20/03/2026
Harga minyak dunia hari ini lebih kurang sama seperti beberapa tempoh dahulu.
Pada tahun 2011 hingga pertengahan 2014 zaman Najib, harga Brent sekitar US$101 hingga US$115 setong, tetapi diesel tempatan cuma RM1.80 to RM2.20 seliter.
Pada tahun 2022 semasa perang Ukraine di bawah PN, harga Brent sekitar US$104 hingga US$112 setong, diesel juga kekal RM2.15 seliter.
Hari ini pada tahun 2026 semasa perang Iran, harga Brent sekitar US$109 setong. Tetapi diesel sudah naik ke RM4.72 seliter.
Jadi jangan tipu rakyat seolah-olah semua ini semata-mata salah harga minyak dunia.
Kalau harga minyak mentah dunia masih berada dalam julat yang hampir sama, tetapi harga diesel tempatan sudah hampir dua kali ganda lebih mahal, maknanya masalah sebenar bukan hanya pada pasaran global. Masalah sebenar ialah kerajaan telah memilih untuk memindahkan beban itu kepada rakyat.
Bila perang tercetus, harga minyak naik kerana “war premium”. Bila war premium naik, bukan sahaja Petronas yang dapat manfaat. Semua pemain besar dalam ekosistem minyak dan gas yang terlibat dalam pengeluaran, perkongsian pengeluaran, pemprosesan dan penapisan juga menikmati keuntungan tambahan.
Ini termasuk:
- Petronas sendiri,
- syarikat-syarikat PSC (yang biasanya syarikat besar asing) yang mengeluarkan minyak dan gas di Malaysia,
- refinery atau penapis yang menikmati margin lebih tinggi dalam keadaan pasaran tegang.
Dengan kata lain, bila perang meletus dan harga minyak naik, bukan satu pihak sahaja yang dapat durian runtuh. Banyak pihak sepanjang rantaian industri minyak menikmati untung luar biasa. Tetapi pada masa yang sama, siapa yang dipaksa menanggung kos?
Rakyat.
Peniaga kecil.
Sektor logistik.
Petani.
Kontraktor.
Pengguna biasa yang akhirnya terpaksa bayar harga makanan dan barang keperluan yang lebih tinggi.
Sebab itu saya cadangkan kerajaan melaksanakan Levy Perang Minyak secara sementara dan bersasar bagi membiayai subsidi ke atas harga diesel yang telah melambing dari RM3.00 ke RM4.72 har