Pembangunan Asnaf MUIP

Pembangunan Asnaf MUIP Official page Pejabat Unit Pembangunan Asnaf MUIP

JERANTUT, 5 APRIL 2026 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah menganjurkan Program Pemindahan Il...
13/04/2026

JERANTUT, 5 APRIL 2026 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah menganjurkan Program Pemindahan Ilmu Perakaunan Bersama Usahawan Asnaf yang berlangsung selama tiga hari bermula 3 hingga 5 April 2026 bertempat di Hotel Darul Makmur, Jerantut.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam dan melibatkan penyertaan seramai 35 orang usahawan asnaf yang sedang menjalankan pelbagai jenis perniagaan di negeri Pahang.
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan beberapa modul berkaitan pengurusan kewangan perniagaan antaranya pengenalan kepada penggunaan sistem NiagaXL dan latihan praktikal, pengenalan kepada aplikasi Mi-Quicksheet, serta latihan penyediaan penyata kewangan dan pengurusan aliran tunai bagi membantu usahawan mengurus rekod kewangan perniagaan dengan lebih sistematik dan teratur.
Penganjuran program ini bertujuan untuk memperkasa pengetahuan dan kemahiran usahawan asnaf dalam aspek pengurusan kewangan perniagaan, selain meningkatkan keupayaan mereka dalam merekod serta memantau prestasi kewangan perniagaan secara lebih berkesan.
Melalui program ini, para peserta turut berpeluang mempraktikkan sendiri penggunaan sistem yang diperkenalkan serta memahami kepentingan penyediaan rekod kewangan yang kemas sebagai asas kepada pembangunan dan kelangsungan perniagaan.
Program seumpama ini merupakan antara usaha berterusan MUIP dalam memperkasakan usahawan asnaf melalui pemindahan ilmu, bimbingan serta pembangunan kapasiti, selaras dengan hasrat untuk membantu golongan asnaf meningkatkan taraf ekonomi dan mencapai kemandirian dalam perniagaan.





RAUB | 22 Januari 2026 – Program Klinik Bergerak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) anjuran Klinik K...
23/01/2026

RAUB | 22 Januari 2026 – Program Klinik Bergerak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) anjuran Klinik Kesihatan Bandar Raub telah dilaksanakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub bagi menjalankan saringan kesihatan kepada anggota polis.

Kehadiran Klinik Bergerak MUIP sekali lagi turun padang menyantuni barisan hadapan, dengan menyediakan saringan kesihatan berkala yang sememangnya dilaksanakan ke atas setiap anggota polis sekurang-kurangnya sekali setahun bagi memastikan tahap kesihatan sentiasa berada dalam keadaan baik.

Melalui inisiatif Klinik Bergerak, MUIP bukan sahaja berperanan membantu masyarakat khususnya golongan fakir miskin, malah turut bekerjasama dengan pelbagai jabatan dan agensi melalui sokongan Pejabat Kesihatan Daerah demi kesejahteraan kesihatan bersama.







RAUB | 15 Januari 2026 – Program Klinik Bergerak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) anjuran Klinik K...
20/01/2026

RAUB | 15 Januari 2026 – Program Klinik Bergerak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) anjuran Klinik Kesihatan Bandar Raub telah dilaksanakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub bagi menjalankan saringan kesihatan kepada anggota polis.

Saringan kesihatan ini merupakan pemeriksaan berkala yang dijalankan ke atas setiap anggota polis sekurang-kurangnya sekali setahun bagi memastikan tahap kesihatan mereka sentiasa berada dalam keadaan baik.

Melalui inisiatif Klinik Bergerak, MUIP bukan sahaja menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat khususnya golongan fakir miskin, malah turut menawarkan perkhidmatan saringan kesihatan kepada jabatan atau agensi yang memerlukan melalui kerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah.





KUANTAN, 17 Januari 2026 – Sebagai menzahirkan penghargaan kepada anak-anak asnaf negeri Pahang yang telah mencapai pres...
18/01/2026

KUANTAN, 17 Januari 2026 – Sebagai menzahirkan penghargaan kepada anak-anak asnaf negeri Pahang yang telah mencapai prestasi akademik cemerlang, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah menganjurkan Majlis Penyerahan Bantuan Pembiayaan Anak Asnaf Cemerlang Tahun 2025 bertempat di Hotel Grand DarulMakmur, Kuantan.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Asmadi bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal & Operasi) Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), serta turut dihadiri oleh wakil PTPTN dan Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang.

Seramai 40 orang anak asnaf peringkat Diploma telah terpilih sebagai penerima bantuan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM481,232.49.

Majlis ini juga mencerminkan komitmen berterusan MUIP dalam memperkasakan kebajikan umat Islam melalui pengurusan zakat yang telus dan berkesan. Inisiatif ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan golongan asnaf serta dapat menyumbang kembali dalam membantu kesejahteraan keluarga dan masyarakat.

KUANTAN, 11 Januari 2026 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah dijemput oleh Klinik Al-Farabi K...
12/01/2026

KUANTAN, 11 Januari 2026 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah dijemput oleh Klinik Al-Farabi Kuantan Sdn. Bhd. bagi melaksanakan Program Saringan Kesihatan yang berlangsung di perkarangan Masjid Tanah Putih Baru, Kuantan di sini.

Kehadiran Klinik Bergerak MUIP yang turun padang bagi menyantuni masyarakat, dengan memberi tumpuan kepada penyediaan perkhidmatan saringan kesihatan percuma kepada penduduk setempat, khususnya golongan B40. Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk pemeriksaan kesihatan darah dan pemeriksaan paras kolesterol.

MUIP akan terus komited memperluaskan perkhidmatan melalui inisiatif Klinik Bergerak, bagai aur dengan tebing, hasil kerjasama pelbagai pihak demi memastikan kesejahteraan kesihatan masyarakat terus terpelihara.

PROGRAM KLINIK BERGERAK MUIPKUANTAN, 7 Januari 2026 - Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang telah dijemput ole...
12/01/2026

PROGRAM KLINIK BERGERAK MUIP

KUANTAN, 7 Januari 2026 - Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang telah dijemput oleh Klinik Al-Farabi Kuantan Sdn. Bhd. bagi menjalankan satu program saringan kesihatan yang bertempat di Taman Impianku, Sungai Lembing, Kuantan
Kehadiran Klnik Bergerak MUIP memfokuskan kepada penyediaan perkhidmatan saringan kesihatan percuma kepada masyarakat setempat khususnya golongan B40. Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk pemeriksaan kesihatan darah dan paras kolestrol.
MUIP akan terus komited melalui perkhidmatan Klinik Bergerak dalam membantu masyarakat setempat, khususnya golongan B40, melalui kerjasama dengan pelbagai pihak demi kesejahteraan kesihatan bersama.

November 2025 - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) melalui Unit Pembangunan Asnaf telah melaksanakan...
01/12/2025

November 2025 - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) melalui Unit Pembangunan Asnaf telah melaksanakan satu lawatan pemantauan ke Sunway Medical Centre bagi menilai perkembangan anak asnaf yang telah berjaya mendapat penempatan pekerjaan sebagai Pembantu Jururawat melalui Program Latihan Kerjaya Anak Asnaf sebagai Pembantu Jururawat bagi Tahun 2024.

Penolong Pengarah, Sumber Manusia, Shameena Sim Ching Yee dan ahli pentadbiran Sunway Medical Centre hadir bagi meraikan kedatangan wakil Unit Pembangunan Asnaf (MUIP) yang memberikan pengenalan serba sedikit tentang Sunway Medical Centre dan turut dibawa meninjau unit-unit di hospital tersebut. Lawatan ini bertujuan memastikan peserta berada dalam persekitaran kerja yang kondusif serta menerima bimbingan yang sewajarnya daripada pihak hospital. Berdasarkan laporan pihak hospital, semua peserta menunjukkan disiplin yang baik, mampu menyesuaikan diri dengan rutin kerja serta melaksanakan tugasan asas kejururawatan dengan memuaskan.

Lawatan turut meninjau beberapa unit yang melibatkan penempatan peserta dan mendapati peserta mematuhi prosedur kerja standard, berinteraksi secara profesional dengan staf hospital serta menunjukkan sikap yang positif dalam menjalankan tugasan harian. Selain itu, sesi dialog telah diadakan bersama peserta bagi mendapatkan maklum balas mengenai pengalaman kerja, cabaran yang dihadapi serta keperluan sokongan tambahan. Peserta menyatakan rasa syukur atas peluang pekerjaan yang diberikan dan bertekad untuk terus meningkatkan kemahiran demi kemajuan kerjaya masing-masing.

Secara keseluruhannya, lawatan pemantauan ini menunjukkan bahawa peserta berada dalam keadaan baik dan berprestasi memuaskan. MUIP merakamkan penghargaan atas kerjasama pihak Sunway Medical Centre dalam menyokong usaha memperkasa ekonomi anak-anak asnaf melalui peluang pekerjaan dalam sektor kesihatan. MUIP akan meneruskan pemantauan berkala bagi memastikan peserta kekal berkembang dalam kerjaya yang diceburi.


November 2025 - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) berkesempatan membuat satu lawatan pemantauan ke ...
01/12/2025

November 2025 - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) berkesempatan membuat satu lawatan pemantauan ke Avisena Specialist Hospital, Shah Alam bagi menilai perkembangan enam (6) orang anak asnaf yang telah berjaya mendapat penempatan kerja sebagai Pembantu Jururawat melalui Program Latihan Kerjaya Anak Asnaf Sebagai Pembantu Jururawat Tahun 2024.

Lawatan ini bertujuan memastikan peserta berada dalam persekitaran kerja yang kondusif serta menerima bimbingan yang sewajarnya daripada pihak hospital. Lawatan ini telah disambut oleh wakil Pengarah Sumber Manusia dan penyelia unit kejururawatan yang memberikan maklum balas mengenai prestasi semasa peserta. Berdasarkan laporan pihak hospital, semua peserta menunjukkan disiplin yang baik, mampu menyesuaikan diri dengan rutin kerja serta melaksanakan tugasan asas kejururawatan dengan memuaskan.

Lawatan turut meninjau beberapa unit yang melibatkan penempatan peserta dan mendapati peserta mematuhi prosedur kerja standard, berinteraksi secara profesional dengan staf hospital serta menunjukkan sikap yang positif dalam menjalankan tugasan harian. Selain itu, sesi dialog telah diadakan bersama peserta bagi mendapatkan maklum balas mengenai pengalaman kerja, cabaran yang dihadapi serta keperluan sokongan tambahan. Peserta menyatakan rasa syukur atas peluang pekerjaan yang diberikan dan bertekad untuk terus meningkatkan kemahiran demi kemajuan kerjaya masing-masing.

Secara keseluruhannya, lawatan pemantauan ini menunjukkan bahawa peserta berada dalam keadaan baik dan berprestasi memuaskan. MUIP merakamkan penghargaan atas kerjasama pihak Avisena Specialist Hospital dalam menyokong usaha memperkasa ekonomi anak-anak asnaf melalui peluang pekerjaan dalam sektor kesihatan. MUIP akan meneruskan pemantauan berkala bagi memastikan peserta kekal berkembang dalam kerjaya yang diceburi.

Program: Sulaman “Lubuk Emas Tersimpan”Tempat: Baisuddin AcademyTarikh : 15 November 2025 (Sabtu)Sulaman “Lubuk Emas Ter...
18/11/2025

Program: Sulaman “Lubuk Emas Tersimpan”

Tempat: Baisuddin Academy

Tarikh : 15 November 2025 (Sabtu)

Sulaman “Lubuk Emas Tersimpan” diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai potensi besar industri sulaman di Malaysia. Program ini turut menyasarkan golongan usahawan yang berminat memperkembangkan kemahiran serta mempelajari peluang keusahawanan dalam bidang sulaman moden menggunakan mesin.

DAPATAN PROGRAM
🔥 Memberi pemahaman tentang pasaran sulaman di Malaysia.
🔥 Menyediakan sesi perkongsian bersama figura industri sulaman.
🔥 Mendedahkan peserta kepada peluang dana untuk memulakan perniagaan sulaman.
🔥 Memberi pengalaman hands-on melalui pameran dan demonstrasi mesin sulam dan sublimation.
🔥 Menggalakkan lebih ramai usahawan memulakan perniagaan berasaskan sulaman.

KEHADIRAN PESERTA

Jumlah keseluruhan peserta: 25 orang
Daripada jumlah tersebut:
✅ 7 orang merupakan usahawan bawah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)
✅ 18 orang lagi terdiri daripada individu umum, suri rumah, serta usahawan kecil sekitar kawasan.

IMPAK PROGRAM

Program ini berjaya mencapai objektif dengan impak berikut:

🔥Peserta mendapat pendedahan jelas mengenai potensi pendapatan melalui bisnes sulaman
🔥Peserta lebih yakin untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan sulaman setelah mendapat taklimat dana serta sokongan pinjaman.
🔥Penganjuran program ini diharapkan dapat mencetus semangat keusahawanan baharu serta membuka lebih banyak peluang kepada peserta dalam industri sulaman yang kian berkembang pesat di Malaysia.

PROGRAM LATIHAN DAN KERJAYA ANAK ASNAF SEBAGAI PEMBANTU JURURAWAT TAHUN 20254 November 2025 - Majlis Ugama Islam dan Ada...
06/11/2025

PROGRAM LATIHAN DAN KERJAYA ANAK ASNAF SEBAGAI PEMBANTU JURURAWAT TAHUN 2025

4 November 2025 - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sekali lagi meneruskan inisiatif pemberdayaan pendidikan dan kerjaya anak-anak asnaf melalui penghantaran peserta Cohort 3 ke Mahsa University bagi mengikuti Program Latihan dan Penempatan Kerjaya sebagai Pembantu Jururawat.

Program ini memberi peluang kepada peserta Cohort 3 untuk menjalani tempoh pembelajaran dan latihan amali selama dua (2) bulan, dan dijangka tamat pada bulan Disember 2025. Seterusnya, para peserta akan ditempatkan bekerja di fasiliti berkaitan selepas berjaya menamatkan tempoh pembelajaran tersebut.

MUIP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mahsa University atas kesediaan menerima peserta Cohort 3 bagi persijilan Pembantu Jururawat. Semoga program ini menjadi platform terbaik untuk anak-anak asnaf meningkatkan pengetahuan, kemahiran, dan potensi diri ke arah masa depan yang lebih cemerlang.

MUIP turut berharap agar program seperti ini dapat diteruskan dan diperluaskan bagi memastikan pembangunan modal insan dalam kalangan anak-anak asnaf negeri Pahang dapat dicapai secara berterusan.


Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) 2025 merupakan acara tahunan anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan...
02/11/2025

Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) 2025 merupakan acara tahunan anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). Pada tahun 2025, Temerloh, Pahang telah dipilih sebagai tuan rumah program ini. Karnival ini menghimpunkan ribuan penjaja, peniaga kecil, agensi kerajaan serta masyarakat umum bagi memperkukuh ekosistem keusahawanan mikro negara. Beberapa usahawan bantuan Majlis Ugama Islam dan Adat Redam Melayu Pahang (MUIP) telah terlibat bagi jualan booth bagi peniaga kecil sederhana. Antara produk perusahaan mereka dibawa bagi jualan kali ini seperti aneka kerepek, aneka kek dan pelbagai biskut dan sambal.

Antara objektif utama penganjuran Karnival HPPK Temerloh ialah menyediakan platform kepada penjaja dan peniaga kecil untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka. Ia juga dapat memberi peluang kepada usahawan mikro untuk mendapatkan bimbingan, latihan serta rangkaian perniagaan.


Pemilihan Temerloh amatlah sesuai sebagai hab keusahawanan mikro yang berpotensi. Katnival ini menyediakan pameran dan jualan yang sesuai untuk seisi keluarga. Ia dapat tingkatkan kesedaran awam terhadap ekonomi rakyat dan kepentingan menyokong produk tempatan selain peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan produk pada harga promosi dan diskaun istimewa.

Ia secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada peniaga bantuan MUIP memperkenal produk mereka kepada para pengunjung dari seluruh pelosok negeri.

🔥 JOM SERTAI PROGRAM PROFESSIONAL BUTCHER! 🔥Program Professional Butcher dibuka untuk penyertaan kepada anak asnaf di ne...
18/09/2025

🔥 JOM SERTAI PROGRAM PROFESSIONAL BUTCHER! 🔥

Program Professional Butcher dibuka untuk penyertaan kepada anak asnaf di negeri Pahang yang berminat untuk menjadi Pemotong Daging Profesional walaupun tanpa sijil kulinari atau pengalaman kerja. Peserta akan dibimbing sehingga memperoleh sijil kompetensi diiktiraf industri.

✨ Apa yang menarik?
✅ Jaminan kerjaya selepas tamat latihan 1 bulan
✅ Elaun disediakan sepanjang latihan
✅ Penginapan & makan percuma (2x sehari)
✅ Gaji permulaan yang kompetitif iaitu RM2,300++ sebulan

📝 Syarat Penyertaan:

- Warganegara Malaysia
- Anak/Pemastautin Pahang (Keutamaan Asnaf)
- Sihat tubuh badan
- Boleh menulis, membaca & mengira (3M)

📢 Peluang keemasan untuk bina kerjaya stabil & berpendapatan lumayan!
👉 Tempat adalah terhad, daftar segera!
https://forms.gle/D35DCtaF3PqeM7Ci7

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 09-4252353 (Cik Ayu)

Address

No 4, Lorong Peramu Mawar 2, Taman Peramu Jaya Darul Makmur
Pekan
26600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6094252353

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pembangunan Asnaf MUIP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pembangunan Asnaf MUIP:

Shortcuts

Share