KG PALOH HINAI

KG PALOH HINAI KAMPUNG KITA TANGGUNGJAWAB KITA

๐ŸŒ™ Gotong-Royong Bersih Kubur ๐ŸŒ™Jom sama-sama kita bergotong-royong membersihkan tanah perkuburan.๐Ÿ“… 17 Feb 2026 (Selasa)โฐ ...
22/01/2026

๐ŸŒ™ Gotong-Royong Bersih Kubur ๐ŸŒ™

Jom sama-sama kita bergotong-royong membersihkan tanah perkuburan.

๐Ÿ“… 17 Feb 2026 (Selasa)
โฐ 8.00 pagi
๐Ÿ“ Tanah Perkuburan Terlang

๐Ÿฝ Makanan & minuman disediakan
๐Ÿงน Sila bawa peralatan sendiri yang sesuai

Waris-waris dijemput hadir.
๐Ÿ“ž Sumbangan/pertanyaan: Tok4 Faizal 013-261 4668

Anjuran: JPKK Paloh Hinai

BERITA BAIK UNTUK ANAK-ANAK PAHANG!PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG SESI JANUARI 2026 KINI DIBUKA!Kerajaan ...
08/01/2026

BERITA BAIK UNTUK ANAK-ANAK PAHANG!
PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG SESI JANUARI 2026 KINI DIBUKA!

Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang (YP) menawarkan pinjaman pendidikan untuk anak-anak Pahang yang sedang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S) di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh YP.

Satu lagi inisiatif Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang memartabatkan pendidikan anak-anak Pahang! Sila dapatkan maklumat lanjut di www.yp.org.my. Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Januari 2026 (Rabu).

Sumber Yayasan Pahang



๐Ÿ“ข JUALAN RAHMAH BERGERAK โ€“ PALOH HINAIJangan lepaskan peluang! Jualan Rahmah Bergerak akan berlangsung di kawasan kita d...
16/11/2025

๐Ÿ“ข JUALAN RAHMAH BERGERAK โ€“ PALOH HINAI
Jangan lepaskan peluang! Jualan Rahmah Bergerak akan berlangsung di kawasan kita dengan pelbagai barangan keperluan pada harga lebih rendah! ๐Ÿ›’๐Ÿ’™

๐Ÿ“ Lokasi: Dewan Taman Selasih, Paloh Hinai
๐Ÿ“… Tarikh: 18 November 2025 (Selasa)
โฐ Masa: 10.00 pagi โ€“ 1.00 petang

Antara barangan harga Rahmah yang ditawarkan:
๐Ÿ” Ayam Segar โ€“ RM11.00
๐Ÿš Beras Bestari 5kg โ€“ RM19.00 (Terhad 2 unit)
๐Ÿ›ข๏ธ Minyak Masak 5kg โ€“ RM25.00
๐Ÿ Bihun โ€“ RM2.00
๐ŸŒพ Tepung Gandum โ€“ RM2.50
๐ŸŸ Sardin Ayam Brand โ€“ RM5.10
๐Ÿช Biskut Hup Seng โ€“ RM4.00
๐Ÿฅ› Milo 900g โ€“ RM15.00
๐Ÿซ Serbuk Coklat OKI โ€“ RM13.00

Datang beramai-ramai! Bantu kurangkan kos sara hidup dengan pilihan barangan pada harga berpatutan.

๐Ÿ“ Kampung Paloh Hinai, PekanHari ini telah berlangsung Mesyuarat bersama ahli MPKK Kampung Paloh Hinai bagi membincangka...
16/11/2025

๐Ÿ“ Kampung Paloh Hinai, Pekan

Hari ini telah berlangsung Mesyuarat bersama ahli MPKK Kampung Paloh Hinai bagi membincangkan hal-hal penting berkaitan pembangunan, kebajikan dan keselamatan penduduk kampung.

Antara perkara utama yang dibincangkan:
โ€ข ๐Ÿก Penyediaan kemudahan asas & keperluan penduduk
โ€ข ๐ŸŒง๏ธ Persiapan menghadapi musim tengkujuh / banjir
โ€ข ๐Ÿ‘ฎ Isu keselamatan & pemantauan kawasan
โ€ข ๐Ÿ“Œ Tindakan susulan yang perlu dilaksanakan segera

MPKK bersama agensi terlibat terus komited memastikan kebajikan dan keselamatan penduduk menjadi keutamaan.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan kerjasama. ๐Ÿ™

BIASISWA IPT (LEPASAN STPM) 2025Tahniah kepada lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang telah menerima taw...
09/09/2025

BIASISWA IPT (LEPASAN STPM) 2025

Tahniah kepada lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang telah menerima tawaran melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT)!

Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang (YP) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa IPT Yayasan Pahang (Lepasan STPM) bagi melanjutkan pengajian di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sahaja di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh YP.

Sila layari laman web Yayasan Pahang: www.yp.org.my untuk mengetahui syarat, kriteria dan maklumat lanjut.

๐Ÿ“†Tarikh permohonan: 9 September - 26 September 2025
Semoga berjaya!

Alhamdulillah, Karnival Sukan Merdeka JPKK Paloh Hinai 2025 (Bowling) berjaya dilangsungkan dengan penuh meriah ๐ŸŽ‰๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Teri...
31/08/2025

Alhamdulillah, Karnival Sukan Merdeka JPKK Paloh Hinai 2025 (Bowling) berjaya dilangsungkan dengan penuh meriah ๐ŸŽ‰๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Terima kasih yang tak terhingga kepada pihak penganjur yang bertungkus-lumus menjayakan program ni โ€“ dari awal persiapan sampai ke penutup, memang terbaik! ๐Ÿ™Œ

Tak lupa juga buat semua peserta, penyokong dan warga Paloh Hinai yang hadir memeriahkan suasana. Karnival kali ni bukan saja tentang sukan, tapi juga tentang semangat kebersamaan, persahabatan dan kemerdekaan yang kita raikan bersama โค๏ธ

Syabas & tahniah sekali lagi buat penganjur ๐Ÿ‘๐Ÿ”ฅ Semoga tahun depan kita jumpa lagi dengan lebih meriah dan lebih ramai penyertaan. โ€

30/08/2025

MAKLUMAN PROGRAM KLINIK BERGERAK KASIH MAKMUR 2025

Tarikh: 30 Ogos 2025
Masa: 3:00 Petang - 5:00 Petang
Lokasi: Dewan Taman Selasih, Kampung Paloh Hinai

Bagi pemegang Kad Kesihatan, pihak kami juga membawa alatan pemeriksaan kesihatan (mesin ujian tekanan darah, mesin ujian tahap oxigen (oximeter) dan mesin glucose (pemeriksaan gula dalam darah) yang boleh didapati dgn menggunakan baki didalam kad. Pemegang Kad tidak perlu membayar tunai bagi alatan tersebut dan pemegang kad boleh mendapatkannya sekiranya berminat.

Program ini juga terbuka kepada orang awam. Sesiapa yang berhajat untuk membuat pemeriksaan kesihatan asas (Check bacaan gula/ check tekanan darah) boleh datang, percuma sahaja.

Terima kasih.

๐Ÿ† JUARA!Tahniah Paloh Hinai FC โ€“ Juara Piala YB Datoโ€™ Fakhruddin Ariff ๐Ÿฅ‡Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak Palo...
11/08/2025

๐Ÿ† JUARA!
Tahniah Paloh Hinai FC โ€“ Juara Piala YB Datoโ€™ Fakhruddin Ariff ๐Ÿฅ‡

Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak Paloh Hinai FC kerana berjaya menjuarai pertandingan Liga Bola Sepak 11 Sebelah yang berlangsung di Kampung Pulau Rumput, Pekan bagi edisi tahun 2025.

Syabas dan penghargaan juga kepada pihak penganjur yang telah menganjurkan kejohanan ini dengan begitu cemerlang dan meriah. Penganjuran ini bukan sahaja menjadi platform untuk mencungkil bakat-bakat sukan tempatan, malah berjaya mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat.

Anjuran JPKK PALOH HINAI Bersama Pemuda Dan Wanita. Maklumat Lanjut boleh hubungi urusetia.
06/08/2025

Anjuran JPKK PALOH HINAI Bersama Pemuda Dan Wanita. Maklumat Lanjut boleh hubungi urusetia.

07/06/2025

Pengajaran daripada khutbah pada hari ini

Pertama: Aidiladha adalah hari perayaan ibadah bagi umat Islam. Oleh itu sambutlah ia dengan
memperbanyakkan takbir, tahmid, tasbih dan tahlil kepada Allah Taala.

Kedua: Aidiladha juga dipanggil Hari Raya Haji bersempena dengan perhimpunan umat Islam
dari seluruh dunia di tanah suci Mekah. Ibadah Haji mendidik kita untuk berkorban harta benda
dan wang ringgit serta berkorban jiwa dan tenaga demi memastikan kesempurnaan beribadah.

Ketiga: Aidiladha juga disebut Hari Raya Korban. Ia mengingatkan kita tentang kisah
pengorbanan Nabi Ibrahim, isterinya Siti Hajar dan anaknya Baginda Nabi Ismail Alaihi Salam
yang sabar menghadapi ujian semata-mata untuk mencari redha Allah Taala.

Keempat : Jika berkemampuan laksanakanlah ibadah korban kerana ia merupakan amalan yang
sangat mulia.

Address

KAMPUNG PALOH HINAI
Pekan
26650

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KG PALOH HINAI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category