Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan - PPHP LKIM Geting

Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan - PPHP LKIM Geting Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan LKIM Geting, Kg. Pantai Geting 16080 Pengkalan Kubor, Tumpat,Kelantan.

07/07/2025

Musim bilis sudah tiba ✨.

Meriah suasana di PPHP Geting dengan aktiviti penjemuran bilis oleh Usahawan PPHP.

28/03/2025

Tangan dihulur maaf dipinta 🙏🏻,
Erat hubungan sesama kita🤝🏼,
Semoga gembira di hari yang mulia ini 🎉, Salah dan silap harap dimaaf 🤗.

✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin. ✨

Ikhlas daripada ; Pejabat Pengurusan PPHP
LKIM Geting Tumpat Kelantan.

12/03/2025

🚀 Peluang Pembiayaan untuk Usahawan PMKS! 🚀

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dengan ini mempelawa usahawan PMKS yang mengusahakan produk makanan dan bukan makanan/ asas tani dengan nilai jualan kasar tahunan kurang daripada RM300,000 untuk memohon Geran Pemadanan Change Upgrade Product (CUP). Geran CUP ini menawarkan peluang pembiayaan untuk projek-projek yang melibatkan perusahaan produk makanan dan bukan makanan/ asas tani. Jangan lepaskan peluang untuk mengembangkan perniagaan anda! Hantar permohonan anda sekarang dan mari bersama-sama kita memacu kecemerlangan PMKS negara!

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pautan di bawah.

https://www.kpkm.gov.my/images/05-geran-dan-insentif/geran_padanan_HIP%20_CUP/garis_panduan_geran_pemadanan_CUP.pdf

09/02/2025
| 09 Januari 2025 (Khamis) |📌 Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan (PPHP) LKIM Geting Tumpat, Kelantan Lawatan kerja kakita...
19/01/2025

| 09 Januari 2025 (Khamis) |

📌 Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan (PPHP) LKIM Geting Tumpat, Kelantan

Lawatan kerja kakitangan LKIM Terengganu dan E-pengisytiharan LKIM Negeri Terengganu ke Pusat Pemprosesan Hasil Peikanan (PPHP) LKIM Geting Tumpat, Kelantan & Kompleks LKIM Geting. Turut hadir bersama & mengiringi dalam lawatan ini Ketua-Ketua Unit LKIM Negeri Kelantan, Penolong Pegawai Pn Fifi Ayuni Bt Idris LKIM Daerah Kelantan Utara, Puan Wan Rose Rohanima Binti Wan Endut Ketua Unit Pembangunan Masyarakat dan Pertubuhan Nelayan LKIM Terengganu, Encik Zahan bin Mamat Urusetia Pemasaran dan Perlesanan LKIM Terengganu serta kakıtangan LKIM Negeri Terengganu




21 Mei 2024 (Selasa ) | Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan (PPHP) LKIM Geting,Tumpat Kelantan.Lawatan Kerja YBhg Timbalan...
23/05/2024

21 Mei 2024 (Selasa ) | Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan (PPHP) LKIM Geting,Tumpat Kelantan.

Lawatan Kerja YBhg Timbalan Ketua Pengarah(Pembangunan) dan Jawatankuasa Teknikal Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan ke PPHP LKIM Geting, Tumpat Kelantan Turut mengiring bersama En. Sobri Bin Ibrahim, Pengarah LKIM Negeri Kelantan.

09/04/2024

Indahnya Langit Kerana Awan,
Indahnya Laut Kerana Kebiruan,
Indahnya Ramadhan kerana Keinsafan,
Indahnya Syawal kerana Kemaafan,

Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨
Maaf Zahir dan Batin🙏

Ikhlas daripada ;

Warga Kerja Pejabat Pengurusan PPHP & Usahawan² PPHP LKIM Geting Tumpat Kelantan ✨

24/10/2023

23.10.2023 (Isnin) | Ibis Style Hotel Kota Bharu

KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN DAN PENGENALAN PIAWAIAN PENSIJILAN MESTI DAN HALAL MALAYSIA

Unit Industri Asas Tani (IAT) LKIM Negeri Kelantan telah menganjurkan Kursus Pengendalian Makanan dan Pengenalan Piawaian Pensijilan MeSTI dan Halal Malaysia yang telah dihadiri oleh Usahawan Bimbingan LKIM Negeri Kelantan dan juga Usahawan-usahawan Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan (PPHP) LKIM Geting Tumpat Kelantan.

Kursus ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Khuzaimah Bt Husain Pengarah LKIM Negeri Kelantan dan turut hadir pegawai LKIM Daerah Kelantan Utara En Mohd Alias Bin Mohamed Pauzy.

Antara pengisian Kursus ialah ;

Slot 1 : Kursus Pengendalian Makanan dan Suntikan Typhoid
Penceramah : Tuah Training Centre

Slot 2 : Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)
Penceramah : Pn. Nurulhuda binti Mohamad Ariffin
Pegawai Teknologi Makanan C44
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan

Slot 3 : Pengenalan kepada pensijilan Halal dan Piawaian Pensijilan Halal
Penceramah :
En. Muhamad Anas bin Mohamed
Pen Peg Hal Ehwal Islam Unit Pemantuan & Penguatkuasaan Bhgian Pengurusan Halal JAHEAIK

Kami turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Urusetia IAT LKIM Negeri Kelantan atas penganjuran kursus ini dan penceramah-penceramah jemputan atas perkongsian ilmu yang disampaikan. Semoga dengan penganjuran kursus ini dapat meningkatkan lagi pengetahuan usahawan-usahawan pemprosesan hasil perikanan untuk menghasilkan produk-produk yang selamat dan bersih.

Address

Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan LKIM Geting, Kg. Pantai Geting
Pengkalan Kubor
16080

Opening Hours

Monday 09:00 - 04:30
Tuesday 09:00 - 04:30
Wednesday 09:00 - 04:30
Thursday 09:00 - 15:00
Sunday 09:00 - 04:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan - PPHP LKIM Geting posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share