22/07/2026
NAMA PROGRAM :
Program Asyura 1448h Peringkat Institusi RSK Taman Kemumin
TARIKH :
14.7.2026 (Isnin)
MASA :
5.30am – 3.30pm
TEMPAT :
Dewan Dan Parking Pentadbiran Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin RSKTK
TENTATIF PROGRAM :
- Rewang mamanaskan air seawal 5.30 pagi oleh ketua tukang masak.
- Rewang kakitangan mengacau asyura mengikut jadual yang ditetapkan dan bantu oleh penghuni yang selesai solat subuh di surau.
- Sarapan pagi secara gilir.
- Rewang kacau asyura diteruskan.
- Makan tengah hari secara bergilir.
- Solat zohor berjemaah di surau oleh peserta lelaki dan peserta wanita ambil alih kacau asyura.
- Bacaan doa selamat serta tahlil bersempena maal hijrah 1448.
- Rewang kacau asyura diteruskan sehingga selesai.
- Agihan asyura kepada penghuni dan peserta serta jabatan sekitar.
- Majlis bersurai.
OBJEKTIF PROGRAM:
- Memperingati kembali sejarah-sejarah besar serta keajaiban yang berlaku ke atas para nabi dalam mengembangkan dakwah islamiah keseluruhan dunia.
- Menyuntik semangat kekitaan dikalangan penghuni serta kakitangan untuk perubahan diri ke arah yang lebih baik bersempena kedatangan awal muharam 1448 hijrah.
SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PENYUMBANG YANG TELAH MEMBERIKAN SUMBANGAN BAGI MENJAYAKAN PROGRAM BUBUR ASYURA. KEPRIHATINAN DAN KEMURAHAN HATI YANG DITUNJUKKAN BUKAN SAHAJA TELAH MEMBANTU MELANCARKAN PERJALANAN PROGRAM , MALAH MENJADI LAMBANG SEMANGAT KEBERSAMAAN, UKHUWAH DAN KASIH SAYANG DALAM INSTITUSI WARGA EMAS ❤