KDM Tamparuli

KDM Tamparuli Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KDM Tamparuli, Social service, Kepayan Point, Jalan Penampang Bypass, Penampang.

Visi Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) ialah "KEARAH MASYARAKAT YANG SEJAHTERA DAN DEMOKRASI" mencerminkan aspirasi parti untuk membentuk sebuah masyarakat yang toleransi, adil, dan berkeseimbangan dari segi politik, ekonomi, dan sosial

31/05/2026

Tahniah kepada para pemenang Unduk Ngadau Kaamatan 2026 πŸŒΎπŸ‘ΈπŸ»

30/05/2026
30/05/2026
20/05/2026

Jom ramai ramai kita ! Jumpa sana nanti

03/05/2026

Dengan penuh rasa dukacita, saya dan seluruh kepimpinan parti merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Datuk Almudin Kaida, Ahli Majlis Tertinggi Parti KDM yang juga Ketua Bahagian Parti KDM Kota Belud.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar, bukan sahaja kepada Parti KDM, malah kepada masyarakat yang mengenali beliau sebagai seorang pemimpin yang berpengalaman luas dan sentiasa komited dalam perjuangan.

Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi dukacita yang mendalam ini.

Salam Takziah πŸ™πŸ»

22/04/2026

Ada masalah air di tempat kamu ka?

15/04/2026

Kelewatan Kerajaan Persekutuan melaksanakan 80 projek air luar bandar bernilai RM3.47 billion diambil alih oleh Sarawak.

KUCHING, 14 Apr (Selasa) – Pelaksanaan 80 projek bekalan air luar bandar bernilai RM3.47 bilion di Sarawak diserahkan serta-merta kepada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak mulai hari ini, dalam langkah tegas mempercepat penyaluran air bersih ke kawasan luar bandar yang masih memerlukan kemudahan asas itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penyerahan pelaksanaan projek di bawah program Bekalan Air Luar Bandar itu dibuat bagi memastikan proses penyampaian dapat dilaksanakan dengan lebih pantas dan berkesan menerusi agensi negeri yang lebih dekat dengan keperluan di lapangan.

β€œMulai hari ini, pelaksanaan diserahkan kepada JBALB Sarawak untuk mempercepatkan pelaksanaan projek bekalan air,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Penyerahan Pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar di Kuching, hari ini.

Beliau berkata daripada keseluruhan 80 projek itu, 50 kini berada pada peringkat pelaksanaan, sembilan telah dilaksanakan, 20 berada dalam fasa pasca pelaksanaan selepas siap, manakala satu projek dibatalkan.

Menurut Ahmad Zahid, keputusan menyerahkan projek berkenaan kepada kerajaan negeri dibuat hasil pendekatan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak, walaupun berdepan beberapa kekangan peraturan.

Katanya, perbincangan dan rundingan telah diadakan dengan pelbagai pihak termasuk Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi bagi mengenal pasti kaedah terbaik untuk mempercepat pelaksanaan projek yang memberi impak langsung kepada rakyat luar bandar.

Beliau berkata Kerajaan Persekutuan juga terbuka menerima cadangan daripada kerajaan negeri bagi mencari pendekatan pelaksanaan yang lebih cepat, selagi mematuhi keperluan undang-undang dan tatakelola semasa.

Dalam masa sama, beliau mengakui peningkatan kos akibat keadaan ekonomi semasa menjadi antara cabaran utama pelaksanaan projek air luar bandar di Sarawak.

Sehubungan itu, katanya, garis panduan akan dirangka oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara sebelum dibawa ke Jemaah Menteri bagi mempertimbangkan pelarasan kos projek, sekiranya perlu.

Langkah itu dijangka mempercepat pelaksanaan projek bekalan air yang sekian lama menjadi keutamaan komuniti luar bandar, sekali gus memperkukuh usaha menyediakan akses air bersih secara lebih menyeluruh di Sarawak.

- Sarawak First.

Address

Kepayan Point, Jalan Penampang Bypass
Penampang
88200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KDM Tamparuli posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category