Pasukan Polis Marin Selangor

Pasukan Polis Marin Selangor Selamat Datang Ke Facebook Rasmi Markas Operasi Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang,Selangor

_*MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PEMULIAAN ABU AL-QURAN OLEH YDH TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA_*09 Jun 2026 | MO PPM W1 Pelabuha...
09/06/2026

_*MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PEMULIAAN ABU AL-QURAN OLEH YDH TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA_*

09 Jun 2026 | MO PPM W1 Pelabuhan Klang

Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pelabuhan Klang telah menjadi tuan rumah kepada Program Pemuliaan Abu Al-Quran yang telah disempurnakan oleh YDH DIG Tan Sri Ayob Khan bin Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara.

Program yang dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan QAF International Sdn. Bhd. ini bertujuan memartabatkan kesucian Al-Quran melalui pelaksanaan proses pemuliaan yang menepati hukum syarak serta garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama.

Sebanyak 18 tan abu Al-Quran dan bahan-bahan berkaitan Al-Quran telah berjaya disempurnakan proses pemuliaannya secara teratur dan penuh penghormatan. Program ini turut meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengurusan, penjagaan serta pelupusan bahan-bahan berkaitan Al-Quran dengan penuh adab dan tanggungjawab.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen Polis Diraja Malaysia dalam menyokong usaha memartabatkan syiar Islam serta memperkukuhkan kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan pihak swasta demi memelihara kemuliaan dan kesucian Al-Quran.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”








PERHIMPUNAN PERTENGAHAN TAHUN 2026 PPM PELABUHAN KLANG, SELANGORMarkas Operasi Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang telah...
04/06/2026

PERHIMPUNAN PERTENGAHAN TAHUN 2026 PPM PELABUHAN KLANG, SELANGOR

Markas Operasi Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang telah mengadakan Perhimpunan Pertengahan Tahun 2026 sebagai platform menilai pencapaian pasukan sepanjang enam bulan pertama tahun ini serta memperkukuhkan semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga kerja.

Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai operasi dan rondaan maritim berjaya dilaksanakan termasuk Ops Hazard 3.0, Ops Tiris 4.0, Ops Taring Landai, operasi pencegahan penyeludupan migran dan pemeriksaan aktiviti barter trade hasil kerjasama erat bersama agensi-agensi penguatkuasaan berkaitan.

Turut diberi penekanan ialah aspek pembangunan kompetensi anggota melalui latihan operasi, pengukuhan integriti, pematuhan Akta Rahsia Rasmi 1972 serta semangat profesionalisme dalam melaksanakan tugas.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh pegawai, anggota dan pegawai awam MO PPM Pelabuhan Klang atas komitmen, dedikasi dan pengorbanan yang telah dicurahkan demi memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara.

"BERSAMA MEMPERKUKUHKAN INTEGRITI, PROFESIONALISME DAN KECEMERLANGAN DEMI KESELAMATAN PERAIRAN NEGARA."







*PROGRAM KORBAN & AKIKAH PERINGKAT SURAU AL HIDAYAH MO PPM W1 PELABUHAN KLANG*30 Mei 2026 | Surau Al Hidayah MO PPM W1 P...
30/05/2026

*PROGRAM KORBAN & AKIKAH PERINGKAT SURAU AL HIDAYAH MO PPM W1 PELABUHAN KLANG*

30 Mei 2026 | Surau Al Hidayah MO PPM W1 Pelabuhan Klang
Alhamdulillah, Program Korban dan Akikah Peringkat Surau Al Hidayah MO PPM W1 Pelabuhan Klang telah berlangsung dengan jayanya bermula seawal jam 7.00 pagi dengan penyertaan seramai 28 peserta korban.
Program ini melibatkan penyembelihan sebanyak 4 ekor lembu dan 1 ekor kambing serta mendapat sambutan menggalakkan daripada warga Pasukan Polis Marin, pesara, ahli PERKEP dan keluarga.
Turut hadir memeriahkan program ialah SAC(B) Norzaid bin Muhamad Said, Supt Hazri bin Zakaria, Supt Mohamad Zakaria, ACP(B) Merzuki bin Che Shuib, DSP Mohd Rohaizad, ASP Muhamad Safuan bin Muhamad Jaafar, Insp Zamri bin Sa'an serta para penceramah jemputan.
Program ini bukan sahaja menyemarakkan syiar Islam dan penghayatan ibadah korban, malah berjaya mengeratkan ukhuwah, memperkukuhkan semangat gotong-royong serta memupuk nilai keprihatinan melalui pengagihan daging korban kepada golongan yang memerlukan.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.

🌕 SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK 2026 🌸Semoga sambutan Hari Wesak membawa sinar kedamaian, kebahagiaan dan keharmonian kep...
30/05/2026

🌕 SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK 2026 🌸

Semoga sambutan Hari Wesak membawa sinar kedamaian, kebahagiaan dan keharmonian kepada seluruh rakyat Malaysia. Marilah kita bersama-sama menghayati nilai kasih sayang, toleransi, kesederhanaan serta saling menghormati demi memperkukuhkan perpaduan dan kesejahteraan masyarakat.

Semoga segala amalan murni dan kebaikan yang dilakukan menjadi inspirasi ke arah kehidupan yang lebih harmoni, aman dan sejahtera.

Happy Wesak Day!

IKHLAS DARIPADA
PEGAWAI PEMERINTAH DAN WARGA KERJA
PASUKAN POLIS MARIN PELABUHAN KLANG, SELANGOR ⚓🌸

🌾✨ SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN & HARI GAWAI 2026 ✨🌾Semoga sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai tahun ini membawa ...
29/05/2026

🌾✨ SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN & HARI GAWAI 2026 ✨🌾

Semoga sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai tahun ini membawa kegembiraan, kemakmuran serta mengeratkan lagi perpaduan dan semangat kekeluargaan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya.

“Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan”
“Gayu Guru Gerai Nyamai”

Ikhlas Daripada
PEGAWAI PEMERINTAH DAN WARGA KERJA
PASUKAN POLIS MARIN PELABUHAN KLANG

*Program Solat Sunat Aidiladha 1447H/2026M*Program telah dilaksanakan pada 27/05/2026 bertempat di Surau Al Hidayah MO P...
27/05/2026

*Program Solat Sunat Aidiladha 1447H/2026M*

Program telah dilaksanakan pada 27/05/2026 bertempat di Surau Al Hidayah MO PPM Pelabuhan Klang Selangor dengan kehadiran seramai 60 jemaah terdiri daripada warga PPM, ahli keluarga serta jemaah luar.

Solat Aidiladha telah diimamkan oleh SM Muhamad Fadzil b. Mokhtar manakala ASP Muhamad Safuan b. Muhamad Jaafar hadir selaku Penaung Surau.
Khutbah Aidiladha turut menyentuh mengenai nilai pengorbanan, keimanan dan ketaqwaan dalam kehidupan seharian.

Program ini diadakan bagi menyemarakkan sambutan Aidiladha serta mengeratkan ukhuwah dan silaturahim dalam kalangan warga Pasukan Polis Marin bersama masyarakat setempat.









🌙✨ SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H / 2026 ✨🌙Semoga Aidiladha yang mulia ini membawa seribu keinsafan, mempereratkan si...
26/05/2026

🌙✨ SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H / 2026 ✨🌙

Semoga Aidiladha yang mulia ini membawa seribu keinsafan, mempereratkan silaturahim serta menyemai semangat pengorbanan dan keikhlasan dalam kehidupan kita semua.

🕌✨

IKHLAS DARIPADA
PEGAWAI PEMERINTAH DAN WARGA KERJA
PASUKAN POLIS MARIN PELABUHAN KLANG





PROGRAM PEMULIAAN ABU AL-QURAN  KERJASAMA PASUKAN POLIS MARIN PELABUHAN KLANG & KARANGKRAF / ULTIMATE PRINT SDN. BHD.21 ...
21/05/2026

PROGRAM PEMULIAAN ABU AL-QURAN
KERJASAMA PASUKAN POLIS MARIN PELABUHAN KLANG & KARANGKRAF / ULTIMATE PRINT SDN. BHD.

21 Mei 2026 | Perairan Pulau Angsa

Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang telah melaksanakan Program Pemuliaan Abu Al-Quran dengan kerjasama Karangkraf / Ultimate Print Sdn. Bhd. sebagai usaha memelihara kesucian bahan-bahan Al-Quran yang telah dilupuskan mengikut kaedah yang tertib dan penuh penghormatan.

Sebanyak 44 tan abu Al-Quran telah dimuliakan di Perairan Pulau Angsa dengan penglibatan warga Karangkraf / Ultimate serta dibantu oleh krew Kapal Ronda PT 2 PPM Pelabuhan Klang.

Program ini turut menjadi platform mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang bersama pihak Karangkraf di samping menyemai nilai-nilai murni serta tanggungjawab dalam memelihara kesucian Al-Quran.

Program telah berlangsung dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

“Integriti & Efisien Ke Arah Kecemerlangan”






🚨 PEMERIKSAAN PEMATUHAN OPS TIRIS 4.0 DI PULAU KETAM 🚨19 Mei 2026 – MO PPM Pelabuhan Klang bersama Kementerian Perdagang...
19/05/2026

🚨 PEMERIKSAAN PEMATUHAN OPS TIRIS 4.0 DI PULAU KETAM 🚨

19 Mei 2026 – MO PPM Pelabuhan Klang bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melaksanakan Pemeriksaan Pematuhan Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Ops Tiris 4.0 di sekitar kawasan Pulau Ketam, Selangor.

Pemeriksaan ini telah diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasa (Pencegahan) KPDN, Tn. Aris Bin Mamat bersama pegawai-pegawai KPDN Selangor dan Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang yang diketuai oleh DSP Sri Vikneswaran a/l Renganathan, Pegawai Pemerintah MO PPM Pelabuhan Klang.

Sebanyak 4 buah botronda PPM telah diatur gerak bagi menjalankan pemantauan dan pemeriksaan terhadap aktiviti melibatkan penggunaan serta penyaluran barang kawalan dan barang bersubsidi seperti diesel, petrol RON95, LPG, minyak masak, gula dan tepung.

Fokus pemeriksaan adalah bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi di samping memastikan pematuhan lesen, permit serta rekod berkaitan penggunaan bahan api bersubsidi di kawasan Pulau Ketam.

Pemeriksaan telah selesai dijalankan dengan lancar dan terkawal tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

⚓ “INTEGRITI & EFISIEN KE ARAH KECEMERLANGAN” ⚓







Selamat Hari Guru
16/05/2026

Selamat Hari Guru

Address

PASUKAN POLIS MARIN PELABUHAN KLANG
Pelabohan Klang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pasukan Polis Marin Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share