MYIPO Wilayah Utara

MYIPO Wilayah Utara MyIPO adalah sebuah agensi yang mengawal selia Akta Harta Intelek di Malaysia.

12/06/2026

Sistem IP Online MyIPO sedang dikemas kini buat sementara waktu bagi meningkatkan kualiti dan pengalaman perkhidmatan kepada pengguna.

Bagi urusan pemfailan yang penting atau memerlukan tindakan segera, pelanggan disarankan untuk hadir ke Kaunter MyIPO yang berhampiran bagi urusan pemfailan secara manual.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi dan menghargai kesabaran serta kerjasama anda.

Terima kasih.

11/06/2026
9 Jun 2026 | MyIPO Wilayah Utara telah menyampaikan ceramah kesedaran harta intelek sempena Program PERHEBAT 2026 yang b...
10/06/2026

9 Jun 2026 | MyIPO Wilayah Utara telah menyampaikan ceramah kesedaran harta intelek sempena Program PERHEBAT 2026 yang berlangsung di Pusat Latihan dan Bimbingan Veteran ATM Jitra, Kedah.

Program yang dianjurkan oleh PERHEBAT ini telah dihadiri oleh para veteran ATM dan peserta yang terdiri daripada golongan pesara tentera serta bakal pesara. Ceramah telah disampaikan oleh Cik Nurhanani binti Mohd Pisal, Penolong Pegawai Harta Intelek, MyIPO.

Penyertaan MyIPO dalam program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta mengenai kepentingan perlindungan harta intelek serta memperkenalkan fungsi dan peranan MyIPO dalam menyediakan perlindungan terhadap aset intelek. Antara pengisian utama program ialah sesi perkongsian berkaitan asas harta intelek, kepentingan perlindungan harta intelek dan perkhidmatan yang disediakan oleh MyIPO.

Melalui program ini, para peserta memperoleh pendedahan mengenai kepentingan harta intelek serta manfaat perlindungannya dalam memelihara hak pemilik dan menyokong pembangunan ekonomi berasaskan inovasi.

Program IP Regional Day yang telah diadakan pada 23 Mei 2026 di Kinta Riverfront Hotel & Suites berjaya menarik kehadira...
25/05/2026

Program IP Regional Day yang telah diadakan pada 23 Mei 2026 di Kinta Riverfront Hotel & Suites berjaya menarik kehadiran kira-kira 90 peserta yang terdiri daripada usahawan tempatan, pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) serta orang awam yang berminat untuk mendapatkan pendedahan berkaitan harta intelek.

Program ini merupakan IP Regional Day (iROD) pertama anjuran Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bagi tahun 2026 dan akan diteruskan secara berperingkat di wilayah-wilayah lain di seluruh negara sebagai sebahagian daripada inisiatif outreach dan pemerkasaan kesedaran harta intelek kepada masyarakat.

Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap kepentingan perlindungan harta intelek, khususnya cap dagangan, paten, hak cipta dan reka bentuk perindustrian dalam menyokong pembangunan inovasi serta daya saing perniagaan.

Sepanjang program berlangsung, peserta turut diberikan sesi konsultasi dan khidmat nasihat berkaitan pemfailan harta intelek. Hasil daripada program ini, beberapa permohonan baharu cap dagangan telah berjaya didaftarkan selain turut dikenal pasti beberapa potensi pemfailan paten daripada peserta yang hadir.

Program seperti ini diharap dapat menjadi platform strategik dalam memperkukuh budaya inovasi dan kesedaran mengenai kepentingan perlindungan harta intelek dalam kalangan masyarakat, khususnya usahawan dan golongan muda.

24/05/2026

Guys, planning nak daftar trademark untuk brand korang?

πŸ›‘ oppss, hold on a second! Jangan sesuka hati letak nama tempat atau nama daerah kalau tak ada official permission ya!

Kalau korang nak letak nama tempat (macam Kuala Lumpur, Terengganu, or even countries like Thailand) dalam cap dagangan, korang kena dapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa berserta dengan Akuan Berkanun (Statutory Declaration) untuk pengesahan.

Kalau tak, memang auto-reject lah jawabnya! ❌

So, sebelum korang submit permohonan, make sure everything is legal and ikut rule, okay? Let’s protect your brand the right way! ✨

Layari 🌐 www.myipo.gov.my untuk info lanjut.

17 Mei 2026 | MyIPO Wilayah Utara telah menyertai Program Padanan Perniagaan Siri 2/2026 anjuran Kementerian Perdagangan...
20/05/2026

17 Mei 2026 | MyIPO Wilayah Utara telah menyertai Program Padanan Perniagaan Siri 2/2026 anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang berlangsung di Iconic Hotel Penang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Melalui program ini, MyIPO membuka kaunter khidmat nasihat bagi memberikan penerangan serta konsultasi berkaitan perlindungan Harta Intelek (IP) kepada para usahawan PMKS yang hadir, termasuk berkaitan cap dagangan, hak cipta, paten dan reka bentuk perindustrian.

Program ini turut menjadi platform terbaik dalam memperluaskan kesedaran mengenai kepentingan perlindungan IP dalam membantu usahawan meningkatkan nilai serta daya saing perniagaan di pasaran tempatan dan antarabangsa.

17 - 18 Mei 2026 | MyIPO Wilayah Utara telah menyertai Program Hari Bertemu Pelanggan MARA Kedah 2026 yang berlangsung p...
20/05/2026

17 - 18 Mei 2026 | MyIPO Wilayah Utara telah menyertai Program Hari Bertemu Pelanggan MARA Kedah 2026 yang berlangsung pada 17 hingga 18 Mei 2026 bertempat di Pejabat MARA Negeri Kedah, Arked Alor Setar.

Sepanjang program berlangsung, kaunter perkhidmatan MyIPO dibuka bagi memberikan khidmat nasihat serta penerangan berkaitan perlindungan Harta Intelek (IP) kepada para usahawan dan pengunjung yang hadir.

Hasil daripada program ini, sebanyak lima (5) potensi permohonan cap dagangan (TMA2) berjaya dikenal pasti melalui sesi konsultasi bersama usahawan yang berminat untuk melindungi jenama perniagaan mereka.

Address

No. 77 (GF), Jalan Todak 6, Sunway Perdana
Perai
13700

Opening Hours

Monday 09:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Friday 09:00 - 12:15
14:45 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MYIPO Wilayah Utara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share