Angkatan Muda Keadilan - Cabang Pekan

Angkatan Muda Keadilan - Cabang Pekan Halaman Rasmi Angkatan Muda Keadilan Cabang Pekan. Kuat Tunjang Kerana Akar. KEPERCAYAAN DAN RUANG KEPADA ANAK MUDA UNTUK MENYUMBANG MELALUI KEADILAN.

Sebelum bertukar nama menjadi Angkatan Muda Keadilan sayap pemuda ini bergerak dengan nama Pemuda Keadilan Nasional dan dilancarkan pada masa yang sama Parti Keadilan Nasional dilancarkan iaitu pada 4 April 1999 oleh Presiden Parti, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail di Hotel Reinassance, Kuala Lumpur. Ketua Pemuda yang pertama merupakan Sdr. Ezam Mohd Nor dan pada peringkat awalnya, Pemuda Keadilan

mengambil peranan sebagai penggerak, penyedar, dan pendesak perubahan terhadap kepincangan sistem penghakiman dan ketidakadilan atas penghukuman penjara Dato Seri Anwar Ibrahim. Pemuda Keadilan pada masa itu mengambil langkah agresif, meluahkan perasaan melalui demonstrasi jalanan, ceramah penerangan dan pelbagai cara untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penghukuman politik dan fitnah ke atas Bekas Timbalan Perdana Menteri pada masa itu. Pemuda Keadilan juga konsisten menganjurkan demonstrasi jalanan bersama Gerakan Bebas Anwar (GBA) pada 14 April setiap tahun untuk memperingati tarikh Dato Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan. Demonstrasi yang lebih dikenali dengan nama “Black 14” berjaya mengumpulkan puluhan ribu rakyat Malaysia berbilang bangsa dan umur untuk mendesak kebebasan Dato Seri Anwar Ibrahim. Pada siri demonstrasi “Black 14” tahun 2000, kerajaan telah melakukan tangkapan ke atas beberapa pimpinan Pemuda Keadilan untuk melemahkan semangat sayap pemuda ini di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Pada tahun 2004, hasil penggabungan Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia yang mempunyai kesinambungan perjuangan dengan perjuangan kemerdekaan progresif tanah air menerusi AMCJA-PUTERA, sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat diberi nama Angkatan Muda Keadilan. Selain itu, keanggotaan AMK adalah automatik kepada semua anggota parti, lelaki mahupun wanita, bawah 40 tahun. KEADILAN dan AMK mendapat suntikan semangat dengan pembebasan Dato Seri Anwar Ibrahim pada tahun yang sama. Tiga tahun kemudian Sdr. Shamsul Iskandar Md Akin dipilih menjadi Ketua AMK. Sdr. Shamsul telah menumpukan ke arah pembinaan akar umbi AMK selepas Sdr. Ezam meninggalkan KEADILAN. Hasil proses ini, pada pilihan raya umum 2008, ramai calon-calon AMK daripada pelbagai kaum dan latarbelakang menjadi wakil rakyat. KEADILAN telah meluluskan pindaan Perlembagaan parti pada Kongres Khas 2010 di mana had umur AMK diturunkan daripada 40 kepada 35 tahun untuk dilaksanakan dalam pemilihan parti yang berikutnya. Pada pilihan raya 2013, Ketua AMK telah menewaskan mantan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dan menjadi Ahli Parlimen Bukit Katil. Pada pemilihan parti 2014 yang memakai had umur baru, Sdr. Nik Nazmi Nik Ahmad dipilih menjadi Ketua AMK. Barisan kepimpinan AMK baru menekankan isu kepimpinan pelbagai bakat, latihan akar umbi dan AMK sebagai suara rakyat. AMK telah memainkan peranan utama dalam kempen Rakyat Hakim Negara untuk kes fitnah 2 Dato Seri Anwar dan yang menuntut pembebasan Anwar, Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak berundur dan pemansuhan cukai GST.

27/08/2026

Isu Rohingya ini mula mendadak selepas Malaysia mengishtiharkan untuk bantu untuk mereka terus duduk disini terus menerima kemasukkan mereka pada Tahun 2016-2017. Zaman pemerintahan siapa itu?

Masih salah Anwar?

Jangan cuba memadamkan fakta sejarah.

KELUHURAN UNDANG-UNDANG DAN TRANSFORMAI URUS TADBIR MALAYSIAKUALA LUMPUR, 27 OGOS 2026 – Landskap politik dan perundanga...
27/08/2026

KELUHURAN UNDANG-UNDANG DAN TRANSFORMAI URUS TADBIR MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 27 OGOS 2026 – Landskap politik dan perundangan Malaysia hari ini menyaksikan satu detik bersejarah apabila tiga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir secara serentak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi mengendalikan kes dan pertuduhan yang berasingan.
Peristiwa yang meletakkan Malaysia di bawah sorotan global ini mencerminkan dinamika baharu negara dalam menegakkan keadilan serta ketegasan institusi penguatkuasaan tanpa mengira kedudukan:

Pematuhan Mutlak Keluhuran Undang-Undang: Kehadiran ketiga-tiga bekas pemimpin tertinggi eksekutif ini membuktikan prinsip bahawa tiada individu yang mengatasi undang-undang (rule of law), sekali gus memperkukuh doktrin pengasingan kuasa di Malaysia.

Akauntabiliti dan Transparansi Tertinggi: Tindakan meneruskan prosiding kes saman sivil 1MDB, kes rasuah/pengubahan wang haram Jana Wibawa, dan pertuduhan berkaitan pengisytiharan aset ini menghantar mesej jelas mengenai komitmen negara terhadap pembasmian rasuah dan penubuhan tatakelola yang bersih.

Kematangan Sistem Demokrasi: Sorotan dunia antarabangsa terhadap kes ini tidak seharusnya dilihat sebagai kelemahan, sebaliknya sebagai bukti keterbukaan dan keberanian sistem kehakiman Malaysia yang telus dan berintegriti dalam mengadili kes berprofil tinggi.

Jaminan Perbicaraan Adil: Walau dalam apa jua keadaan, sistem perundangan negara tetap menjamin hak mutlak setiap individu untuk membela diri dan mendapatkan proses pengadilan yang saksama mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan ini dikeluarkan bagi menegaskan bahawa kedaulatan undang-undang kekal menjadi asas utama dalam memelihara integriti, kestabilan ekonomi, dan maruah Malaysia di persada dunia.

Seluruh ahli Amk Cabang Pekan merafak sembah takziah kepada seluruh ahli keluarga DiRaja Pahang di atas kemangkatan keka...
27/08/2026

Seluruh ahli Amk Cabang Pekan merafak sembah takziah kepada seluruh ahli keluarga DiRaja Pahang di atas kemangkatan kekanda KDYMM Sultan Pahang, YAM Tengku Puteri Kemala, Tengku Datuk Sri Setia Hajjah Aishah Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah malam tadi.

‎أللّهُمَّ اغْفِرلها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عنها

“Al Jannatu Mathwah”
“Mudah-mudahan syurga menjadi tempat rehatnya”

‎اللّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ ، وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ ، وَأكْرِمْ نُزُلهُ ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَلْجِ وَالْبَرَدِ ، وَنَقَهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى التَّوْبُ الأبْيَضِ مِنَ الدَّنَسِ ، وَأَدْخِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأُهْلا خَيْرًا مِنْ أُهْلِهِ ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذَّهُ مِنْ عَذَابِ النّارِ

Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah, mengampuni segala dosa dan kesalahan Almarhumah, menerima segala amal ibadah serta kebajikan yang telah dilakukan sepanjang hayat, menempatkan roh Almarhumah dalam kalangan para solihin serta di syurga-Nya.

Salam Taziah daripada:
Amk Cabang Pekan.

PUTRAJAYA, 26 OGOS 2026 – Pihak kami mengesahkan bahawa Mantan Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abd...
26/08/2026

PUTRAJAYA, 26 OGOS 2026 – Pihak kami mengesahkan bahawa Mantan Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, dan Mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 4:00 petang tadi di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Penahanan ini dilakukan bagi membantu siasatan lanjut berhubung isu-isu yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji. Kedua-dua individu hadir secara s**arela bagi memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sepanjang proses pengump**an maklumat berjalan.

Pihak SPRM dijadualkan akan mengemukakan permohonan reman di mahkamah esok, 27 Ogos 2026, bagi membolehkan siasatan diteruskan mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan.

Semua pihak digesa untuk memberikan ruang kepada proses perundangan dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan pihak berkuasa. Maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H.Marilah kita bersama-sama menghayati keperibadian Nabi Muhammad SAW dalam memimpi...
24/08/2026

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H.

Marilah kita bersama-sama menghayati keperibadian Nabi Muhammad SAW dalam memimpin, menyatupadukan masyarakat, dan menegakkan keadilan demi kesejahteraan ummah.

"Madani Dihayati, Ummah Diberkati."

Ikhlas daripada:
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Pekan.

Tahniah PMX.Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia atas pengurn...
23/08/2026

Tahniah PMX.

Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia atas pengurniaan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Dihormati (DK) yang membawa gelaran Dato Laila Utama oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Pengiktirafan tertinggi ini mencerminkan hubungan diplomatik yang utuh serta keakraban yang mendalam antara Malaysia dan Negara Brunei Darussalam. Semoga hubungan dua hala ini terus mekar demi kemakmuran bersama.

Menyahut penjelasan tuntas daripada Sahibus Samahah M***i Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Ahmad Fauwaz Fadzil, adalah dit...
21/08/2026

Menyahut penjelasan tuntas daripada Sahibus Samahah M***i Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Ahmad Fauwaz Fadzil, adalah ditegaskan secara muktamad bahawa status Malaysia sebagai sebuah Negara Islam adalah kekal dan tidak pernah gugur.

Mana-mana kenyataan atau cubaan yang mempertikaikan identiti ini adalah suatu bentuk kejahilan yang nyata terhadap realiti tatanegara dan Fiqh Islami. Kedaulatan Islam di bumi bertuah ini berdiri kokoh berteraskan empat dimensi utama:

Secara Fikhi (Hukum-Hakam): Struktur pentadbiran, undang-undang kekeluargaan Islam, dan kewujudan mahkamah syariah jelas memenuhi kriteria pembentukan sebuah negara Islam.

Secara Syarie (Perlembagaan): Kedudukan Islam diangkat di tempat tertinggi melalui Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan sebagai Agama bagi Persekutuan.

Secara Sejarah: Tanah air ini dibina di atas naratif ketuanan dan kedaulatan Kesultanan Melayu-Islam sejak ratusan tahun lalu yang tidak boleh dipadamkan.

Secara Geografi & Realiti: Kedudukan demografi majoriti umat Islam serta tampuk kepimpinan negara dipayungi oleh Raja-Raja Melayu dan diterajui oleh pemimpin beragama Islam.

Penolakan terhadap sebarang unsur ekstremisme agama sama sekali tidak menafikan hakikat bahawa Malaysia merupakan sebuah negara Islam. Model negara Islam di Malaysia dibina atas prinsip kesederhanaan (wasatiyyah), yang sentiasa menghormati kemajemukan kaum serta menjamin kebebasan penganut agama lain seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Jangan biarkan kejahilan sejarah dan politik sempit menggugat identiti watan kita.

JANGAN BIADAB MEMPERTIKAIKAN KEDUDUKAN ISLAM.Pekan 20 Ogos | Zubair Tugimon Ketua Amk Cabang Pekan berkata, Saya tidak t...
20/08/2026

JANGAN BIADAB MEMPERTIKAIKAN KEDUDUKAN ISLAM.

Pekan 20 Ogos | Zubair Tugimon Ketua Amk Cabang Pekan berkata, Saya tidak tahu sama ada Ronnie Liu masih ahli DAP atau sudah tidak lagi bersama parti tersebut. Tetapi satu perkara yang saya tahu kenyataan yang mempertikaikan kedudukan Islam di Malaysia bukan sesuatu yang boleh kita diamkan begitu sahaja.

Jangan ses**a hati bercakap seolah-olah sejarah, Perlembagaan dan kedudukan Islam dalam negara ini boleh dipadam hanya kerana tidak selari dengan pandangan politik sendiri.

Kalau mahu berpolitik, berpolitiklah. Kalau mahu kritik kerajaan, kritiklah. Tetapi jangan sampai agama dijadikan sasaran dan kemudian mengharapkan rakyat hanya duduk diam.

Lebih mengecewakan, kenyataan seperti ini akhirnya memberi tempias kepada Pakatan Harapan dan Kerajaan Madani, termasuk YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Jangan kerana seorang individu tidak menjaga mulut, seluruh pimpinan p**a terpaksa menanggung akibatnya.

Saya tegaskan dengan jelas “jika tak s**a islam sila berambus” kalau tidak s**a kedudukan Islam yang telah termaktub dalam negara ini, jangan cuba memaksa rakyat menerima pandangan tersebut. Hormati Perlembagaan, hormati Islam dan hormati sensitiviti umat Islam.

Kita boleh berbeza politik, tetapi jangan sampai hilang adab. Kalau tidak mampu menghormati Islam dan asas negara ini, berambuslah daripada politik yang hanya mahu memecah-belahkan rakyat. Jangan biadab. Jangan melampau. Jangan jadikan agama sebagai permainan politik.

Masa depan tanah, pemilikan dan kepentingan orang Melayu di Kampung Baru tidak boleh ditentukan ses**a hati oleh seorang...
19/08/2026

Masa depan tanah, pemilikan dan kepentingan orang Melayu di Kampung Baru tidak boleh ditentukan ses**a hati oleh seorang menteri, sebaliknya setiap kebimbangan perlu dijawab berdasarkan fakta serta undang-undang.

Menerusi hantaran di Facebook, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menyatakan, sebarang keputusan berkaitan Kampung Baru perlu berlandaskan Seksyen 14(4) Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) 2011.

Menurutnya, akta berkenaan mewajibkan Perbadanan PKB melindungi, memelihara dan memulihara kepentingan orang Melayu.

“Saya faham kebimbangan penduduk Kampung Baru tentang masa depan tanah, pemilikan dan kepentingan orang Melayu. Bagi banyak keluarga, tanah di sini bukan hartanah biasa. Ia pusaka turun-temurun.

“Semasa menyerahkan watikah kepada Anggota Perbadanan dan Majlis Penasihat PKB, saya tegaskan PKB bukan sekadar mengurus pembangunan, tetapi perlu menyelaras, memudah cara, mengawal selia dan menggerakkan pembangunan semula Kampung Baru.

“Saya mahu penduduk Kampung Baru dengar sendiri daripada saya. Siapa pun menterinya, perlindungan ini mesti dihormati,” katanya di media sosial, semalam.

Dalam pada itu, Hannah turut meminta PKB dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneliti kemungkinan menyediakan geran khas dalam bajet tahun hadapan bagi menambah baik perkhidmatan serta infrastruktur di Kampung Baru.

Ujarnya, usaha berkenaan penting bagi memastikan identiti, sejarah dan warisan Melayu di kawasan itu terus dipelihara seiring dengan pembangunan.

“Kepentingan orang Melayu kita lindungi. Kita mahu ekonominya berkembang, kemudahan awam bertambah baik dan lebih banyak peluang dibuka kepada pemilik tanah, pewaris serta generasi muda.

“Anak-anak Kampung Baru mesti mewarisi pusaka yang terpelihara dan masa depan yang lebih baik. Kampung Baru boleh maju tanpa kehilangan jati diri,” ujarnya.

Tegas Hannah, pembangunan Kampung Baru perlu bergerak seiring dengan usaha melindungi kepentingan penduduk dan warisan Melayu supaya kawasan bersejarah itu terus berkembang tanpa mengorbankan hak masyarakat.

Address

Pekan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Muda Keadilan - Cabang Pekan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share