Pejabat Ketua Pegawai Maklumat - UMPSA

Pejabat Ketua Pegawai Maklumat - UMPSA Laman Web Rasmi Pejabat Ketua Pegawai Digital UMPSA

Salam Aidilfitri diucapkan kepada semua.Sempena kehadiran Syawal yang mulia ini, kami merakamkan setinggi-tinggi ucapan ...
20/03/2026

Salam Aidilfitri diucapkan kepada semua.

Sempena kehadiran Syawal yang mulia ini, kami merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Semoga perayaan ini disambut dengan penuh kesyukuran, kegembiraan, dan keinsafan, di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan, persahabatan, serta ukhuwah sesama kita.
Mudah-mudahan Aidilfitri ini membawa keberkatan, kedamaian, dan kebahagiaan yang berterusan kepada semua.

Anak merpati terbang sekawan,
Hinggap sebentar di pohon jati;
Syawal dirai penuh kemaafan,
Maaf dipinta seikhlas hati.

Ikhlas daripada
Ketua Pegawai Digital (CDO) &
Warga Pejabat Ketua Pegawai Digital
Pusat Pembangunan & Teknologi Maklumat (PPTM)

Selamat Menyambut Tahun 2026
31/12/2025

Selamat Menyambut Tahun 2026

18 π‘΅π’π’—π’†π’Žπ’ƒπ’†π’“ 2025 | π‘³π’‚π’˜π’‚π’•π’‚π’ π‘°π’π’…π’–π’”π’•π’“π’Š 𝑨𝑰 𝑺𝒆𝒓𝒗𝒆𝒓 π’Œπ’† π‘Ίπ‘Ίπ‘©π’–π’Žπ’Š 𝑺𝒅𝒏 𝑩𝒉𝒅 & 𝑼𝑲𝑴Lawatan ini diketuai oleh Ketua Pegawai Maklumat (C...
19/11/2025

18 π‘΅π’π’—π’†π’Žπ’ƒπ’†π’“ 2025 | π‘³π’‚π’˜π’‚π’•π’‚π’ π‘°π’π’…π’–π’”π’•π’“π’Š 𝑨𝑰 𝑺𝒆𝒓𝒗𝒆𝒓 π’Œπ’† π‘Ίπ‘Ίπ‘©π’–π’Žπ’Š 𝑺𝒅𝒏 𝑩𝒉𝒅 & 𝑼𝑲𝑴

Lawatan ini diketuai oleh Ketua Pegawai Maklumat (CIO) UMPSA, Prof Dr Hamdan, SME AI dari Pejabat CIO iaitu Ts Dr Sabri Sabri Iman dan Tuan Haji Irman. Turut bersama dalam lawatan ini adalah dari Pusat Teknologi Digital, Encik Nizam dan Encik Fairuz mewakili Pusat Pengurusan Data & Analitik.

Program lawatan ke syarikat SSBumi Sdn Bhd bertujuan untuk mendapatkan pencerahan & pandangan dengan lebih jelas berkaitan dengan infrastruktur server AI terutama variasi GPU (seperti RTX Pro 6000 Blackwell Max-Q dsb) yang digunakan,storan,sistem penyejukan(fan unit) dan sebagainya. Selain itu, turut diperkenalkan dengan Command Control Centre PixelSpace dan demo aplikasi on prem AI Chatbot (DB Chat & General Chat) serta aplikasi AI dalam pengurusan minit mesyuarat.

Kami juga di bawa ke Institut Informasi Visual (IIV), UKM untuk melihat secara lebih dekat di pihak klien bagi penggunaan dua unit AI Server yang setiapnya dilengkapi dengan GPU RTX 5090 dalam penyelidikan pembangunan model LLM Baharu melalui π’‡π’Šπ’π’† π’•π’–π’π’Šπ’π’ˆ dari model asas (base model) Qwen 3.3b.

Hasil lawatan ini dapat memberi idea serta membuat perancangan jangkamasa panjang bagi penyediaan infrastruktur AI di UMPSA yang lebih komprehensif bagi menyokong agenda AI Negara.

πŸπŸ’ 𝐉𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ“ | ππ„π‘πŠπŽππ†π’πˆπ€π π‹π‹πŒ π…πˆππ„-π“π”ππˆππ† πŽπ‹π„π‡ π’π’ππ”πŒπˆ 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃 & πŠππˆπŒπ„ π€ππ€π‹π˜π“πˆπ‚ ππ‹π€π“π…πŽπ‘πŒ πŽπ‹π„π‡ π…πŽπ“πˆπ€ π’πŽπ‹π”π“πˆπŽπ 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃Mener...
30/06/2025

πŸπŸ’ 𝐉𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ“ | ππ„π‘πŠπŽππ†π’πˆπ€π π‹π‹πŒ π…πˆππ„-π“π”ππˆππ† πŽπ‹π„π‡ π’π’ππ”πŒπˆ 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃 & πŠππˆπŒπ„ π€ππ€π‹π˜π“πˆπ‚ ππ‹π€π“π…πŽπ‘πŒ πŽπ‹π„π‡ π…πŽπ“πˆπ€ π’πŽπ‹π”π“πˆπŽπ 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃

Menerima lawatan dari syarikat SSBUMI Sdn Bhd untuk perkongsian teknologi LLM Fine Tuning model AI dari model asas (base model) dengan memperkenalkan produk aiDAPTIV yang dapat menjimatkan keperluan penggunaan GPU dan Server (node) untuk melatih model.

Selain itu, perkongsian platforn KNIME dan pelaksanaan DevOps oleh syarikat Fotia Solution Sdn juga telah diadakan secara atas talian. Perkongsian ini dapat memberi input serta pencerahan dalam perancangan penyediaan ekosistem AI,Big Data,IoT dan Pengurusan Data di UMPSA.

Sesi ini disertai oleh pegawai dari Pejabat CIO iaitu Ts Dr Sabri,En Irman, Pengarah DMAC Prof Dr Mazlina & pegawai Pusat Teknologi Digital(Ditec).

30 MEI 2025 | LAWATAN MUHIBAH PEJABAT CIO KE JABATAN DIGITAL UITMLawatan rasmi ini diketuai oleh Ketua Pegawai Maklumat ...
29/05/2025

30 MEI 2025 | LAWATAN MUHIBAH PEJABAT CIO KE JABATAN DIGITAL UITM

Lawatan rasmi ini diketuai oleh Ketua Pegawai Maklumat (CIO) UMPSA, Prof Dr Hamdan dan Pengurus Teknologi Maklumat, Ts Dr Sabri telah disambut mesra oleh pengarah, Dr Hairey dari Jabatan Digital UITM. Objektif utama lawatan ini adalah untuk mendapat gambaran yang jelas tentang pelaksanaan DevOps di UITM termasuk strategi,pengalaman,cabaran,ketersediaan kemahiran staf dan urustadbir.

Selain itu, turut juga diperbincangkan adalah berkaitan Enterprise Architecture(EA),kaedah sistematik untuk pengiraan harga sistem aplikasi melalui FPA,pembangunan kompetensi F,pembudayaan Agile dalam ekosistem DevOps dan sebagainya. Lawatan ini membuka ruang kerjasama dalam aspek coaching,perundingan serta perkongsian pengalaman yang dapat mempercepatkan pelaksanaan DevOps di UMPSA.

14 MEI 2025 | LAWATAN RASMI KE ORACLE & ISTREAMSatu lawatan kerja rasmi telah diadakan ke Pejabat Oracle untuk melihat p...
29/05/2025

14 MEI 2025 | LAWATAN RASMI KE ORACLE & ISTREAM

Satu lawatan kerja rasmi telah diadakan ke Pejabat Oracle untuk melihat produk Oracle yang mengfokuskan pada teknologi AI,Big Data,IAAS,Permodenan Oracle Report ke arah Oracle BI Publisher,Oracle Cloud dan Oracle Analytics.Selain itu,satu pertemuan juga diadakan dengan syarikat ISTREAM untuk melihat hasil POC produk AI(Machine Learning),Big Data Analytic dan Blockchain.

Lawatan ini diketuai oleh Pengarah Pengarah Pengurusan & Analitik iaitu Prof Dr Mazlina, wakil pengurusan dari Pejabat Ketua Pegawai Maklumat(CIO), Ts Dr Sabri dan En Haziq. Moga hasil lawatan ini dapat memberi gambaran jelas kepada perancangan halatuju ekosistem AI,IOT,Big Data & pengurusan data di UMPSA.

TAHNIAH DI ATAS PERLANTIKAN KETUA PEGAWAI MAKLUMAT - CIO UMPSASeluruh warga Pejabat Ketua Pegawai Maklumat,Pusat Teknolo...
07/04/2025

TAHNIAH DI ATAS PERLANTIKAN KETUA PEGAWAI MAKLUMAT - CIO UMPSA

Seluruh warga Pejabat Ketua Pegawai Maklumat,Pusat Teknologi Digital & Pusat Pengurusan & Analitik Data mengucapkan sekalung tahniah dan selamat menunaikan amanah sebagai Ketua Pegawai Maklumat kepada Profesor Ts. Dr. Hamdan Bin Daniyal yang telah dilantik berkuatkuasa 1 April 2025.

Semoga lantikan ini dapat menyokong agenda UMPSA30 dan memperkasa Teknologi Maklumat sebagai pemangkin ke arah kecemerlangan universiti.




UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH PADA MANTAN KETUA PEGAWAI MAKLUMAT - CIO UMPSAWarga Jabatan Pengurusan Pengetahuan &...
07/04/2025

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH PADA MANTAN KETUA PEGAWAI MAKLUMAT - CIO UMPSA

Warga Jabatan Pengurusan Pengetahuan & Teknologi Maklumat UMPSA,Pusat Teknologi Digital dan Pusat Pengurusan & Analitik Data ingin merakam ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Profesor Madya Dr. Mohamed Ariff Bin Ameedeen atas sumbangan besar di sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pegawai Maklumat Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah.

Idea,dedikasi serta komitmen menjadi inspirasi kepada kami yang akan terus dikenang serta menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan organisasi. Terima kasih atas jasa dan pengorbanan.

Selamat maju jaya untuk segala urusan & kerjaya di masa hadapan.




Address

Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah
Pekan
26600

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Ketua Pegawai Maklumat - UMPSA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share