UPAK KEMAS Daerah Penampang

UPAK KEMAS Daerah Penampang 🌈IMKEMAS CERIA,CERDAS&CERDIK🌈
🌻Unit Pendidikan Awal Kanak Daerah Penampang"🦋

Selamat datang dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada dua warga baharu KEMAS Daerah Penampang.🌸 Pendidik Masyaraka...
05/08/2026

Selamat datang dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada dua warga baharu KEMAS Daerah Penampang.

🌸 Pendidik Masyarakat Nurathira Kishah
🌸 Pendidik Masyarakat Lijah Binti Nordin

Semoga kehadiran cikgu berdua akan membawa semangat baharu, idea yang kreatif serta memberi sumbangan bermakna dalam memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak dan pembangunan komuniti bersama KEMAS.

Selamat menjalankan tugas dan semoga terus cemerlang dalam setiap amanah yang dipikul.

Selamat datang ke keluarga besar KEMAS Daerah Penampang! 💚🤝


MAKLUMAN RASMI KEPADA IBU BAPA/PENJAGADengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Tabika Tunas Istimewa Kampung Limbanak ...
11/06/2026

MAKLUMAN RASMI KEPADA IBU BAPA/PENJAGA

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Tabika Tunas Istimewa Kampung Limbanak akan mula dibuka pada tahun 2027 khusus bagi kanak-kanak yang mempunyai Mild Autism.

Sehubungan itu, borang pendaftaran boleh didapati di Tabika Kemas Kampung Limbanak A.Bagi murid yang masih belum mempunyai Kad OKU, ibu bapa/penjaga perlu memastikan anak menjalani sesi penilaian oleh Pakar Terapi Carakerja bagi tujuan proses pengesahan dan permohonan mendapatkan Kad OKU tersebut.

Maklumat lanjut berkaitan proses pendaftaran serta urusan berkaitan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh pihak yang berkenaan.

Kerjasama dan perhatian daripada semua ibu bapa/penjaga amatlah dihargai dalam memastikan kelancaran urusan ini demi perkembangan dan pendidikan anak-anak istimewa kita.

Sekian, terima kasih.

“Bersama Membentuk Masa Depan Gemilang Anak-Anak Istimewa” 🌸

01/12/2025

Address

Pejabat KEMAS Penampang Lot 9, 2nd Floor, Dongongon Point
Penampang
89507

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088733790

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UPAK KEMAS Daerah Penampang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share