NIOSH Sabah & WP Labuan

NIOSH Sabah & WP Labuan Public & government service

22/02/2025

Seorang kanak-kanak di Pulau Pinang kini kritikal selepas tercekik gula-gula gummy eyeball. Gula-gula ini mungkin nampak menarik dan menyeronokkan, tetapi ia boleh menjadi perangkap maut kerana ia adalah penyendal saluran pernafasan kanak kanak yang sempurna

Kenapa gummy eyeball sangat berbahaya?

⚠ Tekstur licin & kenyal – Mudah tergelincir terus ke dalam tekak sebelum sempat dikunyah.

⚠ Bentuk bulat & besar – Jika tidak dikunyah sempurna, ia boleh tersangkut di saluran pernafasan.

⚠ Sukar dikeluarkan jika tersedak – Berbeza dengan makanan keras yang boleh dihentak keluar, gula-gula ini melekit dan boleh menyumbat saluran udara sepenuhnya.

⚠ Risiko lebih tinggi pada kanak-kanak kecil – Mereka belum pandai mengunyah dengan betul dan lebih mudah panik jika tercekik.

Kanak-kanak bukan tahu bahaya—mereka hanya tahu makanan itu manis dan seronok dimakan.
Jika nampak gula-gula ini dijual di sekolah atau kedai berhampiran, laporkan dan suarakan kebimbangan anda.

Kita harap ada keajaiban untuk anak kecil ini. Jangan biarkan tragedi ini berulang.

MAJLIS PERASMIAN: MINGGU LATIHAN KEBANGSAAN (NTW) 2024 PERINGKAT NEGERI SABAH ANJURAN BERSAMA HRD CORP DAN JABATAN PENJA...
28/06/2024

MAJLIS PERASMIAN: MINGGU LATIHAN KEBANGSAAN (NTW) 2024 PERINGKAT NEGERI SABAH ANJURAN BERSAMA HRD CORP DAN JABATAN PENJARA NEGERI SABAH

TARIKH : 28 JUN 2024 (JUMAAT)

TEMPAT : KOMPLEKS PENJARA KOTA KINABALU, SABAH

NIOSH bersama Rakan KESUMA SABAH turut memberi sokongan padu❤️

‘𝙆𝙤𝙩𝙤𝙗𝙞𝙖𝙣 𝙏𝙖𝙙𝙖𝙪 𝙏𝙖𝙜𝙖𝙯𝙤 𝘿𝙤 𝙆𝙖𝙖𝙢𝙖𝙩𝙖𝙣’Selamat Menyambut Pesta Kaamatan.Hari kebesaran sempena pesta menuai yang di sambut o...
30/05/2024

‘𝙆𝙤𝙩𝙤𝙗𝙞𝙖𝙣 𝙏𝙖𝙙𝙖𝙪 𝙏𝙖𝙜𝙖𝙯𝙤 𝘿𝙤 𝙆𝙖𝙖𝙢𝙖𝙩𝙖𝙣’

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan.
Hari kebesaran sempena pesta menuai yang di sambut oleh etnik pelbagai kaum Kadazan, Dusun, Rungus dan Murut di Sabah.

Walau budaya berbeza tetapi pengakhiran tetap sama, hasil tanaman dinikmati bersama. Meski asal usul berlainan, tetapi kita rakyat Malaysia semua meraikan.

Ikhlas daripada kami, warga kerja NIOSH di seluruh negara.


Hadir! Mewakili Pengurusan Tertinggi NIOSH Malaysia sempena :SAMBUTAN TRIPARTITE HARI PEKERJA PERINGKAT NEGERI SABAH 202...
07/05/2024

Hadir! Mewakili Pengurusan Tertinggi NIOSH Malaysia sempena :

SAMBUTAN TRIPARTITE HARI PEKERJA PERINGKAT NEGERI SABAH 2024

"Pekerja Kesuma Bangsa"

Dirasmikan oleh YAB DATUK SRI PANGLIMA HAJI HAJIJI BIN HAJI NOOR Ketua Menteri Sabah

7 Mei 2024

03 Mei 2023 | NIOSH berkongsi rezeki bersama pelanggan dan rakan strategik di Wilayah Persekutuan Labuan sempena Aidilfi...
03/05/2024

03 Mei 2023 | NIOSH berkongsi rezeki bersama pelanggan dan rakan strategik di Wilayah Persekutuan Labuan sempena Aidilfitri 2024❤️

Terima kasih kepada semua yang berkesempatan hadir, maaf zahir & batin

24/04/2024

An integrated centralised platform to search and apply for skills development programmes offered by the Malaysian Government.

24/04/2024

Tuan/Puan,

Tahukah anda, bulan April merupakan bulan sambutan World OSH Day dan pada tahun ini, sambutan World OSH Day bertemakan “Kesan Perubahan Iklim Terhadap Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan”.

Oleh itu, NIOSH akan menganjurkan program separuh hari bertempat di NIOSH Experience Centre, Menara NIOSH, Bangi bagi bersama meraikan sambutan World OSH Day.

Program separuh hari ini bakal dipenuhi dengan program , Forum, Cabutan bertuah, kuiz dan aktiviti pameran oleh beberapa pempamer jemputan yang telah melaksanakan ESG di organisasi mereka.

Program bersempena program ini akan dijalankan secara hybrid di NIOSH Experience Centre, Menara NIOSH, Bangi dan secara langsung di Facebook NIOSH (FB Live). Dua topik istimewa yang akan dikongsikan istimewa daripada NIOSH dan MCMC.

Selain itu, slot istimewa perkongsian pandangan berkaitan ESG menerusi forum daripada organisasi yang telah melaksanakan ESG serta impak pelaksanaan ESG kepada operasi dan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan organisasi, kepada pekerja-pekerja, masyarakat dan alam sekitar.

Goodies Bag disediakan bagi 100 peserta pertama yang hadir secara fizikal ke program World OSH Day NIOSH 2024.

Facebook Live : https://www.facebook.com/nioshmalaysia

Sila isi borang menerusi link Google Form yang disertakan atau imbas Kod QR di poster untuk menyertai Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan NIOSH 2024.







RSVP Google Form :-
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdCEsjek8OUyW1F7EEqBUHtePO6yjcVFZF_STCl2LGXdzlr5g/viewform?usp=pp_url

GOOD NEWS to all safety practitionerNIOSH Labuan will be holding a FREE OF CHARGE seminar entitled _*STRENGTHENING OCCUP...
24/04/2024

GOOD NEWS to all safety practitioner

NIOSH Labuan will be holding a FREE OF CHARGE seminar entitled _*STRENGTHENING OCCUPATIONAL SAFETY & HEALTH FOR INDUSTRIES IN LABUAN*_ with below details.

*Location : TIARA HOTEL - Physical Class**
*Date of Event : 9th MAY 2024*

As such, we are honored to invite you and your team from all relevant industries to attend and participate in this seminar session.

COME & GRAB YOUR SEAT QUICK!!
_call us for more details at 087423254_
Salam Lebaran from team NIOSH SABAH &LABUAN FT.

Terima Kasih Tuan Pengarah JKKP Sabah. Semoga dipermudahkan segala urusan.
04/04/2024

Terima Kasih Tuan Pengarah JKKP Sabah. Semoga dipermudahkan segala urusan.

[KUNJUNGAN HORMAT]

Kota Kinabalu - Pengarah JKKP Sabah, Tn. Hj. Zulkifly bin Sulaiman telah menerima kunjungan hormat daripada rakan seperjuangan arena KKP iaitu Pengurus NIOSH Wilayah Sabah & W.P. Labuan, En. Wan Sarman bin Sakan.

Kunjungan hormat ini bertujuan bersua kenal demi menjalin kerjasama erat sesama pengurusan tertinggi jabatan dan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia di Sabah selain membincangkan aktiviti dan program kerjasama di masa hadapan.

Turut hadir dalam perjumpaan ini adalah Tn. Hj. Abdul Wafie, NIOSH Wilayah Sabah & W.P. Labuan dan En. Ady Norman bin Sulaiman, Ketua Seksyen Risiko Khas JKKP Sabah.



SANTUNAN RAMADAN NIOSH SABAH - PEJABAT TAWAU2 April 2024 / 23 Ramadan 1445Hberkesempatan singgah di:1. Sabah Softwoods B...
02/04/2024

SANTUNAN RAMADAN NIOSH SABAH - PEJABAT TAWAU

2 April 2024 / 23 Ramadan 1445H

berkesempatan singgah di:

1. Sabah Softwoods Berhad
2. JKKP Tawau
3. Sabah Ports Sdn Bhd
4. Benta Wawasan Sdn Bhd
5. Agihan Bubur Lambuk Pejabat Tawau❤️

Address

NIOSH Wilayah Sabah & W. P. Labuan (Pejabat Kota Kinabalu) Lot 2-99A, Tingkat 2, ITCC Shopping Mall, Jalan Pintas Penampang
Penampang
89500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088745040

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NIOSH Sabah & WP Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to NIOSH Sabah & WP Labuan:

Share