24/07/2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Aznan Tamin , ADUN Tanjung Surat atas keprihatinan serta usaha berterusan dalam memperjuangkan kemudahan awam demi kesejahteraan rakyat.
Terima kasih kerana turun padang meninjau sendiri kerja-kerja penurapan semula jalan di Tapak Pasar Malam Kledang (Teksi Stand) dan memastikan kemudahan ini dapat disiapkan dengan baik untuk manfaat para peniaga, pengunjung serta penduduk setempat.
Semoga segala usaha dan komitmen YB dalam membangunkan kawasan DUN Tanjung Surat terus dipermudahkan dan membawa lebih banyak manfaat kepada masyarakat.
Terima kasih YB Aznan Tamin atas khidmat bakti dan keprihatinan kepada rakyat.