Hospital Pendang

Hospital Pendang Laman Facebook Rasmi Hospital Pendang

MAJLIS LAMBAIAN KASIH, SANJUNGAN BUDI: PERSARAAN KPJH CHE ZAKIAH BINTI DERIS24 Ogos 2026​Warga Hospital Pendang telah me...
26/08/2026

MAJLIS LAMBAIAN KASIH, SANJUNGAN BUDI: PERSARAAN KPJH CHE ZAKIAH BINTI DERIS

24 Ogos 2026

​Warga Hospital Pendang telah meraikan persaraan Ketua Penyelia Jururawat Hospital (KPJH), Puan Che Zakiah binti Deris dalam satu majlis yang penuh bermakna.

​Beliau telah menabur bakti dalam perkhidmatan awam khususnya bidang kejururawatan selama 31 tahun. Bermula di Hospital Kuala Lumpur pada tahun 1995, perjalanan kerjaya anak watan Kedah ini berterusan ke Hospital Tuanku Fauziah Kangar, Hospital Sultanah Bahiyah, Hospital Jitra, JKN Kedah, sehinggalah menutup tirai perkhidmatannya di Hospital Pendang.

​Bagi warga kerja terutamanya barisan kejururawatan, Kak Z adalah 'tiang seri' dan ibarat seorang ibu. Beliau sentiasa tenang mendepani krisis, memimpin dengan ketulusan dan penuh kasih sayang, serta menjadi tempat rujukan dan sumber kekuatan buat semua. Semoga segala jasa dan pengorbanan yang telah diberikan menjadi inspirasi kepada warga kerja yang lain.

​Seluruh warga Hospital Pendang mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas segala pengorbanan masa, tenaga, dan ilmu yang dicurahkan. Selamat Bersara Kak Z! Semoga fasa baharu kehidupan ini dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, ketenangan, dan kebahagiaan bersama keluarga tercinta.

Kain songket tenunan lama, Disimpan rapi di dalam peti, Selamat bersara insan ternama, Jasa dan budi kekal di hati

Jasamu Dikenang, Budimu Sanjungan Kami

SEMINAR CINTA RASUL: TERAS PEMBENTUKAN INSAN PERINGKAT HOSPITAL PENDANG | 24 OGOS 2026​Alhamdulillah, Seminar Cinta Rasu...
25/08/2026

SEMINAR CINTA RASUL: TERAS PEMBENTUKAN INSAN PERINGKAT HOSPITAL PENDANG | 24 OGOS 2026

​Alhamdulillah, Seminar Cinta Rasul Peringkat Hospital Pendang Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini.

​Alunan selawat bergema indah di perkarangan hospital mengiringi perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul yang disertai oleh 50 orang warga kerja hospital dan ahli Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Pendang.

Majlis diteruskan dengan pengisian ilmu dan rohani menerusi ceramah bertajuk "Teras Pembentukan Insan" yang disampaikan oleh YBhg. Al-Fadhil Ustaz Ahmad Husam Baderudin, Pengasas Yayasan Ar Riyaadah.
​Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada wakil Institut Al-Quran Darul Aman atas alunan bacaan ayat suci Al-Quran. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan persembahan Qasidah dan Selawat yang cukup merdu daripada Kumpulan Shoutul Hurul Ain.

Majlis bertambah bermakna dengan kehadiran Tn. Hj. Wan Ibrahim bin Wan Jusoh, Pengerusi ANGKASA Kedah bersama barisan pengurusan ANGKASA Kedah bagi sesi penyampaian sumbangan dan cenderahati kepada warga kerja Hospital Pendang.

​Semoga pengisian majlis ini dapat menyuntik semangat buat seluruh warga Hospital Pendang untuk terus menyemai sifat empati, kasih sayang dan dedikasi mengikut acuan akhlak Rasulullah SAW dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik buat masyarakat.

​Terima kasih diucapkan kepada jawatankuasa penganjur, Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah dengan kerjasama Kelab Ukhwah dan Kebajikan Hospital Pendang, serta semua pihak yang terlibat menjayakan majlis ini.

​“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu...” (Surah Al-Ahzab: 21)

✨SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1448H✨اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعينSempena Sambutan Maulidu...
24/08/2026

✨SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1448H✨

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW 1448H, marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan pilihan Allah SWT yang membawa rahmat, petunjuk dan cahaya Islam kepada seluruh umat manusia.

Tema “MADANI Dihayati, Ummah Diberkati” mengajak kita untuk menghayati nilai-nilai murni yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dalam membentuk masyarakat yang berakhlak, bersatu padu, saling menghormati, berkasih sayang, adil dan bertanggungjawab.

Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagi kamu.”
(Surah al-Ahzab: 21)

Rasulullah SAW bukan sahaja mengajar kita tentang ibadah, bahkan menunjukkan teladan dalam membina kehidupan bermasyarakat yang berteraskan akhlak, ihsan, persaudaraan dan keadilan.

Marilah kita menjadikan sambutan Maulidur Rasul ini sebagai kesempatan untuk menyuburkan rasa cinta kepada Baginda SAW, memperbanyakkan selawat serta menghayati dan mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

Semoga penghayatan terhadap sirah dan sunnah Rasulullah SAW terus membentuk diri kita menjadi insan yang lebih baik, memperkukuh ukhuwah sesama kita serta menyumbang kepada pembentukan ummah yang sejahtera, harmoni dan diberkati Allah SWT.

🌹 اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين 🌹

Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1448H.

Ikhlas daripada,
Pengarah dan Seluruh Warga Kerja
Hospital Pendang

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!19 Ogos 2026​Perhimpunan Pagi Hospital Pendang pada hari ini berlangsung dengan penuh semangat...
20/08/2026

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

19 Ogos 2026

​Perhimpunan Pagi Hospital Pendang pada hari ini berlangsung dengan penuh semangat sempena pelancaran Bulan Kebangsaan Ke-69 yang bertemakan Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati!

Program dimulakan dengan deklamasi sajak patriotik oleh Dr Amirul Amin bin Ab Rahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan Perubatan. Semangat merdeka bertambah membara dengan alunan medley lagu kemerdekaan.

Gimik pelancaran disempurnakan oleh YBrs Pengarah Hospital melalui penyerahan Jalur Gemilang dan pelepasan Konvoi Merdeka di ruang lobi hospital.
YBrs Pengarah turut merakamkan ucapan tahniah atas pencapaian cemerlang dalam Audit Kebangsaan JKN Kedah 2026, serta pengiktirafan Hospital Mesra Ibadah (HMI) bagi tempoh 2026–2029. Syabas atas usaha gigih dan kerja berpasukan yang membanggakan!

Program turut meraikan Pn Che Zakiah binti Deris, Ketua Penyelia Jururawat Hospital, dan En Jong Jut A/L Epplek, PPP Klinik Pediatrik yang bakal bersara. Manakala, Selamat Maju Jaya ditujukan kepada En Mohamad Azwan Azemi, Ketua Unit Pembangunan dan Perolehan, Pn Nurul Afidah Rahim dari Unit Aset, En Muhammad Sofian, Pembantu Keselamatan dan JT Noor Amalina, dari Wad Tulip, yang akan berpindah fasiliti bertugas. Terima kasih atas segala jasa bakti dan pengorbanan anda semua!

​Syabas dan terima kasih kepada barisan penganjur program, Jabatan Pengurusan dan seluruh warga Hospital Pendang yang sentiasa komited dan bersemangat!



AUDIT SEMAKAN PENCAPAIAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA JKN KEDAH 2026 | 17 OGOS 2026Hospital Pendang telah terpilih sebagai sa...
19/08/2026

AUDIT SEMAKAN PENCAPAIAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA JKN KEDAH 2026 | 17 OGOS 2026

Hospital Pendang telah terpilih sebagai salah satu fasiliti kesihatan JKN Kedah bagi pelaksanaan Sesi Audit Kebangsaan JKN Kedah 2026 yang berlangsung mulai 17 Ogos 2026 sehingga 18 Ogos 2026.

Sesi pengauditan ini diketuai oleh Dr. Nurul Nadiah Puteri Binti Abdul Rahim, bersama 13 pegawai auditor dari pelbagai fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seluruh negara. Sebanyak 47 indikator telah diaudit, 3 KPI PKN/TPKN, 14 HPIA dan 30 CLISQI.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengarah Hospital Pendang, Dr. Nor Raziah Binti Sabtu, diikuti pembentangan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) hospital bagi tempoh Januari hingga Jun 2026 yang disampaikan oleh Dr. Nor Nadzirah Basir dari Unit Pengurusan Risiko Pesakit dan Survelan Klinikal.

Bagi warga Hospital Pendang, proses audit ini bukan sekadar semakan dokumentasi, tetapi satu platform penting untuk kita terus menilai tahap pematuhan, memperkemas tadbir urus klinikal, serta memastikan keselamatan dan kualiti perkhidmatan pesakit sentiasa menjadi keutamaan tertinggi.

​Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh jawatankuasa auditor KKM atas teguran serta pandangan konstruktif yang diberikan. Syabas juga buat seluruh warga kerja, Ketua-Ketua Jabatan, Penyelaras Indikator, dan pasukan sokongan Hospital Pendang yang telah memberikan kerjasama terbaik sepanjang sesi ini berlangsung.

Semoga segala dapatan dan saranan penambahbaikan ini menjadi pemangkin untuk kita memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti dan cemerlang kepada komuniti!

JELAJAH KESIHATAN KKM PERINGKAT KEBANGSAAN 2026 DI JKN NEGERI SEMBILAN | 17-22 Ogos 2026Syabas dan tahniah diucapkan kep...
19/08/2026

JELAJAH KESIHATAN KKM PERINGKAT KEBANGSAAN 2026 DI JKN NEGERI SEMBILAN | 17-22 Ogos 2026
Syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan warga Hospital Pendang yang terpilih mewakili Jabatan Kesihatan Negeri Kedah (JKN Kedah) ke Jelajah Kesihatan KKM Peringkat Kebangsaan 2026!

Duta Hospital Pendang ke Negeri Sembilan dalam acara berikut:
Pertandingan Bola Jaring :
▪️︎ Dr. Nurul Syuhadah bt Mohd Ramli, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Perubatan)
▪️︎ Siti Hajar bt Che Ahmad, Jururawat U6 (TBK)
▪️︎ Nor Azliza bt Jamaluddin, Jururawat U6 (TBK)
▪️︎ Nur Farhani Azlin bt Hamed, Jururawat U5

Pertandingan Boling :
▪️︎ Syafiqah bt Hamidon, Penolong Akauntan W5

Pertandingan Badminton :
▪️︎ Mohd Shukri b Ab Jamil, Pembantu Perawatan Kesihatan U1

Pertandingan Bola Sepak :
▪️︎ Mazlan b Abdullah, Penolong Pegawai Perubatan U6

Seluruh warga Hospital Pendang mendoakan agar urusan tuan/puan dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik, dan beroleh kejayaan yang membanggakan buat Kontinjen Kedah!

Satu pasukan. Satu semangat.
Satu nama - KEDAH! 🔥💚🤍
ALL THE BEST !


Warisku, Hormati Ikrarku!​Kursus Kesedaran Pendermaan Organ Dan Tisu Peringkat Hospital Pendang bagi tahun 2026 telah be...
14/08/2026

Warisku, Hormati Ikrarku!

​Kursus Kesedaran Pendermaan Organ Dan Tisu Peringkat Hospital Pendang bagi tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 30 orang warga hospital pada 13 Ogos 2026.

​Statistik menunjukkan terdapat ribuan pesakit di negara kita yang sedang menghitung hari menantikan sinar harapan. Namun, jumlah penderma masih rendah disebabkan kekeliruan maklumat, pengaruh mitos, dan keraguan dari sudut agama.

​Melalui kursus ini, para peserta diperkasakan dengan kefahaman yang betul dari sudut penilaian klinikal dan sokongan emosi waris, hinggalah penjelasan hukum syarak.

​Syabas dan tahniah kepada YBrs. Dr. Zuriah Salmi binti Zabri, Pakar Anestesiologi selaku Penyelaras Jawatankuasa TOP Team Hospital Pendang, serta seluruh barisan urus setia, para penceramah dan semua peserta yang memberi komitmen penuh sepanjang program.

​Kuning emas buah bidara,
Mekar melati indah berseri;
Semoga segala yang kita usaha,
Mendapat rahmat dan diberkati.





Kod Oren di Hospital Pendang!Keriuhan di Hospital Pendang terhenti sejenak apabila pengumuman Kod Oren berkumandang mela...
14/08/2026

Kod Oren di Hospital Pendang!

Keriuhan di Hospital Pendang terhenti sejenak apabila pengumuman Kod Oren berkumandang melalui pembesar suara.
Penggera kecemasan berbunyi nyaring menandakan berlaku latihan kebakaran di dalam fasiliti. Pintu automatik terbuka luas, operasi lif terhenti, begitu juga dengan sistem pendingin hawa dan bekalan elektrik utama. Manakala, lampu-lampu kecemasan dan papan tanda laluan kecemasan serta merta menyala.

Latihan kebakaran yang dilaksanakan pada 13 Ogos 2026, telah berjaya mencapai sasaran! Sistem amaran penggera kebakaran terbukti berfungsi dan pelan tindakan kebakaran juga menunjukkan respons yang pantas dan lancar serta teratur daripada seluruh warga hospital.

​Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Tuan PPgB Ahmad Husaini bin Halil, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pendang bersama seluruh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Pendang, barisan Penyelia Penolong Pegawai Perubatan dari Hospital Sultanah Bahiyah, En. Maslan bin Mat Isa @ Akib, En. Fauzuradhi Fazir dan En. Mohamad Salleh bin Yahaya, atas sokongan, kerjasama, serta bimbingan yang diberikan sepanjang latihan ini berlangsung.

Keselamatan adalah keutamaan dan tanggungjawab kita bersama.

PENGIKTIRAFAN HOSPITAL PENDANG SEBAGAI HOSPITAL MESRA IBADAH (HMI)​Syukur alhamdulillah, Hospital Pendang telah berjaya ...
13/08/2026

PENGIKTIRAFAN HOSPITAL PENDANG SEBAGAI HOSPITAL MESRA IBADAH (HMI)

​Syukur alhamdulillah, Hospital Pendang telah berjaya diiktiraf sebagai Hospital Mesra Ibadah (HMI) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

​Pengiktirafan ini membuktikan komitmen berterusan pihak pengurusan dan seluruh warga Hospital Pendang dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang holistik. Kesembuhan pesakit bukan sahaja daripada ubat-ubatan dan perawatan fizikal, tetapi juga melalui ketenangan jiwa dan kemudahan pesakit untuk terus beribadah.

Di Hospital Pendang, kami sentiasa bersedia membantu dan memudahcara urusan ibadah para pesakit serta waris sepanjang berada di sini.

​Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada Datuk Dr. Mahathar bin Abd Wahab, Ketua Pengarah Kesihatan, KKM, Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Ketua Pengarah, JAKIM dan Jawatankuasa Pelaksana HMI serta seluruh warga kerja Hospital Pendang atas usaha gigih dan dedikasi yang berterusan.

​Terima kasih atas sokongan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dan seluruh masyarakat Pendang. Semoga ikhtiar ini membawa keberkatan dan menjadikan Hospital Pendang sebuah tempat perawatan yang membawa penawar fizikal dan ketenangan rohani.


NYALAAN LAMPU HIJAU DI HOSPITAL PENDANG ​Ayuh saksikan keindahan nyalaan lampu hijau di  bangunan utama Hospital Pendang...
12/08/2026

NYALAAN LAMPU HIJAU DI HOSPITAL PENDANG

​Ayuh saksikan keindahan nyalaan lampu hijau di bangunan utama Hospital Pendang!

Sinaran cahaya lampu hijau ini sebagai tanda sokongan bersempena Sambutan Hari Pendermaan Organ Sedunia pada 13 Ogos, dan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ (MKPO) Peringkat Kebangsaan 2026.

​Warna hijau adalah simbol HARAPAN dan KEHIDUPAN BAHARU bagi ribuan pesakit yang sedang menunggu sinar pemindahan organ.

Satu keputusan daripada anda, membawa sinar harapan buat mereka yang memerlukan.

​Bersama kita sebar kesedaran, buang salah tanggapan, dan sebarkan kasih sayang.

Daftarlah sebagai penderma organ hari ini melalui aplikasi MySejahtera.

Address

Kampung Banggol Pauh, Mukim Air Putih
Pendang
06700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Pendang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share