Pasukan Polis Marin Wilayah Satu

Pasukan Polis Marin Wilayah Satu FACEBOOK INI ADALAH FACEBOOK RASMI PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH SATU YANG MERANGKUMI KTJ KAWASAN PERAIRAN PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG, PERAK DAN SELANGOR.
(2)

Jelajah Wira MADANI Peringkat Kontinjen Pulau Pinang 2026
13/07/2026

Jelajah Wira MADANI Peringkat Kontinjen Pulau Pinang 2026

MESYUARAT KOMANDER PASUKAN POLIS MARIN BIL. 3/202611 Julai 2026 | Batu Uban, Pulau PinangPasukan Polis Marin Wilayah Sat...
11/07/2026

MESYUARAT KOMANDER PASUKAN POLIS MARIN BIL. 3/2026

11 Julai 2026 | Batu Uban, Pulau Pinang

Pasukan Polis Marin Wilayah Satu (PPM W1) telah menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Komander Pasukan Polis Marin Bil. 3/2026 yang dipengerusikan oleh Komander Pasukan Polis Marin Bukit Aman, Ydh SAC Shamsol bin Kassim.

Mesyuarat yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Batu Uban ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan daripada Pasukan Polis Marin Bukit Aman, PPM Wilayah 1 hingga Wilayah 5 serta PULAMAR.

Antara agenda utama yang dibincangkan adalah pengesahan Minit Mesyuarat Komander Bil. 2/2026, pembentangan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI), keberhasilan operasi, aspek kejuruteraan teknikal dan kewangan, serta perkembangan projek pembangunan dan reka bentuk bot ronda Pasukan Polis Marin.

Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memperkukuhkan penyelarasan dasar, meningkatkan keberkesanan pengoperasian serta memperkasakan kesiapsiagaan Pasukan Polis Marin dalam memastikan keselamatan perairan negara sentiasa berada pada tahap terbaik.

“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”

PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH SATU
INTEGRITI DAN EFISIEN KE ARAH KECEMERLANGAN

Kejayaan Tangkapan dan Rampasan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bertarikh 07 Julai 2026.
08/07/2026

Kejayaan Tangkapan dan Rampasan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bertarikh 07 Julai 2026.

Penugsan Unit Selam Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang bertarikh 05 Julai 2026.
05/07/2026

Penugsan Unit Selam Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang bertarikh 05 Julai 2026.

Tangkapan dan rampasan Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau bersama E5 Cawangan Khas Ipk Pulau Pinang bertarikh 03 Jul...
04/07/2026

Tangkapan dan rampasan Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau bersama E5 Cawangan Khas Ipk Pulau Pinang bertarikh 03 Julai 2026.

Search and Rescue Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang.
26/06/2026

Search and Rescue Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang.

LDP PENGENDALIAN BOT PAC SIRI 1/202624 Jun 2026 (Rabu) – Telah berlangsung Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Pengendalian...
24/06/2026

LDP PENGENDALIAN BOT PAC SIRI 1/2026

24 Jun 2026 (Rabu) – Telah berlangsung Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Pengendalian Bot PAC Siri 1/2026 anjuran Bahagian Kejuruteraan dan Bahagian Latihan Pasukan Polis Marin Wilayah Satu (PPM W1) bertempat di Dewan Sri Jerejak, Jeti PPM Batu Uban dan perairan Pulau Jerejak pada 23 hingga 24 Jun 2026 bermula jam 0800 hrs hingga 1700 hrs.

Program ini telah melibatkan seramai 10 orang jurulatih dan 20 orang peserta yang terdiri daripada pegawai rendah polis Pasukan Polis Marin Wilayah Satu.

Sepanjang latihan, para peserta telah diberikan pendedahan berkaitan aspek keselamatan, penggunaan peralatan pemadam api, pengenalan enjin sangkut 2 lejang dan 4 lejang, tatacara menghidupkan serta mematikan enjin, pengenalan komponen utama enjin sangkut, serta latihan praktikal pengendalian bot PAC.

Peserta turut menjalani latihan amali berkaitan teknik menurunkan bot PAC ke dalam air, teknik merapat dan longside bot mengikut serta melawan arus bagi meningkatkan tahap kecekapan dan kemahiran pengendalian aset marin secara selamat dan berkesan.

Pelaksanaan latihan ini bertujuan memperkukuhkan pengetahuan serta kompetensi anggota dalam pengendalian bot PAC, di samping memastikan aset kerajaan digunakan dan disenggara mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Penganjuran latihan ini juga merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuhkan tahap kesiapsiagaan anggota dalam menghadapi musim tengkujuh dan kemungkinan berlakunya bencana banjir. Penguasaan kemahiran pengendalian bot PAC secara profesional dan berkesan adalah penting bagi memastikan operasi menyelamat, pemindahan mangsa serta bantuan kemanusiaan dapat dilaksanakan dengan selamat, cepat dan efisien apabila diperlukan.

Secara keseluruhannya, program telah berlangsung dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

“Integriti dan Efisien Ke Arah Kecemerlangan”




BACAAN DOA, LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA DAN AKTA RAHSIA RASMI PPM W115 Jun 2026 (Isnin) – Telah berlangsung Majlis Bacaan D...
15/06/2026

BACAAN DOA, LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA DAN AKTA RAHSIA RASMI PPM W1

15 Jun 2026 (Isnin) – Telah berlangsung Majlis Bacaan Doa, Lafaz Ikrar Rukun Negara dan Akta Rahsia Rasmi bertempat di Dewan Jerejak, Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Satu (PPM W1), Batu Uban, Pulau Pinang pada jam 0800 hrs.

Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran YDH ACP Jaffri bin Bidin, Komander PPM W1 serta YDH Supt Fakharuddin Amri bin Sanusi, Timbalan Komander PPM W1, selain dihadiri oleh pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan kakitangan awam PPM W1.

Lafaz Ikrar Rukun Negara dan Akta Rahsia Rasmi telah dipimpin oleh INSP Noorazam bin Md Apandi, manakala bacaan doa telah dipimpin oleh Ustaz Mohamad Salihin bin Abdul Wahab. Pegawai baris bagi majlis ini ialah INSP Norhasyim bin Hamzah.

Penganjuran majlis seumpama ini merupakan platform dalam menyemai semangat patriotisme, memperkukuh integriti serta meningkatkan pematuhan terhadap Akta Rahsia Rasmi dalam kalangan warga Pasukan Polis Marin selaras dengan aspirasi organisasi.

“Integriti dan Efisien Ke Arah Kecemerlangan”




09/06/2026
PERUTUSAN KETUA POLIS NEGARA SEMPENA SAMBUTAN PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI TAHUN 2026
29/05/2026

PERUTUSAN KETUA POLIS NEGARA SEMPENA SAMBUTAN PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI TAHUN 2026

PERUTUSAN KETUA POLIS NEGARA SEMPENA SAMBUTAN PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI TAHUN 2026

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.

Semangat kebersamaan dan keterangkuman yang berpaksikan citra kepelbagaian agama serta budaya merupakan nadi kekuatan identiti Malaysia. Nilai toleransi dan sikap saling hormat menghormati yang kita dukung selama ini membolehkan seluruh rakyat berdiri teguh sebagai sebuah bangsa yang bersatu padu, meraikan perayaan dalam suasana harmoni tanpa mengira latar belakang.

Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, merupakan perayaan yang disambut oleh masyarakat di Negeri Sabah dan Sarawak sebagai tanda kesyukuran atas nikmat hasil tuaian. Sambutan ini merupakan aset kebudayaan nasional yang amat bernilai dan wajar dipelihara sebagai aspirasi dalam memperkukuhkan semangat perpaduan merentas sempadan integrasi nasional.

Bertepatan dengan tema Pesta Kaamatan tahun 2026, “Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian”, ia merupakan seruan bermakna untuk kita mempererat ikatan ukhuwah dan kepercayaan sesama kita. Begitu juga dengan sambutan Hari Gawai di Sarawak yang sentiasa menyemarakkan semangat muhibah menerusi ungkapan “Gayu Guru Gerai Nyamai” yang memohon kesejahteraan, kesihatan dan kemakmuran hidup buat semua.

Bersempena sambutan ini, saya ingin mengajak seluruh masyarakat, khususnya warga Sang Saka Biru agar terus memperteguh solidariti dan permuafakatan, demi kestabilan dan kemakmuran negara tercinta.

Kepada anak perantauan yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut perayaan ini, saya mendoakan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju. Dalam kegembiraan menyambut pesta ini, saya ingin mengingatkan agar sentiasa peka terhadap keselamatan rumah dan harta benda yang ditinggalkan. Pastikan langkah pencegahan diambil sewajarnya bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Saya dan keluarga serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan:
Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan
Gayu Guru Gerai Nyamai

IG DATO’ SERI HJ. MOHD KHALID BIN HJ. ISMAIL
Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia

Address

PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH SATU BATU UBAN PULAU PINANG
Penang Island
11700

Telephone

+60124726116

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pasukan Polis Marin Wilayah Satu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pasukan Polis Marin Wilayah Satu:

Shortcuts

Share