Balai Polis Bayu Damai

Balai Polis Bayu Damai "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada"

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ SEMANGAT MERDEKA DI BALAI POLIS BAYU DAMAI! Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026, warga Balai Polis Bayu Damai bers...
07/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ SEMANGAT MERDEKA DI BALAI POLIS BAYU DAMAI!

Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026, warga Balai Polis Bayu Damai bersama-sama melaksanakan Fitik Perdana di sekitar kawasan balai serta memasang Jalur Gemilang bagi menceriakan suasana dan menyemarakkan semangat patriotisme. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

Bukan sekadar mencantikkan kawasan, tetapi setiap kibaran Jalur Gemilang menjadi simbol cinta, perpaduan dan semangat kepada tanah air tercinta. ๐Ÿซก๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Kibarkan Jalur Gemilang, semarakkan jiwa merdeka!
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ






PERHIMPUNAN BULANAN PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH KOTA TINGGI BAGI BULAN JULAI 2026 Kota Tinggi, 31 Julai 2026 - YD...
31/07/2026

PERHIMPUNAN BULANAN PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH KOTA TINGGI BAGI BULAN JULAI 2026

Kota Tinggi, 31 Julai 2026 - YDH Supt Yusof bin Hj. Othman, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi hadir ke Majlis Perhimpunan Bulanan peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi bagi Bulan Julai 2026 bertempat di Dewan Orkid, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi.

Usai menyampaikan ucapan amanat, YDH Supt Yusof bin Hj. Othman turut menyempurnakan penyampaian surat penghargaan kepada (8) orang penerima termasuk seorang penerima kategori orang awam.

Turut hadir YDH DSP Mohd Syamsuri bin Mohamad, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Polis Balai, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai Rendah Polis, dan Pegawai-pegawai Awam.

๐Ÿš” KERJASAMA STRATEGIK BALAI POLIS BAYU DAMAI & SMK TANJUNG DATUK ๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธ๐Ÿซ๐Ÿ“… 28 Julai 2026 (Selasa)๐Ÿ“ Balai Polis Bayu Damai &...
28/07/2026

๐Ÿš” KERJASAMA STRATEGIK BALAI POLIS BAYU DAMAI & SMK TANJUNG DATUK ๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธ๐Ÿซ

๐Ÿ“… 28 Julai 2026 (Selasa)
๐Ÿ“ Balai Polis Bayu Damai & SMK Tanjung Datuk

๐Ÿค Polis dan pihak sekolah terus memperkukuh kerjasama dalam membincangkan isu semasa, keselamatan dan sahsiah murid.

Ketua Balai Polis Bayu Damai Insp. Hafizi bin Said dan Penolong Ketua Balai SM Salleh bin Alias turut menyampaikan nasihat dan motivasi agar murid menjauhi gejala buli dan salah laku serta sentiasa menjaga nama baik diri, keluarga dan sekolah.

๐Ÿ“š Murid turut diberi semangat untuk belajar bersungguh-sungguh, berdisiplin dan mengejar cita-cita demi masa depan yang lebih cerah.

๐Ÿ›ต Pesanan keselamatan turut disampaikan berkaitan menunggang motosikal dan keselamatan jalan raya agar murid sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan.

๐Ÿ’ช Bina sahsiah, kejar ilmu, jauhi salah laku dan utamakan keselamatan.


Polis Daerah Kota Tinggi

PENAFIAN BERITA PALSUKota Tinggi, 25 April 2026 - Unit Media, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi telah mengesan satu p...
25/04/2026

PENAFIAN BERITA PALSU

Kota Tinggi, 25 April 2026 - Unit Media, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi telah mengesan satu penyebaran maklumat palsu melalui aplikasi WhatsApp berhubung kewujudan sindiket aktif menjalankan aktiviti ragut dan rogol beramai-ramai di Bandar Penawar, Kota Tinggi.

Polis Kota Tinggi menafikan berita tular tersebut dan mengesahkan tidak menerima sebarang laporan polis berhubung penemuan mayat di dalam longkang berhampiran IKBN Bandar Penawar.

Orang ramai diingatkan supaya tidak menyebarkan maklumat palsu atau dokumen pengenalan diri orang lain tanpa asas yang kukuh.

Perbuatan menyebarkan berita palsu sehingga mendatangkan kekeliruan, mencetus kebimbangan masyarakat serta menganggu keamanan negara adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

SELAMAT HARI POLIS KE 219 ๐Ÿš”๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
25/03/2026

SELAMAT HARI POLIS KE 219 ๐Ÿš”๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

SELAMAT MENYAMBUT HARI POLIS KE 219

YDH SUPT Yusof bin Hj Othman, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi serta Isteri YBhg. Puan Sofea Alliya Jane binti Abdullah, Pengerusi PERKEP IPD Kota Tinggi dan seluruh warga Polis Kota Tinggi mengucapkan Selamat Menyambut Hari Polis Ke 219 Tahun 2026 kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

๐Ÿ”ฅ Program Bakar Lemang Bersama YB DUN Tanjung Surat di Balai Polis Bayu Damai๐Ÿ‘ฎ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธTelah berlangsung dengan meriah progra...
16/03/2026

๐Ÿ”ฅ Program Bakar Lemang Bersama YB DUN Tanjung Surat di Balai Polis Bayu Damai๐Ÿ‘ฎ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ
Telah berlangsung dengan meriah program bakar lemang bersama YB DUN Tanjung Surat yang diadakan di Balai Polis Bayu Damai. Program ini bukan sahaja menghidupkan suasana Ramadan, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan anggota.
Suasana penuh kemesraan dan semangat kebersamaan jelas dirasai sepanjang program berlangsung. Semoga aktiviti seperti ini dapat terus memperkukuhkan hubungan serta memupuk semangat muafakat dalam komuniti. ๐ŸŒ™๐Ÿค

16/03/2026
๐ŸŒ™โœจ Majlis Berbuka Puasa & Sumbangan Aidilfitri Asnaf dan Anak YatimProgram anjuran Biro Kebajikan PERKEP IPD Kota Tinggi...
07/03/2026

๐ŸŒ™โœจ Majlis Berbuka Puasa & Sumbangan Aidilfitri Asnaf dan Anak Yatim
Program anjuran Biro Kebajikan PERKEP IPD Kota Tinggi bersama Balai Polis Bayu Damai bagi berkongsi rezeki dan menceriakan golongan asnaf serta anak-anak yatim sempena Aidilfitri yang bakal tiba.

Semoga sedikit sumbangan ini membawa kegembiraan dan mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. ๐Ÿค

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KOTA TINGGI : KEJADIAN LEMAS DI PANTAI BERHAMPIRAN JETI BATU TELUK RAMUNIA, KOTA TING...
03/02/2026

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KOTA TINGGI : KEJADIAN LEMAS DI PANTAI BERHAMPIRAN JETI BATU TELUK RAMUNIA, KOTA TINGGI, JOHOR

KOTA TINGGI : Seramai 157 penduduk yang sebelum ini ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akibat kebakaran...
29/01/2026

KOTA TINGGI : Seramai 157 penduduk yang sebelum ini ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akibat kebakaran tanah gambut di Taman Bayu Damai, Pengerang, telah selamat kembali ke kediaman masing-masing.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua agensi, jabatan serta pihak yang terlibat atas kerjasama padu, komitmen tinggi dan dedikasi berterusan sepanjang pengurusan bencana serta pengoperasian Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Kota Tinggi.

Hasil kerjasama bersepadu daripada semua pihak, operasi pengurusan bencana ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan ditamatkan dengan selamat pada hari ini.

Segala sumbangan, khidmat bakti dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai.
Terima kasih kerana sentiasa bersama dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat ๐Ÿ’™





Address

Jalan Persiaran Bayu Damai 1/1
Pengerang
81620

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Bayu Damai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share