12/07/2026
🏉𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐆𝐁𝐈 𝟏𝟎𝐬 𝟏𝟎𝟎 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐇𝐌𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐀𝐍
12 JULAI 2026 – Berlangsung dengan jayanya Kejohanan Ragbi 10s sempena sambutan 100 Tahun Sekolah Sultan Ahmad bertempat di Padang Majlis Perbandaran Pekan.Majlis rasmi ini dihadiri oleh YB Tuan Fadzli bin Mohamad Kamal, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang sebagai Wakil Rasmi kepada Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang.
Turut hadir bersama memeriahkan majlis ialah YB Dato' Sri Nazri bin Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Yang Berbahagia Tuan Azora @ Ahmad bin Shamsudin, Pegawai Daerah Pekan, Yang Berbahagia Tuan Mohamad Nasir bin Jusoh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja, Yang Hormat Dato' Ahmad Rahimi Abdul Samad, Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan 100 Tahun Sekolah Sultan Ahmad, Ketua-Ketua Jabatan serta barisan Urusetia Induk Sambutan 100 Tahun Sekolah Sultan Ahmad.
Kejohanan yang bermula pada jam 4.15 petang ini menampilkan aksi sengit Perlawanan Akhir Kategori Cup Bawah 16 Tahun.Acara diteruskan dengan Penganugerahan Tokoh Alumni Sukan Ragbi Sekolah Sultan Ahmad serta Penyampaian Hadiah dan Sijil Kejohanan kepada barisan pemenang.
Tahniah diucapkan kepada penganjur iaitu Jawatankuasa Induk Sambutan 100 Tahun Sekolah Sultan Ahmad atas kejayaan mengelola kejohanan bersejarah ini! 👑🏆