ADTEC JTM Kampus Kota Bharu

ADTEC JTM Kampus Kota Bharu Facebook Rasmi ADTEC JTM Kampus Kota Bharu , Jabatan Tenaga Manusia (JTM), KSM

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐๐“๐€๐”๐‹๐ˆ๐€๐‡๐€๐ (๐๐„๐Œ๐๐€๐‡๐€๐‘๐”๐€๐) ๐‰๐๐Š ๐ƒ๐ˆ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐๐‡๐€๐‘๐”3 September 2026 || ADTEC JTM Kampus Kota Bharu tel...
04/09/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐๐“๐€๐”๐‹๐ˆ๐€๐‡๐€๐ (๐๐„๐Œ๐๐€๐‡๐€๐‘๐”๐€๐) ๐‰๐๐Š ๐ƒ๐ˆ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐๐‡๐€๐‘๐”

3 September 2026 || ADTEC JTM Kampus Kota Bharu telah menerima Lawatan Pentauliahan (Pembaharuan) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Lawatan ini melibatkan dua program kemahiran, iaitu F432-005-3:2019 [ST] โ€“ Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa serta F432-008-3:2021 [MT] โ€“ Pemasangan dan Penyelenggaraan Tiga Fasa Pemanasan, Pengudaraan, Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan (HVAC&R).

Lawatan pentauliahan ini merupakan salah satu proses penting dalam memastikan pelaksanaan program latihan di ADTEC JTM Kampus Kota Bharu sentiasa memenuhi standard dan keperluan pentauliahan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Sesi lawatan telah melibatkan Ts. Mohd Idzuan Hafiq Bin Mohd Ridzuan selaku Pengerusi , bersama En. Ezul Affian bin Isa bagi program Elektrik Tiga Fasa serta En. Mohtee bin Kimi bagi program HVAC&R.

Pelaksanaan lawatan ini turut menjadi platform bagi menilai tahap kesiapsiagaan, pematuhan serta kualiti penyampaian latihan bagi memastikan program yang ditawarkan terus relevan dan menepati kehendak industri serta standard kemahiran yang ditetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), barisan panel serta seluruh warga ADTEC JTM Kampus Kota Bharu atas kerjasama dan komitmen yang diberikan.

Semoga lawatan pentauliahan ini terus memperkukuh usaha ADTEC JTM Kampus Kota Bharu dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, kompeten dan berdaya saing selaras dengan keperluan industri.

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐ƒ๐€๐…๐“๐€๐‘ ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘ ๐Š๐„๐‡๐€๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐ ๐“๐„๐‘๐€๐Š๐‡๐ˆ๐‘ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐„๐๐ƒ๐ˆ๐๐† ๐Ž๐…๐… ๐“๐ฌ. ๐Œ๐Ž๐‡๐ƒ ๐’๐€๐‘๐ˆ ๐๐ˆ๐ ๐Œ๐€๐‡๐Œ๐Ž๐Ž๐ƒMajlis daftar keluar kehadiran terakhir...
02/09/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐ƒ๐€๐…๐“๐€๐‘ ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘ ๐Š๐„๐‡๐€๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐ ๐“๐„๐‘๐€๐Š๐‡๐ˆ๐‘ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐„๐๐ƒ๐ˆ๐๐† ๐Ž๐…๐… ๐“๐ฌ. ๐Œ๐Ž๐‡๐ƒ ๐’๐€๐‘๐ˆ ๐๐ˆ๐ ๐Œ๐€๐‡๐Œ๐Ž๐Ž๐ƒ

Majlis daftar keluar kehadiran terakhir dan sending off Ts. Mohd Sari Bin Mahmood, Timbalan Pengarah Operasi, berlangsung dalam suasana penuh mesra dan sebak. Majlis ini menandakan kehadiran terakhir beliau setelah sekian lama menabur bakti dan mencurahkan khidmat kepada institusi.

Kehadiran rakan-rakan pejabat turut menyerikan majlis sebagai tanda penghargaan dan penghormatan atas segala jasa, sumbangan, komitmen serta dedikasi beliau sepanjang berkhidmat.

Segala tunjuk ajar, pengalaman dan jasa yang dicurahkan akan terus dikenang oleh seluruh warga institusi. Semoga lembaran baharu yang bakal dilalui bersama keluarga tercinta dipenuhi kebahagiaan, ketenangan dan kesejahteraan.

Terima kasih atas segala jasa dan bakti. Selamat maju jaya, Ts. Mohd Sari bin Mahmood. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan dilimpahkan kebahagiaan bersama keluarga tercinta.

๐’๐„๐Œ๐€๐๐†๐€๐“ ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€, ๐‰๐ˆ๐–๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€!31 Ogos 2026 | Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan 2026ADTEC JTM Kampus...
31/08/2026

๐’๐„๐Œ๐€๐๐†๐€๐“ ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€, ๐‰๐ˆ๐–๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€!

31 Ogos 2026 | Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan 2026

ADTEC JTM Kampus Kota Bharu tampil penuh semangat dan patriotisme dalam menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 menerusi penyertaan dalam Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan 2026 yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Seramai 35 orang warga ADTEC JTM Kampus Kota Bharu telah menyertai perbarisan ini, diketuai oleh Ts. Hj. Zulkifli Bin Mat Daud yang memimpin kontinjen dengan penuh disiplin, semangat dan komitmen.

Turut hadir ialah YBrs. Ts. Zaid Bin Zahari, Pengarah ADTEC JTM Kampus Kota Bharu, bagi memberikan sokongan serta menyemarakkan lagi semangat warga ADTEC JTM dalam meraikan detik penuh bermakna ini.

Penyertaan ini bukan sekadar sebuah perbarisan, tetapi menjadi lambang cinta kepada tanah air, semangat patriotisme serta kekuatan perpaduan dalam kalangan warga ADTEC JTM Kampus Kota Bharu.

Langkah diatur seiring, Jalur Gemilang dikibarkan megah ,membawa satu mesej bahawa semangat Merdeka terus subur dalam jiwa kita.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พMERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

"๐‘ฌ๐’Ž๐’‘๐’๐’˜๐’†๐’“๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘บ๐’Œ๐’Š๐’๐’๐’”, ๐‘ฐ๐’ˆ๐’๐’Š๐’•๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘ญ๐’–๐’•๐’–๐’“๐’†๐’”"
"๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‘๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฒ๐’†๐’Ž๐’‚๐’‰๐’Š๐’“๐’‚๐’, ๐‘ด๐’†๐’๐’š๐’†๐’Ž๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ด๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฏ๐’‚๐’…๐’‚๐’‘๐’‚๐’"
#๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง #๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ
#๐—๐—ง๐—  #๐—œ๐—Ÿ๐—๐—ง๐—  #๐—ž๐—ฆ๐— 
#๐—น๐—ถ๐—ณ๐—ฒ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด๐—น๐—ฒ๐—ฎ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐Ÿฐ๐—”๐—น๐—น
#๐š๐๐ญ๐ž๐œ๐ฃ๐ญ๐ฆ๐ค๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฌ๐ค๐จ๐ญ๐š๐›๐ก๐š๐ซ๐ฎ

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜-๐Ÿฒ๐Ÿต ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐—œ๐—ธ๐—ต๐—น๐—ฎ๐˜€ ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ:๐™‹๐™š๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ง๐™–๐™ ๐™จ๐™š๐™ง๐™ฉ๐™– ๐™’๐™–๐™ง๐™œ๐™–๐˜ผ๐˜ฟ๐™๐™€๐˜พ ๐™…๐™๐™ˆ ๐™†๐™–๐™ข๐™ฅ๐™ช๐™จ ๐™†๐™ค๐™ฉ๐™– ๐˜ฝ๐™๐™–๐™ง๐™ช"๐‘ฌ๐’Ž๐’‘๐’๐’˜...
30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜-๐Ÿฒ๐Ÿต ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐—œ๐—ธ๐—ต๐—น๐—ฎ๐˜€ ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ:

๐™‹๐™š๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ง๐™–๐™ ๐™จ๐™š๐™ง๐™ฉ๐™– ๐™’๐™–๐™ง๐™œ๐™–
๐˜ผ๐˜ฟ๐™๐™€๐˜พ ๐™…๐™๐™ˆ ๐™†๐™–๐™ข๐™ฅ๐™ช๐™จ ๐™†๐™ค๐™ฉ๐™– ๐˜ฝ๐™๐™–๐™ง๐™ช

"๐‘ฌ๐’Ž๐’‘๐’๐’˜๐’†๐’“๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘บ๐’Œ๐’Š๐’๐’๐’”, ๐‘ฐ๐’ˆ๐’๐’Š๐’•๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘ญ๐’–๐’•๐’–๐’“๐’†๐’”"
"๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‘๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฒ๐’†๐’Ž๐’‚๐’‰๐’Š๐’“๐’‚๐’, ๐‘ด๐’†๐’๐’š๐’†๐’Ž๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ด๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฏ๐’‚๐’…๐’‚๐’‘๐’‚๐’"
#๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง #๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ
#๐—๐—ง๐—  #๐—œ๐—Ÿ๐—๐—ง๐—  #๐—ž๐—ฆ๐— 
#๐—น๐—ถ๐—ณ๐—ฒ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด๐—น๐—ฒ๐—ฎ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐Ÿฐ๐—”๐—น๐—น
#๐š๐๐ญ๐ž๐œ๐ฃ๐ญ๐ฆ๐ค๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฌ๐ค๐จ๐ญ๐š๐›๐ก๐š๐ซ๐ฎ

PERKHEMAHAN BSMM JABATAN ELEKTRIKPerkhemahan BSMM (Bulan Sabit Merah Malaysia) Jabatan Elektrik, ADTEC JTM Kampus Kota B...
30/08/2026

PERKHEMAHAN BSMM JABATAN ELEKTRIK

Perkhemahan BSMM (Bulan Sabit Merah Malaysia) Jabatan Elektrik, ADTEC JTM Kampus Kota Bharu bertempat di Akademi Kenegaraan Malaysia.

๐Ÿ“… Tarikh: 28โ€“29 Ogos 2026
๐Ÿ‘จโ€๐ŸŽ“ Penyertaan: 80 orang pelajar Jabatan Elektrik
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ Pengajar: 8 orang pengajar

Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajar berkaitan kemahiran pertolongan cemas, disiplin, kerja berpasukan, kepimpinan serta membina semangat kerjasama dan jati diri melalui aktiviti perkhemahan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pengajar dan pelajar Jabatan Elektrik yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat!

"๐‘ฌ๐’Ž๐’‘๐’๐’˜๐’†๐’“๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘บ๐’Œ๐’Š๐’๐’๐’”, ๐‘ฐ๐’ˆ๐’๐’Š๐’•๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘ญ๐’–๐’•๐’–๐’“๐’†๐’”"
"๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‘๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฒ๐’†๐’Ž๐’‚๐’‰๐’Š๐’“๐’‚๐’, ๐‘ด๐’†๐’๐’š๐’†๐’Ž๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ด๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฏ๐’‚๐’…๐’‚๐’‘๐’‚๐’"
#๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง #๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ
#๐—๐—ง๐—  #๐—œ๐—Ÿ๐—๐—ง๐—  #๐—ž๐—ฆ๐— 
#๐—น๐—ถ๐—ณ๐—ฒ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด๐—น๐—ฒ๐—ฎ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐Ÿฐ๐—”๐—น๐—น
#๐š๐๐ญ๐ž๐œ๐ฃ๐ญ๐ฆ๐ค๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฌ๐ค๐จ๐ญ๐š๐›๐ก๐š๐ซ๐ฎ

๐ŸŒท ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐‹๐€๐Œ๐๐€๐ˆ๐€๐ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡, ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐€๐ ๐€๐๐€๐ƒ๐ˆ ๐ŸŒท27 Ogos 2026 || ADTEC JTM Kampus Kota BharuMajlis Lambaian Kasih, Kenangan Abad...
28/08/2026

๐ŸŒท ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐‹๐€๐Œ๐๐€๐ˆ๐€๐ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡, ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐€๐ ๐€๐๐€๐ƒ๐ˆ ๐ŸŒท

27 Ogos 2026 || ADTEC JTM Kampus Kota Bharu

Majlis Lambaian Kasih, Kenangan Abadi telah berlangsung dalam suasana penuh bermakna bagi meraikan warga kerja yang telah menabur bakti, mencurahkan khidmat serta memberikan komitmen sepanjang berada di ADTEC JTM Kampus Kota Bharu.

Majlis ini meraikan dua insan yang telah menamatkan perkhidmatan dan hadir bersama pasangan masing-masing, iaitu:

๐ŸŒท Ts. Mohd Sari bin Mohamod
Pegawai Bersara Wajib

๐ŸŒท Pn. Siti Fazleen Farahanim binti Hanafi
Pegawai Bersara Pilihan

Kehadiran pasangan masing-masing turut memberi makna tersendiri sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas sokongan, pengorbanan serta sumbangan bakti mereka sebagai penjawat awam sepanjang tempoh perkhidmatan.

Majlis turut meraikan:

๐ŸŒท Pn. Mastura binti Abd Hamid
Pegawai Bertukar Tempat Bertugas

Segala jasa, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di ADTEC JTM Kampus Kota Bharu amatlah dihargai. Setiap usaha dan bakti yang diberikan menjadi sebahagian daripada perjalanan serta kejayaan institusi dan akan terus dikenang oleh seluruh warga ADTEC JTM Kampus Kota Bharu.

Buat Ts. Mohd Sari bin Mohamod dan Pn. Siti Fazleen Farahanim binti Hanafi, selamat meniti fasa baharu kehidupan bersama insan tersayang. Semoga hari-hari mendatang dipenuhi ketenangan, kebahagiaan dan keberkatan.

Buat Pn. Mastura binti Abd Hamid, selamat melangkah ke tempat bertugas yang baharu. Semoga terus melakar kejayaan dan dipermudahkan dalam setiap urusan serta perjalanan kerjaya.

Biar langkah membawa pergi, namun jasa tetap dikenang. Biar masa terus berlalu, namun kenangan akan kekal terpahat di hati.

Bunga melur di tepi laman,
Harum mewangi penyeri taman;
Jasa dan bakti jadi kenangan,
Kekal terpahat sepanjang zaman.

โœจ Jasa Dikenang โ€ข Budi Disanjung โ€ข Kenangan Kekal Abadi โœจ

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐ˆ๐๐€๐‘ ๐‰๐€๐‹๐”๐‘ ๐†๐„๐Œ๐ˆ๐‹๐€๐๐† ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐๐‡๐€๐‘๐” ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”27 Ogos 2026 || Program Kibar Jalur Gemilan...
27/08/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐ˆ๐๐€๐‘ ๐‰๐€๐‹๐”๐‘ ๐†๐„๐Œ๐ˆ๐‹๐€๐๐† ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐๐‡๐€๐‘๐” ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

27 Ogos 2026 || Program Kibar Jalur Gemilang Peringkat ADTEC JTM Kampus Kota Bharu Tahun 2026 berlangsung dengan penuh semangat patriotisme dan kecintaan terhadap tanah air, melibatkan warga kampus dalam menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan.

Pengibaran Jalur Gemilang menjadi simbol kesatuan, perpaduan dan semangat cintakan negara dalam kalangan warga ADTEC JTM Kampus Kota Bharu.

Program ini turut menjadi wadah untuk menyemai kesedaran tentang pentingnya menghargai kemerdekaan serta memupuk semangat patriotik, khususnya dalam kalangan para pelajar dan warga kampus.

Kibaran Jalur Gemilang yang menghiasi persekitaran kampus mencerminkan semangat Malaysia MADANI serta tekad warga ADTEC JTM Kampus Kota Bharu untuk terus bersama-sama memperkukuh perpaduan dan keharmonian.

Jalur Gemilang berkibar megah, semangat patriotisme terus menyala! Semoga semangat cintakan negara ini terus subur dalam jiwa setiap warga ADTEC JTM Kampus Kota Bharu.

"๐‘ฌ๐’Ž๐’‘๐’๐’˜๐’†๐’“๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘บ๐’Œ๐’Š๐’๐’๐’”, ๐‘ฐ๐’ˆ๐’๐’Š๐’•๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘ญ๐’–๐’•๐’–๐’“๐’†๐’”"
"๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‘๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฒ๐’†๐’Ž๐’‚๐’‰๐’Š๐’“๐’‚๐’, ๐‘ด๐’†๐’๐’š๐’†๐’Ž๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ด๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฏ๐’‚๐’…๐’‚๐’‘๐’‚๐’"
#๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง #๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ
#๐—๐—ง๐—  #๐—œ๐—Ÿ๐—๐—ง๐—  #๐—ž๐—ฆ๐— 
#๐—น๐—ถ๐—ณ๐—ฒ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด๐—น๐—ฒ๐—ฎ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐Ÿฐ๐—”๐—น๐—น
#๐š๐๐ญ๐ž๐œ๐ฃ๐ญ๐ฆ๐ค๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฌ๐ค๐จ๐ญ๐š๐›๐ก๐š๐ซ๐ฎ

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐‘๐€๐‘๐€๐Š๐€๐ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐๐‡๐€๐‘๐” ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”27 OGOS 2026 || Program Perarakan Mauli...
27/08/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐‘๐€๐‘๐€๐Š๐€๐ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐๐‡๐€๐‘๐” ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

27 OGOS 2026 || Program Perarakan Maulidur Rasul Peringkat ADTEC JTM Kampus Kota Bharu Tahun 2026 berlangsung dalam suasana penuh meriah, harmoni dan sarat dengan penghayatan cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Program dimulakan dengan perarakan para pelajar dan pengajar dari padang menuju ke dewan sambil berselawat, yang mencetuskan suasana penuh semangat dan kebersamaan dalam kalangan warga kampus.

Pengisian diteruskan dengan ceramah oleh Maulana Hj. Abdul Aziz bin Lokman yang menyampaikan penghayatan berkaitan perjuangan, keperibadian dan akhlak mulia Rasulullah SAW sebagai panduan dalam kehidupan.

Kemuncak program turut diserikan dengan Pertandingan Perarakan Maulidur Rasul antara bengkel, yang menampilkan kreativiti, semangat kerjasama dan kekitaan warga ADTEC JTM Kampus Kota Bharu.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini terus menyuburkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW serta membentuk warga ADTEC JTM Kampus Kota Bharu yang berilmu, berakhlak dan bersatu padu.

โ€œMADANI Dihayati, Ummah Diberkatiโ€

"๐‘ฌ๐’Ž๐’‘๐’๐’˜๐’†๐’“๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘บ๐’Œ๐’Š๐’๐’๐’”, ๐‘ฐ๐’ˆ๐’๐’Š๐’•๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘ญ๐’–๐’•๐’–๐’“๐’†๐’”"
"๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‘๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฒ๐’†๐’Ž๐’‚๐’‰๐’Š๐’“๐’‚๐’, ๐‘ด๐’†๐’๐’š๐’†๐’Ž๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ด๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฏ๐’‚๐’…๐’‚๐’‘๐’‚๐’"
#๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง #๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ
#๐—๐—ง๐—  #๐—œ๐—Ÿ๐—๐—ง๐—  #๐—ž๐—ฆ๐— 
#๐—น๐—ถ๐—ณ๐—ฒ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด๐—น๐—ฒ๐—ฎ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐Ÿฐ๐—”๐—น๐—น
#๐š๐๐ญ๐ž๐œ๐ฃ๐ญ๐ฆ๐ค๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฌ๐ค๐จ๐ญ๐š๐›๐ก๐š๐ซ๐ฎ

24/08/2026
๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‚๐’๐‘ ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€: ๐€๐Š๐“๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐‚๐„๐†๐€๐‡๐€๐ ๐–๐€๐๐€๐Š ๐ƒ๐„๐๐†๐†๐ˆ24 OGOS 2026 || Sempena bulan kemerdekaan dan sejaja...
24/08/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‚๐’๐‘ ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€: ๐€๐Š๐“๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐‚๐„๐†๐€๐‡๐€๐ ๐–๐€๐๐€๐Š ๐ƒ๐„๐๐†๐†๐ˆ

24 OGOS 2026 || Sempena bulan kemerdekaan dan sejajar dengan tanggungjawab terhadap komuniti, kelestarian alam sekitar serta penerapan prinsip Environmental, Social and Governance (ESG), pihak ADTEC JTM Kampus Kota Bharu dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Bharu telah melaksanakan Aktiviti CSR Merdeka serta Aktiviti Pendidikan dan Pencegahan Wabak Denggi di Taman Pinggiran Golf Kota Bharu.

Program ini merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang turut menyokong agenda ESG, khususnya dalam aspek Environmental (E) dan Social (S). Dari aspek alam sekitar, aktiviti ini memberi penekanan kepada penjagaan kebersihan, pengurusan persekitaran yang baik serta usaha menghapuskan kawasan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Dari aspek sosial p**a, program ini memberi fokus kepada peningkatan kesedaran dan pengetahuan komuniti mengenai bahaya wabak denggi serta kepentingan mengamalkan gaya hidup dan persekitaran yang sihat. Para peserta turut diberikan pendidikan berkaitan langkah-langkah pencegahan denggi dan amalan โ€œCari dan Musnahโ€ bagi mengenal pasti serta menghapuskan tempat-tempat yang boleh menakung air dan menjadi kawasan pembiakan nyamuk Aedes.

Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen ADTEC JTM Kampus Kota Bharu dalam memperkukuh hubungan dengan komuniti serta menerapkan nilai kelestarian dalam setiap inisiatif yang dilaksanakan. Pendekatan ESG yang diterapkan bukan sahaja memberi manfaat kepada warga kampus, malah turut menyumbang kepada kesejahteraan dan keselamatan komuniti setempat.

Semoga inisiatif CSR Merdeka berteraskan ESG ini dapat memupuk semangat kebersamaan, meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar dan kesihatan awam serta menggalakkan penglibatan komuniti secara berterusan dalam mewujudkan persekitaran yang bersih, sihat, selamat dan lestari.

"๐‘ฌ๐’Ž๐’‘๐’๐’˜๐’†๐’“๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘บ๐’Œ๐’Š๐’๐’๐’”, ๐‘ฐ๐’ˆ๐’๐’Š๐’•๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘ญ๐’–๐’•๐’–๐’“๐’†๐’”"
"๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‘๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฒ๐’†๐’Ž๐’‚๐’‰๐’Š๐’“๐’‚๐’, ๐‘ด๐’†๐’๐’š๐’†๐’Ž๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ด๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฏ๐’‚๐’…๐’‚๐’‘๐’‚๐’"
#๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง #๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ
#๐—๐—ง๐—  #๐—œ๐—Ÿ๐—๐—ง๐—  #๐—ž๐—ฆ๐— 
#๐—น๐—ถ๐—ณ๐—ฒ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด๐—น๐—ฒ๐—ฎ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐Ÿฐ๐—”๐—น๐—น
#๐š๐๐ญ๐ž๐œ๐ฃ๐ญ๐ฆ๐ค๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฌ๐ค๐จ๐ญ๐š๐›๐ก๐š๐ซ๐ฎ

Address

ADTEC JTM Kampus Kota Bharu
Pengkalan Chepa
16100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097742448

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ADTEC JTM Kampus Kota Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to ADTEC JTM Kampus Kota Bharu:

Shortcuts

Share