Angkatan Muda Keadilan Pendang

Angkatan Muda Keadilan Pendang Sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat Cabang Pendang.

Malam semalam meluangkan masa untuk bersama Angkatan Muda Keadilan Pendang dan Angkatan Muda Keadilan Alor Setar dalam p...
01/03/2025

Malam semalam meluangkan masa untuk bersama Angkatan Muda Keadilan Pendang dan Angkatan Muda Keadilan Alor Setar dalam perlawanan bolasepak di Stadium Peremba, Alor Setar

Angkatan Muda Keadilan Pendang menang 3-1.

Semoga aktiviti bermanfaat seperti ini dapat dikembangkan dan berterusan untuk merapatkan ukhwah anak muda Pendang.

Menang atau kalah, yang penting adalah kita terus memperkukuh silaturahim antara Angkatan Muda Keadilan dan Anak Muda di Pendang.

Perjumpaan Santai Dan Suai Kenal Ketua-ketua AMK Cabang(Kedah) Di PendangTerima kasih kepada semua yang terlibat.Terima ...
11/06/2022

Perjumpaan Santai Dan Suai Kenal Ketua-ketua AMK Cabang(Kedah) Di Pendang

Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Terima kasih juga kepada Sayap Wanita Keadilan Pendang dan Cabang Pendang atas sumbangan makan dan minum untuk kami semua.
Terima Kasih AMK KEDAH !



SEMALAM.AMK Pendang berjumpa dengan Ahli PARLIMEN Alor Setar YB Chan Ming Kai saling bertukar pendapat dan mempelajari s...
06/06/2022

SEMALAM.

AMK Pendang berjumpa dengan Ahli PARLIMEN Alor Setar YB Chan Ming Kai saling bertukar pendapat dan mempelajari sedikit ilmu daripada beliau.

Sesi sembang santai bersama YB Azam Karap ADUN Kuala Perlis dan AMK Perlis juga memberi peluang untuk berkongsi idea dan pendapat.

Semoga jentera AMK akan lebih mendapat tumpuan oleh anak muda.



Seruan untuk berjaga-jaga kepada warga Pendang. Disebabkan cuaca hujan berlarutan diharap warga Pendang akan mengambil l...
02/06/2022

Seruan untuk berjaga-jaga kepada warga Pendang. Disebabkan cuaca hujan berlarutan diharap warga Pendang akan mengambil langkah waspada.

Semoga keadaan kembali seperti biasa.

Sungai Terlibat

a) Sungai Pendang, Mukim Ayer Puteh, Pendang - 2.61 Meter (Paras Amaran)

b) Sungai T**i Kerbau, Mukim Tobiar, Pendang - 5.22 Meter (Paras Normal)

Kampung Terjejas

a) Kampung Sukamari, Mukim Ayer Puteh, Pendang

b) Kampung Banggol Kambing, Mukim Ayer Puteh, Pendang

c) Kampung Seberang Pendang, Mukim Ayer Puteh, Pendang

d) Kampung Baru, Mukim Padang Peliang, Pendang

Semoga Maju Jaya Buat Syamil Luthfi.Beliau adalah Aset Anak Muda Dari Cabang Pendang dan beliau adalah Naib Ketua AMK Pe...
31/05/2022

Semoga Maju Jaya Buat Syamil Luthfi.

Beliau adalah Aset Anak Muda Dari Cabang Pendang dan beliau adalah Naib Ketua AMK Pendang.
Kejayaan demi kejayaan untuk Keadilan Pendang.
Doa dari anggota AMK Pendang untuk Saudara Syamil Luthfi menang di peringkat Ahli Majlis Pimpinan Pusat Angkatan Muda Keadilan Malaysia.

Angkatan Muda Keadilan Pendang





---------------------------------------------------------------------------------

Idea ialah aset terpenting manusia. Ia tidak bernilai selagi mana idea tidak dijelmakan kepada tindakan dan yang membezakan kita adalah bagaimana idea itu perlu ditamsilkan kepada realiti.

Terjerumusnya saya dalam kancah politik sejurus dewasa ini telah membuka mata saya bahawasanya idea yang diwara-warakan selama ini masih tidak diterjemahkan dengan sempurna.

Inilah keazaman saya bagi mengangkat nilai dan prinsip dalam perjuangan melakar visi untuk Mahasiswa dan Parti Keadilan Rakyat.

Justeru, bagi meneruskan rentak ini, bersama merangkul mahasiswa dan barisan anak muda yang lain, saya, Syamil Luthfi, dengan rendah diri ingin memposisikan diri saya sebagai exco ahli pimpinan pusat AMK.

Peluang ini akan saya garap sepenuhnya dengan mengambil kira suara mahasiswa, anak muda dan pengalaman yang saya kecapi sepanjang berjuang disisi mahasiswa, parti dan rakyat amnya.

SYAMIL LUTHFI


[Twitter]
https://twitter.com/syamil_luthfi/status/1531661000034123776

[Facebook]
https://www.facebook.com/102976565362899/posts/314312870895933

[Instagram]
https://www.instagram.com/p/CeOimFavDiS

Majlis Bacaan Yasin Keadilan Pendang atas kelancaran segala program dan kesyukuran keatas kelancaran pemilihan keadilan ...
31/05/2022

Majlis Bacaan Yasin Keadilan Pendang atas kelancaran segala program dan kesyukuran keatas kelancaran pemilihan keadilan 2022.

Semoga Keadilan Pendang Akan Lebih Maju Dan Diberikan Kekuatan !



31/05/2022

GENAP 10 HARI KEMATIAN VINOSINY - MASIH TIADA LAPORAN ATAU PENJELASAN RASMI

Genap 10 hari kita menanti. Ada yang meratap, ada yang bermuhasabah diri dan ada yang bersoladiriti.

Isu ini lebih dari sebuah kehilangan; ia adalah manifestasi kemanusian, empati dan simpati.

Kami cela sikap pengurusan UUM memperdaya isu ini. Benarkan pekeliling itu atau kenyataan rasmi baru-baru ini hanya gimik? Dimana MPP UUM dan MPPK yang sepatutnya menjadi nadi perjuangan ini?

Kita tak mahu membuang masa. Kita mahukan keadilan dan jawapan. Kita mahu bersama orang yang dizalimi. Kita bersama Vinosiny.


Terima kasih untuk semua anggota Angkatan Muda Keadilan Pendang dan mereka yang terlibat dalam menjayakan pemilihan part...
30/05/2022

Terima kasih untuk semua anggota Angkatan Muda Keadilan Pendang dan mereka yang terlibat dalam menjayakan pemilihan parti kali ini. Semoga kita akan menguatkan Keadilan Pendang dan mengarap semua idea dan kekuatan yang ada untuk PRU15 yang semakin dekat.



Tahniah diucapkan kepada Sdri Tyra Hanim, Sdra Izuan Kasim dan Sdra Prasanth Kumar atas pemilihan selaku Naib Ketua Angk...
30/05/2022

Tahniah diucapkan kepada Sdri Tyra Hanim, Sdra Izuan Kasim dan Sdra Prasanth Kumar atas pemilihan selaku Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia yang baharu!

Moga dapat terus bergerak sebagai seangkatan untuk membina semula AMK menjadi barisan hadapan parti.

Tahniah diucapkan kepada Sdr Kamil Munim yang kini memikul tanggungjawab selaku Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (A...
30/05/2022

Tahniah diucapkan kepada Sdr Kamil Munim yang kini memikul tanggungjawab selaku Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia yang baharu.

Semoga Sdr Kamil Munim terus diberikan kekuatan dan semangat dalam melaksanakan amanah yang diberikan oleh anggota parti.

Address

Jalan Bestari 1
Pendang
06700

Telephone

+60199088283

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Muda Keadilan Pendang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share