18/05/2020
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
14 Mei 2020 yang lepas kita dikejutkan dengan pemergian salah seorang pengasas Buku Jalanan Bagan - Lokalhouz. Allahyarham Farhan Azman.
Kami di Buku Jalanan Bagan masih bersedih dengan berita pemergian saudara kami ini. Arwah meninggalkan sebuah legasi - Buku Jalanan Bagan, dari hanya sebuah sudut membaca di Lokalhouz sehinggalah berjaya merealisasikan program Pasar Buku pada Januari lepas di Lokalhouz.
Lebih membanggakan, kalau diikutkan perancangan Pasar Buku akan di bawa secara Mega di Padang Kota Lama, Pulau Pinang bersama-sama festival Roots Fest pada tahun 2020 ini. Beliau juga antara individu penting yang berjaya mencipta persefahaman kolaborasi diantara Buku Jalanan Bagan dan MyWriters untuk Pasar Buku ini. Jasanya dalam pembangunan Buku Jalanan Bagan amat besar. Kami amat bersyukur kerana diberi peluang bekerja bersama arwah sebelum ini.
Kalau ada diantara kalian yang pernah ke program Bazaarpasar, Pasar Buku, Sembang Lokal serta sesi diskusi di Lokalhouz, kami percaya kalian mesti sempat mengenali arwah Farhan atau lebih mesra dipanggil sebagai Paβan.
Sedih mengenangkan arwah pergi meninggalkan seorang anak lelaki yang berusia 5 tahun hasil dari perkahwinannya bersama Allahyarhamah isteri beliau yang juga telah kembali ke rahmatullah kira-kira 4 tahun lepas akibat kemalangan sewaktu pulang dari kerja.
Kami terpanggil untuk membantu anak arwah Farhan dengan memberi sedikit sumbangan bagi menampung persekolahan (tadika) dan lain-lain. InshaAllah jika diberi kesempatan, dalam masa terdekat ini wakil dari Buku Jalanan Bagan akan turun berjumpa dengan keluarga Arwah yang menjaga anak kecil beliau ini bagi menyampaikan sumbangan.
Jika ada diantara kalian yang ingin menyalurkan sumbangan bersama-sama kami, kami amat berbesar hati atas kebaikan anda dalam sama-sama membantu. Jika tiada pun, sedekahkanlah Al-fatihah serta doa semoga Allahyarham Farhan Azman tenang di sana.
Sumbangan boleh disalurkan ke :
No. Akaun : 86026-30966
Bank Peneriam : CIMB Bank
Penama Akaun : Lokalhouz Resources
Rujukan : Farhan Azman
Pihak kami akan update dari semasa ke semasa hasil sumbangan sehingga ianya diserahkan kepada kepada waris yang menjaga anak arwah.