KEMAS Daerah Pekan

KEMAS Daerah Pekan Jabatan Kemajuan Masyarakat Parlimen Pekan

17/03/2026
02/03/2026

Kelas minggu ni.. jom buat photobook sendiri. boleh cetak sendiri photobook anda

Apa2 roger. 0139873299(Cikgu Basir)

27/01/2026

Kelas minggu ni.. jom kuasai canva bagi memudahkan projek2 akan datang.

Apa2 roger. 0139873299(Cikgu Basir)

19/01/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
KELAS GRAFIK PDK PERAMU
KUMPULAN 3 / 5 ( RABU/KHAMIS)
PUSAT DIGITAL KEMAS PKM PERAMU
Jom Belajar:
πŸ’‘EDITING CANVA UNTUK BANTAL SUBLIMATION
πŸ’‘MENCETAK DAN MENJAHIT BANTAL
▢️ 21/22 JANUARI 2026 (RABU/KHAMIS)
▢️ 9.00 HINGGA 12 TGH
▢️YURAN
πŸ“ŒRM10 (UNTUK PESERTA BERDAFTAR)
πŸ“ŒRM25 (PESERTA BARU SERTAI KELAS PDK)
** HASIL BOLEH BAWA BALIK
*kursus menggunakan handphone/smartphone sila bawa peralatan masing2
Berminat boleh hubungi Cikgu Basir : 0139873299 (whatapp/call)

07/01/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
KURSUS CUTI SEKOLAH@KEMAS 2026 (JANUARI)
PUSAT DIGITAL KEMAS PKM PERAMU kembali
Jom ikuti kursus:

EDITING BANTAL SUBLIMATION MENGGUNAKAN CANVA DAN PEMBUATAN BANTAL SUBLIMATION
▢️ 8 JANUARI 2026 (KHAMIS)
▢️ 9.00 HINGGA 3 PTG

** MAKAN TENGAJARI DISEDIAKAN
** HASIL BOLEH BAWA BALIK

*kursus menggunakan handphone/smartphone sila bawa peralatan masing2
Berminat boleh hubungi Cikgu Basir : 0139873299 (whatapp/call)

✨FAMILY DAY KEMAS ZON 1 TAHUN 2025βœ¨πŸ“… Tarikh: Sabtu, 11 Oktober 2025πŸ•— Masa: Bermula jam 8.00 pagiπŸ“ Tempat: Pantai Anak Ai...
11/10/2025

✨FAMILY DAY KEMAS ZON 1 TAHUN 2025✨

πŸ“… Tarikh: Sabtu, 11 Oktober 2025
πŸ•— Masa: Bermula jam 8.00 pagi
πŸ“ Tempat: Pantai Anak Air, Tanjung
Lumpur Kuantan

Program Family Day KEMAS Zon 1 telah berlangsung dengan penuh meriah dan ceria sejak awal pagi tadi. 🌀️

Tetamu jemputan:
Puan Naziah binti Osman
(Pegawai KEMAS Daerah Pekan)

Tidak dilupakan kakitangan Pejabat KEMAS Pekan yang turut sama memeriahkan suasana. 🀝✨

Turut sama menjayakan program ini ialah Pendidik Masyarakat (PM), Pembantu Pendidikan Masyarakat (PPM), serta Pembantu Pendidikan Masyarakat Sukarela (PPMS) yang sentiasa bersemangat dalam setiap aktiviti. πŸ‘

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang hari seperti senamrobik, sukaneka keluarga,Pertandingan Sorakkan, cabutan bertuah, dan aktiviti santai di tepi pantai yang mencetuskan keceriaan dan semangat berpasukan. πŸ–οΈπŸŽ‰

Program ini bertujuan mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga KEMAS. ❀️

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan menjayakan Family Day KEMAS Zon 1 kali ini.
Semoga hubungan yang terjalin terus erat dan kekal harmoni dalam keluarga besar KEMAS. πŸ’ͺ🌺

KEMAS ZON 1 TETAP DI HATI πŸ’“



✨BENGKEL JAWATANKUASA KOMUNITI KEMAS PARLIMEN PEKAN TAHUN 2025 SIRI 2✨Tarikh: 9 September 2025Masa :2.00 petang semoga T...
09/09/2025

✨BENGKEL JAWATANKUASA KOMUNITI KEMAS PARLIMEN PEKAN TAHUN 2025 SIRI 2✨

Tarikh: 9 September 2025
Masa :2.00 petang semoga
Tempat: Kolej Komuniti Pekan

Slot self insight KEMAS dari:-
En Norman Shah bin Abd Rani
(Pen. Peg. Latihan dan Pembangunan Sosial)
KEMAS NEGERI PAHANG

Slot Bual bicara usahawan dari unit PKEM:-
Pn. Wan Norkhaziehan binti Mohd Jaafar
(Pengusaha bantal kekabu dan ukiran kayu)

Dirasmikan oleh:-
Tuan Syed Mohd Lutfi bin Syed Hamzah
(Wakil peribadi YB ahli parlimen Pekan)

Turut hadir:-
Pn Naziah binti Osman
(Pegawai kemas daerah Pekan)

En Ahmad Nazri bin ABD Rahman
(Pen. peg. Komuniti dan Kemahiran kemas)

Semua jawatankuasa TABIKA, PKEM, PKOM dan Pemaju masyarakat yang terlibat.

Bengkel ini amat penting dan bermakna buat semua peserta yang hadir untuk pengetahuan yang lebih mendalam tentang KEMAS dan mendengar pengusaha kelahiran KEMAS.


πŸ’«ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐀 πŠπ„πŒπ€π’ ππ€π‘π‹πˆπŒπ„π ππ„πŠπ€ππŸ’«MAJLIS PENUTUP & PERASMIAN Tarikh: 5 - 7 September 2025Masa : 8.00 pagiTempa...
07/09/2025

πŸ’«ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐀 πŠπ„πŒπ€π’ ππ€π‘π‹πˆπŒπ„π ππ„πŠπ€ππŸ’«

MAJLIS PENUTUP & PERASMIAN

Tarikh: 5 - 7 September 2025
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Padang SK Merchong Jaya

Perasmi:
YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Bin Mohd Ariff
( EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Bebar)

Turut hadir:-
Tuan Zulkefli Bin Ahmad Nazri, (Pengarah KEMAS Negeri Pahang)

Semua tetamu Jemputan, Seterusnya kepada barisan Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Daerah Pekan, barisan kakitangan KEMAS Negeri dan Daerah Pekan, barisan Pengerusi JPKK DUN Bebar, para ketua kampung serta Tok Batin DUN Bebar, barisan cawangan UMNO DUN Bebar, para usahawan serta seluruh masyarakat Kampung Merchong dan sekitarnya.

🌸 Alhamdulillah, selesai sudah Program Santunan Desa Parlimen Pekan yang penuh dengan pelbagai pengisian bermanfaat, meriah dengan penyertaan masyarakat serta dimeriahkan dengan pertandingan, pameran, jualan dan aktiviti kekeluargaan sepanjang 3 hari 2 malam.

✨ Program ini bukan sahaja menjadi medan untuk mengeratkan silaturahim, malah turut membuka ruang kepada masyarakat setempat untuk berkongsi ilmu, bakat dan pengalaman.

πŸ™ Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat – penganjur, para peserta, sukarelawan, pengunjung serta para tetamu kehormat yang sudi bersama-sama menjayakan Santunan Desa kali ini.

πŸ’ Semoga usaha murni ini terus menyatukan komuniti kita ke arah kehidupan desa yang lebih harmoni, progresif dan sejahtera.


πŸ’«ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐀 πŠπ„πŒπ€π’ ππ€π‘π‹πˆπŒπ„π ππ„πŠπ€ππŸ’«βœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ AKTIVITI  BUSANA MERDEKA πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨Alhamdulillah, aktiviti Busana Merdeka telah...
07/09/2025

πŸ’«ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐀 πŠπ„πŒπ€π’ ππ€π‘π‹πˆπŒπ„π ππ„πŠπ€ππŸ’«

βœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ AKTIVITI BUSANA MERDEKA πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Alhamdulillah, aktiviti Busana Merdeka telah berlangsung dengan penuh warna-warni dan semangat cintakan negara. Para peserta tampil bergaya dengan kreativiti masing-masing, menyerlahkan keunikan busana berinspirasikan Jalur Gemilang.

🌟 Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang mengambil bahagian, serta syabas dan tahniah khas buat para pemenang! πŸŽ‰



Address

Pekan

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6094269628

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KEMAS Daerah Pekan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KEMAS Daerah Pekan:

Shortcuts

Share