20/08/2026
✨ BENGKEL PEMANTAPAN DOKUMENTASI DAN IMPLEMENTASI MS ISO 15189:2022 KE ARAH PERSIJILAN HOSPITAL KLUSTER NEGERI PAHANG ✨
📍 Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
📅 20 Ogos 2026 | Hari Kedua & Hari Terakhir
Alhamdulillah, Bengkel Pemantapan Dokumentasi dan Implementasi MS ISO 15189:2022 Ke Arah Persijilan Hospital Kluster Negeri Pahang telah melabuhkan tirainya dengan jayanya pada hari kedua.
Hari terakhir bengkel diteruskan dengan sesi perkongsian ilmu, perbincangan dan pemantapan kefahaman berkaitan keperluan MS ISO 15189:2022, khususnya dalam aspek dokumentasi serta pelaksanaan sistem pengurusan kualiti.
Sepanjang dua hari bengkel berlangsung, para peserta berpeluang menimba ilmu, bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman dalam usaha memperkukuh pelaksanaan standard serta mengenal pasti ruang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan secara berterusan.
Semoga segala ilmu, perkongsian dan pengalaman yang diperoleh sepanjang bengkel ini dapat diterjemahkan dalam pelaksanaan di lapangan serta menjadi pemangkin kepada pengukuhan budaya kualiti di Hospital Kluster Negeri Pahang. 💪🏻✨
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen, kerjasama dan sokongan sepanjang penganjuran bengkel ini. 🌷
Dua hari menimba ilmu, memperkukuh komitmen dan menyatukan usaha — bersama melangkah menuju kecemerlangan, kualiti dan persijilan! 🌟
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi