Penang2030

Penang2030 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Penang2030, Government Organization, Komtar, Penang Island.
(1)

The official social media platform of Penang2030 Vision, for Chief Minister of Penang, YAB Chow Kon Yeow to reach out more to the ground in disseminating information, updating progress, as well as engaging the public in achieving the vision.

Helpful tool for the St. Anne Feast ProcessionFor the first time, we can track the float’s journey live using Digital Pe...
25/07/2026

Helpful tool for the St. Anne Feast Procession

For the first time, we can track the float’s journey live using Digital Penang’s PANTAU live location tracker. No app downloads needed, perfect for planning your evening.

📅 Date: Saturday, 25th July 2026
⏰ Departure: 8:30 PM
🔗 Track it live: https://gqr.sh/Z5zQ

We are honoured to bring Digital Penang’s PANTAU, live-update location tracker, to the historic St. Anne Feast Procession for the very first time. Let's track & follow the float’s journey through the streets of Bukit Mertajam, Penang and stay updated along the route.

Departure: 8:30 PM, 25th July 2026
Track it live: https://gqr.sh/wEwV

🏆 Kerajaan Negeri Pulau Pinang terus melakar kejayaan dalam agenda pendigitalan apabila dinobatkan sebagai Johan Anugera...
22/07/2026

🏆 Kerajaan Negeri Pulau Pinang terus melakar kejayaan dalam agenda pendigitalan apabila dinobatkan sebagai Johan Anugerah Prestasi Penggunaan Pembayaran Digital Cemerlang bagi Program Cashless Boleh 5.0 di peringkat kebangsaan, dengan kadar transaksi pembayaran nirtunai sebanyak 99.40%.

Lebih membanggakan, kejayaan ini melakar tiga tahun kecemerlangan berturut-turut, sekali gus membuktikan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam secara digital, selaras dengan Visi Penang2030: Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua jabatan, agensi, rakan strategik serta rakyat Pulau Pinang atas sokongan dan kerjasama dalam membudayakan pembayaran digital.

———————————————

🏆 The Penang State Government has been crowned the National Champion of the Cashless Boleh 5.0 Excellence in Digital Payment Usage Award, achieving an outstanding 99.40% cashless transaction rate.

Even more significantly, this marks three consecutive years of excellence, underscoring the State Government's unwavering commitment to strengthening digital public service delivery in line with the Penang2030 Vision of building a family-focused green and smart that inspiring the nation.

Our sincere appreciation goes to all government departments, agencies, strategic partners, and the people of Penang for embracing digital payments and supporting this shared success.

————————————————-

🏆 槟城州政府荣获全国 Cashless Boleh 5.0 卓越数码支付使用奖冠军,电子支付交易率高达 99.40%,再创佳绩。

更值得骄傲的是,这项殊荣标志着槟州政府已连续 三年保持卓越表现,充分展现州政府持续推动公共服务数码化的坚定承诺,并与 Penang2030 愿景保持一致 : 重家庭,拥绿地,精明州,耀全国。

衷心感谢各政府部门、机构、策略伙伴及全体槟州人民的支持与配合,共同推动无现金支付文化的发展。

🔥 Seminar Dari Biasa ke Luar Biasa : Penang2030 Kita Pacu Bersama 🔥Siri 2 selesai dengan penuh semangat! 💪✨Terima kasih ...
10/07/2026

🔥 Seminar Dari Biasa ke Luar Biasa : Penang2030 Kita Pacu Bersama 🔥

Siri 2 selesai dengan penuh semangat! 💪✨

Terima kasih kepada semua yang hadir dan memeriahkan seminar ini. Semoga setiap perkongsian menjadi inspirasi untuk kita terus melangkah lebih jauh, berani berubah dan bersama-sama merealisasikan VIsi Penang2030.

Perjalanan untuk menjadi luar biasa bermula dengan satu langkah. Teruskan melangkah, teruskan berkembang! 🚀

ESOK HARI-NYA! 🔥Jom pakat mai ke Penang2030 Festival x SPT, Sihat Berpanjangan, Rezeki Berterusan di Politeknik Seberang...
03/07/2026

ESOK HARI-NYA! 🔥

Jom pakat mai ke Penang2030 Festival x SPT, Sihat Berpanjangan, Rezeki Berterusan di Politeknik Seberang Perai! 🎉

Banyak aktiviti menarik menanti anda. Jangan datang sorang, ajak sekali keluarga, kawan-kawan dan jiran. Lagi ramai, lagi meriah! 💙

Jumpa esok! 🙌

💞🤲🏻Sekali lagi PDTSPT kembali beraksi, kali ni bersama Unit penang2023 pulak ni🤲🏻💞

📢🗣️ Jom ramai2 kita memeriahkan Penang2030 Festival X Daerah Seberang Perai Tengah Bertemakan “Sihat Berpanjangan, Rezeki Berterusan”🍏🍇

Adakah anda bersedia untuk hari yang penuh aksi?? Ianya berkonsepkan sihat sepanjang hayat, dan menjejak rezeki Ilahi...

Jom luangkan masa bersama kluarga, saudara mara & rakan taulan di :-

🕌 Lokasi : Politeknik Seberang Perai (PSP)
📆 Tarikh : 4 Julai 2026 (Sabtu)
⏰ Masa : 7.00 pagi - lewat ptg

Festival ini bakal disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang👏🏼

Banyak aktiviti menarik menanti para pengunjung, antaranya :-

- Gaya Hidup Sihat 💪🏼
- Aksi Sukan & Pertandingan (7 acara) 🤼‍♂️
- ⁠Pemeriksaan Kesihatan & Derma Darah🩺
- Hiburan kekeluargaan 🎨
- Jualan Lori Rahmah & Vendor Makanan Viral🍉🍓
- Peluang Menjejak Kerjaya dan banyak aktiviti lain lagi 💪🏼👨🏻‍💻

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk berhibur sambil menambah ilmu & peluang kerjaya. Kita jumpa di sana !! 😍🥳🤩

🔊info lanjut boleh hubungi :-

- Penghulu Hafizi (013 439 9494)
- Penghulu Saad (013 249 8845)
- PT Badrol (012 595 5800)

✨ SEMINAR SIRI 1: Dari Biasa Ke Luar BiasaPenang2030: Kita Pacu Bersama! 💙Seminar yang berlangsung pada 30 Jun 2026 di P...
01/07/2026

✨ SEMINAR SIRI 1: Dari Biasa Ke Luar Biasa
Penang2030: Kita Pacu Bersama! 💙

Seminar yang berlangsung pada 30 Jun 2026 di Perpustakaan Digital Butterworth telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Tempat penuh, suasana meriah, dan paling penting semua peserta sporting serta memberikan kerjasama yang terbaik! 🙌

Seminar ini menjadi salah satu usaha dalam menyokong Visi Penang2030 untuk melahirkan individu yang berilmu, berdaya saing dan sentiasa bersedia ke arah masa depan yang lebih gemilang.

Terima kasih kepada semua peserta, penceramah, urus setia yang memberikan sokongan. Senyuman, semangat dan maklum balas positif daripada semua menjadi inspirasi dan langkah pertama untuk berubah daripada biasa kepada luar biasa. 💪

🎉 Ayuh bersama-sama kita memeriahkan Penang2030 Festival SPU X Pesta Rakyat 1.0! 🎉Pelbagai aktiviti menarik, hiburan, pa...
26/06/2026

🎉 Ayuh bersama-sama kita memeriahkan Penang2030 Festival SPU X Pesta Rakyat 1.0! 🎉

Pelbagai aktiviti menarik, hiburan, pameran dan program komuniti menanti anda seisi keluarga. Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama menyemarakkan semangat komuniti dan meraikan kemeriahan festival ini.

Jumpa di Penang2030 Festival SPU X Pesta Rakyat 1.0!
Mari kita cipta kenangan indah bersama! 💙✨

📢 Geran Transformasi Komuniti Pulau Pinang Bersama MPKKBerteraskan dengan Visi Penang2030, salah satu inisiatif yang dit...
22/06/2026

📢 Geran Transformasi Komuniti Pulau Pinang Bersama MPKK

Berteraskan dengan Visi Penang2030, salah satu inisiatif yang diterajui oleh YB Goh Choon Aik serta diurusetiakan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini bertujuan memperkukuh peranan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sebagai pemangkin pembangunan dan platform pembuatan keputusan berasaskan komuniti.

Sebanyak 30 MPKK telah dipilih bagi Fasa 1 projek ini. Sesi libat urus dan pembentangan cadangan projek telah berlangsung pada:
📍 14 Jun 2026 – 14 MPKK kawasan Pulau
📍 21 Jun 2026 – 16 MPKK kawasan Seberang Perai

Semua cadangan yang dibentangkan akan dinilai dan dikaji secara komprehensif bagi memastikan setiap projek yang dilaksanakan bersesuaian, berimpak tinggi dan mampu meningkatkan kesejahteraan komuniti setempat.

Dikongsikan sorotan gambar sepanjang berlangsungnya bengkel tersebut.

🎤✨ PERTANDINGAN PIDATO PENANG2030 KEMBALI LAGI! ✨🎤Berita baik buat semua pencinta seni pidato! Pertandingan Pidato Penan...
05/05/2026

🎤✨ PERTANDINGAN PIDATO PENANG2030 KEMBALI LAGI! ✨🎤

Berita baik buat semua pencinta seni pidato! Pertandingan Pidato Penang2030 tahun ini kembali lagi dengan lebih gah dan berprestij.

🔥 Istimewanya tahun ini, pertandingan akan diadakan dalam PERINGKAT KEBANGSAAN! 🔥

Inilah peluang pelajar untuk menyerlahkan bakat dan menyuarakan idea bernas!

📢 📢 Mari sertai Pertandingan Pidato Penang2030 Peringkat Kebangsaan dan buktikan kehebatan serta bakat sebagai pelajar berwibawa! Scan QR untuk pendaftaran. 📲

Jom sertai Kuiz Kahoot! Penang2030 dan uji pengetahuan anda! 🎯Sertai pada jam 11.00 pagi & 3.00 petang, 24-26 April 2026...
24/04/2026

Jom sertai Kuiz Kahoot! Penang2030 dan uji pengetahuan anda! 🎯
Sertai pada jam 11.00 pagi & 3.00 petang, 24-26 April 2026 bertempat di Pavilion SUK Pulau Pinang, Stadium Batu Kawan.

Mari meriahkan Karnival Mega JPJ Madani 2026 @ Jom Heboh Batu Kawan! 🎉

Jangan lepaskan peluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik! 🎁✨

Address

Komtar
Penang Island

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 13:00
Sunday 06:00 - 20:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penang2030 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Penang2030:

Shortcuts

Share