2026




PEKAN, 14 Mei 2026 – Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Pekan telah mengad...
14/05/2026

PEKAN, 14 Mei 2026 – Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Pekan telah mengadakan Program Pemeriksaan Kesihatan Bagi Kakitangan Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja Tahun 2026 bertempat di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, pagi tadi.

Program ini merupakan inisiatif berterusan dalam memperkukuh kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan serta membudayakan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja. Pelaksanaan program ini turut memberi peluang kepada kakitangan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala sebagai langkah awal dalam pemantauan tahap kesihatan diri.




11/05/2026

Sebagai pengguna jalan raya, kita perlu memahami bahawa lori mempunyai ruang penglihatan yang terhad disebabkan saiznya yang besar. Pemandu lori memerlukan lebih banyak ruang untuk membelok, menukar lorong dan berhenti sepenuhnya.

⚠️ Risiko meningkat apabila:
• Menunggang motosikal di sisi lori
• Memotong tanpa memastikan keadaan selamat
• Mengekori lori terlalu rapat
• Memotong di sebelah kiri lori

✅ Demi keselamatan bersama:
• Sentiasa kekalkan jarak selamat
• Elakkan berada terlalu lama di sisi lori
• Pastikan pemandu lori dapat melihat anda
• Bersabar dan jangan terburu-buru di jalan raya






🔄 Kongsikan kepada rakan dan keluarga agar semua lebih peka di jalan raya

11/05/2026

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀: 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐘𝐀.

Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 14 Mei 2026 dan berterusan sehingga September 2026.

Permulaan monsun ini menandakan berakhirnya fasa peralihan monsun yang bermula sejak 29 Mac 2026.

Orang ramai juga disarankan agar sentiasa merujuk maklumat ramalan cuaca serta amaran terkini melalui saluran rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia, bagi memastikan setiap aktiviti dapat dilaksanakan dengan lebih selamat, teratur dan lancar.




PEKAN, 9 Mei 2026 – Telah berlangsung dengan jayanya Kursus Mesra Malaysia Siri 1/2026 dengan kerjasama Kementerian Pela...
08/05/2026

PEKAN, 9 Mei 2026 – Telah berlangsung dengan jayanya Kursus Mesra Malaysia Siri 1/2026 dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), bertempat di Bilik Latihan Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja.

Kursus kali ini disertai oleh 32 peserta yang terdiri daripada wakil pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, penggiat industri pelancongan serta penghulu mukim sekitar Daerah Pekan. Program ini dikendalikan oleh En. Mohd Nor Helmy bin Ahmad selaku penceramah, yang telah berkongsi ilmu serta panduan berkaitan amalan terbaik dalam industri pelancongan dan konsep Mesra Malaysia.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang program berlangsung. Semoga penganjuran program seperti ini dapat diteruskan dalam usaha memperkukuh pembangunan industri pelancongan yang mampan dan berdaya saing.




𝐏𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀𝐅𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐔𝐃𝐈𝐓 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋 (𝐏𝐁𝐀𝐓) 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐏𝐈𝐇𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔...
06/05/2026

𝐏𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀𝐅𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐔𝐃𝐈𝐓 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋 (𝐏𝐁𝐀𝐓) 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐏𝐈𝐇𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

PEKAN, 06 Mei 2026 - Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja telah menerima kunjungan bagi pelaksanaan Penarafan Bintang Audit Teknikal (PBAT) Kesihatan Persekitaran oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi tahun 2026.

Wakil auditor JKT yang terlibat ialah Datin Norfazliza binti Ghapar Shah dan Puan Siti Suziana binti Abd Rashid. Sesi yang berlangsung di Dewan Mesyuarat Bunga Pekan ini mengikut atur cara yang ditetapkan merangkumi ucapan aluan, semakan dokumen serta pemantauan di lapangan.

Pengauditan ini bertujuan menilai tahap penyampaian perkhidmatan PBT dalam kesihatan persekitaran agar mematuhi dasar dan peraturan sedia ada. Fokus penilaian merangkumi kawalan denggi, pengurusan kewangan dan aset, kebersihan tandas awam, keselamatan makanan serta pengurusan pasar awam bagi memastikan MPPBDR mencapai standard penarafan yang ditetapkan.

Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pasukan auditor Jabatan Kerajaan Tempatan atas kerjasama dan pandangan profesional yang telah diberikan sepanjang tempoh pengauditan berlangsung.




PEKAN, 4 Mei 2026 – Telah diadakan Majlis Perasmian Bengkel Latihan dan Bimbingan ke Arah Pensijilan ISO 37001:2025 Anti...
04/05/2026

PEKAN, 4 Mei 2026 – Telah diadakan Majlis Perasmian Bengkel Latihan dan Bimbingan ke Arah Pensijilan ISO 37001:2025 Anti-Bribery Management System (ABMS) yang berlangsung pada 4–5 Mei dan 7–8 Mei 2026, bertempat di Dewan Kelab Golf Diraja Pekan.




𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔Penghargaan diberikan atas segala usaha, komitmen dan dedikasi yang dicurahkan dalam ...
30/04/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔

Penghargaan diberikan atas segala usaha, komitmen dan dedikasi yang dicurahkan dalam memacu pembangunan negara ke arah yang lebih maju dan berdaya saing.

Semoga semangat “Pekerja MADANI Kesuma Bangsa” terus menjadi inspirasi dalam memperkukuh produktiviti, inovasi serta kecemerlangan perkhidmatan demi kesejahteraan bersama.




30/04/2026
SOROTAN HARI PERTAMA KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP MAJLIS PERBANDARAN PEKAN BANDAR DIRAJA 2026📆 29-30 April 2026📍Pekan Ba...
30/04/2026

SOROTAN HARI PERTAMA KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP MAJLIS PERBANDARAN PEKAN BANDAR DIRAJA 2026

📆 29-30 April 2026
📍Pekan Badminton Court, Peramu




29 April 2026 (Rabu) - Telah diadakan Cabutan Kerja Undi Bil. 02/2026 bertempat di Dewan Kelab Golf Diraja Pekan, Majlis...
29/04/2026

29 April 2026 (Rabu) - Telah diadakan Cabutan Kerja Undi Bil. 02/2026 bertempat di Dewan Kelab Golf Diraja Pekan, Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja, pada pagi tadi.

Tahniah kepada kontraktor yang berjaya.




Address

Jalan Mahkota
Pekan
26600

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6094211077

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja:

Shortcuts

Share