01/09/2026
๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ ๐ง๐จ๐๐ก ๐๐๐ข๐ช ๐๐ข๐ก ๐ฌ๐๐ข๐ช, ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐ฃ๐๐ฉ๐๐๐๐ข๐ก ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ฃ๐จ๐๐๐จ ๐ฃ๐๐ก๐๐ก๐, ๐ ๐๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Suasana kunjungan YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang ke Pavilion Negeri Pulau Pinang sempena MAHA 2026 diserikan dengan persembahan tarian Boria, salah satu warisan seni dan budaya yang sinonim dengan Negeri Pulau Pinang.
Persembahan Boria yang penuh warna-warni dan bertenaga ini menjadi pembukaan istimewa bagi menyambut kehadiran YAB Ketua Menteri serta rombongan ke Pavilion Negeri Pulau Pinang.
Turut hadir bersama ialah YB Datoโ Haji Rashidi bin Zinol, EXCO Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr. Jafri bin Abdul Jalil, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Encik Mohd Hafiz bin Nurulhuda, Pengarah FAMA Negeri Pulau Pinang, serta YBrs. Encik Mohd Muhaimin bin Ibrahim, Pengarah Pertanian Negeri Pulau Pinang.
Lawatan ini menjadi platform untuk melihat dengan lebih dekat penglibatan Negeri Pulau Pinang dalam MAHA 2026, khususnya dalam mempromosikan produk usahawan serta mengetengahkan potensi sektor agromakanan negeri kepada pengunjung.
Pavilion Negeri Pulau Pinang terus menjadi wadah dalam memperkenalkan keunikan, kekayaan hasil pertanian, produk usahawan serta warisan budaya negeri kepada masyarakat sepanjang penganjuran MAHA 2026.
โINTEGRITI DAN INKLUSIVITI : PEMACU KEJAYAANโ
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
๏ฟฝ ๏ฟฝ ๏ฟฝ ๏ฟฝ ๏ฟฝ ๏ฟฝ ๏ฟฝ ๏ฟฝ ๏ฟฝ ๏ฟฝ ๏ฟฝ