SWCorp Pekan

SWCorp Pekan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) ditubuhkan sebagai pelengkap bagi menjayakan Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara.

Secara amnya, Dasar ini bertujuan untuk mewujudkan sistem pengurusan sisa pepejal yang menyeluruh, bersepadu, kos efektif dan lestari yang dikehendaki oleh masyarakat yang mementingkan pemuliharaan alam sekitar dan kesejahteraan awam. Perbadanan ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 673). Perbadanan secara rasminya telah ditubuhkan pada 1 Jun 2008 d

i bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Ia mempunyai kuasa untuk mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Peranan Perbadanan adalah untuk memastikan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang lebih efisien, bersepadu di samping memberikan kepuasan yang lebih baik kepada pengguna dari segi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

SWCorp PEKAN PERKUKUH TINDAKAN TEGAS DI PAHANG, 1 INDIVIDU DISABITKAN KESALAHAN BUANG SAMPAH KECIL5 Mei 2026 | SWCorp Pe...
05/05/2026

SWCorp PEKAN PERKUKUH TINDAKAN TEGAS DI PAHANG, 1 INDIVIDU DISABITKAN KESALAHAN BUANG SAMPAH KECIL

5 Mei 2026 | SWCorp Pekan menegaskan tiada lagi toleransi terhadap kesalahan pembuangan sampah kecil di tempat awam apabila seorang (1) pesalah warganegara tempatan telah didakwa dan disabitkan kesalahan masing-masing di Mahkamah Sesyen Kuantan di bawah Akta 672.

OKS didapati bersalah kerana membuang puntung rokok di tempat awam di bawah Seksyen 77A(1). Mahkamah menjatuhkan hukuman denda antara RM150 atau 10 hari penjara serta Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) selama 2 jam dalam tempoh tiga (3) bulan.

SWCorp Pekan akan terus mempergiat penguatkuasaan serta tindakan pendakwaan, manakala pelaksanaan PKM sebagai pendekatan pemulihan akan diperluaskan di seluruh negara.

Komitmen ini mencerminkan usaha berterusan SWCorp Pekan dalam memastikan pematuhan undang-undang serta memupuk tanggungjawab bersama ke arah Malaysia yang bersih, indah dan sejahtera.

04/05/2026
02/05/2026

Siapa sangka, lawatan ke pameran SWCorp bertukar menjadi pengembaraan dua dunia?

Episod 1 membuka tirai kisah Suzila Wati dan Samad — dua individu dengan pandangan berbeza terhadap kebersihan, pengurusan sisa pepejal dan pematuhan peraturan. Namun, satu insiden misteri di ruang arca telah mengubah segalanya… apabila dua sisi bertukar tempat.

Melalui Dua Jiwa, kita dibawa menyelami realiti sebenar bahawa peranan SWCorp bukan sekadar penguatkuasaan, tetapi satu usaha berterusan ke arah Malaysia yang bersih, indah dan sejahtera, serta pembentukan komuniti yang lebih bertanggungjawab.

Detik permulaan segalanya bermula di sini. Jangan terlepas menyaksikan bagaimana “pertukaran” ini mengubah perspektif mereka — dan mungkin juga kita semua.

Hati-hati jika anda berkunjung ke stesen bas kerana mungkin ada pegawai SWCorp yang memerhati.Operasi penguatkuasaan Akt...
01/05/2026

Hati-hati jika anda berkunjung ke stesen bas kerana mungkin ada pegawai SWCorp yang memerhati.

Operasi penguatkuasaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) akan menumpukan kepada tabiat membuang sampah kecil (littering) di lokasi-lokasi tertentu.

Strategi penguatkuasaan proaktif akan ditumpukan di lokasi berisiko tinggi termasuk:

📍 Pusat bandar dan hab pengangkutan awam (perhentian bas/stesen tren)
📍 Kawasan komersial (medan selera, pasar awam, arked perniagaan)
📍 Destinasi pelancongan, pantai, taman awam dan kawasan rekreasi

Mulai tahun 2026, penguatkuasaan yang lebih tegas telah dilaksanakan melalui pindaan Akta 672 di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Perlis serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Jika didapati bersalah membuang sampah merata-rata, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 dan dijatuhi hukuman Perintah Khidmat Masyarakat sehingga 12 jam.

30/04/2026
AKTIVITI TASKFORCE “NO DUST”📍 Lokasi: Jalan Sultan Ahmad (Heritage & Gazebo)📅 Tarikh: 27 April 2026Kerja-kerja pembersih...
28/04/2026

AKTIVITI TASKFORCE “NO DUST”

📍 Lokasi: Jalan Sultan Ahmad (Heritage & Gazebo)
📅 Tarikh: 27 April 2026

Kerja-kerja pembersihan telah dilaksanakan oleh AFSB Pekan melalui inisiatif Taskforce No Dust bagi memastikan kawasan sentiasa bersih, selesa dan bebas habuk untuk kegunaan orang awam.

👷‍♂️ Kekuatan anggota: 2 krew & 1 pemandu
🚜 Jentera digunakan: Portable Jetter

Diharapkan usaha ini dapat meningkatkan tahap kebersihan serta memberikan persekitaran yang lebih kondusif kepada masyarakat setempat.




28/04/2026

Tahukah anda, sejak pelaksanaan Akta 672 pada awal tahun ini, sebanyak 2,974 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) telah direkodkan di tujuh negeri?

Daripada jumlah ini, 2,242 melibatkan warganegara tempatan dan 732 warga asing. Siapa paling ramai melakukan kesalahan?

Majoritinya terdiri daripada golongan muda dan pertengahan umur:

• 30–39 tahun: 30% (896 orang)
• 19–29 tahun: 29% (874 orang)
• 40–49 tahun: 25% (744 orang)

Kumpulan lain:
• 50–59 tahun: 11% (316 orang)
• 60 tahun ke atas: 4.5% (129 orang)
• Bawah 18 tahun: 0.5% (15 orang)

Secara keseluruhan, lebih 84% pesalah berumur antara 19 hingga 49 tahun, menunjukkan golongan ini merupakan kumpulan utama dalam kesalahan membuang sampah.

Mulai tahun ini, penguatkuasaan lebih tegas telah dilaksanakan melalui pindaan Akta 672 di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Perlis serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Jika didapati bersalah membuang sampah merata-rata, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 dan dijatuhi hukuman Perintah Khidmat Masyarakat sehingga 12 jam.

Sampah kecil, kesannya besar. Jangan jadi sebahagian daripada statistik.

Tahukah anda? Sampah kecil seperti puntung rokok, tisu, plastik pembungkus, tin minuman, resit dan tiket parkir merupaka...
27/04/2026

Tahukah anda? Sampah kecil seperti puntung rokok, tisu, plastik pembungkus, tin minuman, resit dan tiket parkir merupakan antara punca utama pencemaran yang sering dipandang remeh.
Walaupun bersaiz kecil, tabiat membuang sampah ini secara tidak bertanggungjawab memberi kesan besar kepada kebersihan bandar, menyumbang kepada longkang tersumbat serta meningkatkan risiko banjir kilat.
Mulai tahun ini, penguatkuasaan untuk pesalah yang membuang sampah merata-rata lebih tegas telah dilaksanakan melalui pindaan Akta 672 di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Perlis serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Jika didapati bersalah, anda boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 selain dijatuhi hukuman Perintah Khidmat Masyarakat. Tak nak perkara ni terjadi kepada anda, buanglah sampah di tempat yang betul.

27/04/2026

Jangan harapkan orang lain yang akan mengemaskan sampah anda!

Gelas plastik merupakan salah satu sampah kecil yang sering ditinggalkan di atas meja. Di mana-mana sahaja, tiada pekerja yang ditugaskan KHAS untuk membersihkan sampah anda.

Sepatutnya, apabila anda selesai minum, gelas plastik tersebut seharusnya dibuang terus ke dalam tong sampah yang berhampiran.

Jika tiada tong sampah berdekatan, simpan dahulu sampah tersebut dan buangnya apabila anda tiba di rumah.

Ia adalah amalan yang mudah, namun masih terdapat segelintir masyarakat yang tidak peka dalam hal ini dan kurang bertanggungjawab.

Mulai tahun 2026, penguatkuasaan lebih tegas dilaksanakan melalui pindaan Akta 672 di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Perlis serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Jika didapati bersalah membuang sampah merata-rata, individu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 dan dijatuhi hukuman Perintah Khidmat Masyarakat sehingga 12 jam.

Jom sama-sama kita ubah tabiat buruk ini!

Address

NO. 2, RUMAH KEDAI SETINGKAT, LORONG PERAMU MAWAR 2, TAMAN PERAMU MAWAR
Pekan
26600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6094265172

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SWCorp Pekan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SWCorp Pekan:

Shortcuts

Share