POLIS Daerah Penampang

POLIS Daerah Penampang FB POLIS Daerah Penampang merupakan Laman FB rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang. Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang
(2)

SIARAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH PENAMPANG - LELAKI DITAHAN BANTU SIASATAN KES KEMATIAN WANITA DI PENAMPANG“POLIS DAN MAS...
02/09/2026

SIARAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH PENAMPANG - LELAKI DITAHAN BANTU SIASATAN KES KEMATIAN WANITA DI PENAMPANG

“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”



SIARAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH PENAMPANG - KEJAYAAN RAMPASAN DADAH DISYAKI EKSTASI, SEORANG LELAKI DITAHAN“POLIS DAN MA...
01/09/2026

SIARAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH PENAMPANG - KEJAYAAN RAMPASAN DADAH DISYAKI EKSTASI, SEORANG LELAKI DITAHAN

“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”



31/08/2026

TAHNIAH DAN SYABAS, ASP ARISANTI AZIZ KETUAI PERBARISAN WANITA KONTINJEN PDRM

Penampang, 31 Ogos 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Ketua Bahagian Pengurusan Daerah Penampang, ASP Arisanti Aziz atas kepercayaan yang diberikan untuk mengetuai Kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026.

Lebih membanggakan, kontinjen PDRM kali ini mencipta sejarah apabila buat julung kalinya menampilkan detasmen perbarisan yang terdiri sepenuhnya daripada warga polis wanita.

Selaku Ketua Kontinjen PDRM, ASP Arisanti Aziz telah memimpin seramai 126 Pegawai Rendah Polis (PRP) dan tiga (3) Pegawai Kanan Polis (PKP) daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berhampiran dalam menjayakan perbarisan bersejarah tersebut.

Turut membanggakan warga IPD Penampang, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Daerah Penampang, Puan Suzey Micheal Lajam turut mengambil bahagian dalam perbarisan tersebut dengan menunggang motosikal trafik berkuasa tinggi, sekali gus menyerlahkan penglibatan dan semangat warga PERKEP Penampang dalam memeriahkan sambutan bersejarah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton bersama seluruh warga IPD Penampang menzahirkan rasa bangga serta merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada seluruh kontinjen atas komitmen, disiplin dan semangat berpasukan yang tinggi sehingga berjaya menyempurnakan amanah yang diberikan.

Kejayaan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan IPD Penampang, malah turut membuktikan keupayaan, profesionalisme dan kewibawaan warga wanita PDRM dalam menggalas tanggungjawab serta mencipta sejarah baharu dalam pasukan.

TAHNIAH DAN SYABAS!

🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN DAN HARI SABAH 2026!

“Rumah kita, kita jaga. Daerah kita, kita lindungi bersama.”

“POLIS & MASYARAKAT, BERPISAH TIADA”








OPERASI PUSAT HIBURAN: SEORANG LELAKI DITAHAN POSITIF DADAHPenampang, 31 Ogos 2026 – Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik ...
30/08/2026

OPERASI PUSAT HIBURAN: SEORANG LELAKI DITAHAN POSITIF DADAH

Penampang, 31 Ogos 2026 – Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)Penampang telah menjalankan Operasi Pusat Hiburan di sekitar daerah Penampang.

Operasi melibatkan pemeriksaan ke atas sebuah premis hiburan dan seramai 12 pengunjung terdiri daripada lapan (8) lelaki dan empat (4) wanita.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati seorang (1) lelaki positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine dan THC sebelum ditahan untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam badan dan jika disabitkan kesalahan, denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah serta memastikan pusat hiburan di daerah Penampang mematuhi undang-undang.

“Rumah kita, kita jaga. Daerah kita, kita lindungi bersama.”

“POLIS & MASYARAKAT, BERPISAH TIADA”







OP MOTOSIKAL AMBANG MERDEKA 2026: 21 SAMAN DIKELUARKANPenampang, 31 Ogos 2026 – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Tra...
30/08/2026

OP MOTOSIKAL AMBANG MERDEKA 2026: 21 SAMAN DIKELUARKAN

Penampang, 31 Ogos 2026 – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang telah melaksanakan Op Motosikal (Ambang Merdeka 2026) di Jalan Papar–Kota Kinabalu pada malam 30 Ogos hingga awal pagi 31 Ogos 2026.

Operasi yang diketuai oleh Ketua BSPT Penampang, Insp. Rozami Hj. Ahmad melibatkan kekuatan seramai sembilan (9) pegawai dan anggota termasuk anggota Polis Sukarelawan Simpanan (PVR).

Sepanjang operasi, sebanyak 85 buah kenderaan dan 88 individu telah diperiksa manakala sebanyak 21 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Antara kesalahan yang dikesan ialah tiada lesen memandu, tidak mempamerkan lesen L, cermin pandang belakang tidak mengikut peraturan, melanggar lampu isyarat merah, pengubahsuaian ekzos serta Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.

Operasi ini dilaksanakan bagi mengesan, mencegah dan mengambil tindakan terhadap penunggang motosikal yang melakukan pelanggaran undang-undang jalan raya, khususnya pengubahsuaian motosikal secara berlebihan, selain memastikan keselamatan dan ketenteraman pengguna jalan raya.

IPD Penampang akan terus mempertingkatkan operasi dan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap pematuhan undang-undang jalan raya serta keselamatan pengguna sentiasa terpelihara.

“Rumah kita, kita jaga. Daerah kita, kita lindungi bersama.”

“POLIS & MASYARAKAT, BERPISAH TIADA”







SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-6931 Ogos 2026Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton, mewakili se...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69

31 Ogos 2026

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton, mewakili seluruh warga Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga semangat kemerdekaan terus menyemarakkan rasa cinta kepada negara, memperkukuh perpaduan serta menyatukan kita dalam menjaga keamanan dan keharmonian tanah air tercinta.

Marilah kita bersama-sama menghargai pengorbanan para pejuang terdahulu dan meneruskan usaha membina Malaysia yang aman, sejahtera dan makmur.

MALAYSIA MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

🇲🇾 Selamat Hari Kebangsaan Ke-69!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

“Rumah kita, kita jaga. Daerah kita, kita lindungi bersama.”

“POLIS & MASYARAKAT, BERPISAH TIADA”







MAKLUMAN TERKINI ORANG HILANGPenampang, 29 Ogos 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang ingin memaklumkan bahawa...
29/08/2026

MAKLUMAN TERKINI ORANG HILANG

Penampang, 29 Ogos 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang ingin memaklumkan bahawa mangsa Orang Hilang (OH) yang dilaporkan pada 28 Ogos 2026 telah selamat pulang kepada keluarganya pada hari ini.

Pihak Polis merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh masyarakat yang telah membantu dengan membuat perkongsian hebahan sebelum ini sehingga mangsa berjaya ditemui dalam keadaan selamat.

Sehubungan itu, hebahan terdahulu akan dipadam bagi mengelakkan ia terus dikongsikan dan bagi menjaga privasi mangsa serta keluarga.

Kerjasama dan keprihatinan masyarakat amat dihargai dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan komuniti di daerah ini terus terpelihara.

“Rumah kita, kita jaga. Daerah kita, kita lindungi bersama.”

“POLIS & MASYARAKAT, BERPISAH TIADA”







MAJLIS APRESIASI DAN JASAMU DIKENANG IPD PENAMPANG TAHUN 2026Penampang, 28 Ogos 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pe...
29/08/2026

MAJLIS APRESIASI DAN JASAMU DIKENANG IPD PENAMPANG TAHUN 2026

Penampang, 28 Ogos 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang telah mengadakan Majlis Apresiasi dan Jasamu Dikenang IPD Penampang Tahun 2026 bertemakan “Honouring Excellence, Celebrating Legacies” bertempat di Dewan Hominodun, IPD Penampang.

Majlis telah dihadiri oleh Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton bersama Pengerusi PERKEP Daerah Penampang, Puan Suzey Micheal Lajam, barisan pegawai kanan polis, pegawai rendah polis, anggota serta warga PERKEP IPD Penampang.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada pegawai serta anggota yang akan berpindah dan bersara setelah mencurahkan khidmat bakti serta memberikan komitmen sepanjang bertugas di IPD Penampang.

Dalam majlis tersebut, Mantan Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Erwansyah Abdul Basir turut menyampaikan ucapan mewakili pegawai dan anggota yang berpindah serta bersara. Beliau merakamkan penghargaan atas segala kerjasama, sokongan dan kenangan yang terjalin sepanjang menjalankan tugas bersama warga IPD Penampang.

Superintenden Sammy dalam ucapannya turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa, pengorbanan dan sumbangan yang telah diberikan serta mendoakan agar mereka yang berpindah terus cemerlang di tempat baharu, manakala yang bersara dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan bersama keluarga.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderahati penghargaan sebagai simbolik mengenang jasa dan sumbangan mereka kepada IPD Penampang.

“Jasa Dikenang, Bakti Disanjung, Kenangan Kekal Abadi.”

“Rumah kita, kita jaga. Daerah kita, kita lindungi bersama.”

“POLIS & MASYARAKAT, BERPISAH TIADA”







LAWATAN KERJA KETUA CAWANGAN KHAS SABAH KE IPD PENAMPANGPenampang, 28 Ogos 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampa...
28/08/2026

LAWATAN KERJA KETUA CAWANGAN KHAS SABAH KE IPD PENAMPANG

Penampang, 28 Ogos 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang hari ini menerima lawatan kerja Ketua Cawangan Khas Sabah, YDH SAC Datuk Hj. Abd Rahman Ishak.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton bersama Ketua Cawangan Khas Daerah, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua Polis Balai Penampang serta pegawai kanan IPD Penampang.

Dalam lawatan tersebut, YDH SAC Datuk Hj. Abd Rahman turut menyampaikan amanat kepada pegawai dan anggota Cawangan Khas Penampang serta berkongsi pengalaman dan nasihat sepanjang perkhidmatan beliau dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada siri lawatan kerja beliau ke Ibu Pejabat Polis Daerah menjelang persaraan sebagai Pegawai Kanan Polis pada Oktober 2026, di samping menjadi lawatan kerja pertama beliau ke IPD Penampang.

IPD Penampang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Cawangan Khas Sabah, YDH SAC Datuk Hj. Abd Rahman atas kunjungan serta amanat yang disampaikan kepada warga IPD Penampang.

“Rumah kita, kita jaga. Daerah kita, kita lindungi bersama.”

“POLIS & MASYARAKAT, BERPISAH TIADA”







Address

Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang, P. O Box 342
Penampang
89507

Telephone

088712222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when POLIS Daerah Penampang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to POLIS Daerah Penampang:

Shortcuts

Share

Category