Dewan Muslimat PAS Kawasan Pengerang

Dewan Muslimat PAS Kawasan Pengerang Laman rasmi Dewan Muslimat PAS Kawasan Pengerang, Negeri Johor Darul Takzim.

01/06/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐”๐ƒ๐€๐‘๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€
๐Ÿ ๐‰๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Dewan Muslimat PAS mengucapkan Selamat Hari Tentera Udara Malaysia kepada seluruh tentera udara yang menyambutnya pada hari ini.

Kalian adalah insan hebat yang tidak mengira masa, penat dan lelah demi keamanan negara. Semoga kalian diberikan kesihatan berpanjangan untuk meneruskan tugas kalian dan sentiasa dalan jagaan ALLAH swt.

Doa buat semua pejuang negara

ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุงูู†ูŽู‘ุง ู†ูŽุณู’ุฆูŽู„ููƒูŽ ุณูŽู„ุงูŽู…ูŽุฉู‹ ููู‰ ุงู„ุฏูู‘ูŠู’ู†ู ูˆูŽุนูŽุงูููŠูŽุฉู‹ ููู‰ ุงู„ู’ุฌูŽุณูŽุฏู ูˆูŽุฒููŠูŽุงุฏูŽุฉู‹ ููู‰ ุงู„ู’ุนูู„ู’ู…ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุฉู‹ ููู‰ ุงู„ุฑูู‘ุฒู’ู‚ู ูˆูŽุชูŽูˆู’ุจูŽุฉู‹ ู‚ูŽุจู’ู„ูŽ ุงู„ู’ู…ูŽูˆู’ุชู ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู‹ ุนูู†ู’ุฏูŽ ุงู„ู’ู…ูŽูˆู’ุชู ูˆูŽู…ูŽุบู’ููุฑูŽุฉู‹ ุจูŽุนู’ุฏูŽ ุงู„ู’ู…ูŽูˆู’ุชู. ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ู‡ูŽูˆูู‘ู†ู’ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู†ูŽุง ููู‰ู’ ุณูŽูƒูŽุฑูŽุงุชู ุงู„ู’ู…ูŽูˆู’ุชู ูˆูŽุงู„ู†ูŽู‘ุฌูŽุงุฉูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ู†ูŽู‘ุงุฑู ูˆูŽุงู„ู’ุนูŽูู’ูˆูŽ ุนูู†ู’ุฏูŽ ุงู„ู’ุญูุณูŽุงุจู

"Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu keselamatan ketika beragama, kesihatan badan, limpahan ilmu, keberkahan rezeki, taubat sebelum datangnya maut, rahmat pada saat datangnya maut, dan ampunan setelah datangnya maut. Ya Allah, mudahkanlah kami dalam menghadapi sakaratul maut, berikanlah kami keselamatan dari api neraka, dan keampunan pada saat hisab."



18/05/2026
Selesai sudah Ziarah Ameerah Care anjuran Ameerah Kawasan Pengerang bersama Lajnah Kebajikan & Keprihatinan Sosial (LKKS...
17/05/2026

Selesai sudah Ziarah Ameerah Care anjuran Ameerah Kawasan Pengerang bersama Lajnah Kebajikan & Keprihatinan Sosial (LKKS) Dewan Muslimat PAS Kawasan Pengerang untuk Ziarah Kasih pada hari ini.

Tujuh orang penerima di sekitar Felda Kledang, Felda Tunggal dan Sungai Papan telah disantuni.

Mereka terdiri daripada ibu muda bersalin, golongan sakit, fakir miskin, anak yatim piatu serta ibu tunggal yang memerlukan perhatian dan bantuan.

Ziarah ini turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Pengerang, Cikgu Selamat bin Ujud.

Semoga ziarah ini menjadi asbab hadirnya kasih sayang, kekuatan dan kegembiraan buat para penerima. Mudah-mudahan segala usaha dan pengorbanan semua pihak yang terlibat dikurniakan keberkatan serta menjadi ladang amal di sisi Allah SWT.



Ziarah Ameerah Care di Punggai.ุฃูุนููŠู’ุฐูู‡ู ุจููƒูŽู„ูู…ูŽุงุชู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุชู‘ูŽุขู…ู‘ูŽุฉู ู…ูู†ู’ ูƒูู„ู‘ู ุดูŽูŠู’ุทูŽุงู†ู ูˆูŽู‡ูŽุขู…ู‘ูŽุฉู  ูˆูŽู…ูู†ู’ ูƒูู„ู‘ู ุนูŽ...
17/05/2026

Ziarah Ameerah Care di Punggai.

ุฃูุนููŠู’ุฐูู‡ู ุจููƒูŽู„ูู…ูŽุงุชู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุชู‘ูŽุขู…ู‘ูŽุฉู ู…ูู†ู’ ูƒูู„ู‘ู ุดูŽูŠู’ุทูŽุงู†ู ูˆูŽู‡ูŽุขู…ู‘ูŽุฉู ูˆูŽู…ูู†ู’ ูƒูู„ู‘ู ุนูŽูŠู’ู†ู ู„ูŽุขู…ู‘ูŽุฉู

Maksudnya: โ€œAku memohon perlindungan untuknya dengan kalimat-kalimat Allah dari segala syaitan, kesusahan, dan pandangan yang jahat.โ€

๐ŸŒท SELAMAT HARI GURU 2026 ๐ŸŒทGuru bukan sekadar mengajar membaca dan mengira, tetapi membentuk akhlak, menyulam adab dan me...
16/05/2026

๐ŸŒท SELAMAT HARI GURU 2026 ๐ŸŒท

Guru bukan sekadar mengajar membaca dan mengira, tetapi membentuk akhlak, menyulam adab dan menyalakan harapan dalam jiwa anak-anak.

Di sebalik penat lelah seorang guru, lahirlah generasi yang berilmu, beriman dan berbakti kepada agama serta negara.

Terima kasih buat seluruh warga pendidik atas setiap ilmu, kesabaran dan kasih sayang yang dicurahkan tanpa jemu.
Semoga setiap huruf yang diajar menjadi saham pahala yang terus mengalir hingga ke syurga. ๐Ÿค

โ€œJasa guru bukan hanya dikenang, tetapi dirasai sepanjang kehidupan.โ€

Ikhlas daripada
Dewan Muslimat PAS Kawasan Pengerang ๐ŸŒน

Selamat Hari Jururawat bagi semua jururawat Malaysia.Bakti kalian hanya mampu dibalas ilaihi, semoga diberi kecekalan un...
12/05/2026

Selamat Hari Jururawat bagi semua jururawat Malaysia.

Bakti kalian hanya mampu dibalas ilaihi, semoga diberi kecekalan untuk terus berbakti keranaNya.

Amiin.

Ikhlas daripada,

Dewan Muslimat PAS Kawasan Pengerang

Budaya hiburan melampau bukanlah suatu budaya sihat yang perlu dibawa masuk ke Negara yang rakyatnya terkenal dengan ada...
06/05/2026

Budaya hiburan melampau bukanlah suatu budaya sihat yang perlu dibawa masuk ke Negara yang rakyatnya terkenal dengan adab dan sopan seperti Malaysia.

Hasilnya memang banyak mudarat yang berlaku daripada program tersebut.

Ramai anak gadis yang mengadu diraba sewaktu hadir ke sana. Banyak pergaduhan yang mendatangkan kecederaan berlaku. Dan macam-macam perkara jijik lain termasuk arak dan sebagainya.

Terlalu banyak keburukan. Harus dijauhi.

BANTAHAN TERHADAP PENGANJURAN FESTIVAL RAVE RAIN WATER MUSIC DI BUKIT BINTANG

Dewan Muslimat PAS Negeri Johor memandang serius penganjuran program Rain Rave Festival yang secara jelas menormalisasikan budaya hedonisme, pergaulan bebas serta aktiviti yang melalaikan masyarakat daripada nilai agama dan akhlak mulia.

Kawasan awam seperti Bukit Bintang sewajarnya dimartabatkan sebagai lokasi yang mencerminkan adab ketimuran, keharmonian masyarakat, dan pembangunan insan yang seimbang โ€” bukan menjadi pentas kepada program yang boleh mengundang kemungkaran dan kemurkaan Allah.

Allah SWT berfirman:
"Dan janganlah kamu menghampiri zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang buruk." (Surah Al-Israa' : 32)

Ayat ini bukan sekadar melarang zina, bahkan menegah segala jalan yang membawa ke arah maksiat, termasuk hiburan melampau, percampuran bebas lelaki dan wanita, pendedahan aurat, serta suasana yang merangsang hawa nafsu.

Sabda Rasulullah SAW:
"Setiap umatku akan diberi keampunan kecuali mereka yang terang-terangan melakukan maksiat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Islam tidak menolak hiburan, namun hiburan mestilah dibimbing dalam kerangka syariat, tidak melampaui batas dan tidak menjadi wasilah kepada kemungkaran.

Program yang mengangkat budaya liar, pesta yang keterlaluan dan elemen tidak bermoral wajib dibantah oleh semua lapisan masyarakat demi memelihara peradaban generasi serta kesejahteraan agama.

Justeru, Muslimat Johor sekali lagi menyeru pihak berkuasa, penganjur, dan seluruh masyarakat agar menghentikan penganjuran program seumpama ini serta mengutamakan pelaksanaan aktiviti yang sihat, membina jiwa dan selari dengan nilai agama serta budaya bangsa Malaysia.

Firman Allah SWT:
"Dan hendaklah ada dalam kalangan kamu satu golongan yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar; merekalah orang-orang yang berjaya." (Surah Ali 'Imran :104)

Mencegah kemungkaran adalah tanggungjawab bersama; memelihara maruah masyarakat adalah amanah kita semua.

PAS konsisten dan komited dalam agenda menyelamatkan generasi kita,pewaris negara yang tercinta.

Ummi Zakiah binti Tukirin
Ketua Muslimat
DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI JOHOR



07/03/2026

NUZUL AL-QURAN ๐ŸŒ™๐Ÿ“–

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dipertemukan sekali lagi dengan peristiwa agung Nuzul Al-Quran, iaitu malam turunnya wahyu pertama kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril di Gua Hiraโ€™.

Peristiwa ini menjadi titik permulaan cahaya petunjuk bagi seluruh umat manusia. Al-Quran bukan sekadar kitab untuk dibaca, tetapi panduan hidup yang membimbing manusia ke jalan kebenaran, keadilan dan kesejahteraan dunia serta akhirat.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk bagi manusia serta penjelasan mengenai petunjuk dan pembeza antara yang benar dan yang batil.

Sempena Nuzul Al-Quran ini, marilah kita memperbaharui azam untuk:

Membaca Al-Quran setiap hari
Memahami dan mentadabbur maknanya
Mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan
Menyampaikan mesej kebaikannya kepada keluarga dan masyarakat

Sesungguhnya, kemuliaan umat Islam terletak pada sejauh mana kita berpegang teguh kepada Al-Quran.

Akhir kata, semoga peristiwa Nuzul Al-Quran ini menyuntik semangat untuk kita menjadi umat yang mencintai Al-Quran, menjadikannya sahabat dalam kehidupan, serta memperoleh syafaatnya di akhirat kelak.

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran.

"Al-Quran di hati, iman disemai, ummah diberkati.โ€


https://vt.tiktok.com/ZSmSV8SGo/
17/02/2026

https://vt.tiktok.com/ZSmSV8SGo/

29 likes, 3 comments. โ€œSalam sejahtera Dewan Muslimat PAS Kawasan Tebrau mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina 2026 kepada seluruh masyarakat Tionghua. Semoga tahun baharu ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik serta kebahagiaan buat anda semua di samping keluarga dan rakan-rakan t...

Address

Pengerang
81600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Muslimat PAS Kawasan Pengerang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dewan Muslimat PAS Kawasan Pengerang:

Share