Pejabat Kesihatan Daerah Pendang - Rasmi

Pejabat Kesihatan Daerah Pendang - Rasmi Selamat datang ke halaman rasmi
Pejabat Kesihatan Daerah Pendang. Visi:

Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.

Kami komited dalam memastikan tahap kesihatan masyarakat sentiasa terpelihara melalui perkhidmatan kesihatan berkualiti, program pencegahan penyakit, serta aktiviti promosi kesihatan. Objektif:

Untuk meningkat taraf kesihatan individu yang produktif melalui perkhidmatan yang merangkumi aspek penggalakkan,pencegahan,rawatan dan pemulihan

01/09/2026

SEPTEMBER 2026 | BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA (BMSS) πŸ‡²πŸ‡Ύ

PENDANG, September 2026 – Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) atau Wellness Month kembali sepanjang September 2026 sebagai salah satu inisiatif utama di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memperkukuh pembudayaan hidup sihat melalui pendekatan whole of nation.

Pelaksanaan BMSS di peringkat daerah turut memperkukuh kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Pendang bersama rakan strategik ANMS, termasuk agensi kerajaan, sektor swasta, NGO, komuniti, media serta sukarelawan MyCHAMPION, bagi menggalakkan masyarakat mengambil pemilikan terhadap kesihatan diri dan keluarga.

Sepanjang bulan ini, pelbagai aktiviti akan dilaksanakan melibatkan komuniti, tempat kerja dan institusi pendidikan, antaranya program jelajah, karnival kesihatan, 10,000 Langkah, Outreach WoW serta Open Day BMSS@Wellness Hub.

πŸ’š Kesihatan bukan hanya tanggungjawab ketika sakit, tetapi tanggungjawab kita setiap hari.

Jom warga Pendang, kita jadikan September ini sebagai bulan untuk bergerak lebih aktif, makan secara sihat, cegah penyakit dan bina gaya hidup yang lebih sejahtera.

Malaysia Sihat Sejahtera, bermula dengan kita! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ’š








πŸ”₯🌫️ JEREBU DATANG, KESIHATAN JANGAN DIPERTARUHKAN! πŸ˜·πŸ‡²πŸ‡ΎLangit mungkin kelihatan berkabus, tetapi bahayanya tidak semestin...
01/09/2026

πŸ”₯🌫️ JEREBU DATANG, KESIHATAN JANGAN DIPERTARUHKAN! πŸ˜·πŸ‡²πŸ‡Ύ

Langit mungkin kelihatan berkabus, tetapi bahayanya tidak semestinya dapat dilihat.

Jangan tunggu sehingga mata pedih, tekak sakit atau nafas mula sesak baru hendak bertindak. Jerebu boleh menjejaskan sistem pernafasan dan memburukkan keadaan kesihatan, khususnya golongan yang berisiko.

🚨 KENALI TANDANYA
πŸ‘οΈ Mata pedih & berair
😷 Sakit tekak
🫁 Batuk / sesak nafas
🀧 Jangkitan saluran pernafasan
πŸ’¨ Gejala asma bertambah teruk

πŸ›‘οΈ LINDUNGI DIRI!
βœ”οΈ Kurangkan aktiviti luar
βœ”οΈ Pakai pelitup muka yang sesuai apabila berada di luar
βœ”οΈ Minum air secukupnya
βœ”οΈ Pastikan pengudaraan dan udara dalaman berada dalam keadaan baik
βœ”οΈ Dapatkan rawatan jika mengalami gejala yang serius

πŸ‡²πŸ‡Ύ CUTI SEKOLAH ? BOLEH BERMAIN SAKAN TAPI JANGAN LUPA JAGA KESIHATAN! ❀️

Jika keluar melakukan aktiviti luar, sentiasa peka terhadap keadaan jerebu.

Keseronokan hanya seketika, kesihatan untuk sepanjang hayat.

🌾 Kesihatan kita. Tanggungjawab kita.

Jangan hanya tengok jerebu ambil tindakan!

😷 KENALI TANDA. LINDUNGI DIRI. JAGA KESIHATAN.

πŸ“ Pejabat Kesihatan Daerah Pendang









πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ‡²πŸ‡Ύ SEMANGAT MERDEKA, KOMUNITI SIHAT: KAMPUNG BALOH SEMARAK HARI KEBANGSAAN MENERUSI PROMOSI KAMPUNG ANGKAT PERGIGIANPEND...
31/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SEMANGAT MERDEKA, KOMUNITI SIHAT: KAMPUNG BALOH SEMARAK HARI KEBANGSAAN MENERUSI PROMOSI KAMPUNG ANGKAT PERGIGIAN

PENDANG, 31 Ogos 2026 – Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Kampung Baloh berlangsung meriah apabila masyarakat setempat bukan sahaja bersama-sama menyemarakkan semangat kemerdekaan menerusi aktiviti riadah dan sukan, malah turut mendapat manfaat daripada Promosi Kampung Angkat Pergigian yang menekankan kepentingan penjagaan kesihatan pergigian dan kesihatan secara menyeluruh dalam komuniti.

Menerusi pengisian Promosi Kampung Angkat Pergigian, masyarakat berpeluang mendapatkan pemeriksaan pergigian, selain menyertai pameran dan aktiviti pendidikan kesihatan pergigian yang memberi pendedahan mengenai kepentingan penjagaan kebersihan dan kesihatan mulut dalam kehidupan seharian.

Pendekatan promosi kesihatan turut diperkasakan menerusi permainan interaktif yang dibawakan oleh Unit Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah Pendang, khususnya berkaitan pencegahan demam denggi. Masyarakat didedahkan kepada langkah mudah mencegah pembiakan nyamuk Aedes, termasuk pemeriksaan kawasan kediaman, penghapusan bekas yang boleh menakung air dan memastikan persekitaran sentiasa bersih.

Pengisian kesihatan ini menjadikan sambutan Hari Kebangsaan di Kampung Baloh bukan sekadar medan meraikan kemerdekaan, malah menjadi platform untuk mendekati komuniti, meningkatkan literasi kesihatan dan memperkasa masyarakat agar lebih prihatin terhadap kesihatan diri, keluarga serta persekitaran.

Dalam suasana penuh kemeriahan, program turut dimulakan dengan Fun Walk sejauh 1,500 langkah dan aktiviti Zumba, sebelum diteruskan dengan pertandingan Sepak Raga Tujuh, permainan tradisional serta pelbagai aktiviti komuniti yang menggalakkan gaya hidup aktif dan mengeratkan hubungan dalam kalangan penduduk.

Kemeriahan turut diserikan dengan penyampaian hadiah, sesi bergambar dan jamuan kenduri, sebelum pertandingan Sepak Raga Tujuh.

Sambutan ini membuktikan bahawa semangat Merdeka dapat diterjemahkan melalui komuniti yang sihat, aktif, berpengetahuan dan saling prihatin.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Merdeka diraikan, kesihatan diperkasa. Dari Kampung Baloh, bersama membina komuniti yang lebih sihat dan sejahtera.

Selamat Hari Kebangsaan 2026! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Pendang












πŸ‡²πŸ‡Ύ DARI PENDANG UNTUK MALAYSIA: SEMARAK JIWA MERDEKA, PERKASA KESIHATANPENDANG, Semangat patriotisme dan kecintaan terha...
30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ DARI PENDANG UNTUK MALAYSIA: SEMARAK JIWA MERDEKA, PERKASA KESIHATAN

PENDANG, Semangat patriotisme dan kecintaan terhadap tanah air terus disemarakkan bersempena Hari Kebangsaan 2026, dengan seluruh rakyat Malaysia diseru untuk terus menghargai nikmat kemerdekaan, memperkukuh perpaduan serta bersama-sama menggalas tanggungjawab membina sebuah negara yang lebih sejahtera.

Pegawai Kesihatan Daerah Pendang, YBrs. Dr. Intan Melati binti Abu Bakar, menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026 kepada seluruh warga kerja Pejabat Kesihatan Daerah Pendang serta masyarakat di daerah Pendang.

β€œKemerdekaan bukan sekadar sejarah yang kita kenang, tetapi amanah yang perlu kita teruskan. Marilah kita menyemai semangat perpaduan, saling menghormati dan bersama-sama menjaga kesihatan serta kesejahteraan masyarakat demi masa depan Malaysia yang lebih baik.”

Semangat kemerdekaan perlu diterjemahkan melalui tindakan dan sumbangan setiap individu dalam kehidupan seharian, termasuk menjadikan kesihatan sebagai sebahagian daripada jiwa merdeka.

Masyarakat diseru untuk bersama-sama membudayakan pemakanan sihat, aktif secara fizikal, menjaga kesihatan mental, tidak merokok, mencegah penyakit serta memastikan persekitaran sentiasa bersih, selamat dan harmoni.

Dalam semangat Malaysia, marilah kita terus melangkah bersama sebagai satu bangsa, memperkukuh perpaduan dan membina Malaysia yang lebih sihat, sejahtera serta berdaya tahan.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Dari Pendang untuk Malaysia kita kibarkan Jalur Gemilang, kita semarakkan jiwa merdeka!

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026.

Hayati kemerdekaan.
Hargai perpaduan.
Teruskan perjuangan.

πŸ”₯πŸ‡²πŸ‡Ύ MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ





30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-69! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Esok, seluruh rakyat Malaysia akan bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang, menyemarakkan semangat patriotisme dan memenuhi lokasi sambutan serta perbarisan Hari Kebangsaan. Ada yang turun bersama keluarga, ada yang beriadah, malah ada yang sanggup keluar awal demi menyaksikan detik penuh bersejarah ini. β€οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

Namun, dalam kita meraikan kemerdekaan dengan penuh bangga, jangan biarkan jerebu menjejaskan kesihatan! 🌫️

πŸ’¨ JEREBU DATANG, KITA WASPADA!

😷 Pakai pelitup muka yang sesuai jika berada di kawasan berjerebu dan sesak.
πŸ’§ Minum air kosong secukupnya.
🌳 Kurangkan aktiviti fizikal dan tempoh berada di luar jika kualiti udara tidak sihat.
πŸ“± Semak bacaan IPU sebelum keluar rumah.
🫁 Penghidap asma dan mereka yang mempunyai masalah pernafasan, pastikan ubat dibawa bersama dan elakkan pendedahan kepada jerebu.
πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Lindungi anak-anak, warga emas dan golongan yang berisiko.

🚨 Jangan tunggu sehingga kesihatan terjejas. Jika mengalami sesak nafas, sakit dada, batuk yang semakin teruk atau sukar bernafas, segera dapatkan rawatan.

πŸ‡²πŸ‡Ύ KITA MERDEKA KERANA KITA BERSATU.
πŸ‡²πŸ‡Ύ KITA KUAT KERANA KITA SALING MENJAGA.
πŸ‡²πŸ‡Ύ DAN KITA RAiKAN KEMERDEKAAN DENGAN MEMELIHARA KESIHATAN.

AYUH KIBARKAN JALUR GEMILANG! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯
AYUH SEMARAKKAN SEMANGAT MALAYSIA!
DAN PALING PENTING
JAGA KESIHATAN, JAGA ORANG TERSAYANG! ❀️

Selamat bercuti dan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia ke-69!

πŸ‡²πŸ‡Ύ MALAYSIAKU, TANAH TUMPAHNYA DARAHKU! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Pejabat Kesihatan Daerah Pendang









30/08/2026
🌫️ CUTI SEKOLAH ADA YANG PULANG KE KAMPUNG ATAU BERCUTI HATI-HATI SEMASA JEREBU πŸš—πŸŒΎMusim Cuti sekolah ada yang balik kamp...
29/08/2026

🌫️ CUTI SEKOLAH ADA YANG PULANG KE KAMPUNG ATAU BERCUTI HATI-HATI SEMASA JEREBU πŸš—πŸŒΎ

Musim Cuti sekolah ada yang balik kampung dan bercuti, perjalanan jauh dan cuaca berjerebu memerlukan kita lebih peka terhadap kesihatan diri dan keluarga.

Sebelum memulakan perjalanan, pastikan beberapa langkah mudah ini diamalkan:

βœ… Gunakan penyaman udara kenderaan dengan mod kitaran dalam dan tutup semua tingkap.

πŸ’§ Minum air kosong secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi.
🧼 Kerap mencuci tangan dan muka.
😷 Pakai pelitup muka jika perlu keluar atau berada di kawasan berjerebu.
❀️ Jika mengalami masalah kesihatan atau berasa tidak sihat, dapatkan rawatan dengan segera.

Jangan biarkan jerebu menjejaskan kemeriahan perjalanan pulang ke kampung. Utamakan kesihatan, pandu dengan selamat dan lindungi keluarga tersayang. πŸ’™

Jaga diri. Jaga keluarga. Jaga kesihatan.

πŸ“ Jika tidak sihat, sila dapatkan rawatan di Klinik Kesihatan atau hospital berhampiran.






Address

Pejabat Kesihatan Daerah Pendang Jalan Sungai Tiang
Pendang
06700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

04-7591034

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Pendang - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share