Briged Kelapan Infantri Malaysia

Briged Kelapan Infantri Malaysia Informasi terkini berkenaan aktiviti-aktiviti Briged Kelapan Infantri Malaysia
(1)

πŸ– πŠπŽπƒ πŒπ„ππ†π€ππ‰π”π‘πŠπ€π ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π ππ„πŒππ€π‚π€π€π 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 π’π„πŒππ„ππ€ π‡π€π‘πˆ πŠπŽπ‘ πŽπ‘πƒππ€ππ’ πƒπˆπ‘π€π‰π€ πŠπ„-πŸ”πŸ— (π™πŽπ ππ€ππ“π€πˆ π“πˆπŒπ”π‘)KETEREH, 25 Ju...
25/07/2026

πŸ– πŠπŽπƒ πŒπ„ππ†π€ππ‰π”π‘πŠπ€π ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π ππ„πŒππ€π‚π€π€π 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 π’π„πŒππ„ππ€ π‡π€π‘πˆ πŠπŽπ‘ πŽπ‘πƒππ€ππ’ πƒπˆπ‘π€π‰π€ πŠπ„-πŸ”πŸ— (π™πŽπ ππ€ππ“π€πˆ π“πˆπŒπ”π‘)

KETEREH, 25 Jul 26: Pasukan 8 Kompeni Kor Ordnans Diraja (8 KOD) telah melaksanakan Perbarisan Pembacaan Perutusan Hari Kor Ordnans Diraja Ke-69 bertempat di Medan Perbarisan 8 KOD. Acara dimulakan dengan ketibaan Pegawai Pemerintah 8 KOD, Mej Mohd Zukhairin bin Yahya.

Perbarisan telah diketuai oleh Lt Muhammad Amar Murtadha bin Parizal dan melibatkan seramai 2 pegawai serta 39 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pasukan 8 KOD, MK 8 Bgd dan KSOD 8 Wksp Bgd. Turut hadir seramai 35 orang Veteran Kor Ordnans Diraja (VeKOD) Zon Pantai Timur (Kelantan/Terengganu). Acara turut diserikan dengan penyampaian Sijil Penghargaan Pengerusi Kor Ordnans Diraja bagi tahun 2026 kepada SSjn Azuwam bin Awang Ngah - 8 KOD sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan.

Seterusnya, Pegawai Pemerintah 8 KOD telah menyampaikan pembacaan perutusan sempena Hari Kor Ordnans Diraja Ke-69. Perutusan tersebut memberi penekanan kepada empat teras utama yang perlu dihayati dan diamalkan oleh seluruh warga Kor Ordnans Diraja, iaitu memperkukuh ilmu di dada, membentuk keperibadian unggul, mempertingkat ketahanan organisasi serta memperkasakan pengurusan stor yang cemerlang.

Acara kemudiannya diakhiri dengan jamuan makan yang melibatkan seluruh warga 8 KOD dan VeKOD Zon Pantai Timur bertempat di Dewan Trafik. Majlis disempurnakan dengan acara memotong kek sebagai simbolik sambutan Hari Kor Ordnans Diraja Ke-69, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat kekitaan dalam kalangan warga Kor Ordnans Diraja.

Kor Ordnans DiRaja

15/07/2026
𝟐𝟏 π‘π€πŒπƒ π‹π€πŠπ’π€ππ€πŠπ€π π„πŠπ’π„π’π€πˆπ’ π’π€π“π‘πˆπ€ ππ„π‘π€ππˆ (𝐂𝐏𝐗) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”PENGKALAN CHEPA – Pada 1-9 Julai 2026 yang lalu, pasukan Batal...
15/07/2026

𝟐𝟏 π‘π€πŒπƒ π‹π€πŠπ’π€ππ€πŠπ€π π„πŠπ’π„π’π€πˆπ’ π’π€π“π‘πˆπ€ ππ„π‘π€ππˆ (𝐂𝐏𝐗) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

PENGKALAN CHEPA – Pada 1-9 Julai 2026 yang lalu, pasukan Batalion Ke-21 Rejimen Askar Melayu Diraja (21 RAMD) telah berjaya melaksanakan Eksesais SATRIA BERANI (CPX) Tahun 2026 bertempat di Dewan Tan Sri Hamid Bidin, Kem Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

Eksesais secara Pos Perintah (POSTAH) ini bertujuan untuk menguji dan menilai tahap kesiagaan operasi Pasukan Tempur, Bantuan Tempur serta Bantuan Logistik di peringkat batalion dalam menghadapi senario Peperangan Konvensional (PK), di samping meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan profesionalisme pemerintah serta staf 21 RAMD bersama pasukan tumpangan.

Latihan ini memberi penekanan kepada proses membuat keputusan (Decision Making Process) semasa operasi PK Fasa Mara dan Serangan dengan menggunakan Sistem BattleTek IV bagi mensimulasikan situasi operasi sebenar, sekali gus meningkatkan kecekapan perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan operasi.

Seramai 40 pegawai, 207 anggota lain-lain pangkat (LLP) serta 9 staf awam BattleTek IV telah terlibat. Penyertaan turut melibatkan Markas 8 Briged, 5 Rejimen Artileri Diraja (5 RAD), 3 Kor Armor Diraja (3 KAD), 7 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (7 Skn RAJD), Rejimen 512 Askar Wataniah (Rej 512 AW) dan Rejimen 506 Askar Wataniah (Rej 506 AW).

Sepanjang eksesais, semua peserta mempamerkan komitmen, disiplin, semangat kerjasama dan profesionalisme yang tinggi. Kejayaan Eksesais SATRIA BERANI (CPX) Tahun 2026 membuktikan kesiapsiagaan 21 RAMD dalam memperkukuh keupayaan operasi, meningkatkan kompetensi warga pasukan serta memastikan kesiagaan tempur sentiasa berada pada tahap terbaik selaras dengan keperluan operasi Tentera Darat Malaysia.

π‡π€π‘πˆ ππ„π‘π“π€πŒπ€ ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ πŸ– ππ‘πˆπ†π„πƒ πŠπ„-πŸ‘πŸ πŒπ„πŒπ”π‹π€πŠπ€π 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒PENGKALAN CHEPA, 6 Julai 2026 – Panglima 8 Briged Ke-31, YBhg Briged...
06/07/2026

π‡π€π‘πˆ ππ„π‘π“π€πŒπ€ ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ πŸ– ππ‘πˆπ†π„πƒ πŠπ„-πŸ‘πŸ πŒπ„πŒπ”π‹π€πŠπ€π 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒

PENGKALAN CHEPA, 6 Julai 2026 – Panglima 8 Briged Ke-31, YBhg Brigedier Jeneral Muhamad Juraimy bin Aripin secara rasminya memulakan tugas di Markas Briged Kelapan Infantri Malaysia (MK 8 Bgd) hari ini.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Ketua Staf MK 8 Bgd, Leftenan Kolonel Ahmad Rusaizi bin Abd Aziz, bersama Pegawai-Pegawai Staf MK 8 Bgd.

Majlis dimulakan dengan pemeriksaan Kawalan Kuarter sebelum Panglima diperkenalkan kepada Pegawai-Pegawai Staf MK 8 Bgd. Seterusnya, berlangsung acara simbolik meletakkan bendera Panglima di hadapan Pejabat Panglima sebagai menandakan permulaan tugas rasmi beliau sebagai Panglima 8 Bgd Ke-31.

Majlis diteruskan dengan upacara menandatangani Sijil Hari Pertama Bertugas sebagai Panglima 8 Briged, sekali gus menjadi detik bersejarah yang menandakan permulaan amanah dan tanggungjawab beliau dalam menerajui pemerintahan 8 Bgd.

Seluruh warga πŠπ„π“π„π‘π€π“π”π‘π€π π“πŽππ†π†π€πŠ πŠπ„π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ†π€π merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada YBhg Brigedier Jeneral Muhamad Juraimy bin Aripin. Semoga kepimpinan Panglima terus membawa 8 Bgd ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang, memperkukuh kesiapsiagaan pasukan serta mengekalkan profesionalisme dalam melaksanakan amanah demi agama, bangsa dan negara.

06/07/2026
ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇 π“π„π‘πˆπŒπ€ 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ πŸ– ππ‘πˆπ†π„πƒ 𝐁𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆𝐒𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇 πˆπ’π“πˆπ€πƒπ€π“ πŠπ„π“π„ππ“π„π‘π€π€πPENGKALAN CHEPA- Pada 4 Julai 2026...
05/07/2026

ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇 π“π„π‘πˆπŒπ€ 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ πŸ– ππ‘πˆπ†π„πƒ 𝐁𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆𝐒𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇 πˆπ’π“πˆπ€πƒπ€π“ πŠπ„π“π„ππ“π„π‘π€π€π

PENGKALAN CHEPA- Pada 4 Julai 2026 yang lalu telah berlansung Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima 8 Briged yang dilaksanakan dengan penuh istiadat ketenteraan bertempat di Padang Kawad Markas 8 Briged, Kem Pengkalan Chepa, melibatkan penyertaan seramai 18 pegawai dan 200 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).

Majlis bersejarah ini menyaksikan YBhg Mejar Jeneral Hj Mohamad Nizam bin Hj Abdul Manap, Panglima 8 Briged ke-30, secara rasmi menyerahkan tampuk pemerintahan kepada YBhg Brigedier Jeneral Muhamad Juraimy bin Aripin sebagai Panglima 8 Briged ke-31. Upacara tersebut telah disaksikan oleh YBhg Mejar Jeneral Zamsari bin Abu Hasan, Panglima 2 Divisyen.

Majlis dimulakan dengan ketibaan Panglima 2 Divisyen yang menerima tabik hormat daripada kontinjen perbarisan yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Adi Mustapha bin Arifin, Pegawai Memerintah 21 RAMD. Seterusnya, Panglima 2 Divisyen menyaksikan upacara menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas dan penyerahan Tongkat Kuasa Panglima 8 Briged sebagai simbol rasmi penyerahan kuasa, amanah dan tanggungjawab kepimpinan formasi.

Sebelum itu, turut diadakan Majlis Pemakaian Pangkat kepada dua orang anggota LLP sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan dan komitmen dalam perkhidmatan. Sarjan Zulaikha binti Ismail telah dinaikkan ke pangkat Pemangku Staf Sarjan, manakala Prebet Fitri Haqimi bin Ab. Halim telah dinaikkan ke pangkat Lans Koperal.

Sejurus selesai perbarisan, berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT 8 Briged yang menyaksikan YBhg Puan Nailah binti Safian menyerahkan tugas sebagai Pengerusi BAKAT 8 Briged ke-30 kepada YBhg Puan Rosliza binti Hashim selaku Pengerusi BAKAT 8 Briged ke-31. Majlis tersebut telah disaksikan oleh Leftenan Kolonel Ahmad Rusaizi bin Abd Aziz, Ketua Staf Markas 8 Briged merangkap Penasihat BAKAT 8 Briged.

Bersempena majlis tersebut, beberapa acara turut diadakan sebagai tanda penghargaan dan penghormatan kepada kepimpinan terdahulu, antaranya Jamuan Makan Tengah Hari bersama warga 8 Briged, Street Lining serta Jamuan Makan Malam Penghargaan Panglima 8 Briged ke-30, yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan harmoni.

Seluruh warga 8 Briged merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg Mejar Jeneral Hj Mohamad Nizam bin Hj Abdul Manap serta YBhg Puan Nailah binti Safian atas segala jasa, bakti dan kepimpinan yang telah dicurahkan sepanjang menerajui 8 Briged. Semoga segala sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah serta dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan sentiasa berada di bawah lindungan serta rahmat Allah SWT.

Seluruh warga 8 Briged turut mengalu-alukan kehadiran YBhg Brigedier Jeneral Muhamad Juraimy bin Aripin sebagai Panglima 8 Briged ke-31 serta YBhg Puan Rosliza binti Hashim sebagai Pengerusi BAKAT 8 Briged ke-31. Semoga di bawah kepimpinan baharu ini, 8 Briged akan terus memperkukuh kesiapsiagaan, meningkatkan profesionalisme dan melakar lebih banyak kejayaan dalam mendukung aspirasi Tentera Darat Malaysia.

01/07/2026

Saksikan video Majlis Perasmian Mini Karnival Jelajah Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) Peringkat 2 Divisyen Tahun 2026 yang telah dilaksanakan di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu bersempena dengan Terengganu International Bike Week 2026 pada 24-28 Jun 2026 yang lalu

27/06/2026
27/06/2026

Address

Kem Pengkalan Chepa
Pengkalan Chepa
16100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Briged Kelapan Infantri Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share